Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Purata tujuh orang bunuh diri sehari di Msia dikaitkan dengan kesihatan mental

Oleh

Nur Shahirah Osman

KUCHING: Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Profesor Nor Zuraida Zainal
mendedahkan lebih 2,000 rakyat Malaysia, kebanyakannya golongan muda mati akibat
bunuh diri setiap tahun.

Ini bermakna, purata tujuh kes bunuh diri berlaku sehari atau sekitar 200 sebulan atau
tujuh orang daripada 100,000 penduduk negara ini nekad membunuh diri.

Statistik kadar bunuh diri dunia ialah daripada 100,000 orang, lebih 20 orang membunuh
diri setiap hari atau setiap 30 saat seorang mengakhir hidupnya dengan membunuh diri.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan jumlah kematian akibat bunuh diri
mencecah sejuta orang setiap tahun.

China merekodkan kejadian paling ramai rakyatnya membunuh diri.

Dianggarkan lebih 300,000 penduduk China membunuh diri setahun, lebih 10 kali ganda
berbanding statistik bunuh diri di Amerika Syarikat.

Negara lain yang mencatat kejadian bunuh diri tinggi termasuk Jepun dan Korea.

Berucap pada Majlis Perasmian Kongres Persatuan Pencegahan Bunuh Diri


Antarabangsa (IASP) Sedunia Ke-29, Zuraida menganggap kes bunuh diri dalam
kalangan rakyat Malaysia kini dikaitkan dengan isu kesihatan mental.

Bagi beliau fenomena ini memerlukan perhatian serius dan ditangani sebaik mungkin
semua pihak.

Pada majlis serempak dengan Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia (MCPM) Ke-21
di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dirasmikan Ketua Menteri Datuk Amar
Abang Johari Tun Abang Openg itu, Zuraida berkata antara faktor mendorong mangsa
membunuh diri ialah kemurungan.
Sementara, terdapat faktor lain yang kompleks, ditambah kurangnya sokongan keluarga
terhadap masalah yang dihadapi mangsa.

Seramai 550 delegasi dari 60 negara menyertai kongres berlangsung 18 Julai yang
berakhir Sabtu ini, julung kali di diadakan di Malaysia dengan Kuching yang dianggap
sebagai bandar raya kaya alam semula jadi sebagai hos.

Pada April lepas pensyarah Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam
Malaysia, Nilai Dr Muzaffar Syah Mallow seperti disiarkan FMT berkata, kerajaan perlu
mempertimbangkan saranan agar memansuhkan kesalahan berkaitan bunuh diri yang
tertera di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menurut beliau hukuman tersebut dilihat tidak membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi mangsa yang terlibat, malah memburukkan lagi keadaan mangsa yang
memerlukan bantuan sewajarnya.

Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574), cubaan membunuh diri boleh
dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali
sekiranya didapati bersalah.

Hukuman diwujudkan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran kepada mana-mana


pihak agar tidak cuba membunuh diri. Sarawakvoice

You might also like