Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Topik Tasawwur

1 Islam: Konsep
dan Skop
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi tasawwur Islam;
2. Menjelaskan skop perbincangan mengenai tasawwur Islam; dan
3. Menerangkan istilah-istilah yang berkaitan dengan tasawwur Islam
seperti istilah agama, ibadah, akhlak dan dakwah.

PENGENALAN
Islam perlu dipersembahkan dalam citra dan imej yang betul dalam perspektif
serta spektrumnya. Gambaran sebenar tentang Islam yang mencakupi
keseluruhan hidup manusia menterjemahkan maksud dan konsep bahawa
agama ini diturunkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Ini supaya
manusia boleh mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat.
Justeru, dalam topik ini, kita akan melihat dan membincangkan maksud
tasawwur Islam. Di samping itu, kita akan membicarakan skop perbincangan
mengenai tasawwur Islam melalui huraian aspek kewujudan, ilmu pengetahuan,
manusia dan alam. Kita juga akan meneliti beberapa istilah yang berkaitan
dengan tasawwur Islam seperti istilah agama, Islam, ibadah, akhlak dan dakwah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


2 TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

1.1 DEFINISI TASAWWUR ISLAM

Istilah tasawwur Islam adalah perkataan bahasa Arab. Istilah ini secara
umumnya, barangkali, agak asing bagi kebanyakan masyarakat Islam di
Malaysia kecuali mereka yang berada di institusi pengajian sama ada di
peringkat sekolah menengah (itu pun mereka yang mempelajari mata pelajaran
tersebut untuk tujuan peperiksaan) ataupun di peringkat pengajian tinggi (jika
mata pelajaran itu ditawarkan oleh institusi pendidikan berkenaan).

Terdapat istilah lain yang boleh dikatakan bagi menggambarkan maksud


tasawwur Islam, iaitu Islamic worldview yang diertikan sebagai pandangan
hidup Islam dan istilah Islam as a way of life yang bermaksud Islam sebagai
satu cara hidup. Ada juga ahli akademik yang menggunakan istilah dalam
bahasa Jerman yang memberi maksud yang sama, iaitu weltanschaung.

Sebagaimana yang dikatakan sebelum ini, tasawwur Islam adalah istilah bahasa
Arab. Ia mengandungi dua patah perkataan, iaitu tasawwur dan Islam. Kita
akan lihat perkataan tasawwur terlebih dahulu sebelum kita meneliti perkataan
Islam.

Perkataan tasawwur berakar kata daripada perkataan ( sara) yang


kemudiannya diadun menjadi ( sawwara) dan ( tasawwara). Dalam
kamus Arab, tasawwur memberi erti atau .

Maksudnya, gambaran rupa bentuk sesuatu. Barangkali timbul persoalan, di


mana dan bagaimana seseorang itu mahu memberikan gambaran tentang bentuk
sesuatu. Oleh itu, tasawwur adalah suatu gambaran atau tanggapan akal atau
pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Dengan kata lain, tasawwur ini
melibatkan kerja akal bagi menghasilkan sesuatu rupa atau bentuk.

Secara umum, perkataan Islam adalah merujuk kepada agama Islam. Walau
bagaimanapun kita akan perincikan maksudnya dalam topik yang akan datang.
Oleh itu, jika kita gandingkan dua perkataan itu menjadi tasawwur Islam, ia
memberi maksud gambaran bentuk rupa Islam. Sehubungan dengan itu,
tasawwur Islam adalah menjelaskan Islam yang sebenar secara menyeluruh.
Malah melalui tasawwur Islam seseorang itu dapat menentukan matlamat
kehidupannya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Dalam pada itu, Abdelaziz Berghout ketika membincangkan definisi Islamic


worldview dalam buku bertajuk Introduction to the Islamic Worldview
berpandangan bahawa Tawhid dan kesannya terhadap kepercayaan dan
kehidupan seseorang itu adalah kata kunci utama terhadap pentakrifan dan
pemerian konsep Islamic worldview. Tambahan pula, perbincangan tentang

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP 3

Islamic worldview tidak harus memisahkan antara unsur yang boleh dilihat oleh
mata kasar dengan sesuatu yang tidak boleh dilihat serta dinilai dengan mata
zahir, antara kehidupan di dunia dengan kehidupan selepas kematian. Dengan
kata lain, ia mengandungi kedua-dua kehidupan di dunia dan di akhirat dengan
menekankan bahawa aspek duniawi mesti dikaitkan secara bermakna dengan
aspek ukhrawi (ini kerana kehidupan di akhirat adalah matlamat utama dan
kepentingan yang terakhir bagi insan).

AKTIVITI 1.1

1. Mengapa Islam perlu dipersembahkan dalam bentuk dan imej yang


hakiki?

2. Mengapa kita perlu menggunakan istilah tasawwur Islam dalam


bahasa Arab walaupun ada istilah dalam bahasa lain yang juga
memberi maksud yang hampir sama? Bincangkan.

1.2 SKOP PERBINCANGAN MENGENAI


TASAWWUR ISLAM
Dalam perbincangan sebelum ini, kita telah melihat definisi dan maksud
tasawwur Islam. Ia secara umumnya menjelaskan secara keseluruhan prinsip-
prinsip asas Islam yang boleh menerangkan Islam yang sebenar lagi menyeluruh.

Sebagaimana yang diketahui, Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah
S.W.T. Ia bukan hasil pemikiran manusia, kebudayaan dan pencapaian mana-
mana tamadun. Firman Allah S.W.T dalam surah `Ali `Imran ayat 19:

... 3 n=M}$# !$# y e$!$# )


Maksudnya:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


4 TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

Dalam pada itu juga, seorang tokoh dakwah di Mesir yang terkenal, iaitu Al-
Syahid Hasan al-Banna, pernah menyebut bahawa:

Islam merupakan suatu perutusan yang jangkauan panjangnya meliputi


setiap zaman yang datang mendatang, pengisian keluasannya mencakup
segala pelosok dunia dan ketunjangan dalamnya meliputi semua urusan
dunia dan akhirat.

Persoalan tentang tasawwur amat penting kerana tasawwur seseorang itu


menentukan sikap dan tindakannya. Dengan kata lain, jika tasawwur seseorang
itu terhadap sesuatu betul dan tepat maka akan lahir tindakan dan sikap yang
betul tentang sesuatu itu. Lebih-lebih lagi jika kita membicarakan tentang
tasawwur yang berkaitan dengan agama Islam. Ini bermakna apabila tasawwur
seseorang itu betul dan tepat tentang Islam, maka tindakan dan sikapnya tentang
Islam adalah betul dan tepat. Malah dia akan menepati ciri-ciri seorang Muslim
yang benar. Begitulah sebaliknya, apabila seseorang tidak mempunyai tasawwur
yang tepat dan benar tentang Islam, maka dia akan memberikan suatu gambaran
dan menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dengan penjelasan dan
tindakan yang salah. Inilah yang banyak berlaku di dunia Barat apabila Islam
ditonjolkan dengan imej yang buruk dan memalukan. Malah di negara orang
Islam sendiri pun apabila orang Islam mendapat gambaran tentang Islam melalui
sumber-sumber yang tidak sahih dan benar, seperti daripada sumber Barat yang
anti-Islam, maka sikap mereka terhadap Islam pun agak negatif. Oleh itu,
perbezaan tasawwur berpunca, salah satu daripadanya, adalah daripada latar
belakang pendidikan.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu jelas tasawwur Islamnya dari sudut maksud
kehidupan yang hakiki, dia akan menghitung kehidupannya ketika bermula di
alam roh, yang kemudiannya dilanjutkan di alam rahim ibu. Selepas itu ia diikuti
dengan kehidupan di alam nyata. Kehidupan itu tidak akan berakhir di situ sahaja.
Selepas merasa kehidupan di alam nyata, alam kematian akan menjelma yang
ditandai dengan alam barzakh. Kemudian akan tiba pula alam yang akan kekal
abadi, iaitu alam akhirat. Jika semua alam ini diambil kira dan dibuat perkiraan,
maka tidak timbul persoalan sekularisme yang hanya melihat kehidupan di alam
dunia yang nyata sahaja. Seolah-olah apa yang dilakukan tidak diperkirakan kesan
dan akibatnya di alam transisi (alam barzakh) dan alam kekal abadi (alam akhirat).
Sebab itulah berlakunya kepincangan dalam kehidupan apabila berleluasanya
segala macam permasalahan sama ada dalam sosial (seperti gejala zina, buang bayi
dan derhaka kepada ibu bapa), ekonomi (seperti penindasan, kezaliman dan
penipuan) serta politik (seperti rasuah, pecah amanah dan sombong).

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP 5

Skop perbincangan mengenai tasawwur Islam pada umumnya dapat dihuraikan


melalui perbincangan konsep-konsep seperti berikut:

(a) Ontologi (teori kewujudan);


(b) Epistemologi (teori ilmu); dan
(c) Aksiologi (teori nilai).

Di samping itu, terdapat pokok-pokok perbahasan yang menyentuh empat


perkara utama dalam tasawwur Islam, iaitu mengenai:

(a) Tuhan;
(b) Alam;
(c) Manusia; dan
(d) Ilmu.

Perkara-perkara di atas akan dihuraikan secara terperinci dalam topik-topik yang


akan datang.

Justeru, melalui pengajian tasawwur Islam dengan skop-skop perbincangannya,


kita menyedari bahawa Islam bukan agama yang difahami oleh kebanyakan
orang yang menganggap Islam itu suatu dogma dan ritual semata-mata. Jika
inilah yang difahami oleh kebanyakan orang Islam, maka agama ini tidak
berbeza dengan agama dan kepercayaan lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha
yang hanya menekankan aspek ritual dan moral semata-mata. Ini menunjukkan
bahawa Islam itu pengajarannya lebih luas yang mencakupi segala aspek
termasuklah aspek kerohanian dan akhlak.

AKTIVITI 1.2

1. Bincangkan alasan-alasan yang munasabah mengapa tasawwur Islam


yang jelas mampu menentukan sikap dan tindakan seseorang.

2. Bagaimana seseorang boleh menentukan sikap dan tindakannya


melalui tasawwur yang tepat dan jelas terhadap Islam?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


6 TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

1.3 ISTILAH-ISTILAH YANG MEMPUNYAI


KAITAN DENGAN PERBINCANGAN
TASAWWUR ISLAM
Terdapat beberapa istilah yang mempunyai kaitan dengan perbincangan
tasawwur Islam, iaitu:

(a) Agama;
(b) Islam;
(c) Ibadah;
(d) Akhlak; dan
(e) Dakwah.

Mengapa istilah-istilah tersebut dikatakan mempunyai kaitan atau hubungan


dengan perbincangan dalam tasawwur Islam? Sebagaimana yang dibincangkan
sebelum ini, apabila kita membicarakan tentang tasawwur Islam kita akan dapati
kenyataan-kenyataan seperti berikut memberikan maksud dan konsep tasawwur
Islam, iaitu:

(a) Dengan tasawwur Islam, kita akan memberikan suatu gambaran dan citra
Islam yang sebenarnya kepada sikap dan tindakan kita.
(b) Dengan tasawwur Islam, kita dapat menentukan sikap dan tindakan kita
terhadap agama Islam.
(c) Dengan tasawwur Islam juga, kita dapat menentukan matlamat kehidupan
kita sejajar dengan ajaran Islam yang sebenar.

Justeru, istilah-istilah yang disenaraikan di atas mempunyai kaitan dengan


kenyataan-kenyataan tersebut. Agama misalnya, sering diungkapkan dalam
bentuk yang umum. Persoalannya, agama apa yang paling layak dan betul
dianuti? Jika seseorang tidak mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan tepat,
barangkali dia akan menyatakan bahawa semua agama itu sama dengan hanya
melihat nilai-nilai universal yang dikatakan mempunyai persamaan dengan
semua agama. Ini kerana kefahamannya tentang maksud agama, tuntutan
beragama, matlamat beragama, peraturan beragama dan sebagainya barangkali
tidak jelas sehingga dia sanggup melafazkan bahawa semua agama itu sama.
Barangkali juga dia memperolehi pengetahuan tentang agama daripada sumber
yang salah atau sumber yang sengaja meletakkan dirinya dalam keadaan
sedemikian. Ini menyebabkan dia bukan mempunyai tasawwur yang sifatnya
Islami tetapi lebih kepada tasawwur liberal.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP 7

Istilah ibadah pula mempunyai suatu kepentingan tertentu dalam perbincangan


tasawwur Islam. Sebelum ini kita menjelaskan bahawa melalui tasawwur Islam
kita dapat menentukan matlamat kehidupan kita yang sebenar. Persoalannya
lagi, apakah matlamat kehidupan seseorang itu? Jawapannya ada dalam sumber
yang paling tepat dan benar, iaitu al-Quran. Dalam al-Quran, melalui surah al-
Dhariyyat ayat 56, Allah S.W.T berfirman, iaitu:

7u9 ) }M}$#u g:$# M)n=yz $tu


Maksudnya:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.

Cuba bayangkan apabila tasawwur seseorang tentang matlamat kehidupan tidak


jelas dan dia cuba mencerahkan pengetahuannya tentang itu dengan merujuk
sumber yang tidak tepat dan benar. Sudah tentu matlamat kehidupannya bukan
apa yang ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat di atas, iaitu untuk beribadah
kepada-Nya. Sebab itu, apabila seseorang memahami maksud dan tuntutan
ibadah yang sebenar, yang kemudiannya melaksanakan tuntutan tersebut, maka
dia mempunyai tasawwur yang jelas tentang agama Islam.

Istilah akhlak pula mencerminkan sikap dan tindakannya sama ada secara
lahiriah atau batinnya terhadap agama Islam yang dianutinya. Jika kita membuat
suatu ilustrasi terhadap sebatang pokok, kita akan melukiskan pokok tersebut
dari akarnya yang berada di perut bumi, kemudian batangnya yang menyokong
keseluruhan pokok, rantingnya yang menjadi pautan daun-daun dan buahnya
yang melambangkan kematangannya serta petanda kepada kesinambungan
kepada kelangsungan pokok tersebut. Jika kita kaitkan dengan persoalan agama
Islam, akar itu boleh dilambangkan sebagai akidah, batang pokok sebagai ibadah
asas, ranting sebagai ibadah sunat dan buah sebagai akhlak. Rajah 1.1 berikut
boleh menerangkan kenyataan tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


8 TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

Rajah 1.1: Islam yang dilambangkan melalui pokok

Manakala istilah dakwah pula merupakan suatu usaha bagi merealisasikan


maksud tasawwur Islam tercapai. Ini kerana tasawwur Islam adalah untuk
menjelaskan bentuk dan gambaran yang sebenar tentang Islam. Bagaimana kita
boleh menjelaskan bentuk dan gambaran yang sebenar tentang Islam kepada
orang lain supaya kefahaman tentang Islam dapat disebarkan ke seluruh penjuru
alam? Ini dapat dicapai melalui usaha dakwah. Dakwah secara umumnya adalah
suatu usaha menyampaikan ajaran Islam yang merupakan mawdu` atau tajuk
dakwah daripada seseorang yang dikenali sebagai pendakwah kepada sasaran
dakwah melalui metodologi dan pendekatan tertentu yang mempunyai kesan
tertentu hasil dakwah yang dilakukan.

Melalui maksud dakwah itu kita dapati bahawa pendakwah yang menyampaikan
ajaran Islam dalam bentuk dan gambaran yang sebenarnya adalah pendakwah
yang mempunyai tasawwur yang jelas tentang agama Islam. Pendakwah yang
bertanggungjawab menyampaikan ajaran Islam kepada sasaran dakwahnya juga
mempunyai tasawwur yang jelas tentang agamanya. Ini kerana agama Islam yang
dianutinya itu bukan sahaja diamalkan untuk dirinya tetapi turut disebarkan
kepada orang lain agar mereka juga dapat merasai nikmat mengamalkan agama
yang dianutinya. Begitu juga apabila pendakwah tersebut menyampaikan ajaran
Islam yang betul dengan menggunakan pendekatan yang betul memberi isyarat
bahawa tasawwurnya tentang agama Islam adalah jelas. Dalam al-Quran, Allah
S.W.T menjelaskan prinsip-prinsip pendekatan dakwah yang perlu diikuti oleh
seseorang pendakwah. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl ayat 125:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP 9

4 |mr& } L9$$/ 9y_u ( u|pt:$# sy9$#u y3t:$$/ y7n/u 6y 4n<) $#

tGt 9$$/ n=r& uu ( &#6y t | y/ n=r& u y7/u )

Maksudnya:
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

AKTIVITI 1.3

1. Ulas dengan memberikan contoh apabila perkataan tasawwur


digandingkan dengan istilah sekularisme dan liberalisme.

2. Bersetujukah anda bahawa pertembungan antara dunia Islam dan


Barat bukan berpunca daripada pertembungan tamadun tetapi lebih
kepada pertembungan worldview? Berikan hujah anda.

Ada dalam kalangan orang Islam yang menyikapi dan memahami Islam
dalam maksud dan gambaran yang tidak jelas. Ini kerana Islam difahami
mengikut selera dan latar belakang masing-masing dan bukannya
berdasarkan sumber yang sahih serta ajaran Islam yang sebenarnya.

Keadaan yang menggambarkan Islam dalam citra yang bukan sebenarnya


menyebabkan Islam disikapi dan ditanggapi secara salah sehingga ada yang
menisbahkan Islam dengan perkataan atau istilah yang bukan selayaknya
dengan Islam seperti Islam fanatik, Islam moderat dan Islam liberal.

Keadaan ini dapat diperbetulkan apabila masyarakat mempunyai tasawwur


yang jelas tentang Islam dengan skop perbincangan tertentu yang berkaitan
dengan Tuhan, alam, manusia dan ilmu.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


10 TOPIK 1 TASAWWUR ISLAM: KONSEP DAN SKOP

Tasawwur Islam dapat menentukan arah panduan kehidupan yang sebenar


dan cara kehidupan itu dilalui berdasarkan sumber yang sahih daripada
Penciptanya.

Agama Ibadah
Akhlak Islam
Dakwah Tasawwur

Abdelaziz Berghout (ed.). (2009). Introduction to the Islamic worldview: Study of


selected essentials. Gombak: IIUM Press.

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).


Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

You might also like