Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAM MAJLIS MAKAN MALAM

PRA ALUMNI 2016

Terima kasih saudari dan saudara pengerusi majlis.


Bismillahirrahmanirrahim..

Yang Berbahagia,
Professor Madya Dr Ishak Baba,
Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Yang Dihormati,
Dr. Jamaludin B Jalani
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Ketua-ketua Jabatan Fakulti Tekonologi Kejuruteraan,


Pensyarah-pensyarah dan staf-staf FTK,
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Makan Malam Pra Alumni 2016,
Seterusnya rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah


S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul
bersama-sama pada hari ini bagi menjayakan Majlis Makan Malam Pra Alumni
2016. Semoga majlis makan malam ini benar-benar telah mencapai objektifnya,
iaitu untuk meraikan para pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Pertama sekali saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Saya bersyukur
majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya berkat kerjasama daripada
pelbagai pihak terutama jawatankuasa pelaksana Majlis Makan Malam Pra
Alumni 2016.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Majlis Makan Malam Pra Alumni 2016 yang dianjurkan ini merupakan usaha
yang telah dilaksanakan oleh Kelab Teknologi Kejuruteraan (Etec) untuk
meraikan para pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan, secara
khususnya, atas pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang mereka bergelar
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Selain untuk
memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu antara mahasiswa/mahasiswi
yang merupakan pelapis kepada sidang hadirin pada malam ini. Majlis ini juga
diharap dapat memberi latihan kemahiran dan cabaran serta peluang kepada
para ahli jawatankuasa pelaksana untuk meningkatkan kebolehan diri.

Hadirin sekalian,
Pertama sekali ucapan terima kasih khas diucapkan kepada Dr Jamaludin Jalani,
kerana turut membantu kami melaksanakan majlis ini. Tidak lupa juga,
sekalung penghargaan kepada Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan kerana
telah sudi memberikan sedikit sumbangan untuk menjayakan majlis makan
malam ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada staf-staf akademik dan pensyarah yang turut menyumbangkan sedikit
sebanyak sumbangan dana bagi menjayakan Majlis Makan Malam Pra Alumni
FTK 2016.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana
Majlis Makan Malam Pra Alumni 2016 ini di atas usaha, komitmen dan
pengorbanan yang diberi bagi memastikan kelancaran majlis ini. Untuk
pengetahuan para hadirin, ahli jawatankuasa pelaksana Majlis Makan Malam
Pra Alumni FTK 2016 kali ini terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu hingga
tahun tiga. Kami berasa bertuah kerana diberi kepercayaaan untuk
mengendalikan majlis ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi
Kejuruteraan yang menyokong Majlis Makan Malam Pra Alumni FTK 2016
dengan kehadiran kalian pada malam ini. Tanpa sokongan dan kerjasama yang
harmonis ini sudah pastinya majlis makan malam ini tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Saya berharap ukhwah yang terjalin antara kita sepanjang kalian berada disini
akan berterusan, seterusnya menjadi azimat buat kita semua untuk meneruskan
perjuangan. Besar juga harapan saya untuk melihat kalian terus mengecapi
kejayaan sebagai alumni Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM. Akhir kata,
saya, selaku pengarah Majlis Makan Malam Pra Alumni 2016 ini berasa amat
bersyukur dan sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama
semua pihak dalam melaksana dan menjayakan majlis ini. Terima kasih sekali
lagi di atas sokongan rakan-rakan fakulti dalam bersama-sama menjayakan
majlis ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan, sudilah hadirin menerima serangkap dua
pantun:
Akan menebang nibung berduri,
Dibikin pagar pinggir perigi,
Pantun dikarang melepas diri,
Umur panjang, berjumpa lagi.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

You might also like