Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Soalan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2015

Tajuk kajian tidak disediakan, Sila gunakan kreativiti anda untuk


mengolah berdasarkan petikan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895, sila buat
kajian dan hasilkan laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama berikut:

(a) Tajuk kajian* Cara membuat objektif, kaedah dan tajuk kajian

Sumber http://cikgurazak.blogspot.com/
(b) Nama penulis - Nama Kita

(c) Isi kandungan - bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

1) Pengenalan - Latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895 (Kenapa dan bagaimana


perjanjian ini di buat)
2) Faktor Pemeterian - Sila nyatakan 4 faktor punca atau sebab berlakunya Persetiaan
Persekutuan 1895
3) Kesan - Sila nyatakan 4 kesan persetiaan Persekutuan terhadap Ngeri-Negeri
Melayu
4) Hubung kait pembentukan persekutuan dan Kedaulatan Malaysia.
Pelajar perlu menulis 3 perkaitan yang lengkap dengan menyatakan huraian dan
contoh. Di antara contoh perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan
Malaysia adalah seperti berikut :-

a. Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi


barat
b. Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
c. Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial konsep Persekutuan
(d) Rumusan - pengetahuan/ nilai/ unsur patriosme/ harapan

(e) Menyenaraikan sumber rujukan - buku/ internet/ akhbar/ majalah

Berikut disertakan contoh dan bahan rujukan untuk panduan pelajar semua :-

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895. Satu perjanjian yang dikenali
sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri
Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli Yang Maha
Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam
Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang Rembau dan
Tengku Dewa Tampin.

Menurut Perjanjian Persekutuan 1895 ini, Raja-Raja yang berkenaan bersetuju


menempatkan diri mereka dan negeri-negeri mereka di bawah lindungan Kerajaan British dan
menjadikan negeri-negeri mereka satu persekutuan yang akan dikenali sebagai Protected
Malay States yang akan ditadbirkan dengan nasihat dari Kerajaan British. Faktor-faktor
termeterai Perjanjian Persekutuan 1895 ini ada diterangkan di Terjadinya Perjanjian
Persekutuan 1895.

Latar Belakang Perjanjian Persekutuan 1895


Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan
kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British
dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil
inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan.

Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat. 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat pentadbiran
terletak di Kuala Lumpur. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral di mana Jawatan Residen
masih kekal di negeri masing-masing. Frank Swettenham adalah Residen Jeneral Pertama
NNMB dari tahun 1896 hingga 1900.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini
dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946,
apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union.

Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.
Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura.

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:

1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang
dikenali sebagai Ngeri-negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan menjadi negeri lindungan
British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.

2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-


empat negeri itu.

3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan
hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.

4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.

7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga


keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.

10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.

11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh
pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.

12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Bersekutu akan ditubuhkan.

14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan
kewibawaan Sultan.

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)

Pesuruhjaya Tinggi British


(Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur dan tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896Kesan-kesan

1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan
menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan
persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu
dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,
khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan
pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang
Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral
pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah
persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa
penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga
dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan
pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran.
Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan
negeri mengikut arahan jabatan pusat.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai


orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya.
Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga
tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk
mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral
menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat
Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun
1909.

Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan
pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.
Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-
undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-
undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai
Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan
telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di
Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa
dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi
mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga
mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan
persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis
Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik
telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan
keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil
persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik
dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri
Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih
timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan
sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah
memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah
terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun
1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada
tahun 1909.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan
getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri
Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000
tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan
ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina.
Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan
1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan
peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah
menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan
persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan
pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran
juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang
berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan
pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping,
Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan
lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi
kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909,
terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km
jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah
didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah
Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu,
terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905,
Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada
tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga
mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

Kesan-Kesan Akibat Kuasa Sultan Dikurangkan

Sultan-sultan NNMB tidak puas hati. Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan
DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
Ahli-ahli Durbar ialah;
1. Pesuruhjaya Tinggi
2. Raja-Raja Melayu
3. Residen Jeneral
4. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur

Faktor Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895

Faktor Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu


(NNMB) telah dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan 1895 tetapi dikuatkuasakan pada
tahun 1896. 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan
menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat pentadbiran terletak di
Kuala Lumpur.

Berikut adalah diantara faktor-faktor terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895 :-


(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas


Residen menjadi terlalu berkuasa
Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang- undang sendiri
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii) Krisis Kewangan Pahang

Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang


akibat kebangkitan rakyat menentang British
Jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor
masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan
Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri
Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan
Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

Faktor-Faktor Dan Kesan Perjanjian Persekutuan 1895

Faktor-faktor Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesan-kesannya. Berikut disertakan


faktor-faktor termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 dan kesan-kesannya terhadap
Negeri-negeri dan sultan. Diharap ianya dapat membantu pelajar dalam menyiapkan Tugasan
PT3 2015 Sejarah.

Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan


1895:
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas


Residen menjadi terlalu berkuasa
Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai
undang-undang sendiri
Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa
Residen
(ii) Krisis Kewangan Pahang

Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa


menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang
British
Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak
dan Selangor masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar

Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur


dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan

Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi


antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan

Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan


Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1895

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai


eksport
Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai
pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan
Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua
hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen
Jeneral
Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

Sultan-sultan NNMB tidak puas hati


Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu
Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
Ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak


Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur

You might also like