Professional Documents
Culture Documents
Nota Sains
Nota Sains
- mendapatkan tenaga
- membesar
- kekal sihat
Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya (haiwan
liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk
NOTA SAINS UPSR
Keperluan Asas Haiwan
Haiwan memerlukan keperluan asas yang sama seperti manusia.
Haiwan memerlukan kesemua ini dengan tujuan yang sama seperti manusia.
Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar dan kekal sihat.
Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas
matahari serta boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.
NOTA SAINS UPSR
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(c) Apakah yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan) dalam uji kaji ini.
_______________________________________________________________
(d) Didapati ikan Q mati selepas satu minggu. Beri inferens (sebab) bagi pemerhatian ini.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
NOTA SAINS UPSR
Proses Hidup Manusia
Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di dunia bersandarkan
kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan, tempat perlindungan).
* Pernafasan Manusia
Manusia bernafas menggunakan hidung / mulut > salur udara > peparu .
Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu > salur udara > hidung / mulut .
Daripada makanan yang kita makan, terdapat sebahagian yang tidak tercerna dan bahagian yang
dicerna juga menghasilkan bahan buangan.
Pembuangan dalam bentuk cecair ialah berkumuh. Contoh : air peluh, air kencing, wap air
(daripada pernafasan).
Manusia juga bergerak balas terhadap ransangan secara spontan (tidak melalui berfikir / niat) .
Contoh : Kita secara automatik menarik tangan kita apabila tersentuh cawan berisi air panas.
Kita juga akan menggigil apabila kesejukan. Apabila kita termakan makanan yang masam,
automatik mata kita akan terpejam seketika.
* Pembiakan Manusia
Sekiranya manusia berhenti membiak, bilangan manusia di muka bumi akan berkurang dan
akhirnya pupus
NOTA SAINS UPSR
Pengukuran
DEFINISI
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem
Suria kita.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan Bumi Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada
garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang
amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang
Bumi.
NOTA SAINS UPSR
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula
berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku
pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah Di mana perubahan bentuk
Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh
objek yang besar iaitu Bulan.
NOTA SAINS UPSR
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi
gelap-gelita seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
NOTA SAINS UPSR
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara
langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam
mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3
keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin
mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana
cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian
Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin
yang berkilau.
NOTA SAINS UPSR
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian
gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat
muakkad.
Maksudnya, Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian
seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,
bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah
Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang
membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua
ruku dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?
NOTA SAINS UPSR
Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita
ruku. Selepas ruku, biasanya kita itidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila kita
itidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan
secara ringkas seperti ini:
Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.
Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.
-surah Al Fatihah
-surah pilihan
-ruku
-itidal
-ruku
-itidal
-sujud
-sujud kedua
Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua
kali ruku.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana,
walaupun gerhana telahpun habis.
NOTA SAINS UPSR
Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:
:
(
)
.
.
.
: .
. .
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: Tatkala matahari gerhana pada
masa Rasulullah SAW, maka diserukan : as solatu jami`ah. Lalu Rasulullah SAW melakukan
dua kali ruku dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku dalam
satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: Aku sama sekali tidak
pernah melakukan ruku ataupun sujud yang lebih lama daripada itu
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah
berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: Pada gerhana matahari dan bulan,
sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah.
Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan
seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat
gerhana
CH: Kadang-kadang kita terlalu asyik melihat Bulan / Matahari hingga lupa kepada tuntutan
solat sunat
TAHUN 5
Kemandirian (Survival) bermaksud penerusan hidup atau pengekalan spesies di alam ini.
Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
TENAGA
Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja
Sumber-sumber tenaga :
1) Matahari
2) Makanan
3) Angin
4) Air
5) Bahan api
6) Bateri
Jenis-jenis tenaga :
1. Tenaga bunyi
2. Tenaga haba
3. Tenaga cahaya
4. Tenaga elektrik
5. Tenaga kinetik
6. Tenaga kimia
7. Tenaga keupayaan
Tenaga yang dapat diperbaharui ialah tenaga yang dapat diganti apabila habis digunakan.
Cth : Tenaga solar, tenaga angin, tenaga air dan bahan api biojisim
NOTA SAINS UPSR
Tenaga yang tidak dapat diperbaharui ialah tenaga yang tidak dapat digantikan apabila habis digunakan.
Cth: Gas asli, petroleum, arang batu dan nuklear
LITAR
Litar Bersiri :
- dua @ lebih mentol disambung bersebelahan satu sama lain.
- Jika lebih banyak mentol ditambah di dalam litar, semua mentol menjadi malap.
Litar Selari
- dua @ lebih mentol disambung secara berasingan
- Jika semua mentol ditambah di dalam litar, semua mentol menyala dengan kecerahan yang sama
CAHAYA
Sifat-sifat cahaya
1. Cahaya bergerak dalam garis lurus
2. Cahaya boleh dipantulkan
Bahan lut sinar (transparent) bahan yang membenarkan semua cahaya melalui
Bahan lut cahaya ( translucent) bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
BAYANG-BAYANG
HABA
Suhu ialah ukuran darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan itu
KEADAAN BAHAN
1. Pepejal
- mempunyai jisim
NOTA SAINS UPSR
- mengisi ruang
- mempunyai bentuk tetap
- mempunyai isipadu tetap
2. Cecair
- mempunyai jisim
- mengisi ruang
- tidak mempunyai bentuk tetap
- mengambil bentuk bekasnya
- mempunyai isipadu tetap
3. Gas
- mempunyai jisim
- mengisi ruang
- tidak mempunyai bentuk tetap
- menambil bentuk bekasnya
- tidak mempunyai isipadu tetap
2. Peleburan
Pepejal Cecair
4. Penyejatan
Cecair Gas
hanya melibatkan permukaan cecair tanpa melibatkan takat didih.
Penyejatan bergantung pada kehadiran angin, haba dan luas permukaan
5. Kondensasi
Gas Cecair
Alkali
- Mengubah kertas litmus merah jadi biru
- Berasa pahit @ payau
Neutral
- Tidak mengubah warna kertas litmus
- Berasa manis, masin @ tidak mempunyai rasa
TAHUN 6
TUAS
TAKAL
1. Takal tetap
2. Takal bergerak
PENGARATAN
Karat ialah sejenis bahan yang terbentuk apabila sesuatu logam bertindak balas dengan air dan udara.
Semua objek yang dibuat dari besi dan keluli akan berkarat apabila terdedah pada udara
Kehadiran karat dapat dikesan apabila terdapat bahan bewarna perang kemerah merahan menyaluti permukaan objek
tersebut
contoh
-bermain layang2 (tarikan)
-menarik joran (tarikan)
-permainan gelongsor
-berkayak
ciri2 daya
-tdk dpt dilihat tp dpt dirasa
-kesan daya boleh dilihat
-angin tdk dpt dilihat tp boleh dirasa meniup muka & rambut kita...
2. Kesan daya
-objek pegun bergerak bila dikenakan tolakan
-menghentikan pergerakan objek bila dikenakan daya pd arah bertentangan
-mengubah kelajuan pergerakan objek (daya bertentangan akan memperlahankan objek... daya pd arah
yg sama menambah kelajuan pergerakan objek)
-mengubah arah pergerakan objek (bila daya dr tepi)
-mengubah bentuk & saiz objek (spt picit belon, buat kuih karipap)
3. Geseran
berlaku bila 2 permukaan bersentuhan
-spt tayar dgn jlnraya
-menggerakkan duit syiling atas meja
-bila memegang gelas
NOTA SAINS UPSR
meningkatkan...
-guna permukaan kering
-permukaan kasar
-lapik anti-gelincir dlm bilik mandi
-corak tapak kasut yg kasar
hipotesis
-objek bergerak lebih jauh pd permukaan yg lebih licin sebelum berhenti
-objek bergerak lebih dekat pd permukaan yg lebih kasar sebelum berhenti
NOTA SAINS UPSR
kelebihan
-membolehkan kita berjalan & berlari
-kekalkan objek yg pegun
-mudah pegang botol dgn tagan kering
-kucing guna kuku utk tingkatkan geseran
keburukan
-tayar botak/haus mudah tergelincir
-enjin hasilkan haba & mgkin rosak
NOTA SAINS UPSR
Kepentingan Pengawetan Makanan
1. Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.
2. Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
3. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
4. Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.
5. Makanan yang diawet boleh tahan lama.
Cara Pelilinan
Cara Pengasapan
Pempasteuran
Cara Pengasinan
cara Penyejukbekuan
Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah.
Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi,
mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada
peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan
segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang
diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan
sebagainya.
NOTA SAINS UPSR
Cara Pendinginan
Makanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan
menyebabkan mikroorganisma menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk.
Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan
sayur-sayuran.
NOTA SAINS UPSR
Cara Pengeringan
Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan
dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh
tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong
dan udang.
Tahan Lama
Pengawetan makanan merupakan satu proses untuk menjadikan makanan tahan lebih lama. Ia
membantu melambatkan kerosakan makanan.
NOTA SAINS UPSR
Senarai di bawah menunjukkan beberapa cara pengawetan makanan.
1. Pengeringan
2. Pendinginan
3. Penyejukbekuan
4. Penjerukan
5. Pembotolan dan pengetinan
6. Pengasinan
7. Pembungkusan vakum
8. Pempasteuran
9. Pengasapan
10. Pendidihan
11. Pelilinan
Berkulat
Berbau busuk
Berubah warna ( tompok hitam dan hijau )
Berbau busuk
Berubah tekstur ( isi lembik )
Berubah warna ( mata merah )
NOTA SAINS UPSR
4. Nasi yang rosak
Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat menyebabkan makanan menjadi rosak. Makanan yang rosak
akan berbau busuk, berasa tidak enak, berubah warna, berubah tekstur, berkulat dan berlendir.
Makanan yang rosak adalah tidak selamat untuk dimakan. Ia boeh menyebabkan sakit perut dan
keracunan makanan.
Bakteria dan kulat memerlukan udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai untuk
membiak. Lebih cepat bakteria dan kulat membiak pada makanan, lebih cepat makanan itu menjadi
rosak. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup tanpa udara. Bakteria dan kulat dapat membiak dengan
mudah dalam keadaan lembap dan panas. Bakteria dan kulat tidak boleh hidup dalam persekitaran suhu
yang tinggi kerana bersuhu yang amat tinggi boleh membunuhnya. Selain itu, bakteria dan kulat tidak
boleh hidup jika tiada air. Bakteria dan kulat tidak boleh membiak dalam keadaan yang sangat berasid
atau keadaan yang sangat berakali.