Contoh Surat VLE-FROG Kepada Penjaga

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PORT DICKSON

JLN DATO K.PATHMANABAN


71000 PORT DICKSON.
e-mail : nbd2034@1bestarinet.yes.my No. Tel/Fax: 06-6473442

Ibu bapa / Penjaga yang dihormati, 02.03.2015

NAMA PENJAGA:

Sebagaimana yang Tuan / Puan sedia maklum, 1BestariNet adalah inisiatif unggul Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran
terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak
kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di
Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan Bandar dan luar Bandar.

Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet
jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan suatu Persekitaran
Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) untuk pengajaran dan pembelajaran
tanpa batasan

Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai
di dalam dan di luar sekolah : pada bila-bila masa, di mana jua. Dalam pelaksanaan program ini, setiap
pelajar dan ibu bapa / penjaga akan diberikan satu Yes ID yang unik dan pelbagai guna. Antara
kegunaannya ialah :

Mengakses platrom Frog VLE


Mengakses emel peribadi
Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan
Academy dan YouTube Pendidikan
Setiap pengguna mempunyai hak akses yang berlainan dalam frog VLE. Sebagai ibu bapa, Tuan / Puan
akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai maklumat khas
yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk mula menggunakan Frog VLE.

Nama : Nama :

ID Pengguna (Login ID): ID Pengguna (Login ID):

Kata Laluan (Password): Kata Laluan (Password):

URL VLE Sekolah : https://nbd2034.1bestarinet.net

Penggunaan Internet dan frog VLE oleh anak-anak Tuan / Puan adalah tertakluk kepada terma-terma
yang terkandung dalam Perjanjian Penggunaan Terkawal yang akan diberikan oleh pihak sekolah. Kami
mengesyorkan Tuan / Puan meneliti isi kandungan perjanjian tersebut dan seterusnya member panduan
kepada anak-anak Tuan / Puan untuk mematuhi syarat-syarat penggunaan tersebut, demi kepentingan
anak-anak Tuan / Puan.
Dalam usaha merealisasikan transformasi pendidikan ini, ibu bapa / penjaga diseru untuk bersama-sama
dengan pihak sekolah sepanjang pelaksanaan penggunaan VLE. Kerjasama dan sokongan Tuan/Puan
amat diperlukan dalam memastikan kejayaan program ini.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila berhubung dengan
pihak sekolah. Tuan/Puan juga boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di
laman web rasmi FrogAsia www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan

Yang benar,

.
DAMOOTHARAN A/L APPALASAMY
GURU BESAR CEMERLANG
SJK (T) PORT DICKSON.

You might also like