Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. " Nama ________________ Si Labu bin Labi, katanya kepada Dato Temenggong

A saya C hamba
B beta D kami

2. Syazwani gemar mengumpulkan _____________jenis setem luar negara.

A berbagai C semua
B pelbagai D saya

3. Manjeet berkata ________ dia pasti akan mengikuti rombongan sambil belajar ke Putrajaya itu.

A bahawa C supaya
B agar D kerana

4. Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang


digunakan untuk menyimpan air minuman.

A kekuda C jejentik
B lelabu D sesiku

5. Nani berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.

A geli C sedih
B haru D pilu

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

6. Aikal membantu ibunya _____________________pokok bunga di halaman rumah

1
A menyiram C disiram
B siramkan D bersiram

7. Samad memakai ________________untuk mengelakkan pakaian sekolahnya daripada


dibasahi air hujan.

A baju panas C baju hujan


B baju sejuk D baju melayu

8. Matlamat utama sesi __________ itu bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar baharu
dan lama.

A suai kenal C temu duga


B janji temu D temu ramah

_________________wartawan telah menyerbu ke arah tokoh politik itu untuk mendapatkan komen
9. beliau tentang kejadian tersebut

A segerombolan C sekumpulan
B sekawan D sepasukan

Calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) harus mengambil berat __________________
10.
pelajaran menjelang peperiksaan.

A dengan C akan
B terhadap D tentang

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

11. Jonathan berdiri di ______ kuda yang hendak ditunggangnya.

2
A tepi C atas
B sisi D bawah

12. Walaupun telah dijelaskan oleh guru, namun ______ ramai murid yang
melakukan kesalahan..

A telah C masih
B harus D pernah

13. Mulut adik semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.

A tertutup C terlopong
B tersengih D terkatup

14. Hanya ______________________ pelajar yang terlibat dalam program khidmat masyarakat yang
dianjurkan oleh kelab kebajikan itu.

A sebilangan C sepasukan
B sekawan D bertiga-tiga

15. "Rumah Ain terletak di tepi sawah di hujung jalan itu," jelas Aina.

A. Aina bertanya tentang kedudukan rumah Ain.


B. Aina memberitahu rumah Ain terletak di tepi sawah di hujung jalan itu.
C. Ain memberitahu Aina rumahnya terletak di tepi sawah di hujung jalan
itu.
D. Aina dan Ain menjelaskan rumah mereka terletak di tepi sawah di
hujung jalan itu.

16. Pilih ayat yang betul

i Pelajar-pelajar memang digalakkan belajar secara berkumpulan.


ii Lebuh Raya Pantai Timur itu menyingkatkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur
ke Kuantan
iii Masalah penagihan dadah di negara kita masih dalam keadaan terkawal.
iv Persembahan pelajar-pelajar kolej itu telah tertarik perhatian penonton yang hadir.

A i dan ii C i, ii, dan iii


B ii dan iii D ii, iii, dan iv
3
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan e mel di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada: Ramli
Kepada : Rahmat

Menemui sahabatku Rahmat bin Ghazali semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Sudah lama saya tidak mendengar berita daripada saudara. Bagaimanakah dengan cuti semester yang
lepas? Saya bersama-sama keluarga telah pergi bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah. Kami menaiki feri dari
Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Setelah
tiba di Pulau Langkawi, kami menaiki teksi ke sebuah hotel untuk menginap di sana. Petang itu kami ke
Pantai Cenang untuk mandi-manda.

Keesokannya, kami melawat beberapa tempat menarik seperti Makam Mahsuri, Pulau Dayang
Bunting, Telaga Tujuh, Taman Buaya, Pulau Singa, dan Underwater World. Kami juga mengambil
peluang membeli-belah di Pekan Kuah. Di sana pak cik saya telah sedia menunggu kami.

Kata orang,"jauh perjalanan luas pengalaman." Oleh itu, eloklah saudara pergi sendiri supaya dapat
melihat dan dapat pengalaman baharu.

Sekianlah sahaja yang dapat saya ceritakan. Jangan lupa membalas e mel saya.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

17. Di manakah letaknya Pulau Langkawi?


A Di negeri Kedah
B Di Pekan Kuah
C Di negeri Perak
D Di Pulau Dayang Bunting

18. Semua
Semua yang berikut tentang keistimewaan yang terdapat di Pulau Langkawi, kecuali

A Pantai Cenang tempat bermandi-manda


B Telaga Tujuh, Makam Mahsuri dan Taman Buaya merupakan tempat-tempat
menarik
C menaiki feri dari Pekan Kuah ke Pulau Langkawi selama dua jam.
D pelbagai barang tempatan dan import terdapat di Pekan Kuah.

4
19. Apakah tujuan Ramli menghantar e mel kepada Rahmat?

A Menerangkan keseronokan bersama-sama keluarga semasa cuti semester.


B Menceritakan pengalamannya semasa bercuti di Pulau Langkawi.
C Menceritakan pelbagai jenis ikan yang terdapat di Underwater World.
D Menerangkan pengalaman menaiki feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Ramli dan keluarganya tinggal di Taiping, Perak.


B Pak Cik Ramli menunggu mereka di Jeti Kuala Kedah.
C Rahmat menerima surat daripada Ramli
D Rahmat bin Ghazali tinggal di Taiping, Perak.

KERTAS SOALAN TAMAT

5
BAHAGIAN B
(30 MARKAH)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong.

celaru gusar murung cengkung

lapuk lampau bulat leper

a. Saya berasa..........kerana terpaksa bertemu dengan lawan yang lebih hebat dalam perlawanan badminton itu.
b. Wajahnya nampak..................kerana kurang tidur selama beberapa hari.
c. Kenangan.................itu masih berlegar-legar dalam fikiran Amin ketika bersendirian.
d. Gasing uri yang popular di negeri Kelantan biasanya berbentuk..............
[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

6
b. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini

Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[1 markah]
Soalan 23

a. Padankan penyataan di bawah ini berdasarkan simpulan bahasa. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.

berat mata bermaksud mengantuk

berat mulut bermaksud orang yang bisu Betul

berat tulang bermaksud orang yang


Salah
malas

berat sebelah bermaksud orang yang


gemuk

[3 markah]

b. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapa rumahnya.


ii. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan sos cili.

7
iii. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.
iv. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.

Jawapan:

i. ________________________
ii. ________________________
iii. ________________________
iv. ________________________

[ 4 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Aktiviti Lawatan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Kai Chih ke Kuala Terengganu

Pada 21 Oktober yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai
Chih telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Lawatan ini mengambil masa selama
dua hari satu malam iaitu bermula 21 hingga 22 Oktober 2015.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang keadaan
geografi dan kemajuan negara Malaysia. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memenuhi masa cuti
murid dengan aktiviti berfaedah di samping memenuhi aktiviti persatuan. Lawatan ini disertai oleh 33 orang
murid dan beberapa orang guru pengiring, iaitu Puan Jannet sebagai ketua rombongan, Cikgu Bala, Cikgu
Suhaila, dan Cikgu Alwi. Sebelum menaiki bas, kami diberi taklimat oleh Puan Jannet. Kami diminta agar
sentiasa berdisiplin dan menjaga nama baik sekolah kami.

Di Kuala Terengganu, kami menggunakan khidmat Encik Law sebagai pemandu pelancong. Encik Law
membantu kami melawat tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu. Encik Law juga banyak memberi
penerangan kepada ahli rombongan tentang sejarah dan maklumat tentang tempat-tempat yang kami lawati.
Kami menginap di Hotel Grand Continental. Murid-murid begitu teruja apabila menjejakkan kaki di negeri
itu. Kebanyakannya baru pertama kali datang ke Kuala Terengganu. Banyak tempat yang kami lawati,
antaranya, melawat Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk dan kilang keropok Bukit Tobeng. Kami menaiki bas
yang telah disewa khas untuk membawa ahli rombongan melawat sambil mengelilingi bandar Kuala
Terengganu.

Sebelum meninggalkan Kuala Terengganu, kami sempat membeli-belah di Pasar Payang. Semua barang
adalah lebih murah harganya berbanding dengan harga di tempat kami. Lawatan kali ini banyak
meninggalkan kenangan kepada para peserta rombongan.

8
Laporan disediakan oleh, 26 OKTOBER 2015.

(LEE MAY FAN)


Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Chih.

(a) Perkataan menginap dalam petikan bermaksud ______________________


[1 markah]
(b) Apakah tujuan sampingan aktiviti lawatan ini diadakan?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

[2 markah]
(c ) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.
i. Mereka menginap di Hotel Bukit Tobeng semasa di Terengganu.
BETUL
ii. Ahli rombongan ditemani oleh empat orang guru pengiring semasa
lawatan.

iii. Kebanyakan ahli rombongan telah pernah datang ke Kuala Terengganu


SALAH
bersama keluarga mereka.

iv. Ahli-ahli rombongan sempat membeli belah di Pasar Payang sebelum


meninggalkan negeri Terengganu.

[2 markah]

9
(d) Pada pendapat kamu mengapakah lawatan kali ini banyak meninggalkan kenangan kepada para peserta
rombongan?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Makan ketupat tidaklah jemu,


Dimakan dengan kuih baulu;
Sekolah tempat menimba ilmu,
Jagalah agar bersih selalu.

Asyik bermain guli kaca,


Mulut pedas tergigit lada;
Pusat sumber tempat membaca,
Menambah ilmu penuh di dada.

Cantik sungguh kain satin,


Dibeli emak di pekan Kapar;
Waktu rehat pergi ke kantin,
Menjamu selera hilangkan lapar.

Rimbun sungguh pohon halia,


Tanam di tepi pohon ceri;
Kelas ceria membawa bahagia,
Hati gembira tidak terperi.

Pergi memburu si ayam hutan,


Dapat seekor untuk dimakan;
Di tengah padang rajin bersukan,
Keluarkan peluh sihatkan badan..

10
a. Apakah maksud rangkap keempat sajak di atas?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Tandakah ( / ) bagi penyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah berdasarkan sajak tersebut.

Kelas yang ceria akan menjadikan murid-murid


gembira

Murid-murid berada di tengah padang untuk


menuntut ilmu
[1 markah]

c. Di manakah murid-murid perlu membaca buku?

____________________________________________________________________________________
[2 markah]

Pusat sumber tempat membaca,


Menambah ilmu penuh di dada.

c. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

11
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh

(SHIAMALA DEVI A/P MUTHUSAMY) (MURUGESU A/L ATHIYAPPAN)

Guru BM Tahun 6 Guru Besar

12

You might also like