Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN 2014

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN


KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
BIL. 1/14

Tarikh : 31 Mac 2014 (Isnin)


Masa : 9:30 pagi
Tempat : Bilik Persidangan, KKSL

Hadir:

1) Hj. Hasan bin Mohd Sharif - Pengarah / Pengerusi


2) Hj. Zali bin Hj. Wahil - KJKK / Pegawai Aset
3) Mohd Sani bin Azizan - KJPSH
4) M. Noor Fathoni bin M.Gunawan - Peg. Pemeriksa Aset
5) Wan Norliza binti Wan Nasaruddin - Peg. Pemeriksa Aset
6) Siti Ainon binti Abdullah - Peg. Sistem SPA & MySPATA
7) Rafizah binti Daud - Ketua Program SKS /
Peg. Penerima Aset (SKS)
8) Azwa binti Abdul Halim - Ketua Program SAK /
Peg. Penerima Aset (SAK)
9) Mohd Sobri bin Musa - Ketua Program SPU /
Peg. Penerima Aset (SPU)
10) Melor binti Amran - Ketua Unit PA /
Peg. Penerima Aset (PA)
11) Hamizah binti Jaapar - Penyelaras Aset JPSH
12) Siti Soraya binti Mohd Sapuan - Penyelaras Aset SKS
13) Zati Hazirah binti Salleh - Penyelaras Aset SLP
14) Fauziah binti Hamzah - Penyelaras Aset SAK
15) Abdul Hafiz bin Mohammad - Penyelaras Aset SPU
16) Widad binti Mohd Ismail - Penyelaras Aset PA
17) Shahidharan a/l Sivabalan - Peg. Sukan dan Kokurikulum /
Peg. Penerima Aset (Sukan)

Muka surat 1 / 6
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN 2014

18) T. Krishnan a/l Tharuma Seelan - Pen. Peg. Pembangunan/


Peg. Penerima Aset (Pentadbiran)
19) Rahimah binti Mohamad Nor - Pen. Peg. Teknologi Maklumat /
Peg. Penerima Aset (ICT)
20) Umi Norsofiah binti Baharudin - Pembantu Tadbir (Stor) /
Penyelaras Aset Pentadbiran
21) Halijah binti Siran - Penyelaras Aset Pentadbiran
22) Rafidah binti Mohammad - Penyelaras Aset Pentadbiran
23) Jaslinah binti Sariau - Setiausaha

Tidak hadir bersebab:

1) Fairoz binti Yaakob - Ketua Program SLP /


Peg. Penerima Aset (SLP)
2) Norzahirah binti Zainuddin - Peg. Multimedia & Sumber
3) Fazreena binti Abdul Aziz - Pen. Peg. Tadbir/
Peg. Penerima Aset (Pentadbiran)
4) Hjh. Suzeelawati binti Shahril - Penyelaras Aset Hidup /
Ketua Penyelaras Aset Pentadbiran

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Tuan Haji Hasan bin Mohd Sharif
dan mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan ummul kitab.

Makluman

1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan kepada mesyuarat bahawa Mesyuarat JKPAK akan
diadakan sebelum Mesyuarat JPKA supaya hal-hal berkaitan aset alih yang
melibatkan kewangan dapat dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Makluman

Muka surat 2 / 6
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN 2014

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Encik M. Noor Fathoni bin M.Gunawan mencadangkan supaya minit mesyuarat JKPAK
Bil. 4/13 disahkan dan disokong oleh Encik Abdul Hafiz bin Mohammad.

Tindakan : Setiausaha JKPAK

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Para 3.1.1 Minit Mesyuarat JKPAK Bil. 4/13

Mesyuarat dimaklumkan bahawa proses pendaftaran aset alih ke dalam sistem SPA
terlahpun dilaksanakan secara berperingkat namun masih terdapat beberapa unit yang
belum menyelesaikan hal-hal pendaftaran aset alih sepenuhnya. Proses pendaftaran
seterusnya akan dilaksanakan dengan dipantau oleh setiausaha JKPAK bagi
menggantikan Puan Siti Ainon binti Abdullah yang akan mengikuti Program Sangkutan
Industri Pensyarah selama 3 bulan bermula 1 April 2014. Tuan Pengerusi mengharapkan
supaya proses pendaftaran tersebut akan selesai dalam tempoh sukuan tahun kedua.

Tindakan : Setiausaha JKPAK

4. AGENDA MESYUARAT
4.1. Pengurusan Aset Alih Kerajaan
4.1.1. Penerimaan dan Pendaftaran Aset
4.1.1.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada pembelian aset alih untuk
sukuan tahun pertama memandangkan tiada peruntukan bagi
pembelian aset setakat ini.
Makluman
4.1.1.2. Tuan Pengerusi meminta supaya perlabelan semula bagi aset hidup
dilakukan dengan menggunakan material yang lebih tahan lama
seperti plat besi. Anggaran kos bagi proses perlabelan semula
tersebut diperlukan bagi memohon peruntukan kewangan untuk
perlaksanaannya.
Tindakan : Penyelaras Aset Hidup

Muka surat 3 / 6
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN 2014

4.1.2. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan


4.1.2.1. Tuan Pengerusi mengingatkan supaya senarai aset alih Kew.PA-7
yang terdapat di setiap lokasi perlulah disediakan dan dikemaskini
dari masa ke semasa jika terdapat perubahan.
Tindakan : Semua Unit/Program

4.1.3. Penyelenggaraan
4.1.3.1. Semua aset alih yang memerlukan penyelenggaraan perlulah
disediakan rekod penyelenggaraan yang berkaitan dan
diselenggara mengikut jadual dan keperluan bagi memastikan aset
tersebut berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat
digunakan.

Tindakan : Semua Unit/Program

4.1.3.2. Penyelenggaraan bagi CCTV perlu dilakukan sekurang-kurangnya


sekali dalam tempoh 6 bulan.
Tindakan : Unit ICT

4.1.4. Pelupusan
4.1.4.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pelupusan aset alih pada tahun
ini akan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan
Oktober yang akan diuruskan oleh Penyelaras Aset Alih Kerajaan
yang baru dilantik iaitu Puan Noraihan binti Ismail.

Makluman

4.1.4.2. Pegawai Aset mengingatkan bahawa pegawai yang akan


mengesahkan Perakuan Pelupusan (PEP) Kew.PA-16 perlulah
terdiri daripada pegawai yang mendapat kebenaran daripada pihak
Sektor Pengurusan Aset Kerajaan di peringkat Kementerian
terlebih dahulu.
Tindakan : Penyelaras Aset Alih Kerajaan

Muka surat 4 / 6
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN 2014

4.1.5. Kehilangan dan Hapus Kira

Tiada aset yang dilaporkan mengenai kehilangan dan hapuskira.

5. HAL-HAL LAIN

5.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa lantikan baru bagi pengurusan aset kerajaan
adalah seperti berikut berkuatkuasa 1 April 2014:

Bil. Nama Pegawai Bidang tugas


Aset Tak Alih (Bangunan)
Encik T. Krishnan a/l Tharuma - Elektrikal
1
Seelan - Air
- Penyaman udara
Aset Alih Kerajaan
- Pendaftaran aset alih
2 Puan Noraihan binti Ismail - Penyelenggaraan aset alih
- Pemeriksaan aset alih
- Pelupusan aset alih
Kenderaan kolej
- Penggunaan kenderaan
3 Puan Azlina binti Zainal
- Penyelenggaraan
kenderaan

Makluman

5.2. Mana-mana unit/program yang memerlukan peruntukan penyelenggaraan diminta


untuk menghantar sebutharga penyelenggaraan dengan kadar segera.

Tindakan : Semua Unit/Program

6. PENUTUP
Mesyuarat tamat pada jam 11:00 pagi dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan
diberitahu kelak.

Muka surat 5 / 6
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN 2014

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(JASLINAH BINTI SARIAU) (HAJI ZALI BIN HAJI WAHIL)


Setiausaha JKPAK Pegawai Aset
Kolej Komuniti Selandar, Melaka Kolej Komuniti Selandar, Melaka

Disahkan oleh:

(HAJI HASAN BIN MOHD SHARIF)


Pengerusi JKPAK
Kolej Komuniti Selandar, Melaka

Muka surat 6 / 6

You might also like