Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KECUAIAN GURU DAN UNDANG-UNDANG TORT

Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser
menakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan
kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi
tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu
mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk
tindakan tuntutan ganti rugi."
Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort
membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar
untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang
berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah
masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu
terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu
kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah
mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung .

Manakala mengikut kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-


undang tort sebagai sebahagian daripada bidang undang-undang yang
melindungi seseorang individu daripada kesalaahan sivil, persendirian ataupun
kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspe kecuaian. Kamus Random
House mentakrifkan kecuaian sebagai kegagalan mengambil tindakan berjaga-
jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-
undang.

Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep


tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang
dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalam pada itu, kecuaian guru selalunya
dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yang menimpa pelajar dan
mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, seperti mata
buta, patah tangan dan retak tengkorak kepala atau pun kematian. Apabila
mahkamah memutuskan bahawa wujud liabiliti guru dalam sesuatu kejadian,
guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi, khususnya kepada ibu
bapa pelajar itu. Oleh kerana pelajar adalah merupakan kanak-kanak yang
berumur kurang daripada 18 tahun yang belum mencapai usia dewasa untuk
hadir ke mahkamah, maka tindakan mahkamah akan diwakili untuk dikemukakan
oleh ibu bapa atau penjaga yang paling rapat.

Terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan oleh plaintif iaitu pelajar sebelum
seseorang defendan yang merupakan guru dianggap cuai melaksanakan
tugasnya dan boleh disabitkan kesalahan kerana menyebabkan kecederaan
fizikal plaintif. Empat elemen tersebut adalah:

1. Kewajipan berjaga-jaga
2. Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri

3. plaintif mengalami kerugian

4. terdapat hubungan rapat antara tingkah laku defendan dengan kecederaan


fizikal plantif.

kewajipan berjaga-jaga - elemen ini mudah dibuktikan. Ini adalah kerana guru
dan sekolah mempunyai tanggungjawab in loco parentis, di mana ibu bapa yang
menghantar anak mereka ke sekolah telah menyerahkan peranan dan
tanggungjawab sebagai ibu bapa menjaga anak-anak mereka ssewaktu berada
si sekolah. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapat
pendidikan daripada guru-guru di sekolah. Sebagai ibu bapa yang baik dan
munasabah, guru dan sekolah berkewajipan untuk menyediakan penyeliaan
yang munasabah terhadap pelajar mereka sebelum, semasa dan selepas waktu
persekolahan. Kaitkan kes P. Sasitharan 13, Darjah penyeliaan bergantung
kepada umur, bilangan murid, aktiviti merbahaya atau tidak, peralatan yang
digunakan merbahaya atau tidak dan kualiti pelajar sama ada telah mempunyai
rekod disiplin atau pun tidak.

Kewajipan berjaga-jaga itu dimungkiri - apabila tuan guru besar SJK(C)


Machang, Bubuk, Bukit Mertajam gagal menjaga keselamatan pelajar akibat
tidak menjaga keselamatan dan membaiki peralatan sekolah yang rosak dan
membahyakan pelajar. Dalam kes ini kecuaian defendan iaitu En Kay Sin,
Pengetua SKJC diambil kira oleh mahkamah sebagai kecuaian. Kecuaian
bermaksud kelalaian (carelles behaviour). Contoh kelalaian ialah sikap terburu-
buru atau tidak berhati-hati hingga menyebabkan orang lain tercedera atau
mengalami kerugian. Merujuk kepada kes ini kecuaian pengetua dan pihak
sekolah mengurus keselamatan pelajar dalam bilik darjah adalah amat jelas.
Pengurus sekolah Iaitu tuan pengetua tidak mengambil sebarang langkah
keselamatan pelajar kerana membiarkan tombol pintu yang tercabut begitu
sahaja. Sedangkan pada fizikalnya tombol pintu sangat bahaya dan boleh
mendatangkan bahaya. Kecederaan yang dialami oleh pelajar berpunca
daripada pihak sekolah mengambil langkah penyelenggaraan fizikal sekolah.
Berkemungkinan juga semasa kejadian guru tiada di dalam menambahkan lagi
aspek kecuaian guru mengawas keselamatan pelajar. Kesalahan ini mengikut
undang-undang tort seperti;
:

i. mendedahkan pelajar kepada situasi yang berbahaya dan guru mengabaikan.


ii. apabila guru tidak melakukan sebarang tindakan untuk mencegah dan
mengelakkan kecederaan
iii. apabila guru cuai memberikan arahan yang tidak jelas dan mencukupi ketika
membuat persediaan untuk melakukan aktiviti yang merbahaya ( kes P.
Sasitharan) mahkamah menganggap guru adalah merupakan seorang yang
lebih berpengalaman, bijak, berpengetahuan, terlatih dan peka terhadap risiko
sesuatu perbuatan. oleh itu guru bertanggungjawab untuk mengambil langkah-
langkah awal untuk mencegah kecederaan yang boleh diramalkan secara
munasabah. Berdasarkan kes ini hakim dapat tuan pengetua dan pengarah
KPKPM iaitu En Teck Huah bersalah dan dikehendaki membayar ganti rugi
sebanyak RM170,070 dengan pecahan-pecahannya iaitu ganti rugi kehilangan
mata kiri RM80,000.00, kesakitan dan penderitaan sebanyak RM10,000.00,
pembedahan mata berjumlah RM6,000.00 dan kos mata palsu berjumlah
RM60,300.00.

Justeru, tanggungjawab sekolah terutamanya pengetua sekolah tidak berakhir


apabila loceng terakhir berbunyi dan sekolah berakhir. Tanggungjawab ini perlu
diteruskan bagi menjalankan pengawasan dan penyeliaan yang baik dan rapi ke
atas murid-murid sehingga ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambil
mereka.

You might also like