2) Pn. Mohd Nadzari bin Baharom (GPK PENTADBIRAN) 3) En. Chatri A/L Sing (GPK KOKURIKULUM) 4) En. Osman bin Osman (GPK HEM) 5) Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman 6) Pn. Athiyah binti Shuid 7) Pn. Azizah binti Hassan 8) Pn. Fauziah binti Musa 9) Pn. Hartina binti Rosdi 10) Pn. Hasnah binti Wahab 11) Pn. Hasniyanti binti Mohd Hanafiah 12) Pn. Hayati binti Yahaya 13) Pn. Jamalulhaslina binti Fuad 14) En. Yusrizal bin Yusoff 15) En. Muhamad Ridzuan bin Hj. Ismail 16) Pn. Norliza binti Kadir 17) Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil 18) Pn. Nur Nasihah binti Abdullah 19) En. Rohisyam bin Abidin 20) Pn. Salihah binti Abd Kadir 21) Pn. Sharizah binti Abdullah 22) Pn. Siti @ Lebar binti Rejab 23) Pn. Suraiza binti Abdullah 24) Pn. Suriany binti Idris
Tidak Hadir Bersebab: 1) En. Mohamad Sofi bin Hassan
2) En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe 1. PERUTUSAN PENASIHAT (Guru Besar)
1.1 Ucapan Aluan
Terima kasih atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat. Guru yang tidak dapat hadir telah memaklumkan ketidakhadiran pada pentadbiran. Tindakan: SEMUA GURU
1.2 Kelolaan Aktiviti Dan Program Tahun 2013
Tuan Penasihat amat berpuas hati dengan aktiviti dan program yang dijalankan di bawah kelolaan Unit Kokurikulum sepanjang tahun ini. Tindakan: SEMUA GURU
1.3 Komitmen Dan Kerjasama Guru
Tuan Penasihat juga memohon kepada seluruh warga guru supaya terus memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan seterusnya. Tindakan: SEMUA GURU
2.0 UCAPAN PENGERUSI (GPK KO)
2.1 Ucapan Aluan
Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir kerana dapat memberikan kerjasama walaupun terdapat banyak tugas yang lain. Tindakan: SEMUA GURU
2.2 Mesyuarat 4 Kali Setahun
Tahniah dan terima kasih juga untuk guru-guru kerana telah berjaya melaksanakan mesyuarat kokurikulum 4 kali setahun seperti sasaran dan kehendak pentadbiran sekolah. Tindakan: SEMUA GURU
2.3 Kehadiran Pihak JPN Perlis
GPK KO telah memaklumkan bahawa Unit Kokurikulum telah dipantau oleh pihak JPN Perlis dan akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantapan unit Kokurikulum sekolah. Tindakan: UNIT KOKURIKULUM
2.4 Laporan Aktiviti
GPK KO memaklumkan setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan laporan yang lengkap dan dihantar kepada GPK KO untuk dipantau. Setiap laporan perlu mempunyai kulit hadapan dan isi kandungan yang mengikut keperluan laporan. Tindakan: SETIAUSAHA PROGRAM DAN KELAB DAN PERSATUAN 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 2 TAHUN 2013 Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Hartina binti Rosdi dan disokong oleh Puan Jamalulhaslina binti Fuad.
4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 3 TAHUN 2013
Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman dan disokong oleh Puan Salihah binti Abd Kadir.
5.1 Majlis Penutup Dan Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang
Tuan Guru Besar mencadangkan agar Majlis Penutup dan Majlis Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang dibuat pada hari yang sama. Tindakan: SEMUA GURU
6.0 LAPORAN SETIAUSAHA KOKURIKULUM
6.1 Bantuan Dan Tunjuk Ajar
S/U Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru terutama kepada GPK KO kerana telah banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam menjalankan amanah sebagai Setiausaha Kokurikulum sekolah. Tindakan: SEMUA GURU
6.2 Kemaskini Fail
S/U Kokurikulum mengharapkan agar fail-fail kelab, persatuan, badan beruniform dan rumah sukan agar mengemaskini maklumat yang diperlukan bagi tahun 2013. Tindakan: SEMUA GURU
7.0 LAPORAN SETIAUSAHA SUKAN
7.1 Laporan Kejohanan Bola Sepak
Sekolah telah mendapat saguhati dalam penyertaan kejohanan kali ini. Namun dapat dibanggakan kerana melihat prestasi peserta dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Tindakan: GURU DAN JURULATIH BOLA SEPAK
7.2 Laporan Kejohanan Sepak Takraw
Peserta sekolah telah berjaya menggondol Johan PKP Arau dan telah mewakili PKP ke peringkat Negeri dan mendapat saguhati. Tindakan: GURU DAN JURULATIH SEPAK TAKRAW 7.3 Laporan Kejohanan Bola Jaring Dalam kejohanan yang dilangsung di SKGN, peserta sekolah mendapat tempat Naib Johan PKP dan S/U Sukan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana telah berjaya mengelola kejohanan ini dengan baik. Tindakan: SEMUA GURU
7.4 Laporan Kejohanan Bola Baling
Tahniah kepada peserta dan guru yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini kerana skuad bola baling lelaki telah berjaya menggondol johan dan telah mewakili PKP Arau ke peringkat negeri. Tindakan: GURU DAN JURULATIH BOLA BALING
7.5 Laporan Kejohanan Balapan dan Padang PKP Arau
Kita hanya berjaya meraih 2 gangsa. Namun begitu, kesungguhan atlet sekolah sangat dibanggakan. Tindakan: GURU DAN JURULATIH OLAHRAGA
8.0 LAPORAN PENYELARAS BADAN BERUNIFORM
8.1 Aktiviti Luar
Penyelaras memaklumkan murid agak kurang penyertaan luar bagi aktiviti kokurikulum. Tindakan: SEMUA GURU
8.2 Perkhemahan Jamboree Pengakap
Perkhemahan tahunan ini akan diadakan di Johor pada 8 hingga 11 November 2013. Tindakan: GURU PENASIHAT PENGAKAP
8.3 Perkhemahan Badan Beruniform SKGN 2013
Aktiviti dan program yang dirancang berjaya dijalankan dengan baik kerana cuaca sepanjang perkhemahan juga baik. Tindakan: SEMUA GURU
8.4 Cadangan Pemakaian Pakaian Beruniform
Guru Besar mencadangkan pemakaian pakaian beruniform pada tahun hadapan. Pemantauan hendaklah sentiasa dijalankan terutama pada hari Rabu. Wujudkan juga baju Tshirt sebagai baju uniform kedua. Tindakan: SEMUA GURU 9.0 LAPORAN PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN
9.1 Waktu Yang Sesuai
Guru penyelaras mencadangkan agar masa bagi menjalankan aktiviti kokurikulum terutama untuk kelab dan persatuan dikaji semula agar bersesuai dengan waktu murid. Tindakan: UNIT KOKURIKULUM
9.2 Agihan Murid Mengikut Kelab dan Persatuan
Guru penyelaras juga mencadangkan agar murid diagihkan kepada kelab dan persatuan dengan baik dan saksama. Tindakan: UNIT KOKURIKULUM
10.0 TAKWIM SUKAN 2014
10.1 Takwim Unit Kokurikulum 2014
Takwim bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum tahun 2014 telah siap disusun oleh GPK KO dan dapat dikongsikan bersama guru-guru bagi pelaksanaan pada tahun hadapan. Tindakan: SEMUA GURU
10.2 Perpindahan Bilik Setor Sukan
GPK KO telah memaklumkan pemindahan bilik setor sukan yang lama ke bilik setor sukan yang baru iaitu bersebelahan Pra Sekolah. Tindakan: SEMUA GURU
11.0 LADAP PAJSK 2014
11.1 Bahan Disediakan
GPK KO memaklumkan bahawa bahan untuk PAJSK 2014 telah dimuatnaik ke dalam web sekolah dan guru boleh memuatturun untuk rujukan lanjut. Tindakan: SEMUA GURU
11.2 Pengetahuan Guru Tentang PAJSK
GPK KO mengingatkan kepada guru supaya memberi perhatian dan mengetahui lebih lanjut mengenai PAJSK. Tindakan: SEMUA GURU 12.0 HAL-HAL LAIN
12.1 Data Kokurikulum 2013
GPK Pentadbiran mengingatkan guru kelab dan persatuan dan badan beruniform agar mengisi maklumat data kokurikulum 2013. Tindakan: GURU KELAB DAN PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM
12.2 Kertas Kerja Tuntutan
GPK Pentadbiran juga memaklumkan bahawa perlu ada kertas kerja tuntutan bagi tujuan pengauditan perbelanjaan. Tindakan: SEMUA GURU
12.3 Laporan Panitia
GPK Pentadbiran memaklumkan untuk tahun hadapan, laporan panitia perlu disediakan dalam dua salinan iaitu untuk fail panitia dan untuk GPK Pentadbiran. Namun, untuk tahun ini, hanya memerlukan satu laporan sahaja. Tindakan: SEMUA GURU
12.4 Pemantauan Guru Besar Dari JPN Perlis
Guru Besar memaklumkan telah dipantau oleh dua orang pegawai dari JPN Perlis. Tindakan: GURU BESAR
12.5 Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SKGN 2013
Puan Jamalul memaklumkan jamuan akhir tahun akan diadakan pada 13 November 2013 jam 8 malam di Putra Palace. Tema adalah bebas. Tindakan: SEMUA GURU
12.6 Sistem PBS Tidak Begitu Stabil Buat Waktu Ini
Puan Azizah memaklumkan sistem atas talian bagi pengisian PBS untuk waktu ini adalah tidak memuaskan. Sistem ini ditutup buat sementara waktu pada 1 Disember 2013. Tindakan: SEMUA GURU
13.0 PENUTUP
13.1 Ucapan Terima Kasih
Guru Besar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Kokurikulum kerana berjaya melaksanakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun. Tindakan: SEMUA GURU 13.2 Memohon Kemaafan Guru Besar juga memohon kemaafan andai tersalah bicara sepanjang pengendalian sesi mesyuarat kali ini. Tindakan: SEMUA GURU
Disediakan oleh Rohisyam bin Abidin Setiausaha Kokurikulum Setiausaha Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Tarikh: 1 November 2013