Contoh Surat Rasmi Untuk Zoom A Di Kekalkan Disekolah (Recovered)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH

PERSIARAN HULU LANGAT,SEKSYEN 28,


40400, SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
TELEFON : 03-51910745

23 DISEMBER 2016
Kepada
YTL Communication Sdn Bhd
19 th Floor Bangunan Oriental Bank 1,
Jalan Hang Lekiu, City Centre,
50100 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON ZOOM A DIKEKALKAN DI SEKOLAH


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Tuan, Zoom A (S/N:000310010753000) masih diperlukan


untuk penggunaan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah kerana sekolah tidak
mempunyai penyambungam LAN yang berfungsi.

3. Pihak kami sangat memerlukan capaian ini untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran, tugas pengurusan dan pentadbiran serta untuk mengakses bagi mendapatkan
maklumat.

4. Justeru itu, kami memohon pertimbangan pihak tuan agar Zoom A dikekalkan di
sekolah kami. Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului ribuan terima
kasih.

Sekian

Memperkasakan Transformasi Pendidikan


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

______________________________
(UNGKU MARIAM BINTI UNGKU MAHMOOD)
Guru Besar

SK Taman Alam Megah

You might also like