Panduan Mohon Skrip

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

No. Telefon : 05-5457656 ext 2206 atau Unit Peperiksaan (panggilan operator)
Email : saifulazmin@puo.edu.my atau syamsina@jpa.puo.edu.my
atau maklumbalas di laman web PUO (www.puo.edu.my)

PANDUAN PERMOHONAN TRANSKRIP AKADEMIK

SYARAT KELAYAKAN:

1. Pelajar memperolehi keputusan LULUS PENUH (LP) pada keputusan peperiksaan akhir.

A. Bagi Sesi Semasa Sahaja

A.1 Semasa Konvokesyen (Transkrip Kali Pertama)


Tidak perlu memohon. Transkrip berbahasa Melayu akan diperolehi bersama sijil
(sijil/diploma/diploma lanjutan) selepas majlis konvokesyen.

A.2 Permohonan Awal Transkrip berbahasa Melayu kali pertama sebelum Konvokesyen
Pelajar boleh memperolehi transkrip di Unit Penilaian dan Peperiksaan, Kampus B
selepas DUA MINGGU daripada tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.

A.3 Permohonan Transkrip berbahasa Melayu kali pertama bagi tidak menghadiri
Konvokesyen
Pelajar boleh memperolehi transkrip di Unit Penilaian dan Peperiksaan, Kampus B.

B. Transkrip berbahasa Inggeris atau transkrip bukan kali pertama atau transkrip kali pertama
sebelum tahun 2013

B.1 Sila sediakan dokumen-dokumen:


Wang Pos RM10 atas nama Pengarah PUO
Salinan slip keputusan peperiksaan untuk semua semester diduduki termasuk
Latihan Industri yang telah disahkan.

B.1.a Berurusan secara terus di Unit Penilaian dan Peperiksaan

Sila dapatkan Borang Permohonan Transkrip di kaunter Unit Penilaian & Peperiksaan
dan isikan maklumat yang berkaitan.

ATAU

B.1.b Melalui Pos

Sila buat surat rasmi bertajuk : Permohonan Transkrip dan kepada : Pegawai
Peperiksaan, PUO.

Didalam surat tersebut perlu ada maklumat seperti:

i. Nama Penuh Pelajar


ii. No. Kad Pengenalan
iii. No Pendaftaran
iv. Program (nama penuh Diploma atau sijil)
v. Sesi Tamat Pengajian
vi. No. Telefon
vii. Alamat surat menyurat.
viii. Jabatan akademik
Seterusnya sila hantar surat tersebut bersama dokumen-dokumen yang dinyatakan ke
alamat :

Pegawai Peperiksaan,

Unit Penilaian & Peperiksaan,

Politeknik Ungku Omar,

Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak

B.2 Tempoh Proses Transkrip bagi Bukan Sesi Semasa

Tempoh Proses Transkrip tidak merangkumi tempoh penghantaran.


Tempoh persiapan transkrip adalah dijangka dalam tempoh DUA hingga EMPAT minggu
dari tarikh terima permohonan ini bagi permohonan yang lengkap.
Bagi permohonan yang tidak lengkap (salinan slip keputusan yang tidak cukup), proses
transkrip mengambil masa sekurang-kurangnya EMPAT minggu selepas tarikh terima
permohonan.
Sebarang masalah ataupun pertanyaan, boleh diajukan kepada Penyelaras Peperiksaan
di UNIT PEPERIKSAAN JABATAN MASING-MASING.

You might also like