Minit Mesyuarat 2017 Kali Ke 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MUHIBBAH

JALAN JALONG

31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/2017

Tarikh : 9 Oktober 2017


Tempat : Bilik Al-Farabi
Masa : 02.00 03.00 petang

Agenda:

1.0. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi


2.0. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2/2017
3.0. Perkara Berbangkit dari Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2/17
4.0. Analisis Ujian PKSR 1
5.0. Semakan Perlaksanaan Program
6.0. Penyediaan soalan PKSR
7.0. Laporan Perjumpaan Kecil
8.0. Hal-hal lain
9.0. Penutup

Kehadiran:

1. Puan Lian Fooi Lee


2. Puan Surina Binti Abdul Hamid
3. Pn Nor Suria Binti Romli
4. En Zanumbahari bin Ghazali
5. Pn Yogeswari a/p Simpasivam
Minit Perkara
01/ms/03/17 Ucapan Alu-Aluan Pengerusi
- Puan Lian merangkap Ketua Panitia Sains 2015
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru Sains SK
Kg Muhibbah kerana sudi menghadirkan diri ke Mesyuarat
Panitia Sains kali ketiga bagi tahun 2017.
- Menurut beliau, mesyuarat ini bertujuan untuk menyebarkan
mengenai beberapa agenda penting dalam Panitia Sains bagi
tahun 2017.
02/ms/03/17 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2/2017
- Pengesahan minit mesyuarat ini telah dicadangkan oleh Puan
Yogeswari dan disokong oleh Puan Surina.
03/ms/03/17 Perkara Berbangkit dari Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2/17
- Tiada berbangkit yang diketengahkan oleh ahli Panitia.
04/ms/03/17 Analisis Ujian PKSR 1
- Analisis murid lulus ABC dan gagal telah dilakukan oleh
setiausaha peperiksaan. RUJUK LAMPIRAN 1
(Makluman: Semua guru)
05/ms/03/17 Penyediaan Soalan PKSR 2
- Soalan PKSR 2 bagi subjek teras akan disediakan oleh guru
mata pelajaran mengikut tetapan berikut:
Tahun Guru penggubal soalan
Tahun 1 Puan Yogeswari
Tahun 2 Puan Pangkilih
Tahun 3 Puan Yogeswari
Tahun 4 Puan Nor Suria
Tahun 5 Puan Lian Fooi Lee

- PKSR 2 akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2017 dan


diduduki oleh murid tahun 1 hingga tahun 5 sahaja. Murid
tahun 6 tidak terlibat.
(tindakan: semua guru)
06/ms/03/17 Semakan perlaksanaan program
- Minggu Sains telah dirancang untuk dilaksanakan pada bulan
Oktober selepas UPSR akan dilaksanakan bersama tahun 6.
- Program akan dijalankan ialah Exploring Science iaitu
menjalankan uji kaji bersama tahun 6.
- Program yang telah dilaksanakan ialah program Membaca 1
Malaysia bersama Sains diadakan pada penggal pertama yang
lalu.
- Program Obesiti dan Pemakanan Sihat diadakan bersama Dr.
Muda sempena Hari Sukan Negara.
- program akan datang ialah Program MOIST kerjasama Panitia
Seni sempena Karnival Sukan Negara yang akan diadakan
pada minggu kedua bulan November.
(tindakan: Makluman)
07/ms/03/17 Laporan Perjumpaan Kecil
- Perjumpaan kecil seperti Dialog Prestasi di antara guru Tahun
6 sangat membantu guru. Antara intipati perbincangan ialah:
a. Perbincangan jawapan latihan yang diberikan kepada
murid.
b. Penyediaan soalan mengikut aras prestasi murid.
c. Mengenal pasti potensi murid untuk lulus dan lulus
cemerlang secara keseluruhan.
d. Membincangkan skema jawapan terutama soalan-soalan
yang mempunyai jawapan yang mengelirukan.
(tindakan: makluman)
08/ms/03/17 Hal-hal lain
1. Semakan stok Panitia Sains akan dilakukan secara
berperingkat sebelum akhir tahun
2. Bilangan kerusi makmal yang terdapat di dalam bilik sains
adalah tidak mencukupi. Oleh itu, panitia ingin memohon
kerusi tambahan kerana bilangan murid pada tahun depan
lebih ramai berbanding pada tahun ini.
3. Panitia juga bercadang untuk memohon agar buku nota sains
untuk murid tahun 4, 5 dan 6 dimasukkan ke dalam senarai
semak pembelian buku sekolah pada tahun hadapan. Hal ini
kerana guru-guru risau murid tidak mampu mengingat semua
kandungan pembelajaran kerana silibus terbaru adalah sangat
KBAT dan banyak. Penyediaan buku nota membantu murid
untuk membuat ulangkaji kendiri.
(tindakan: Ketua Panitia)
09/ms/03/17 Penutup
Puan Lian, Ketua Panitia Sains 2017 mengucapkan selamat maju
jaya kepada semua guru-guru Sains SKKM dan meniupkan kata-kata
semangat supaya semua guru bertugas dengan jayanya.

Disediakan oleh,

......................................

(NOR SURIA BINTI ROMLI)


Setiausaha Panitia Sains,
SK Kg Muhibbah

Disahkan oleh,

........................................

(Lian Fooi Lee)


Ketua Panitia,
SK Kg Muhibbah.

You might also like