Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

TAJUK:

KAUNSELING KEPADA MURID BERKEPERLUAN


KHAS DAN KELUARGA MEREKA

NUR NADZIRAH BINTI ROSDE (126536)


ZEHAN ZAIREENA BINTI JUMADI (126578)

DR. SYED MOHAMAD BIN SYED ABDULLAH


DEFINISI KAUNSELING

Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses


teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah
yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau
menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Kaunseling juga ialah satu bentuk hubungan yang dibina


antara kaunselor yang berkelayakan dengan orang yang
datang meminta pertolongan.

Manakala kaunseling mengikut Shertzer dan Stone (1968),


ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami
diri dan situasinya.
DEFINISI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan
pendengaran atau masalah pembelajaran. Keperluan khas
merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab
atau yang memerlukan bantuan khas, sokongan, dan
rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk
kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang
lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:
Kerencatan akal
Kecacatan fizikal
Kekurangan penglihatan
Kekurangan pendengaran
Gangguan pertuturan
Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
DEFINISI KAUNSELING
KELUARGA
Kaunseling keluarga hampir menyamai kaunseling kelompok
dari segi struktur, kerana dalam kaunseling ini klien terdiri
daripada beberapa kelompok. Bagaimanapun kaunseling ini
berbeza daripada kaunseling kelompok dari segi jenis ahlinya.
Dalam kaunseling ini, ahlinya terdiri daripada ahli sebuah
keluarga. Tujuan kaunseling keluarga adalah untuk membantu
klien memahami dinamika dan pola hubungan dalam
keluarganya yang mungkin menjadi punca kepada masalah
yang dihadapi klien.
Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang
masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga inti
(nuclear family) terdiri dari ayah, ibu, dan anak-anak.
KEPENTINGAN KAUNSELING KEPADA
MURID BERKEPERLUAN KHAS
Membantu pelajar yang mempunyai pelbagai
persoalan mengenai dirinya.
Membimbing pelajar khas yang menghadapi masalah
peribadi agar mampu menghadapi dan
mengatasinya.
Mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam
perbuatan yang tidak diingini.
Memberi kaunseling kepada mereka yang
memerlukan.
Memberikan semangat kepada pelajar khas agar
tidak merasa asing dengan pelajar lain.
KEPENTINGAN KAUNSELING KEPADA
KELUARGA KANAK-KANAK KHAS
Sebagai medium sokongan emosi dan psikologi keluarga
yang mempunyai anak-anak istimewa (khas).

Membantu keluarga kanak-kanak khas mendapat


bantuan secara profesional dan sistematik.

Menggerakkan keluarga kanak-kanak khas supaya lebih


fokus, bertanggungjawab dan berfungsi apabila
berhadapan dengan sesuatu konflik.

Menyediakan ruang kepada keluarga kanak-kanak khas


berkongsi perasaan, pemikiran dan pengalaman secara
selamat dan meyakinkan.
BAGAIMANA GURU BOLEH MEMBANTU
KELUARGA DAN KANAK-KANAK KHAS?

IBU BAPA & KANAK-KANAK


KELUARGA: KHAS
PEMBELAJARAN
HUBUNGAN & KEMAHIRAN PROSES
PENERIMAAN, DIRI & KASIH LATIHAN DAN
KONSULTASI /
MAKLUMAT & SAYANG KEMAHIRAN DIRI
KERJA SOSIAL
PENGETAHUAN
KEMAHIRAN &
PENYESUAIAN
STRATEGI KAUNSELOR UNTUK MEMBANTU MURID
BERKEPERLUAN KHAS DAN KELUARGA MEREKA
(PROSES KAUNSELING)
Pembinaan Hubungan
Mendapatkan
- Mesra Maklumat Menentukan
-Memberi perhatian
-Mendengar Matlamat
-Menerima Kaunseling
-Bertanya soalan
-Menstruktur

Meluaskan Penamatan dan


Penerokaan Mengambil Keputusan Tindakan Susulan
-Meminta penjelasan -Membuat rumusan -Menilai
-Menilai pelbagai -Memilih alternatif keberkesanan pilihan
alternatif dan tindakan
ISU-ISU MURID BERKEPERLUAN KHAS
DAN KELUARGA MEREKA

SEKOLAH KELUARGA
Kemudahan Yang Terhad Penerimaan Ahli Keluarga
Akademik Kesabaran
Hala tuju Kasih Sayang
Salah laku Tiada Sokongan
Sikap Double Standard
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH KELUARGA
MURID BERKEPERLUAN KHAS

Bantuan Kemudahan Latihan Sokongan


Kebajikan Asas Kemahiran Moral
PENGLIBATAN IBU PENGLIBATAN GURU PENGLIBATAN
BAPA / KELUARGA & SEKOLAH MASYARAKAT

Memahami limitasi Mengenalpasti Menyediakan iklim


keupayaan anak2 dimensi kelainan sokongan moral yang
khas upaya secara sebenar baik
Menganalisis Menyediakan Penyediaan
keperluan anak2 khas intervensi yang tepat kemudahan yang
Menyediakan dan berkesan mesra OKU
kemudahan yang Menawarkan khidmat Penglibatan yang baik
sesuai bimbingan & dalam program2 OKU
Menghadiri bengkel, konsultasi keluarga Membudayakan hak2
latihan, seminar yang Menyediakan OKU dalam
sesuai sokongan moral untuk masyarakat
Membentuk sistem keluarga
sokongan keluarga Mendidik keluarga
kasih sayang dan masyarakat
Kaunseling kepada murid berkeperluan khas dan
keluarga mereka adalah satu cara bagi membantu
meringankan masalah murid tersebut dan keluarga
mereka di samping membuat keputusan yang
penting dalam hidup mereka, yang seterusnya akan
mempengaruhi masa depannya kelak.
Abdul Ghani Sulaiman (2009). Kemahiran Asas Kaunseling. Perak: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah (2006). Asas Kaunseling Keluarga.
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi Mara.

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan Dan Kaunseling. Selangor: Penerbitan


Multimedia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Panduan Perlaksanaan


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah.
Seri Kembangan: Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like