Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

7.

0 RUMUSAN

Secara umumnya, upah merupakan bayaran atau ganjaran yang dibuat kepada
buruh untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh buruh kepada firma dalam
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Kadar pertumbuhan tingkat upah buruh
berdasarkan upah buruh.

Objektif yang pertama adalah mengenalpasti arah aliran purata tingkat upah di
subsektor pembinaan dan subsektor pembuatan di Malaysia pada tahun 2011 hingga
tahun 2015. Purata tingkat upah di subsektor pembinaan yang paling tinggi ialah pada
tahun 2015 iaitu RM 1897 dan yang paling rendah pula ialah pada tahun 2011 iaitu
RM 1573. Manakala, bagi subsektor pembuatan pula, purata tingkat upah yang paling
tinggi ialah pada tahun 2015 iaitu RM 2038 dan yang paling rendah pula pada tahun
2011 iaitu RM 1550. Secara ringkasnya, subsektor pembuatan mempunyai arah aliran
purata tingkat upah yang tinggi berbanding subsektor pembinaan.

Objektif yang kedua pula ialah membandingkan kadar pertumbuhan purata


tingkat upah subsektor pembinaan dan subsektor pembuatan di Malaysia pada tahun
2011 hingga tahun 2015. Kadar pertumbuhan purata tingkat upah di subsektor
pembinaan yang paling tinggi adalah pada tahun 2014 iaitu 5.64% dan yang paling
rendah pula pada tahun 2012 iaitu 2.73%. Bagi subsektor pembinaan pula, kadar
pertumbuhan purata tingkat upah yang paling tinggi adalah 14.40% pada tahun 2014
manakala yang paling rendah pula pada tahun 2015 iaitu 1.29%. Secara rumusnya,
subsektor pembinaan mempunyai kadar pertumbuhan purata tingkat upah yang rendah
berbanding subsektor pembinaan.

Pihak kerajaan mahupun pihak swasta perlu mengambil langkah untuk


meningkatkan purata tingkat upah. Pihak berkuasa perlu meningkatkan produktiviti
buruh. Bagi meningkatkan produktiviti buruh, Selain itu, meminimumkan
ketidakpadanan dalam industri pasaran buruh. Dengan langkah-langkah tersebut,
purata tingkat upah dan kadar pertumbuhan purata tingkat upah dapat ditingkatkan.

You might also like