Tambahan Karya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Nukilan Seorang Sahabat Yang Kekurangan

Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada diwaktu awak susah dan senang. Saya
sentiasa disisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat
agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan
senyum bila awak sedih. Saya selalu memujuk awak kalua awak menangis dan sedih.

Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan pershabatan saya. Namun, ibarat
pepatah Sahabat tidak akan putus. Suatu hari, pasti sahabat itu akan dicari semula. Saya
tidak pernah membuang sahabat. Tapi, kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari
sini, syaya mengajar awak erti keikhlasan dalam pershabatan.

Kalau suatu hari awak menangis, beritahu saya. Saya tak janji akan buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak. Kalau suatu hari awak ada masalah, beritahu saya.
Saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dangan saya. Kalau suatu hari
awak nak pergi berjalan, beritahu saya. Saya bukannya nak halang awak. Tapi, saya boleh
teman dan menjaga awak.

Tapi, kalua suatu hari nanti awak perlukan saya, dan saya tak muncul-muncul, mungkin Allah
S.W.T lebih memerlukan saya di saat itu. Dan saya pula perlukan Hadiah Pershabatan
daripada awak. Saya dan awak sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada disisi awak,
awak ingat bahawa persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti
berdikari dalam pershabatAn kerana waktu itu, awak akan tahu bertapa pentingnya
SEORANG SAHABAT dalam hidup awak. GROUP OBBESS FOREVER-

Hamba Yang Kekuranagan:

Nur Najiha Najwa (COCY) (5PD1 2015)


CIKGU KAMI , IBU KAMI YANG TIADA GANTINYA

Kisah bermula apabila kami, pelajar tingkatan 3 Khawarizmi 2013 mengambil subjek KHB
ERT untuk peperiksaan PMR 2013. Kami tidak pernah menyangka bahawa kami akan
mendapat seorang guru yang lembut hatinya, selembut ibu kami.Namanya unik dan cantik
seperti tuan empunya diri. Puan Hamidah Rohaya Binti Osman namanya yang disegani oleh
semua guru SMK Bandar Sungai Buaya. Pn. Hamidah mengajar kami KHB ERT kelas 3
Khawarizmi. Seronok dan bergembira kami apabila tiba mata pelajaran ERT, Kami tidak
sabar untuk bergelak ketawa bersama Puan Hamidah Rohaya.Hakikatnya, semua pelajar
perempuan ERT memang suka dangan perwatakan Cikgu Hamidah.

Ingatan mula menerjah kembali di ingatanku. Pada pertangahan tahun 2013, kami dikejutkan
dengan pertukaran guru sementara. Kami juga dikhabarkan bahawa Pn. Hamidah tidak sihat,
jadi kami mengambil kesempatan ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan
Pn. Hamidah. Kira-kira 3 bulan lebih Pn. Hamidah tidak mengajar kami dan 3 bulan itu
jugalah kami menanggung kerinduan yang menggunung terhadap Pn. Hamidah. Namun,
disuatu hari kami berbincang sesama sendiri. Jadi, berbekalkan sedikit buah tangan, Kami
melawat Pn. Hamidah dirumahnya pada petang harinya. Kami amat terkejut bahawa Pn.
Hamidah mengidapi penyakit kanser payudara. Allahu..!! Hanya Allah sahaja yang tahu akan
persaaan kami seorang-seorang. Ketika aku dan rakan-rakan membacuh air didapur cikgu ,
tanpa sedar air mata yang hangat mengalir dari tubir mataku. Semakin lama semakin lebat
dan diikuti dengan tangisan kecil sahabat-sahabat aku yang berada didapur. Kami
memikirkan perkara yang tidak mungkin kami mahukan dan tidak pernah terlintas sedikit pun
di fikiran kami bahawa Pn. Hamidah yang selalu ceria dan bertenaga seperti beliau boleh
terkena penyakit kronik seperti ini.
Aku kembali mengingati masa-masa indah bersama Pn. Hamidah ataupun kami mengelarnya
Mama Hamidah. Kisah ini sebelum Pn. Hamidah menghidap penyakit kronik. Semasa kami
memulakan sesi memasak bersama Mama Hamidah, riuh rendah kelas kami ketika itu.
Selepas masak, jangan tinggalkan sampah sarap di singki. Kutip. Dan siapa yang tidak bawa
bekas makanan yang saya dah pesan semalam, pandai-pandai kamu lah Kata Mama
Hamidah dengan agak tegas nadanya. Baiklah Cikgu . Sahut kami dengan ketawa riang dan
ada sahabat-sahabat aku yang tidak membawa bekas bekas makanan, mulalah meminta
kebenaran untuk membeli bekas makanan di kantin. Ketika itu, aku melihat Pn. Hamidah
menggelengkan kepalanya seraya tersenyum dengan gelagat pelupa dan nakal kami semua
termasuk aku. Didalam kelas kami juga terdapat sepasang kembar bernama Hana dan Hani
yang sering mengelirukan Mama Hamidah. Mama Hamidah sering tersalah pamggil nama
mereka berdua. Ada juga sahabat aku yang selalu menjadi orang kepercayaan Mama
Hamidah. Mereka ialah Intan Qamarina , Nurulain , Maisarah, Suhaila, Azzyati Asmadi dan
Fadzatul Nazira. Mereka ini ibarat orang kanan Mama Hamidah. Aku..??? Aku hanya
pelajar biasa yang selalu mengusik Mama Hamidah. Bayangkan, setiap kali aku berjumpa Pn.
Hamidah, terus aku menyalami tangannya bertalu-talu tanpa mahu dilepas, sehinggakan
Mama Hamidah pernah mencubit pipi aku untuk melepaskan tangannya itu. Entah kenapa
aku berasa nyaman apanila bergurau seperti itu dengan Mama Hamidah. Mungkin, disekolah
beliau lah IBU ku.

Tanpa aku sedar, masa belalu denagan sanagat pantas. Sudah pun menjelang Hari Guru 2013.
Kami semua merancang untuk membuat tayangan video kepada Cikgu Hamidah untuk
dijadikan kenangan. Kami tahu, Cikgu Hamidah tidak dapat hadir ke majlis Hari Guru SMK
Bandar Sungai Buaya. Memang lucu gelagat kami apabila membuat tayangan video tersebut.
Ada juga yang menangis kerana kembali mengenang kenangan bersama Mama Hamidah.
Dan Alhamdulilah dengan izin Allah S.W.T, video tersebut selamanya Intan Qamarina
berikan kepada Cikgu Hamidah.
Tibalah saat yang ditunggu tunggukan oleh para calon PMR 2013 untuk mengambil
peperiksaan mata pelajaran KHB , dengan kudrat yang sedikit, Cikgu Hamidah gagah
menjenguk kami semua sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Ya ALLAH..! Bertapa
murninya niat Cikgu Hamidah terhadap kami, beliau turut membawa sedikit roti dan air kotak
untuk kami. Kami berpelukan hingga saat akhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Dengan doa Cikgu Hamidah, kami melangkah pergi

Tahun 2014 menjelang dengan pantasnya. Tidak ku sangka suatu hari di 3 hari terakhir
Ramadhan 2014, aku mendapat berita yang sungguh membuat aku terkaku sekujung badan.
Iaitu, sahabat aku memberitahu bahawa Cikgu Hamidah telah kembali ke
rahmatullahAllah!! Berita itu bagai halilintar menyambar diri aku ketika itu. Air mata
turun membasahi pipi aku dengan tangisan yang semakin kuat dan aku meraung kesedihan.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya berita ini. Aku berasa terkilan sungguh kerana
tidak dapat berbuka puasa bersama-sama Cikgu Hamidah. Dan Allhamdulilah jasad Mama
Hamidah selmat dikebumikan di Terengganu. Biarlah Mama Hamidah berehat selamanya
kerana beliau sudah penat Penat menanggu kesakitan duniawi

2015 kini menjadi tahun teakhir aku di SMK Bandar Sungai Buya, dan aku akan menghadapi
peperiksaan SPM di bulan November nanti. Sungguh, dalam hati kecil aku berteriak bahawa
aku ingin sekali memohon restu Cikgu Hamidah untuk mengambil SPM. Namun aku tahu
beliau sudah pun memberi restu kepada kami Aku sering berkata-kata kepada sahabat aku,
bahawa suatu hari nanti aku dan sahabat-sahabat akan menziarahi arwah Cikgu Hamidah.
AMIN InsyaAllah Manusia pergi meninggalkan dunia, namun namanya tetap tersemat
cantik di hati Aku berharap kisah ini dapat dijadikan teladan warga SMKBSB untuk terus
menghargai seorang insan yang bergelar GURU

Sekian,

AKU (5PD1 2015)


Mereka,
Insan yang amat aku kasihi
Ku cuba mencari erti
Disebalik tersemainya rasa
Yang menghuni segenap ruang hati.
Namun tidak pernah bertemu sebuah jawapan
Khazanah hati biarlah tersimpan

Mereka,
Saat sukar mereka menyakitkanku
Saat sedih mereka meruntun jiwaku
Saat gembira mereka tersenyumlah aku
Saat bersemangat bahagialah aku

Mereka,
Kejayaan di dunia menjadi matlamat
Masa depan akhirat seringkali diingat
Dengan doa kasih terikat
Mengukir azam bersungguh amat
Menjadi mukminin sejati itulah tekad

Mereka,
Tidak pernahku lupa dalam doa
Agar membesar membahagiakan semua
Dicampak ke laut menjadi mutiara
Tinggal di darat menjadi pewira
Pesanku, sesekali saat diri sudah menggapai langit
Tolehlah ke belakang melihat wajah ini
Yang tidak pernah lupa akan wajah-wajah
Yang pernah bergelar anak muridku
Khas buat anak-anak muridku 5 Akaun dan 5PD1 2015.
Nsensei=)

Warkah seorang guru.

Salam sehening subuh menanti mentari menampakkan wajah, Salam sebersih kertas A4 putih
yang sering setia di sisi mesin pencetak, Salam setulus bonda yang sentiasa kasih pada anak-
anaknya, Salam seerat ukhuwwah yang mengikat hati nurani kita bersama. Assalamualaikum
wrht. Bicara ini kutitipkan buat anda yang setia bersamaku saat sukar dan bahagiaku.
Andalah penguat dan semangat jua motivasi yang menjana suatu kekuatan untuk aku terus
berada di sini.

Setiap daripada anda punya tempat di dalam hati ini kerana Allah itu mengurniakan kita
sekeping hati yang kelihatanya kecil tetapi mampu menampung seluas-luas rasa kasih buat
setiap insan yang pernah kita kasihi. Setiap daripada kalian ada istimewanya yang tersendiri.
Lima tahun tempoh perkenalan bukanlah suatu masa yang singkat untuk diabaikan namun
bukan jua tempoh yang terlalu panjang untuk kita selesakan kerana masa untuk berpisah
sudah semakin hampir. Detik perjuangan anda sudah semakin tiba.

Aku yang dari dulu tidak pernah gagal membilang waktu agar aku sentiasa mengingatkan
kalian bahawa janganlah terlalu leka mengejar nama, mengejar status, mengejar populariti di
alam persekolahan ini. Sekolah tempat kalian menuntut ilmu, menimba pengalaman, belajar
tabah saat keputusan tidak memberansangkan, belajar bersyukur saat keputusan tinggi
menjulang, belajar untuk gigih mengejar cita-cita, belajar daripada marahnya seorang guru,
belajar daripada ujian disisih rakan, belajar memupuk jati diri agar tidak mudah rebah di
tangan sang perosak bangsa, belajar menghargai mereka yang berbakti, belajar memurnikan
diri dengan Islam yang suci, belajar bahawa hidup ini hanyalah persinggahan buat mereka
yang cintakan akhirat.

Aku juga banyak belajar daripada kalian. Kalian banyak mendidikku tanpa sedar,
menasihatiku dengan wajar, berkongsi ilmu denganku tanpa lokek, berkongsi yang sedikit
denganku, bergembira bersama saat rezeki melimpah ruah juga denganku kerana aku juga
manusia meski aku seorang guru. Aku melakukan kesalahan dan layak mendapat teguran.
Aku melalui saat duka dan kejatuhan dan layak menerima pelukan, kata-kata semangat dan
senyuman. Aku sering alpa dan terluka dan layak diberikan peringatan. Takmil wa istikmal.
Ya. Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Mengenang zaman awalku sebagai guru pada tahun 2011 dan kalian juga baru melangkah
kealam sekolah menengah suatu yang mengujakan aku. Aku melihat kalian membesar, aku
bersama kalian saat kalian sedih dan kecewa, aku melihat betapa kalian berusaha menjadi
anak yang baik, murid yang berdedikasi, kawan yang setia dan sebagainya. Mana mungkin
kenangan menjadi guru kelas 1 Battani 2011 dapat kulupakan. Bagaimana mengajar kelas 1
KAA, 1 Khindi dan 1 Biruni 2011 dapat kupadamkan daripada ingatan. Semuanya adalah
tapak asas aku mengenal dunia sebenar persekolahan. Terima Kasih kerana membesar dengan
baik.

Saat CRTV ditubuhkan, pelbagai cabaran dan dugaan datang menguji. Kalian yang waktu itu
baru 14 tahun, setia disampingku menghabiskan tugasan walau peritnya hanya Allah sahaja
yang mengetahui. Melayari suatu episod baru dalam kehidupan di sekolah, dengan izinNya
merapatkan ukhuwwah kita sehingga kalian kurasakan bagai adik-adikku sendiri malah
seperti anak-anakku sendiri. Luka kalian, sakitlah aku, derita kalian berdukalah aku, dikecam
kalian, menangislah aku, bergembira kalian, bersoraklah aku, bahagia menjelma, tenanglah
aku. Sehingga kini aku tidak bertemu pengganti seperti kalian.

Aku tidak tahu bagaimana mahu melayari kehidupan yang penuh dengan tugasan yang tidak
masuk akal ini tanpa kalian disisi. Namun aku yakin Allah itu ada untuk mengerti akan
situasiku dan sentiasa membantuku. Mohon kalian juga dapat doakan aku dapat bertahan
menghabiskan pengajianku, menyiapkan kerja-kerjaku, dan melangkah ke hadapan dengan
gagah dan berani walau kalian tiada di sisi.

Doaku untuk kalian pula, semoga Allah mengurniakan kekuatan akal, keteguhan jiwa,
kelancaran menjawab soalan dan seterusnya Berjaya dalam SPM. Semoga masa depan kalian
lebih gemilang daripadaku. Jadilah manusia yang beriman yang berguna untuk Islam dan
masyarakat dapat menumpang jasa kalian. Membesarlah kalian menjadi individu berjati
teguh memperjuangkan keadilan dan keindahan Islam. Bertabah dan berteguhlah kalian
menempuh dunia luar yang penuh onak dan duri. Jadikanlah al-Quran itu perisai untuk
menepis segala kesukaran yang tiba. Aku berharap kita sama-sama dapat berjaya mencapai
cita-cita di dunia dan akhirat.

Saat aku menitipkan warkah ini, aku menangis di dalam hati kerana aku tahu aku terlalu kasih
akan kalian. Aku terlalu ingin melihat kalian cemerlang dalam apa jua bidang yang kalian
lakukan. Ingatlah untuk sentiasa memiliki kerendahan hati, kelapangan dada dan berbaik
sangka. Inshaa Allah ketenangan milik kita. Sayonara anak-anakku dari hati seorang sensei
yang selalu mendoakan yang terbaik untuk ANDA. #WNM|NMS|NA|MSD|5ACC|5PD1|5PD2

You might also like