Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bukit Ibam berasal dari sebuah kampung kecil jauh di pedalaman..

kira-kira 125 km dari bandar


Rompin.Sekitar 60an penempatan ini menjadi maju dilengkapi dengan pelbagai prasarana...
Kalau anda sampai ke Bandar Rompin...Lihatlah kearah KOMPLEK PEJABAT
DAERAH..Betul-betul dihadapannya ada sebuah kepala keretapi lama. Ianya ialah sejarah
kepunyaan Syarikat RompinCo. terlibat bermulanya sejarah Bukit Ibam.. Ceritanya bermula
apabila seorang Asli bernama Leman menemui sejenis batu logam yang akhirnya setelah dibuat
penyelidikan ianya ialah bijih besi.Bermula dari situ sebuah syarikat Inggeris, Eastern Mining &
Mineral Company(EMCO) membangunkan lombong bijih besi disitu. Olehkerana jarak ke
pelabuhan kecil di Kampung Pantai Bernas begitu jauh untuk menghantar bijih,jalan keretapi
dibina oleh Syarikat Rompin Mining Company/ROMPINCO.Sebelumnya perhubungan ke sana
adalah melalui sungai Rompin ke Kampung Aur dan jalan darat ke Bukit Ibam sejauh 18 km.
Menurut ceritanya, dahulu jika bersampan dari Aur ke Rompin memakan masa selama 2 minggu.
Semasa pembinaan jalan keretapi, jurutera syarikat itu bernama Fittsburg membaca buku
bertajuk ' I Bought A Mountain'... maka nama IBAM diambil dari huruf-huruf awal buku
berkenaan. Kini Bukit Ibam tinggal kembali sebagai sebuah perkampungan,yang ada di sana
sebuah tasik bekas lombong yang dipanggil 'Tasik Biru'. Uniknya tiada kehidupan dalam tasik
itu.Menurut ceritanya apabila lombong ditutup semua peralatan besi termasuk jentera yang tak
berguna dihumban kedalam tasik itu..oleh kerana itu airnya sentiasa biru tetapi tiada seekor ikan
pun hidup didalamnya

SEJARAH BUKIT IBAM


Sejarah Ibam bermula pada tahun 1940-an. Seorang Asli bernama Leman tlah
menemui seketul batu yang dianggap luar biasa. Beliau bersama-sama rakannya
bernama Sidek telah membawa ketulan batu tersebut kepada Syrikat Eastern
Mining & Metal Company 9EMMCO) DI Bukit Besi, Terengganu. Kajian oleh
syarikat tersebut membawa kepada pembukaan lombong bijih besi di Bukit Ibam
yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada 12hb Jun 1957 kepada
EMMCO yang kemudiannya menubuhkan anak syarikatnya bernama Rompin
Mining Company (ROMPINCO). Leman telah diberi saguhati sebanyak $100.00
sebulan.
Ibam adalah satu nama baru kerana berdasarkan peta Malaysia (Malaya) yang
dikeluarkan dalam tahun 1951, Bandar ini masih belum tercatat di mana-mana.
Mengikut G.Scllon (Electrical Superintendent pada masa itu), Ibam itu rangkaian
huruf nama yang diambil daripda tajuk buku I BOUGHT A MOUNTAIN yang
dibaca oleh Fittsburry, seorang juru ukur syarikat tersebut semasa beliau
menjalankan kerja-kerja ukur landasan kreta api Ibam Rompin. DAripaa
peristiwa itulah terbitnya nama IBAM.
Menjelang akhir tahun 1960-an, Ibam kian berkembang dengan ktiviti
perlombongan dan sosialnya. Masalah penyambungan pajakan galian tiba-tiba
mengancam keharmonian masyarakat setempat apabila ROMPINCO terpaksa
menamatkan operasinya. Seramai 1,200 orang telah kehilangan pekerjaan. Ibam
yang begitu makmur tiba-tiba menghadapi masa hadapan yang tidak kepastian.
Pada 16hb. November 1970, Allahyarham Tun Abdul Razk selaku Perdana Menteri
telah melawat Bukit Ibam dan memberi kepastian dan jaminan bahawa Bukit
Ibam akan dimajukan sebagai Bandar yang makmur, pusat aktiviti pembangunan
ekonomi yang baru dan nadi bagi rancangan pembangunan tanah raksaksa
Pahang Tenggara. Satu keputusan nekad dan berani telah dibuat Allahyarham Tun
Abdul Razak untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara selepas
taklimat disampaikan kepada beliau pada 31hb Julai 1971. Pada 14 September
1971, beliau terus mengumumkan penubuhan LKPT (DARA) walaupun pelan induk
pemangunan DARA dijadualkan siap pada akhir Julai 1972. Ibam kembali
bernafas semula. Pada 15hb Sepember 1971, lahirlah wilayah harapan baru
didiimpikan rakyat Pahang dikenali Wilayah Kemajuan Pahang Tenggara.
Wilayah Pahang Tenggara telah diisytiharkan di bawah Seksyen 9 Akta Lembaga
Kemajuan Pahang Tenggara (68/72) pada 3hb. Januari 1973 dan mendapat
persetujuan Di Raja pada 23hb. Mac 1972.

Inilah kepala lokomotif yang pernah digunakan bagi perlombongan melalui


Rompin Mining Co., suatu masa dahulu. Sebuah lagi kepala lokomotif diletakkan
di hadapan Pejabat Daerah Rompin
Gambar ini disumbangkan oleh En. Sani Ghafar. Menurutnya, ketika ini, Tun Abdul
Razak membuat lawatan rasmi ke Bukit Ibam menaiki Helikopter Nuri pada Isnin,
16 November 1970. Kata En. Sani, Masa Allahyarham datang Ibam, ambe (saya)
menyibuk bermain di Helikopter Nuri.

Allahyarham ketika itu diiringi oleh pemangku Menteri Besar Pahang, Dato Haji
Abdul Aziz Ahmad, Encik Thong Yaw Hong, Ketua Unit Perancangan Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri dan Tunku Tan Sri Shahriman bin Tunku Sulaiman.

Bagi rakyat Rompin, nama Tun Abdul Razak cukup dekat di hati kerana
perancangan dasar ekonomi yang digerakkan oleh allahyarham. Felda, Felcra,
Mara (dahulunya RIDA), LKIM, RISDA, dam Wilayah Pahang Tenggara, merupakan
antara dasar mega yang digerakan oleh beliau yang memberi tempias ekonomi
yang sangat berkesan kepada ekonomi Rompin.

Wilayah Pahang Tenggara misalnya, merupakan salah satu projek penting


ekonomi buat rakyat. Sewaktu Rompin Mining Co. ditutup, Wilayah Pahang
Tenggara diwujudkan bagi menjamin ekonomi bekas pekerja lombong tersebut
dan membuka pula peluang ekonomi kepada rakyat Pahang dan luar untuk
mencuba nasib di bumi Pahang Tenggara. Hari ini, dasarnya memberi kesan yang
jelas. Anda lihatlah sendiri pembangunan yang ada di Maudzam Shah dan Felda2
Keratong, hasil dari usaha gigih beliau dan pegawai2 yang lain yang ikhlas
berkhidmat untuk rakyat.

Tahun ini, genaplah 40 tahun pemergian Tun Abdul Razak bin Hussein, bekas
Perdana Menteri Malaysia dan merupakan anak jati negeri Pahang Darul Makmur.

You might also like