Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PERBANDINGAN TINGKAT UPAH MENGIKUT INDUSTRI PERLOMBONGAN

DAN PEMBINAAN DI MALAYSIA DARI TAHUN 2011 HINGGA TAHUN 2015.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbandingan tingkat upah mengikut industri
perlombongan dan pembinaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Kajian ini
mengemukakan dua objektif. Objektif pertama adalah untuk mengenalpasti arah aliran upah
mengikut industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun
2015. Objektif kedua pula adalah membandingkan kadar pertumbuhan upah antara industri
perlombongan dan pembinaan dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Kaedah kajian yang telah
digunakan ialah kaedah pengumpulan data dan kaedah menganalisis data. Data ini diperoleh
dalam kajian ini melalui data sumber sekunder. Hasil dapatan akhir kajian pula mendapati
bahawa arah aliran upah bagi industri pembinaan menunjukkan peningkatan secara berterusan
sepanjang tempoh tahun 2011 hingga tahun 2015. Secara kesimpulan kecil, terdapat beberapa
cadangan untuk mempertingkatkan tingkat upah bagi industri perlombongan dan pembinaan.
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej
Tingkatan Enam Shah Alam khasnya Pengetua Puan Hajah Ruslina Binti Salleh dan Penolong
Kanan Tingkatan Enam Puan Shirin Binti Ahmad Sapiuddin kerana memberi sokongan dan
kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Puan Norhayati Binti Sabari selaku guru Ekonomi saya. Beliau telah meluangkan
banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja
kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi
nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan keja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya tercinta iaitu Encik Mormat Bin Baharin dan Puan Kiah Binti
Kini jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada
saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan saya iaitu Nurul Syasya serta semua rakan lain atas
kesudian membantu dan segala nasihat yang diberikan.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT

I Abstrak

II Senarai Kandungan

III Penghargaan

1 Latar Belakang Kajian

2 Penyataan Masalah

3 Objektif Kajian

4 Kaedah Kajian

5 Hasil Kajian Dan Perbincangan


5.1 Mengenalpasti arah aliran upah mengikut industri
perlombongan dan pembinaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2015.
5.2 Membandingkan kadar pertumbuhan upah antara industri
perlombongan dan pembinaan dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

6 Cadangan

7 Rumusan

8 Rujukan

9 Lampiran
1.0 LATAR BELAKANG

Upah didefinasikan sebagai ganjaran yang dibuat kepada buruh untuk perkhidmatan yang
ditawarkan oleh buruh kepada firma dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Upah
terdiri daripada upah nominal, upah bukan wang dan upah benar.

Upah purata ialah upah yang diterima oleh pekerja dalam masa sebulan.

Upah nominal atau upah wang ialah bayaran dalam bentuk wang yang diterima oleh buruh
sebagai ganjaran atas sumbangan tenaga fizikal atau mental dalam proses pengeluaran.

Upah bukan wang pula ialah bayaran dalam bentuk barangan atau selain daripada wang yang
diterima oleh buruh seperti kemudahan tempat tinggal, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan
dan kemudahan lain yang disediakan oleh majikan sebagai ganjaran atas sumbangan tenaga
fizikal atau mental dalam proses pengeluaran. Manakala upah benar ialah kuasa beli untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Industri perlombongan merupakan aktiviti ekonomi yang melibatkan usaha-usaha meneroka,


cari gali dan memperolehi sumber-sumber mineral seperti perlombongan petroleum, gas asli,
bijih timah, dan bauksit. Perlombongan juga melibatkan kegiatan pemprosesan. Contohnya,
aktiviti pemprosesan seperti melebur bijih timah,bijih besi, bauksit, penapisan petroleum dan
gas asli.

Manakala industri pembinaan merupakan sektor yang merancang, merekabentuk,


memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta semua jenis kerja
kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kerja-kerja berkaitan. Pembinaan memerlukan
kepakaran dan teknologi. Sesuatu pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan
dibantu oleh pengurus pembinaan, jurutera seni bina atau arkitek untuk memastikan pembinaan
berjalan dengan lancar dan perancangan yang berkesan.

Skop kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti arah aliran upah mengikut industri
perlombongan dan pembinaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015 serta
membandingkan kadar pertumbuhan upah mengikut industri perlombongan dan pembinaan di
Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
2.0 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji arah aliran upah mengikut industri perlombongan dan
pembinaan di Malaysia serta kajian ini juga menjelaskan perbandingan kadar pertumbuhan
upah antara industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia.

Kepentingan menjalankan kajian ini adalah untuk meningkatkan masa bekerja dalam tempoh
masa yang panjang agar dapat tingkat kadar upah yang diterima tinggi oleh pekerja.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti arah aliran upah mengikut industri perlombongan dan pembinaan di
Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
2. Membandingkan kadar pertumbuhan upah antara industri perlombongan dan
pembinaan dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan data sekunder iaitu kaedah pengumpulan
data dan kaedah menganalisis data. Kedua-dua kaedah ini digunakan untuk
menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.

4.1 Kaedah memperoleh data

Dalam penyelidikan ini, pengkaji memperoleh maklumat melalui data sekunder seperti
internet

a) Sumber Internet

Pengkaj telah melayari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia


https://www.dosm.gov.my

4.2 Kaedah menganalisis data

Pengkaji telah menggunakan kaedah menganalisis data dengan menggunakan upah purata
antara industri perlombongan dan pembinaan dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Tahun Upah Purata Mengikut Industri


( RM )
Perlombongan Pembinaan
2011 3 409 1 573
2012 3 420 1 616
2013 3 604 1 701
2014 4 873 1 831
2015 4 297 1 897

Kaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf digunakan untuk menganalisis
data yang telah dikumpulkan. Kaedah analisis data yang digunakan adalah dengan
menggunakan rumusan data siri masa gaji dan upah mengikut industri perlombongan dan
pembinaan dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Dengan menggunakan rumusan perkembangan upah :

Kadar pertumbuhan upah : upah purata 1 upah purata 0


X 100
Upah purata 0
Contoh pengiraan ditunjukkan dalam Jadual 1 merupakan kadar pertumbuhan upah antara
industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Jadual 1 : Kadar pertumbuhan upah antara industri perlombongan dan pembinaan di


Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Tahun Kadar Pertumbuhan Upah Mengikut Industri ( % )


Perlombongan Pembinaan
2011 3 409 3 433 x 100 1 573 1 520 x 100
3 433 1 520
= - 0.70 = 3.49
2012 0.32 2.73
2013 5.38 5.26
2014 35.21 7.64
2015 -11.82 3.60
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Mengenalpasti arah aliran upah mengikut industri perlombongan dan pembinaan di
Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Tahun Upah Purata Mengikut Industri


( RM )
Perlombongan Pembinaan
2011 3 409 1 573
2012 3 420 1 616
2013 3 604 1 701
2014 4 873 1 831
2015 4 297 1 897
Jadual 2 menunjukkan upah purata mengikut industri perlombongan dan pembinaan di
Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

( Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia https://www.dosm.gov.my )

Arah Aliran Upah Mengikut Industri Perlombongan Dan Pembinaan


6,000

5,000
Upah Purata ( RM )

4,000

3,000

2,000

1,000

0
2011 2012 2013 2014 2015
Tahun

Perlombongan Pembinaan

Rajah 1 : Arah aliran upah mengikut industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Berdasarkan rajah 1 menunjukkan arah aliran upah mengikut industri perlombongan dan
pembinaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Pada tahun 2011, upah purata bagi perlombongan menurun sebanyak RM 3 409 daripada
RM 3 433 pada tahun 2010. Oleh kerana industri perlombongan menghadapi persaingan
pengeluaran minyak mentah Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain seperti Kuwait
dan Arab Saudi. Manakala upah purata bagi industri pembinaan pula meningkat kepada
RM 1 573 berbanding tahun sebelumnya. Hal ini disebabkan subsektor kejuruteraan awam
dan perdagangan khas menjalankan aktiviti penyiapan serta menaik taraf projek lebuh raya
utama.

Pada tahun 2012, berlaku peningkatan semula bagi upah purata industri perlombongan
iaitu RM 3 420 disebabkan kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, jalan kereta api
dan jalan air yang baik memudahkan ketersampaian ke kawasan perlombongan serta
kemudahan pelabuhan dan gudang penyimpanan hasil perlombongan. Manakala, upah
purata bagi industri pembinaan meningkat dari RM 1 573 kepada RM 1 616 pada tahun
2012. Hal ini disebabkan usaha subsektor kejuruteraan awam dalam menaik taraf projek
utama sedia ada secara menyeluruh dari segi sektor dan lokasi geografi.

Seterusnya, upah purata bagi industri perlombongan meningkat dari RM 3 420 pada tahun
2012 kepada RM 3 604 pada tahun 2013. Hal ini disebabkan usaha sektor kerajaan dan
swasta dalam mempertingkatkan keupayaan modal dan teknologi untuk kegiatan
perlombongan secara besar-besaran. Manakala, upah purata bagi industri pembinaan pula
pada tahun 2013 meningkat sebanyak RM 1 701 disebabkan peningkatan pembinaan harta
tanah mewah dan bertingkat tinggi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Pada tahun 2014, upah purata bagi industri perlombongan meningkat kepada RM 4 873
disebabkan perkembangan pesat sektor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung
kepada sumber tenaga sebagai sumber bahan mentah dan sumber kuasa. Manakala upah
purata bagi industri pembinaan pula meningkat dari RM 1 701 pada tahun 2013 kepada
RM 1 831 pada tahun 2014. Hal ini kerana usaha kerajaan dalam memberi sokongan
terhadap aktiviti pembinaan melalui infrastruktur yang baharu.

Pada tahun 2015, berlaku penurunan upah purata bagi industri perlombongan sebanyak
RM 576 dari RM 4 873 pada tahun 2014 kepada RM 4 297 disebabkan kekurangan
pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang tidak boleh diperbaharui. Manakala, upah
purata bagi industri pembinaan terus meningkat dari RM 1 831 pada tahun 2014 kepada
RM 1 897 pada tahun 2015. Hal ini kerana usaha industri pembinaan dalam subsektor
kediaman untuk meningkatkan pembinaan perumahan di pasaran umum.

Kesimpulannya, arah aliran upah bagi industri perlombongan menunjukkan peningkatan


dari tahun 2011 hingga tahun 2014 dan penurunan pada tahun 2015. Manakala industri
pembinaan pula menunjukkan arah aliran upah meningkat secara berterusan dari tahun
2011 hingga tahun 2015.
5.2 Membandingkan kadar pertumbuhan upah antara industri perlombongan dan
pembinaan dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Tahun Kadar Pertumbuhan Upah Mengikut Industri ( % )


Perlombongan Pembinaan
2011 -0.70 3.49
2012 0.32 2.73
2013 5.38 5.26
2014 35.21 7.64
2015 -11.82 3.60
Jadual 3 menunjukkan kadar pertumbuhan upah antara industri perlombongan dan
pembinaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

( Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia https://www.dosm.gov.my )

Kadar Pertumbuhan Upah Mengikut Industri Perlombongan Dan


Pembinaan
40.00%
Kadar Pertumbuhan Upah ( % )

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
2011 2012 2013 2014 2015
-10.00%

-20.00%
Tahun

Perlombongan Pembinaan

Rajah 2 : Kadar pertumbuhan upah mengikut industri perlombongan dan pembinaan dari
tahun 2011 hingga tahun 2015.
Berdasarkan rajah 2 menunjukkan kadar pertumbuhan upah antara industri perlombongan
dan pembinaan dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

Pada tahun 2011, kadar pertumbuhan upah bagi industri perlombongan menunjukkan kadar
negatif iaitu -0.7% disebabkan pengurangan dalam pengeluaran minyak mentah oleh kerana
penutupan beberapa kemudahan pengeluaran untuk tujuan penyelenggaraan serta pengeluaran
medan baharu yang lebih rendah daripada jangkaan. Manakala kadar pertumbuhan upah bagi
industri pembinaan pula meningkat sebanyak 3.49% pada tahun 2011 disebabkan subsektor
harta kediaman mencatat prestasi yang baik dengan pertumbuhan yang kembali meningkat.
Pembinaan harta kediaman, khususnya dalam segmen mewah, meningkat dengan ketara serta
pemulihan dalam kelulusan pembinaan.

Pada tahun 2012, industri perlombongan kembali pulih untuk mencatat kadar pertumbuhan
meningkat sebanyak 0.32% disebabkan pemulihan dalam pengeluaran minyak mentah
didorong dengan keluaran yang lebih tinggi daripada medan minyak yang terletak di pesisir
Semenanjung Malaysia dan Sabah. Manakala industri pembinaan sedikit menurun sebanyak
2.73% pada tahun 2012. Hal ini kerana didorong terutamanya oleh subsektor kejuruteraan
awam yang berusaha dalam menambahbaikkan akses jalan raya serta rel dan meningkatkan
kapasiti penjanaan elektrik.

Pada tahun 2013, kadar pertumbuhan upah bagi industri perlombongan terus meningkat
sebanyak 5.38%. Hal ini disebabkan pengeluaran gas asli, mencatat pertumbuhan lebih kukuh
yang dipacu oleh permintaan yang lebih tinggi daripada Asia Timur dan juga pengeluaran yang
mulai lebih tinggi daripada telaga minyak kecil dan baharu. Justeru itu, kadar pertumbuhan
upah bagi industri pembinaan mencatat pertumbuhan yang meningkat sebanyak 5.26% pada
tahun 2013 merupakan hasil daripada pembinaan yang teguh dalam subsektor kediaman
disokong oleh pembinaan harta tanah mewah dan bertingkat tinggi di Lembah Klang dan
kejuruteraan awam dalam aktiviti projek infrastruktur.

Pada tahun 2014, industri perlombongan mencatat kadar pertumbuhan upah yang lebih kukuh
iaitu meningkat secara mendadak sebanyak 35.21% hasil daripada permintaan yang meningkat
secara berterusan terhadap gas asli cecair dari Asia Utara mendorong peningkatan pengeluaran
gas asli, manakala pengeluaran minyak mentah mencatat permintaan yang tinggi dari medan
minyak utama yang baharu di Gumusut-Kakap di luar pesisir Sabah. Manakala kadar
pertumbuhan upah bagi industri pembinaan meningkat sebanyak 7.64% pada tahun 2014,
disebabkan pertumbuhan subsektor kediaman yang memberangsangkan oleh kemajuan yang
berterusan dalam projek perumahan mewah di Johor serta aktiviti pembinaan dalm subsektor
bukan kediaman disokong oleh projek komersial dan perindustrian.

Pada tahun 2015, industri perlombongan mengalami kadar pertumbuhan upah yang merosot
iaitu -11.82% disebabkan oleh pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih rendah.
Manakala kadar pertumbuhan upah bagi industri pembinaan menurun sebanyak 3.60%
disebabkan subsektor bukan kediaman meningkat dengan lebih perlahan dalam keadaan
aktiviti pembinaan yang berkurang dalam projek harta tanah perindustrian dan komersial.

Kesimpulannya, kadar pertumbuhan industri perlombongan dan pembinaan adalah tidak


konsisten. Hal ini disebabkan kadar pertumbuhan upah bagi industri perlombongan pada tahun
2011 mencatat kadar pertumbuhan yang negatif dan meningkat sehingga pada tahun 2014
kemudian menurun pada tahun 2015. Oleh itu, kerajaan perlu menggalakkan industri
perlombongan dalam menggunakan teknologi moden dalam mempertingkatkan kecekapan
perlombongan serta cara pemprosesan sumber bahan mentah untuk mengelakkan pembaziran.
Manakala kadar pertumbuhan industri pembinaan pula pada mula-mulanya menurun pada
tahun 2011 hingga tahun 2012 kemudian meningkat sehingga tahun 2014 dan menurun semula
pada tahun 2015. Hal ini kerana kerajaan perlu menggesa sektor awam dan swasta bekerja rapat
untuk menghapuskan masalah dalam bekalan tenaga buruh asing terutama buruh asing
berkemahiran, bagi membolehkan sektor ini kekal teguh dan terus memacu ekonomi tempatan.
6.0 CADANGAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengemukakan dua cadangan bagi mempertingkatkan
tingkat upah bagi industri pembinaan.

Antara cadangannya ialah meningkatkan kemahiran dan tenaga buruh dalam industri
pembinaan di semua peringkat. Perubahan yang sedang berlaku dalam industri pembinaan yang
berintensif pengetahuan telah meningkatkan permintaan terhadap guna tenaga yang
berkemahiran tinggi. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan dana khusus untuk
menjayakan institusi latihan dan vokasional bagi melaksanakan program latihan kemahiran
bagi meningkatkan keupayaan tenaga buruh yang mempunyai kelulusan dan berkemahiran
tinggi.

Cadangan yang kedua ialah mempertingkatkan usaha dalam mempelbagaikan aktiviti-aktiviti


pembinaan. Sektor swasta dan sektor awam perlu bekerjasama dalam mendidik para kontraktor
tempatan tentang aspek nilai ekonomi dan kepelbagaian demografi serta menyediakan mereka
dengan ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan kecekapan dalam menggunakan kaedah
baharu pembinaan dan teknologi terkini bagi mencapai kualiti kerja yang tinggi setanding
dengan kontraktor asing.
7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhan, arah aliran upah bagi industri perlombongan menunjukkan peningkatan
dari tahun 2011 hingga tahun 2014 dan penurunan pada tahun 2015. Manakala industri
pembinaan pula menunjukkan arah aliran upah meningkat secara berterusan dari tahun 2011
hingga tahun 2015.

Justeru itu, kadar pertumbuhan industri perlombongan dan pembinaan adalah tidak konsisten.
Hal ini disebabkan kadar pertumbuhan upah bagi industri perlombongan pada tahun 2011
mencatat kadar pertumbuhan yang negatif dan meningkat sehingga pada tahun 2014 kemudian
menurun pada tahun 2015. Oleh itu, kerajaan perlu menggalakkan industri perlombongan
dalam menggunakan teknologi moden dalam mempertingkatkan kecekapan perlombongan
serta cara pemprosesan sumber bahan mentah untuk mengelakkan pembaziran. Manakala
kadar pertumbuhan industri pembinaan pula pada mula-mulanya menurun pada tahun 2011
hingga tahun 2012 kemudian meningkat sehingga tahun 2014 dan menurun semula pada tahun
2015. Hal ini kerana kerajaan perlu menggesa sektor awam dan swasta bekerja rapat untuk
menghapuskan masalah dalam bekalan tenaga buruh asing terutama buruh asing berkemahiran,
bagi membolehkan sektor ini kekal teguh dan terus memacu ekonomi tempatan.
8.0 RUJUKAN

Sumber Internet :

Jabatan Perangkaan Malaysia, www.dosm.gov.my


Portal Rasmi Bank Negara Malaysia, Perkembangan Ekonomi pada tahun 2011,
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2011/cp01
Portal Rasmi Bank Negara Malaysia, Perkembangan Ekonomi pada tahun 2012,
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01
Protal Rasmi Bank Negara Malaysia, Perkembangan Ekonomi pada tahun 2013,
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2013/cp01
Portal Rasmi Bank Negara Malaysia, Perkembangan Ekonomi pada tahun 2014,
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2014/cp01
Portal Rasmi Bank Negara Malaysia, Perkembangan Ekonomi pada tahun 2015,
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2014/cp04
9.0 LAMPIRAN

Jabatan Perangkaan Malaysia, Data Siri Upah Dan Gaji Mengikut Industri Dari Tahun 2011
Hingga Tahun 2015.

You might also like