Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 39

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASAS PEDAGOGI
SPP 2002 (02)

TUGASAN PERTAMA

PENSYARAH :
Puan Sanitah Mohd Yusof

PELAJAR :
Siti Nuraini Samsir
AP090203

2 SPI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM
BAHASA INGGERIS (PPSMI)

1.0 Pengenalan.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa


Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang
menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa
perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar
PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh
pentadbiranTun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009
dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan
oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

2.0 Sejarah Perlaksanaan PPSMI

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana
Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran
Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun
2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan
Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan
penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara
peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
3.0 Objektif PPSMI

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran


Malaysia :
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai
taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam
era globalisasi.
Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan
berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi
dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat
mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam
bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin
ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan
kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin
melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.[4]
[sunting]Pelaksanaan
PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun
persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan
pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen
berikut:
Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas
mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran
sains dan matematik.
Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)
disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan
kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA
membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid.
BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.
Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk
guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang
dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan
ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan
matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru
adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta
Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.
MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan
mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah
mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah
Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.
CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu
guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara
kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti
tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik.
CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk
Tahap Satu sahaja.
Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk
memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara
teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui
amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah
komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.
Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan
murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah
tersebut dengan lebih tepat.
Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat
oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula
2-4-3 telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik, manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun
2006 untuk tujuan tersebut.

4.0 Hasil dan Reaksi

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan


berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik,
ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut
termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan
diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa
ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.
Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa
ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak
yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada
peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak
dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka
sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.
Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang
digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa
Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca
akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan
bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.
5.0 Prestasi Akademik

Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI
mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan
peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik.
Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata
pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-
96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%),
Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%),
sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan
dalam pelajaran peringkat menengah.
Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian
Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan
Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa
tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang
menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan
matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata,
159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam
bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang
(46%). Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut
Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad,
"sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek
sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan
mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar
masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan
yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri
dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.
6.0 Kaji Selidik Akademik.
6.1 Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap


Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid
serta merugikan generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu
menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat
peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains
dan Matematik.
Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar
bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008.
Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti
Teknologi Mara.
Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai
jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553
guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai
sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.
Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:
menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75
peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah
dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid
untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem
pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini
diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu
Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah
Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan
Pustaka(DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.

6.2 Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science


Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut
Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara
khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar
Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun
2007.
Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan
sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding
508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains
pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort
1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik
dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan
59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong
dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam
peratus pada 2003.
Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18
peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor
475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007.
Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.
Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga
kategori matematik juga merosot. Dalam kategoriAdvanced Benchmark Mathematics
TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini
berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26
peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat
(enam peratus) dan Serbia (lima peratus).
Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia
tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70
peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33
peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania
(20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang
tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.
Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains
ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa
keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding
pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau
bahasa kedua/asing.
Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran
matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam
prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya
mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti
Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.
[sunting]Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin
Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan
75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan
masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan
Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula
mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik
diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah
memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah
seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan
dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43
orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun
pada tahun kajian dibuat.
6.3 Kajian UPSI

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar
PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap
murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564
orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan
Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut :

Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka
mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar
kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka tidak
faham/kurang faham pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam
Bahasa Inggeris, dan mereka sukar/agak sukar mempelajari kedua-dua mata
pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama
item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan
menyelesaikan masalah. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89
daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada
maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada
skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan
murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. Dapatan dari kajian-
kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif:
ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar,
dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.
Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak
kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan
guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh
dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat
dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan
sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua
sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris ; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris
dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa
Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa
Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengansebaiknya
saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.

7.1 Reaksi Daripada Bidang Pendidikan.


7.1.1 Kesan Negatif.

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan


sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk
membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah,
termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang
pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai
bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja
menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan
murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid
SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi
keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan
keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk
menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.

7.1.2Bahasa setempat lebih sesuai

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan


kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting
di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan
resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda


digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih
lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa
ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka
fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara
bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.
(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to
as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling
through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to
begin their school life in the mother tongue will make the break between home and
school as small as possible.)
Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy
Lessons From High-Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998.
Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa
perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica
bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable
Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia
Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara
bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka
bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan,
diiringi kemungkinan keciciran bertambah.

7.1.3 Dasar memihak kepada keluarga di bandar

Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada
anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang
antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga
menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana
mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.

7.2 Reaksi awam


7.2.1 Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan
Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan
sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk
kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof
Muhammad Hj Sallehdan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang
dasar PPSMI. Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di
sidang media pada 5 Mei 2009.
Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:
1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda,
Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak
mengabaikan bahasa ibunda.
2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada
negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara
bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland,
India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris
tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan
bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang
menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak
cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita
jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang
menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah
bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan
dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa
Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara
yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial,
iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia
yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa
Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih
banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan
jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang
dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu
kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat
sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

7.2.2Ahli politik yang mendukung

Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak
pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI
ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah
menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya
memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan
matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.

7.2.3 Ahli politik yang menentang

Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa
kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan
sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa
ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik." Anwar mengulangi ikrar beliau
untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu
parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah
PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009.
YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan
bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya,
"(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk
fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah
tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara
menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di
sekolah.

Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI

Lihat juga Perarakan Keranda Mac 2009


Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar
PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai
"Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas
ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan
Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut,
apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan
mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.
GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat
beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh
tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said,
penyair Dinsman danPyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena)
Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul
Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina
dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan
GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di
mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.
Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang
cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar
PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, di samping dilaporkan merancang
untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI
tersebut pada bulan Februari. Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan
"Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis
berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira
20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata,
laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar
PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis
yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.

Perspektif

Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan

Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat
jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan
negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada
penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah
sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui
parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui
proses rundingan dan perbincangan awam. Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun 2002
yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara
152. Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI
sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981, isu Perkara 152 Perlembagan
Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka
ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan
menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan Perkara
152.
Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata
bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah
di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta
Pendidikan 1996dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel
152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia. Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis
muda Malaysia seperti Faisal Tehrani dan lain-lain.

Masa hadapan

Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi
persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru,
kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI
dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan
keputusan UPSR dan faktor-faktor lain. Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-
usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan
berkenaan nasib dasar ini, iaitu:
Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah
tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan
digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh
sekolah;
Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti
dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris
sepenuhnya di sekolah menengah; dan
Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar
ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.
Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib
PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji
segala maklum balas yang dikumpul.
Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku
Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik
menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau
masih belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan
di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib
dasar PPSMI, sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru
oleh semua pihak mengenai isu ini.

Pemansuhan PPSMI

Rencana utama: Pemansuhan PPSMI


Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.
Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati seperti diduga,
lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Hasilnya dari 100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada
matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai
pengantar.
Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang
memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh
meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan
sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan
dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris)
sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran
matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke
dasar PPSMI. Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah
berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan
negara demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.
Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan
pada 21 Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal
Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar
mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa
"dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan
jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan."
KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)


Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal
formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan
akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-
sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman
tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti
Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit
kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang
boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan
ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga
mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH


(1786-1956)
TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)


Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di
negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya
ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan
kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM
Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura.
Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa
buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular
ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.
Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat
Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan
A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils. Buku tersebut
mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke
dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV.
Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran
ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah
Inggeris kelak.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina


Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London
di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada
tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang
Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran
Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah
berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk
menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal
segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil


Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah,
kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India
telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah
sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan
mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal
dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah
sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah
sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah
Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah
sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil
berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari
Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris


Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum
mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan
mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar
berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-
kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan
Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906.
Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun
1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas
untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka


Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada
zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan
semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah
digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-
Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya
menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan
guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang
mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh
dicontohi oleh para pelajar.

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)


Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di
dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di
Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains.
Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969


Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara
dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting
dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara,
iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata
pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral
dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan
September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi
jangka pendek mahupun jangka

(Sumber: Education In Malaysia, 1980)

Graf di atas menunjukkan jumlah pendaftaran pelajar sekolah rendah


dan sekolah menengah bermula dari tahun 1956 hingga 1984.
panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih.

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu
kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,
perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu
murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan
diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan
perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan
Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan
di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan
untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan
terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-
sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang


Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah
untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja
dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut.
Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu
kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif
serta normal ataupun kreatif.

Pendidikan Zaman Dahulu


Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah
Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat
mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina
yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula
berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek
kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk
mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum
berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang
diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan
dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan
yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-
Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

Pendidikan Zaman Sekarang


Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem
pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam
Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek
pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah
dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar
dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan
sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta
pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh
menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang


Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam
aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat
pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam
menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja
mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat
bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi
gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi
dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa
mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.
Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran
berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga
pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk
mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi
membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau
membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap
meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan
setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah
mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa
akan datang.

Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British
hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak
perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada
sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan
yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak
perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah
ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan
disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan
yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak
ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan
pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang
berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan
pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu
diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan


di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga
akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas
dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan
hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia
yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan
adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan
seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan
berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia
yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan
warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu
dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak
pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi
ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan
sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan
sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri
individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan
hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada
masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya


setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk
pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi
seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007)


-Penerbit USM, 2007
Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia
August 6th, 2009 | 3:15 pm | Artikel, Pendidikan | 30 responses

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan
dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);


Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)


Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat
aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap
sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara
satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan
satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji
sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

1. Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum


Melayu;
2. Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;
3. Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak
sistem persekolahan kebangsaan; dan
4. Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan
untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua,
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,
sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem


pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa
Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan
peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi
penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan
masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan
pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar
ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan
universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti
Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk
menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang
pendidikan yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,
antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun
1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa
Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik
diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains
dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga
kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan
cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada
tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan
menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala
tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan
negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui
penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya
Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis
Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada
tahun 1999;
3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI); dan
5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah
Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan


perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan
dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan
diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan
1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002);
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan
pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
(BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005
dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-
Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah
Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah


penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan
pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

Rujukan:

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang:


PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As


Noordeen.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin


Enterprise.
Pandangan Guru, Ibu Bapa dikaji Cadangan Pemansuhan UPSR,PMR: Alimuddin
21 June 2010
Sumber: Berita Harian |21 Jun 2010|

KUALA LUMPUR: Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dulu sebelum
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam adalah satu langkah yang positif untuk
perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus
dipertimbangkan terlebih dulu.
Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dulu melalui sumber
seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin
untuk tindakan lanjut, katanya ketika dihubungi hari ini.
Alimuddin juga berpendapat, pendidikan negara selama ini terlalu berorientasikan
peperiksaan dan perubahan perlu dibuat selaras dengan falsafah pendidikan negara yang
mementingkan pembangunan modal insan.
Sementara itu, beliau berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai
melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah saja.
Kemasukan pelajar ke sekolah menengah akan dinilai melalui peperiksaan penilaian
berasaskan sekolah, katanya. Bernama

You might also like