Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Assalamualaikum w.b.t.

Yang Berusaha Pn Um Taksiah Bt Ismail, selaku


Pengetua SMKDIY, Pn Noraini Bt Mustafa, Penolong
Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn. Tien Lee Yuan,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Norazman Bin
Khairudin, Pemangku Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Ketua Bidang dan seterusnya guru-guru
sekalian
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi
meraikan majlis persaraan saya pada malam ini. Majlis
ini begitu bermakna kerana setelah ____ tahun saya
berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan kini saya
meninggalkan arus pekerjaan terakhir saya di SMK
Dato Ibrahim Yaacob. Selama saya di SMKDIY terlalu
banyak kenangan yang diukir bersama pentadbir, guru-
guru dan staff. Kenangan ini akan saya simpan buat
selama-lamanya. Sesungguhnya kerjasama dan
keprihatinan semua pihak membuatkan saya begitu
gembira sepanjang saya berkhidmat di SMKDIY.
Di kesempatan ini juga saya ingin menyusun 10 jari
memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan
keterlanjuran sepanjang saya berkhidmat di SMKDIY.
Saya juga manusia biasa yang tak terlepas daripada
melakukan kesilapan. Doa dan harapan saya semoga
SMKDIY akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Akhir kalam, saya sudahi ucapan saya dengan
serangkap pantun.

You might also like