Permainan Tradisional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

2.

0 Pengenalan Permainan Tradisional

Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud; dipelihara,
dipulihara bahkandiamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan
Tradisi ini boleh dibahagikan kepadadua jenis iaitu Permainan Anjung dan Permainan Laman.

Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung
rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya; batu seremban,
congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala permainan laman pula terdiri daripada jenis
permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti
galah panjang, sepak raga, kabbadi dan sebagainya.

Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia yang
berteraskan bentuk seni budaya dan mempunyai titik sentuhannya yang tersendiri seperti
dapat merapatkan hubungan antara masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga
dapat mewujudkan masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya
tempatan. Permainan tradisional membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita.Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Perkara
utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Ada di antara permainan ini yang tidak dimainkan
lagi tetapi diketahui hanya oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah,
congkak, wau, batu seremban, sepak raga, tarik upih, gasing dan lain-lain.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim
dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka
bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan
diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh
tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian
boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk
mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan


turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta
di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang
mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai
permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi
oleh kanak-kanak sehingga hari ini.
2.1 ANTARA PERMAINAN TRADISI YANG TELAH DIANGKAT DI DALAM
PENGISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN 2015

Jenis : Permainan Laman

Objek Warisan : RAMPANAU

Sukan Rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat
Dusun terutama di Daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan beberapa lagi daerah di Sabah.
Sukan Rampanau atau berjalan dengan menggunakan cangkungan juga merupakan kaedah
untuk menyeberang sungai atau parit atau berjalan pada kawasan yang becak pada zaman
dahulu
Jenis : Permainan Laman

Objek Warisan : CARI CUCU

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan laman. Di dalam permainan ini terdapat dua
buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan
sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat. Sebelum permainan dimulakan salah seorang
dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek, maka undian perlu dijalankan.
Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya
dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk
dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Kesemua pemain membuat satu
bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah
dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.
Jenis : Permainan Laman

Objek Warisan : TARIK UPIH

Tarik Upih merupakan satu permainan laman. Upih pinang adalah pelepah atau pangkal daun
pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Daun pinang
dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.
Permainan tarik upih ini dimainkan oleh dua orang atau lebih bergantung kepada saiz upih.
Salah seorang akan menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Permainan tarik
upih ini boleh dipertandingkan. Kebiasaannya, yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik,
sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
2.2 Kepentingan Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan warisan budaya masyarakat Melayu yang tidak


ternilai harganya. Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan
nenek moyang kita pada zaman dahulu yang melambangkan adat, budaya dan identiti
satu-satu bangsa. Jika permainan tradisional ini tidak dikekalkan atau dipertahankan
pastinya generasi muda tidak tahu tentang warisan bangsa mereka sendiri seperti
permainan wau atau layang-layang, gasing, tangkap ibu dan datuk harimau. Dengan itu
akan lenyaplah warisan berzaman ini. Kita mahu warisan kita tidak lapuk dek hujan,
tidak lekang dek panas.

Permainan tradisional juga dimainkan untuk mengisi masa lapang dengan perkara-
perkara yang memberi hiburan dan menyeronokkan. Tamsilannya,permainan ayam dan
musang yang mana si ibu ayam akan menjaga anak-anak yang berada di belakangnya
supaya tidak terlepas dan dimakan oleh musang. Musang akan bergerak ke kiri dan
kanan untuk menangkap anak ayam kerana usaha tangga kejayaan sementara si ibu
ayam akan mendepangkan tangan untuk menghalang tindakan si musang yang ingin
mengambil anaknya. Anak-anak ayam akan memaut pinggang ibu dan adik-beradik
masing-masing secara berantai supaya tidak terlepas dan bekerjasama bagai aur
dengan tebing. Di sini timbul keseronokan apabila anak-anak ayam menjerit-jerit untuk
mengelakkan diri daripada ditangkap oleh musang. Timbul suasana yang riuh rendah
apabila musang berjaya menangkap salah seekor anak ayam. Permainan yang
mengeluarkan peluh ini akan menyihatkan badan dan dapat menghilangkan tekanan.

Hubungan silaturrahim di antara mereka dapat dieratkan. Ini bermaksud bukan


sahaja hubungan sesama ahli dalam kumpulan sahaja menjadi erat malah hubungan
dengan pihak lawan juga menjadi erat seperti isi dengan kuku kerana mereka hanya
berlawan dalam permainan. Ini berlaku apabila mereka kerap kali bertemu untuk
bermain dan mereka boleh bertukar-tukar ahli dalam pasukan contohnya ahli pasukan
A, ada yang akan menjadi ahli pasukan B apabila diadakan perlawanan seterusnya
pada hari yang lain pula. Bukan itu sahaja, jika di sebuah kampung, akan diadakan
pertandingan bermain wau, masyarakat setempat akan keluar sama ada untuk
menyertai pertandingan tersebut ataupun sebagai penonton. Apabila berjumpa, secara
tidak langsung, perhubungan mereka menjadi lebih erat.
Seterusnya, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai suatu produk
pelancongan yang menguntungkan negara. Pelancong dari luar negara akan datang
melawat ke negara kita dan akan melihat pelbagai keunikan kebudayaan masyarakat
Melayu seperti tarian, pakaian, kraf tangan dan tidak ketinggalan, permainan tradisional
seperti wau dan gasing. Apabila pulang ke tanah air, para pelancong ini akan bercerita
tentang keunikan negara Malaysia kepada adik beradik yang lain, saudara mara, rakan
taulan, jiran tetangga dan masyarakat setempatnya. Tak kenal maka tak cinta, pastinya
yang lain tertarik untuk datang melawat Malaysia dan berlakulah aliran masuk mata
wang asing ke dalam negara.

Apabila bermain permainan tradisional maka pendidikan secara tidak formal yang
amat tinggi nilainya telah berlaku. Para pemain dapat mematangkan fikiran mereka
apabila berfikir secara kreatif dan kritis sama ada dari segi pemilihan bahan yang
digunakan untuk bermain, memikirkan cara-cara bermain, syarat-syarat bermain atau
pertandingan dan mencari idea bagaimana caranya untuk mengalahkan pihak lawan.
Secara tidak langsung nilai-nilai murni seperti kerajinan, kerjasama, hormat-
menghormati dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan mereka.
3.0 Jenis- jenis permainan tradisional

3.1 Galah Panjang

Asal Usul

Merupakan jenis permainan laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk
mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Perlawanan di dalam
permainan ini adalah berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang oleh satu regu
yang lain.

Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh
kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala
dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Diamalkan cara permainan tradisional


Cara bermain

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu
mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan
).

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai
awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang
masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan
garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di
dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan, undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua
pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan
bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain
atau dengan menangkap pemain.

Langkah permainan
3.2 Gasing

Asal Usul

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni
permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz
yang kecil dan mudah dipermainkan.

Orang lama pakar dalam permainan gasing


3.2.1 Jenis-Jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang.

Jenis-jenis gasing

CARA BERMAIN

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-
kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan
bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta
pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali
setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi
seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak
dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
3.3 Konda Kondi

Asal Usul

Konda-kondi adalah salah satu permainan tradisional. Permainan ini merupakan salah satu
ciptaan masyarakat melayu pada zaman dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan
bergembira setelah penat bekerja. Konda-kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil
dengan kayu panjang. Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang
tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu
dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan konda-kondi ini
merupakan salah satu permainan yang ringkas dan menyeronokkan.

Permainan Konda kondi

Cara Bermain

Sediakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran kaki dan satu kayu panjang
berukuran 1 kaki. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan. Kayu pendek diletakkan secara
melintang di atas lubang. Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama
banyak bilangannya. Undian di buat bagi menentukan kumpulan mana yang main dahulu.
Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain. Pasukan lawan
pula akan berdiri di serata tempat. Permainan akan dimulakan dengan pemain menguis kayu
pendek ke hadapan dengan mengunakan kayu panjang. Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang
dengan kayu panjang. Apabla pihak lawan dapat menangkap kayu pendek, pasukan yang
bermain dikira mati. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang dibuat.
Permainan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah 1. Mata yang
dikumpulkan oleh pemain-pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan jumlah
keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak akan memenangi
permainan itu.

Cara bermain konda kondi


3.4 Wau

Latar Belakang Wau


Menurut sejarawan Clive Hart, wau ataupun layang-layang di Malaysia ini mendapat nama
daripada negara China kerana rekabentuk dan karektornya yang sama seperti di China.
Permainan ini dimainkan sejak 500 tahun dahulu dan dimainkan di kawasan pedalaman seperti
pantai dan tanah lapang.
Wau berasal daripada perkataan Thailand manakala negeri-negeri di Pantai Barat
menggunakan perkataan layang-layang berdasarkan catatan Tun Sri Lanang. Selain itu nama
wau dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau dan apabila
dinaikkan ke udara daun ibus yang diikat pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau,
wau secara berirama.
Permainan ini juga dikaitkan dengan unsur mitos iaitu Semangat Padi. Dikatakan sepasang
suami isteri yang telah terjumpa seorang bayi dan mereka membela bayi itu sehingga dewasa,
tetapi si isteri telah menyeksa anak itu sehingga anak itu melarikan diri. Akibatnya padi pada
waktu itu tidak menjadi kerana kononnya anak itu adalah Semangat Padi

Mencari angin yang sesuai


Cara Bermain Wau

Kawasan yang paling sesuai untuk bermain wau adalah di tanah lapang seperti di tepi pantai,
dan sawah. Oleh sebab itu permainan ini lebih popular di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu
dan Perlis.
Terdapat 3 unsur yang akan mempengaruhi kenaikan wau iaitu tekanan angin, daya tarikan
graviti, dan juga daya seretan. Permainan wau ini dimainkan menggunakan satu tali sahaja
kerana akan memudahkan ia dikawal serta diterbangkan. 2 cara digunakan bagi menaikkan
atau melancarkan wau iaitu pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh

Wau yang terbang perlu dikawal agar talinya tidak putus dan jatuh ke tanah. Apabila angin
bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau agar wau tidak jatuh ke tanah.Bagi
menurunkan wau memerlukan dua pemain iaitu penarik tali dan penggulung tali.

Orang lama bermain wau


3.5 Guli

Asal Usul
Permainan guli adalah permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada
masa lapang terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini juga dikenali sebagai
Kelereng.Permainan guli ini dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai
sasarannya. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Kawasan yang paling sesuai untuk
dijadikan gelanggang adalah di tempat yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang.

Hal ini demikian kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk menggali lubang. Apabila
tanah becak, permainan guli tidak menyeronokkan kerana buah guli akan melengket pada
tanah dan menyukarkan prosaes permainan tersebut.

Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk
dijadikan sebiji guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat daripada bahan atau batu kapur
yang diadukkan dengan simen dan sebesar ibu jari kaki. Jumlah pemain dalam permainan ini
tidak melebihi lima orang.

Permainan guli digemari oleh kanak-kanak


Cara Bermain

Bagi memulakan permainan ini, setiap


pemain perlulah meleretkan biji guli
masuk ke dalam lubang induk atau pun
lubang utama. Guli yang telah masuk ke
dalm lubang induk atau yang paling
hampir adalah dikira sebagai pemain
yang pertama yang memulakan
permainan dan diikuti oleh guli-guli
kedua hampir dan seterusnya.Pemain
pertama akan menjentik gulinya kepada
semua guli yan berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar dari bulatan tersebut.
Sekiranya jentikan tidak mengenai guli yang ada di dalam bulatan tersebut ianya dikira mati dan
pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, dan proses ini berterusan
sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lain.

Selain itu, pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan bersyarat, iaitu pemain
perlulah memasukkan guli miliknya terlebih dahulu ke dalam lubang induk. Pemain akan
memastikan guli miliknya akan sentiasa berada berdekatan dengan lubang induk setiap kali
jentikan dilakukan. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan mereka mengawal pemainan
tersebut.

Seterusnya, apabila tiba pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain akan
mengambil alih giliran tersebut dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk
terlebih dahulu sebelum boleh membuat jentikan terhadap guli pihak lawan.Sekiranya guli
tersebut tidak memasuki lubang induk, tiba pula giliran pemain lain.
3.6 Jala Itik

Asal Usul
Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling
ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, Cuma lagu yang menarik dinyanyikan untuk
mengiringi setiap langkah permainan. Lazimnya permainan ini perlu dimainkan lebih daripada
empat orang. Kebiasaannya permainan tradisional ini lebih digemari oleh kanak-kanak
perempuan daripada kanak-kanak lelaki.

Permainan Jala itik

Cara bermain

Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaannya bertubuh besar dan menggunakan nama
samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan
berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat
keatas, bagi memudahkan pra ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian
dialunkan. Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain
terakhir yang sedang melintas.
Kanak-kanak gembira bila di tangkap

Lagu jala itik

Jan-jan jala

Jala itik jala ayam

Berapa lubang kancil?

Seratus lima puluh

Singgah Cik Dayang singgah

Makan sireh mulut merah


3.7 Congkak

Asal Usul

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli yang
diisi sama banyak. Terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Sebanyak lima
atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai kampungdan di kedua-dua hujungnya
terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai rumah.Panjang papan congkak tujuh lubang
biasanya 80 cm dan lebarnya 18 cm. Permainan ini memerlukan dua orang pemain yang
berkedudukan menghadap satu sama lain.

Congkak
Cara Bermain

1.Dua orang pemain duduk menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain serentak
mencapai buah masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu ke dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2.Gerakan diteruskan sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau pihak lawan dan pemain hendaklah berhenti
sekiranya buah jatuh atau mati di kampung sendiri.Pemain boleh menembak kampung lawan
iaitu mengaut semua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.

3.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh ke dalam rumah sendiri,pemain boleh meneruskan permainan. Jika buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan maka permainan mati di situ sahaja dan pihak
lawan boleh meneruskan permainan sehingga mati.

4.Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain walaupun giliran berada di
pihaknya, maka giliran menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini
tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya sehingga pihak
lawan mengaku kalah.

6.Pada akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah
yang memiliki buah terbanyak. Jika jumlah buah sama banyak, maka pemain dengan jumlah
kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
3.8 Teng Teng @ Ketingting

Asal Usul
Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan tradisional yang selalu
dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu
lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya
memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh
sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya
lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana hanya
dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.

Permainan ketingting
Cara Bermain

Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama


dengan cara mambelakangkan petak. Setelah selesai melepasi parmainan pertama,kedua dan
seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Pemain dianggap mati atau hilang giliran
jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut.
Setelah pemain mati atau hilang giliran,pemain lain akan mengambil bahagian pula.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki kecuali di petak
sembilan dengan kedua belah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan
dimana gundu berada di petak pertama,maka pemain hendaklah melompat terus ke petak
kedua dan petak seterusnya.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,setibanya di petak kedua dan


keempat,pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak
keempat. Setelah itu,pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah
kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama
dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya samada
kepunyaannya sendiri atau pihak lawan. Jika ini berlaku ia dikira mati,giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan.
4.0 Contoh Permainan Tradisional
5.0 Permainan tradisional yang dipilih

Tarik Upih

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada


kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Ianya merupakan asas penting
yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu yang
menjadi keseragaman cara hidup mereka. Kegiatan harian, bermusim dan
tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan
mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.

Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan
yang demikian. Contohnya apabila musim menuai padi berakhir dan musim
tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.
Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian
serta pesta, diantara permainan tersebut ialah tarik upih.

Permainan tarik upih bukan sahaja menjadi satu permainan di pesta dan
keramaian, malah ianya sering dimainkan oleh kanak-kanak. Upih pinang
merupakan pelepah atau pangkal daun pokok pinang. Lazimnya apabila pelepah
ini tua, ia akan jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan
dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut. Upih ini lazimnya
dimainkan dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan
seorang lagi duduk di atas upih. Biasanya yang lebih tua atau besar akan
menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.
Upih itu adalah nama dahan dari pelepah
pinang dan nibong yang sudah tua dan
akan jatuh ke tanah apabila tiba
masanya. Upih nibong lebih kuat
strukturnya berbanding upih pinang. Upih
yang tua dan cukup matang ini ada
banyak kegunaannya pada suatu ketika
dulu. Orang-orang zaman dahulu begitu
kreatif untuk mencipta pelbagai perkara dari
upih nibong ini. Antaranya seperti timba untuk
mencedok air di perigi, sebagai capal, sebagai
bekas bekalan makanan untuk ke tempat kerja
dan macam-macam lagi. Manakala upih
pinang pula boleh dijadikan sebagai kenderaan
tarik dalam permainan tarik upih ini.Tarik
upih merupakan satu permainan kanak-kanak
yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa
negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah
atau "pangkal" daun pokok pinang. Lazimnya
apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh
ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih
berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan
dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk
menarik upih tersebut.
5.1 Cara Permainan

Upih ini mesti dimain dengan dua orang


atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang
tarik dan seorang lagi duduk dalam upih.
Biasanya yang seronok adalah apabila
orang menarik kita. Terasa punggung
macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau
terlanggar tunggul kayu atau ketul
batu.Upih ni boleh naik seorang, dua
orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih
yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.

Permainan upih ini seronok jika kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah
ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya,
upih ini nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari
atau selalu.

Biasanya yang lebih tua atau besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil
menjadi penunggangnya.
5.2 Peraturan Permainan Tarik Upih Pinang

Biarpun cuma sekadar permainan mengisi masa lapang, ia masih mempunyai peraturan untuk
dipatuhi dan pemain yang melanggarnya berdepan risiko disingkirkan atau lebih buruk
dipulaukan untuk beberapa ketika.

Tiada perkataan dapat diucapkan untuk menggambarkan keseronokan bermain tarik upih
pinang yang menggunakan pelepah pinang sebagai satu-satunya asas menjayakan permainan
itu.

Ia memerlukan seorang pemain duduk di pangkal pelepah pinang, manakala rakan


sepasukannya akan menarik pelepah itu sehingga ke garisan penamat yang dipersetujui kedua-
dua pasukan.

Sesampai di garisan penamat, kedudukan akan bertukar dan si penarik upih kini mengambil
giliran duduk di pangkal pelepah dan ditarik ke garisan mula. Pasukan yang sampai dulu dikira
pemenang.
5.3 Sumber Ilham
5.4 Karya yang dipilih
5.5 Proses Penghasilan Karya
5.6 Karya akhir
Refleksi

Tugasan bagi subjek PSV3123 iaitu subjek Lukisan dan Penyuburan Diri kami
semester ini adalah setiap pelajar dikehendaki menjalankan amali iaitu menghasilkan
sebuah lukisan figuratif. Lukisan yang dihasilkan adalah sebuah lukisan figuratif yang
bertajuk Permainan Rakyat. Secara terperincinya, lukisan figuratif yang dihasilkan
mestilah menampakkan kemahiran pelajar membuat pemilihan tajuk, proses pewujudan
dan perkembangan idea,penggunaan bahan dan teknik, suasana dan moo gambar
serta penghasilan dan kemasan karya. Hasil lukisan tersebut mestilah kemas dan
sesuai untuk dipamerkan. Tugasan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan
pengetahuan pelajar tentang disiplin-disiplin lukisan dan menguasai kemahiran
menggunakan pelbagai media kering dalam menghasilkan lukisan. Selain itu, pelajar
juga dapat mempelajari membuat pertimbangan dan pengamatan asas berkaitan hal
benda, elemen asas, prinsip dan struktur rekaan dalam menghasilkan lukisan.

Bagi menyelesaikan tugasan dan amali ini, saya telah memilih permainan rakyat
Tarik upih. Permainan tarik upih ini semakin luput ditelan zaman sejajar dengan arus
permodenan, permainan tradisional yang dahulunya menjadi kebanggaan masyarakat
Melayu kini hanya tinggal pada nama sahaja. Anak-anak zaman sekarang tidak lagi
mengenali permainan seperti batu seremban,congkak, guli,dan berbagai lagi. Maka
wajarlah tajuk tugasan ini diberikan kepada kami bagi mengingat kembali permainan
yang meninggalkan pelbagai nostalgia kepada kami suatu ketika dahulu

Proses penghasilan hasil akhir karya ini telah dijalankan secara individu selama
tiga jam di dalam studio seni. Lukisan tersebut boleh dihasilkan dengan pemilihan
bahan yang sesuai seperti krayon, pensil warna, pastel, pen, dakwat dan lain-lain
bahan yang sesuai. Lukisan tersebut harus dibuat di atas satah permukaan yang sesuai
dengan media kering seperti kertas, papan lapis dan lain permukaan yang sesuai.

Bagi hasil karya saya ini, saya telah memilih untuk menghasilkan karya di atas kertas
lukisan berukuran 75cm X 50cm dengan menggunakan media pensel warna.
Sepanjang amali tersebut, kami telah di nilai berdasarkan beberapa kriteria termasuklah
kemahiran melakar dan teknik mengaplikasikan lorekan pada lakaran. Selain
keupayaan kami untuk menyiapkan lukisan yang berkualiti tinggi dan menepati
spesifikasi yang ditetapkan. Setelah lukisan di siapkan, kami akan melekap dan
membingkai lukisan mengikut saiz dan kertas lekapan yang sesuai iaitu mounting
board.

You might also like