Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN MINGGU BAHASA INGGERIS

Pada 3 Mac 2014 telah dilancarkan Minggu Bahasa Inggeris bagi Sekolah

Kebangsaan Jalan Hang Tuah (2) di dewan sekolah. Tema Minggu Bahasa Inggeris

pada tahun ini ialah Oh! My English. Acara ini telah dijalankan selama satu minggu

bermula 3 Mac 2014 hingga 7 Mac 2014. Antara objektif acara ini adalah seperti

penganjuran penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid dan guru-guru,

penglibatan murid-murid secara aktif dalam aktiviti Bahasa Inggeris, mencungkil

bakat para murid dan menambahkan keyakinan mereka bertutur dan berkomunikasi

dalam Bahasa Inggeris. Sepanjang acara ini berjalan, guru-guru Bahasa Inggeris

telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi agar dapat mencapai objektif yang

dirancang. Selain itu, murid-murid telah menunjukkan minat mereka dalam

menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti yang dijalankan sempena

Minggu Bahasa Inggeris seperti Writing Competition, English Hunt, Reading

Aloud Competition, Word Puzzle dan Spelling Master. Acara ini melibatkan

semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 SK Jalan Hang Tuah (2). Satu majlis penutupan

dan penyampaian hadiah telah diadakan bagi menghargai semua pemenang bagi

setiap acara yang telah dipertandingkan. Murid-murid berharap agar aktiviti ini dapat

dijalankan di masa hadapan. Secara keseluruhannya, Minggu Bahasa Inggeris telah

dijalankan dengan lancar dan jayanya serta semua pihak telah memberi kerjasama

yang sepenuhnya kepada Panitia Bahasa Inggeris.

You might also like