Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PROJEK PEMBINAAN TEMPAT LETAK KERETA

SK NG TEMALAT, SONG SARAWAK.

PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat, Song adalah sebuah sekolah rendah gred A yang
terletak di Nanga Temalat dalam Daerah Song. Sekolah ini memiliki jumlah pelajar, guru dan
kakitangan yang ramai melibatkan Pendidikan Rendah dan Pendidikan Pra Sekolah. Jumlah
murid yang belajar di sekolah ini ialah seramai 138 orang murid daripada pelbagai kaum.
Jumlah gurunya ialah seramai 17 orang manakala kakitangan bukan guru pula ialah seramai 8
orang serta 9 orang pekerja kebersihan swasta dan pengawal keselamatan.

Sebagai sebuah institusi pendidikan kerajaan peringkat rendah sekolah ini bukan sahaja
memberikan kemudahan prasarana bagi tujuan pembelajaran bahkan turut menjadi
kemudahan yang dikongsi orang ramai khususnya masyarakat setempat.

Sekolah ini sering dijadikan tempat bagi menjayakan program-program yang dianjurkan oleh
pihak Pejabat Pendidikan Daerah Song, Pihak Klinik Kesihatan Song dan Pihak Bomba dan
Penyelamat Song. Program Intergrasi Murid Untuk Perpaduan dan sebagai pusat
pembuangan undi ketika Pilihan Raya diadakan.

Sekolah ini juga turut ditempatkan sebuah makmal komputer yang sering digunakan untuk
program-program dan kursus peningkatan kemahiran guru dan latihan dalam perkhidmatan.

Jumlah guru dan kakitangan yang ramai ini ditambah dengan kehadiran peserta ke program-
program, mesyuarat, kursus dan sambutan-sambutan yang diadakan di sini menuntut kepada
pembinaan sebuah tempat letak kereta yang akan memberikan keselesaan serta menampung
keperluan mereka seterusnya memastikan program dan aktiviti yang dianjurkan dapat berjalan
dengan lancar dan sempurna.

Selain itu tempat letak kereta yang sedia ada terletak agak jauh dan luar dari kawasan sekolah
serta tidak cukup untuk menampung bilangan kenderaan guru serta pelawat sekolah. Jadi
diharap tempat letak kereta yang akan dibina ini juga dapat digunakan sebagai pondok rumah
sukan pelajar dan tempat duduk ibu bapa ketika sukan tahunan dijalankan dimana sebelum ini
pihak sekolah terpaksa menyediakan kos sewaan khemah bagi tujuan tersebut.

Justeru kertas cadangan ini disediakan bagi menggambarkan kesungguhan dan komitmen
yang tinggi pihak pentadbir dan warga sekolah ini untuk merealisasikan hasrat tersebut serta
memberikan maklumat lengkap tentang cadangan dan pelan pembinaan tempat letak kereta
yang dimaksudkan.
OBJEKTIF

1. Membina tempat letak kereta bagi kegunaan guru, kakitangan dan peserta yang menghadiri
program atau aktiviti di Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat, Song.

2. Memanfaatkan tempat letak kereta bagi tujuan pelbagai dan kemudahan semua pihak.

3. Membina tempat letak kereta yang boleh menampung sehingga 20 buah kereta.

RASIONAL

1. Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat memiliki kawasan yang amat sesuai dibangunkan
sebagai tempat letak kereta.

2. Tempat letak kereta sedia ada di sekolah ini amat terhad dan jauh.

3. Jumlah guru dan kakitangan yang ramai ditambah dengan kehadiran peserta ke program-
program, mesyuarat, kursus dan sambutan-sambutan yang diadakan di sini menuntut kepada
pembinaan sebuah tempat letak kereta yang akan memberikan keselesaan serta menampung
keperluan mereka.

4. Memastikan program dan aktiviti yang dianjurkan dapat berjalan dengan lebih lancar dan
sempurna.

5. Digunakan sebagai pondok rumah sukan pelajar dan tempat duduk ibu bapa ketika sukan
tahunan.
Pelan asal dan Pelan cadangan tempat letak kereta berbumbung: Rujuk lampiran 1.

PENUTUP

Semoga projek pembinaan ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama dan
sumbangan semua pihak.

Disediakan oleh,

........................................................

(Rollen Bin Valentine )

Setiausaha,

Projek Pembinaan Tempat Letak Kereta Berbumbung

SK Nanga Temalat, Song


YB _____
TIMBALAN MENTERI _____
MERANGKAP AHLI PARLIMEN ___

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBIAYAI PEMBINAAN TEMPAT LETAK


KERETA BERBUMBUNG DI SK NANGA TEMALAT, SONG

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik Yang Berhormat agar dapat
menyumbang sebanyak RM 10,000 bagi membiayai pembinaan tempat letak kereta
berbumbung di SK Ng Temalat, Song.

2. Untuk makluman pihak Yang Berhormat sekolah ini memiliki kawasan yang sesuai
dibangunkan sebagai tempat letak kereta dan hanya memiliki tempat letak kereta sedia ada
yang terhad dan jauh dari blok pentadbiran dan kelas.

3. Tempat letak kereta yang akan dibina ini juga akan digunakan sebagai pondok rumah
sukan bagi pelajar dan tempat duduk ibu bapa ketika berlansungnya acara sukan tahunan
dimana pihak sekolah sebelum ini terpaksa menyediakan kos sewaan khemah bagi tujuan
tersebut.

4. Dengan harapan yang tinggi kepada pihak Yang Berhormat agar dapat membantu
pihak sekolah ini menjayakan projek tersebut demi kepentingan warga pendidikan dan orang
ramai.

5. Bersama surat ini disertakan kertas cadangan bagi projek tersebut untuk makluman pihak
Yang Berhormat Datuk.

Keperihatinan dan jasa baik pihak Yang Berhormat amat dihargai.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..............................................................................

EN NUING ANAK SANOM

Guru Besar SK Ng Temalat, Song

You might also like