Minit 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SJK(T) LADANG SUNGAI GETAH

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)
KALI-1/2017

Tarikh : 16 Januari 2017


Tempat : Pusat Sumber SJK(T) Sungai Getah
Masa : 2.30 4.00 ptg

Kehadiran :

BIL NAMA
1. Pn. T.Selvarani (Gb)
2. Pn.S. Saraswathy(Pk1)
3. En.T.Subramaniam (Pk Hem)
4. Pn.Selwe(Pk Ko)
5. Pn.R.Thavamani (Guru Data)
6. En.T.Sangaran
7. Pn.S.Raynuga
8. Pn.A.Kalaimalar
9. Cik.M.Moganambal
10. Pn.R.Sivasangari
11. Pn. C.Premalatha
12. En.Nagarajan
13. Pn.N. Shalini
14. Pn.R.Jeyanthi
15. Cik. P. Mogana Suntary

Tidak Hadir Bersebab

Tiada
1.0 Kata Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali pertama tahun 2017.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawas Sistem Pengurusan Maklumat Sekolah kini terdiri
daripada tiga modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM dan E-
Operasi. Segala maklumat lanjut akan diterangkan oleh Guru Data sekolah.
SJK(T) LADANG SUNGAI GETAH

1.3 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu dalam
Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.

Makluman

2.0 Pembentukan JPMS bagi tahun 2017


2.1 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun 2017 dibentuk. Puan
R.Thavamani dilantik sebagai setiausaha bagi tahun 2017.
2.2 Rujuk lampiran berkaitan Ahli-ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah bagi tahun 2017.

Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa

2.3 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan Prosedur
Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah.
2.3.1 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:

Modul Pengurusan Sekolah (Emis)


Modul Pengurusan Guru (E-operasi)
Modul Pengurusan Murid (APDM)

2.3.2 Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di


https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php.
2.3.3 Tujuan SPS diwujudkan adalah bagi mengelakkan kemasukan data
berulang pada masa akan datang.
2.3.4 Mesyuarat JPMS akan diadakan 3 kali setahun.

Makluman

2.3.5 Bidang tugas Guru Besar:


2.3.5.1 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data
dan maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
2.3.5.2 Memastikan semua penolong kanan melaksanakan pengoperasian
data dan maklumat dalam SPS.
2.3.5.3 Mempengerusaikan JPMS
SJK(T) LADANG SUNGAI GETAH

2.3.5.4 Mengesahkan Laporan Pengesahan Sekolah sebelum dihantar ke


PPD.

Tindakan: Guru Besar

2.3.6 Bidang tugas Penolong Kanan Pentadbiran.


2.3.6.1 Bertanggungjawab terhadap SPS, Modul Pengurusan Sekolah,
Modul Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan Murid.
2.3.6.2 Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, guru
dan murid.
2.3.6.3 Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir dalam
pelaksanaan Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan Guru dan
Pengurusan Murid.
2.3.6.4 Berperanan sebagai Pentadbir Modul.
2.3.6.5 Menyemak laporan pengesahan sekolah sebelum disahkan oleh
Pengetua.

Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran

2.3.7 Bidang tugas Penolong Kanan Kurikulum


2.3.7.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-modul SPS khasnya Modul
Pengurusan Guru (E-operasi)

Tindakan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.3.8 Bidang Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


2.3.8.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya Modul
Pengurusan Murid (APDM)

Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

2.3.9 Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum


2.3.9.1 Bertanggungjawab terhadap data berkaitan intrumen bancian
Kemudahan Prasana dan Program Sukan Sekolah (i-Keps) melalui
Modul Pengurusan Sekolah (EMIS).
Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum
SJK(T) LADANG SUNGAI GETAH

2.3.10 Bidang tugas Guru Data merangkap Setiausaha JPMS.


2.3.11 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya Modul
Pengurusan Sekolah. (EMIS)
2.3.12 Membantu mengumpul input data, memproses, menyimpan,
mencetak dan menghantar maklumat mengikut kaedah yang
ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul SPS.
2.3.13 Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS kepada
JPMS.
2.3.14 Menjadi Setiausaha kepada JPMS.
2.3.15 Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data sekolah.
2.3.16 Mematuhi aktiviti pengisian data/modul SPS mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh KPM/JPN.
2.3.17 Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan pengurusan data
dan maklumat dalam SPS.

Tindakan: Guru Data

2.3.18 Bidang tugas Guru Kelas.


2.3.18.1 Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di
dalam kelasnya dari semasa ke semasa jika berlaku sebarang
perubahan atau pertambahan maklumat melalui Modul Pengurusan
Murid (APDM).
2.3.18.2 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data
dan maklumat murid di dalam kelasnya.
2.3.18.3 Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama dengan
pembantu tadbir.

Tindakan: Guru Kelas

2.3.19 Bidang tugas Guru


2.3.19.1 Mengemaskini, menyemak dan mengesahkan Maklumat Peribadi,
Pasangan, Sejarah Perkhidmatan, Latihan/kursus, Gaji dan elaun di
dalam Modul Pengurusan Guru (e-operasi).
SJK(T) LADANG SUNGAI GETAH

2.3.19.2 Menyemak dan mengesahkan Maklumat Perkhidmatan, Maklumat


Akademik dan Maklumat Ikhtisas di dalam Modul Pengurusan
Guru.

Tindakan: Semua Guru

2.3.20 Bidang tugas Pembantu Tadbir.


2.3.20.1 Melaksanakan pengisian kehadiran dan keberadaan guru di dalam
Modul Pengurusan Guru (e-operasi).
2.3.20.2 Melaksanakan pengisian kehadiran murid dalam Modul Pengurusan
Murid (APDM) sebelum jam 9.00 pagi.

Tindakan: Pembantu Tadbir

3.0 Pembentangan Pelan Tindakan JPMS tahun 2017


3.1 Urusetia membentangkan Pelan Tindakan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah untuk Tahun 2017.

Makluman

4.0 Hal- hal lain.


4.1 GPK HEM menggesah agar guru kelas agar boleh mengemaskini maklumat peribadi
murid dalam Modul Pengurusan Murid sebelum akhir bulan ini sebagai persediaan
sekiranya data diperlukan untuk tujuan biasiswa .
4.2 Beliau juga memaklumkan guru kelas perlu mengemaskini maklumat bagi kes pindah
masuk dan keluar murid dalam Modul Pengurusan Murid dengan kadar segara
Tindakan: Guru Kelas

4.3 GPK KURIKULUM juga menggesa agar semua guru dan anggota kumpulan
pelaksana sekolah boleh mengemaskini maklumat peribadi dan mengesahkan
maklumat dalam Modul Pengurusan Guru sebelun akhir bulan Januari.

Tindakan: Semua Guru


SJK(T) LADANG SUNGAI GETAH

4.4 Guru Data memaklumkan bagi kes lupa kata laluan, guru boleh menggunakan id
pengguna dan katalaluan Single Sign On (SSO) bagi segala urusan dibincangkan.
Rujuk Guru Data sekiranya bermasalah.

Tindakan: Semua Guru

5.0 Ucapan Penangguhan


5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh,

_______________ ___________________
Thavamani A/P Rengasamy Pn.S.Saraswathy
Setiausaha JPMS PK.Kurikulum

You might also like