Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

Peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan pada 11 Julai 2017 bertempat di Anjung Membaca

Sekolah. Sambutan ini dijayakan dengan kerjasama daripada murid-murid dan semua ibu bapa.

Semua murid diminta untuk membawa makanan, kuih-muih dan minuman bagi

memeriahkan majlis. Pelbagai juadah dapat dilihat hasil daripada kerjasama murid dan ibu bapa.

Usai ucapan daripada ketua panitia PAI, majlis diteruskan dengan bacaan doa makan

dan jamuan hari raya dijalankan. Murid-murid kelihatan sangat gembira dan bersama-sama

menjamah juadah yang dibawa.

Guru-guru panitia PAI telah sepakat untuk memberikan duit raya kepada semua murid

yang beragama Islam. Kemeriahan sambutan jelas terpancar di wajah murid-murid.

Panitia Pendidikan Agama Islam berharap agar sambutan Hari Raya ini dapat

diteruskan pada tahun akan datang. Kerjasama daripada semua pihak terutama sekali pihak ibu

bapa sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

You might also like