Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

14.

1 PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA
14.1.1 PENGENALAN

Perkembangan bimbingan dan kaunseling sudah diketahui mulai


berkembang di Negara- Negara Barat serta kebanyakkan teori bimbingan dan
kaunseling juga datangnya dari Negara barat. Oleh itu, kebanyakan teori
digunakan oleh kauselor dalam sesi kaunseling adalah teori daripada barat.
Seterusnya, seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya,
aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang
selepas mencapai kemerdekaan.Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia
sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari
perlombongan, perladangan mahupun pertanianbertukar menjadi industri.
Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan
Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakankeperluan dan
kemestian kepada Negara.

Malaysia telah mula menfokuskan Perkhidmatan kaunseling pada awal


perkembangannya yang dimulakan di sekolah dan institusi pendidikan tinggi
awam, iaitu di sekitar akhir tahun 1960 an. Pada tahun-tahun 1990 an
perkhidmatan ini telah mula ditawarkan di sektor bukan pendidikan seperti di
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kini, perkhidmatan kaunseling telah diiktiraf
sebagai satu profesion dan setiap kaunselor yang ingin memberi khidmat perlu
mendaftarkan diri dengan Lembaga Kaunselor serta mempunyai Sijil Perakuan
Amalan (Akta 580, Akta Kaunselor 1998). Seterusnya, melalui akta-akta yang
dikemukakan telah mengembangkan lagi bimbingan dan kaunseling yang baru
berkembang ini.
14.1.2 PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MELALUI PENDIDIKAN

Perkhidmatan kaunseling memainkan peranan utama dalam


membangunkan potensi modal insan melalui program dan pendekatan psikologi
dan kaunseling. Kementerian Pengajian Tinggi melalui IPT telah dan akan
berusaha untuk melahirkan graduan berkualiti dalam bidang bimbingan dan
kaunseling. Pendidikan kaunselor atau latihan kaunselor secara formal mula
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal tahun 70an
apabila keperluan kaunselor di sekolah diberi penekanan (PERKAMA, 2008).
Pada ketika itu, latihan kaunselor adalah dalam bentuk latihan jangka masa
pendek. Setelah keperluan di sekolah meningkat, Maktab Perguruan Ilmu Khas
mula menawarkan kursus latihan khas kepada guru-guru sekolah bagi
menyediakan kaunselor terlatih. Setiap sekolah menengah disyorkan
mempunyai seorang kaunselor bagi 500 orang pelajar. Semenjak 15 Mac 1996,
Kementerian Pelajaran bersetuju melaksanakan pelantikan kaunselor sepenuh
masa di setiap sekolah menengah di negara ini.

14.1.3 PERKHIDMATAN BERBENTUK BERPUSAT

Keseragaman sistem berpusat membolehkan kaki tangan berhubung dan


bertindak antara satu sama lain bagi mencapai matlamat supaya selaras dengan
pendidikan Negara. Justeru, ini akan memanapkan lagi system yang sedia ada,
antaranya:

a) Satu ketua dimana pentadbiran dan pengurusan mempunyai satu ketua


berfungsi untuk memberi arahan agar tidak ada pertindihan belaku.
b) Keselarasan matlamat amat diperlukan dalam sesebuah organisasi kerana
amat penting mempunyai ketua yang berperanan dalam menentukan
matlamat sekolah dengan jelas agar meningkatkan kualiti organisasi
c) Keselarasan arahan juga memainkan peranan penting dalam keseragaman
sisitem berpusat. Oleh itu, kakitangan mesti mengetahui orang yang
bertanggungjawab ke atasnya semasa menjalankan tugas.
d) Penyelarasan autoriti dan tanggungjawab penting dalam memberi kesan
pada satu organisasi agar berjalan dengan lancar sekiranya ketua menjadi
wakil autoriti.

14.1.4 PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


DALAM SEKTOR AWAM DAN SWASTA

Sektor awam kebiasaannya unit bimbingan dan kaunseling ini


ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi bimbingan atau keunseling kepada
penjawat awam secara percuma terutamanya berkenaan masalah pekerjaan
mahupun masalah peribadi agar tidak berlakunya masalah di tempat kerja.
Justeru, dapat mengurangkan kadar pekerja bermasalah di tempa kerja.
Selain itu, sektor swasta juga kebiasaannya bagi proses bimbingan dan
kaunseling dalam sektor swasta dilakukan secara sulit dimana seseorang
memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara peribadi dan
mengupah seorang pakar kaunselor yang professional untuk memberi khidmat
kaunselor secara peribadi.

14.1.5 SEKTOR PERBADANAN AWAM DAN SWASTA

Di dalam sektor Awam menambah atau memperbanyakkan kaunseling


profesional dalam sektor awam seperti PDRM, JKM dan sebagainya. Oleh
kerana dalam badan-badan sektor awam juga mempunyai badan kaunseling
untuk mentauliahkan kaki tangan perbadanan awam yang ada tetapi tidak bnyak
badan-badan awam yang menyediakan perkhidmatan kaunseling pada kadar
yamg sepatutnya.

Seterusnya, dalam sektor Swasta pula, kerajaan boleh juga memberi


peluang keapada kaunseling separa profesional menjadi profesional. Ini kerana
kaunseling yang professional sudah ditauliahkan serta mendapat lesin untuk
memberi khidmat kaunseling tetapi berbeza dengan separa professional kerana
kaunseling ini mempunyai ilmu engetahuan mengenai cara kaunseling yang
betul tetapi tidak ditauliah atau lebih tepat tidak mempunyai lesin untuk
memberi khidmat kaunseling seperti guru-guru di sekolah. Contoh, Kebajikan
Sumber Manusia menyediakan seorang kaunselor dalam badan kebajikannya
dan mengubah kanselor luar sekiranya tidak mempunyai kaunselor untuk
memberi khidmat kaunseling kepada pekerja yang bermasalah.

14.1.5.1 PERKEMBANGAN SEKTOR AWAM

Tujuan bagi perkembangan merupakan satu proses memilih, memasuki,


menyesuaikan diri serta terdapat banyak aspek penting perlu dikuasai dengan
proses kaunseling. Dalam proses kaunseling terdapat beberapa kelengkapan
untuk melancarkan proses yan dilakukan. Antara fasiltinya

a) Fasiliti makmal kaunseling-suasana yang kondusif maka menjayakan sesi


kaunseling seperti senyap, selesa, dan terhindar daripada gangguan agar
dapat menjalankan sesi kaunseling.
14.1.5.2 PERKEMBANGAN SEKTOR SWASTA

Tujuan perkembangan bagi sektor swasta adalah untuk Meningkatkan kestabilan

emosi, mental dan spiritual klien yang memerlukan melalui perkhidmatan

intervensi yang diberikan. Melaksanakan program-program pembangunan

personel untuk mewujudkan pembangunan kendiri yang positif dalam kalangan

pekerja. Melaksanakan penilaian personel untuk memahami personaliti pekerja.

Antara tujuannya adalah :

-Pembangunan:Merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang


dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pegawai selaras dengan objektif
individu dan organisasi.

-Pencegahan:Menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi


memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti
melalui proses pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan
kompetensi.

-Pemulihan:Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu


membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi,
tingkah laku dan pemikiran.

You might also like