Kertas Kerja Cuci Kereta Amal

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHIDMATAN CUCIAN KERETA AMAL


SK TIRAM DUKU

1.0 LATAR BELAKANG


Sekolah Kebangsaan Tiram Duku merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid-
murid yang sangat aktif dan sering melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti dan program
sama ada di peringkat sekolah, zon, negeri malah sehingga ke peringkat antarabangsa.
Setiap aktiviti dan program yang disertai murid memerlukan kepada dana berbentuk
kewangan untuk menampung segala kos pengurusan. Sehubungan dengan itu,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tiram Duku berikhtiar untuk menambah sumber
pendapatan dengan menganjurkan program perkhidmatan cucian kereta amal sebagai
satu usaha ke arah tersebut di samping dapat mengeratkan hubungan di antara PIBG
dan warga pendidik SK Tiram Duku serta sebagai satu wadah pendidikan dan
pendedahan kepada murid-murid berkenaan dengan elemen-elemen keusahawanan
yang turut terkandung di dalam kurikulum KSSR.

2.0 TUJUAN
Tujuan penganjuran Program Perkhidmatan Cucian Kereta Amal SK Tiram Duku adalah
untuk menambah sumber pendapatan bagi menampung kos-kos aktiviti-aktiviti murid
sama ada di peringkat sekolah, zon, negeri malah antarabangsa di samping sebagai
pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid untuk menceburi bidang
keusahawanan kelak apabila mereka sudah dewasa.

3.0 OBJEKTIF
Penganjuran Program Perkhidmatan Cucian Kereta Amal adalah untuk mencapai
objektif-objektif tersebut :-

3.1 Mengumpul dan menambahkan dana dalam menampung keperluan aktiviti-aktiviti


yang melibatkan murid-murid SK Tiram Duku.
3.2 Pendedahan dan pendidikan kepada murid-murid SK Tiram Duku berkenaan
elemen-elemen yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan seperti yang
terkandung di dalam kurikulum KSSR.
3.3 Mewujudkan suasana kerjasama yang erat di antara ibu bapa, guru-guru serta
murid- murid SK Tiram Duku.

4.0 CADANGAN PROGRAM


4.1. Nama Program : Program Perkhidmatan Cucian Kereta Amal SK Tiram Duku
4.2. Kelolaan : SK Tiram Duku dan PIBG SK Tiram Duku
4.3 Tarikh Program : 18 November 2017 (Sabtu)
4.4 Tempat : SK Tiram Duku
4.5 Masa : 8.00 pagi 6.00 petang
5.0 SENARAI JAWATANKUASA
(Rujuk Lampiran I)
6.0 ANGGARAN KEWANGAN
(Rujuk Lampiran II)

7.0 PENUTUP
Penganjuran Perkhidmatan Cucian Kereta Amal amatlah bermakna. Diharapkan dengan
penganjuran program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga warga SK
Tiram Duku, PIBG dan ibu bapa.

Disediakan oleh: Disahkankan oleh:

. .
(NOR AIN BINTI AHMAD APANDI) (DATIN NORHAYATI BINTI MOHD YUSOF)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Majlis Sambutan Aidilfitri Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Tiram Duku Sekolah Kebangsaan Tiram Duku.

You might also like