Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BIL CUE ANN

1. Ketibaan para jemputan dan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn. Osman bin Mohamed
ibu bapa Bahari, A.M.P diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang
2020 dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Behrang
2020. Semua hadirin diminta berdiri.

2. Bacaan doa. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
Nor Fazli bin Khairon. Dipersilakan.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3. Ucapan Aluan Pengerusi Ke Pekan Nilai membeli bingka,


Majlis Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan
Salam Perak Excellent.

Yang Berusaha Tn. Osman bin Mohamed Bahari A.M.P,


PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN,
DAERAH BATANG PADANG,

Yang Berusaha Tn. Hj. Zulkifli bin Bujal,


Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Bandar Behrang 2020,

Yang Berusaha Pn. Hjh. Noraishah binti Yunan,


Guru Besar,
SK Bandar Behrang 2020,

Yang Dihormati guru-guru penolong kanan,


guru-guru,
AJK PIBG SK Bandar Behrang 2020 sesi 2015/2016,
seterusnya ibu-bapa sekalian.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha Tn. Osman
bin Mohamed Bahari, para jemputan khas dan ibu bapa ke
Mesyuarat Agung PIBG SK Jijan yang ke-4 pada hari ini.
Untuk pengetahuan Yang Berusaha Tuan dan hadirin sekalian,
Objektif Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Behrang 2020 kali ke-4 ini
diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan
penjaga serta guru dalam sekolah berbincang, berkolaborasi,
berunding dan bekerjasama antara satu sama lain berkenaan
dengan cara memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini.
Diharap mesyuarat yang akan kita adakan nanti berjalan dengan
lancar dalam suasana yang harmoni.

4. Ucapan Yang Dipertua PIBG Hadirin sekalian,

Ucapan pembukaan Mesyuarat Agung PIBG ke-4 pada kali ini


dimulakan dengan ucapan daripada Yang Di Pertua PIBG SK Bandar
Behrang 2020. Untuk itu, dijemput Yang Berusaha Tn. Hj. Zulkifli bin Bujal
untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau


sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
5. Ucapan Guru Besar SK Jijan

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh. Noraishah


binti Yunan, Guru Besar Sk Bandar Behrang 2020 untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Pn. Hjh. Noraishah bin Yunan atas ucapan beliau
sebentar tadi.

6.
Ucapan Perasmian Makan durian bersama pulut,
Oleh Yang Berusaha Tn. Duduk bersembang atas serambi,
Osman bin Mohamed Bahari Tampillah tuan kami menjemput,
A.M.P Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin sekalian,
Tibalah kita pada acara yang dinanti-nantikan. Tanpa melengahkan
masa marilah sama-sama kita mendengar ucapan perasmian yang
akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Osman bin Mohamed
Bahari A.M.P, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah Batang
Padang. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan.

Tuan berbudi tidak terperi,


Hulurkan madah kata perasmi,
Yang Berhormat Senator Dato kami segani,
Kesudian Yang Berhormat Senator Dato kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya ucapan Yang Berusaha Tuan itu tadi maka


rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Behrang 2020
pada hari ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kesudian Yang Berusaha Tn. Osman bin Mohamed Bahari
merasmikan majlis kita sebentar tadi.

Penyampaian sijil Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian sijil kepada jurulatih hoki
7.
PSAS dan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2015/2016. Oleh itu
dipersilakan sekali lagi oleh Yang Berusaha Tn. Osman bin Mohamed
Bahari, dengan diiringi oleh Yang Berusaha Pn. Hjh. Noraishah binti
Yunan untuk menyampaikan sijil. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH

8.
Penyampaian cenderahati Seterusnya, dijemput Yang Berusaha Pn. Hjh. Noraishah binti Yunan
kepada tetamu kehormat untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah kepada Yang
Berusaha Tn. Osman bin Mohamed Bahari. Dipersilakan

9.
Kata Penutup perasmian & Maka dengan itu berakhirlah majlis perasmian kita pada hari
jamuan VIP ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan
kepada Yang Berusaha Tn. Osman bin Mohamed Bahari atas
kesudian merasmikan dan meluangkan masa menghadiri
majlis kita pada hari ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2015/2016 dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
kali ke-4 serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG SK


Mesyuarat Agung PIBG kali
Bandar Behrang 2020 kali ke-4. Untuk itu saya menyerahkan
ke-30
majlis kepada Yang Dipertua PIBG SK Bandar Behrang 2020 Tn.
Hj. Zulkifli bin Bujal untuk meneruskan mesyuarat agung pada
hari ini.

You might also like