Professional Documents
Culture Documents
Perubahan DLM Kurikulum
Perubahan DLM Kurikulum
Perubahan DLM Kurikulum
0 Konsep Kurikulum
Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi segala pengalaman
terancang yang seelok- eloknya ditimba oleh murid dan juga merupakan hasil pembelajaran yang
dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Kerr, 1983 (Choong Lean
Keow, 2009),berpendapat kurikulum dilihat sebagai semua pembelajaran yang dirancang oleh
institusi pendidikan dan dilaksanakan sama ada secara kelompok atau individu di dalam atau di
luar bilik darjah. Berdasarkan dua pengertian tersebut, dapatlah kami merumuskan bahawa
kurikulum merangkumi semua aspek dalam pembelajaran yang dirancang untuk mencapai
matlamat pendidikan.
2.0 Sinopsis
Untuk mencapai visi serta matlamat transformasi negara yang mahukan pembentukan status
negara maju, perubahan dasar-dasar kurikulum pendidikan harus digubal dari masa ke semasa
seiring dengan tahap pemikiran pelajar pada ketika itu. Transformasi tersebut diharap dapat
melonjakkan mikro ekonomi negara kita dalam kalangan negara maju termasuk menjelang
wawasan 2020.
Senario kehidupan rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang
bangsa, agama dan budaya, dasar kurikulum pendidikan di Malaysia haruslah menekankan
kepada keseimbangan perpaduan di antara kaum supaya kestabilan ekonomi negara dapat
1
Oleh sebab itu, kedudukan sosioekonomi serta latar belakang pendidikan harus
diutamakan dan diberi pertimbangan terutamanya yang tinggal di luar bandar supaya sama
dengan tahap pendidikan di bandar untuk mengelakkan wujud risiko jurang ekonomi antara
kaum. Jika keadaan itu berlaku, ia boleh pada bila-bila masa bertukar menjadi ancaman kepada
Susulan tragedi 13 Mei, Kerajaan Malaysia pada 1971 di bawah pimpinan Tun Abdul
Razak telah merangka pertimbangan sosioekonomi yang kemudiannya membentuk asas kepada
rumusan serta perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Isu mengenai pendidikan telah diberi
keutamaan ketika itu demi mendidik rakyat supaya lebih cintakan negara serta berdaya saing
bidang ini berperanan sebagai wahana utama dalam membentuk perpaduan masyarakat dan
sentiment masyarakat yang berbilang kaum seperti hak-hak keistimewaan, persoalan ketuanan
serta peranan mahupun sumbangan setiap kaum sering ditimbulkan. Justeru itu, setiap
permasalahan yang timbul haruslah diubah dan bidang pendidikan sebagai sektor penting
mendidik anak bangsa. Sistem pendidikan dijadikan sebagai agen perubahan supaya persepsi
masyarakat berbilang kaum dapat diubah bagi mencapai hasrat membentuk sebuah negara
2
3.0 Pendahuluan
Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan Kurikulum Lama Sekolah
Rendah (KLSM), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kita harus mengetahui
terlebih dahulu sejarah pendidikan negara sebelum dan selepas kemerdekaan. Tanpa mengetahui
sejarah tersebut, kita tidak akan dapat menghubung kait semua perkara yang berlaku dalam
setiap element transformasi yang berlaku dalam setiap perubahan kurikulum pendidikan negara.
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu lebih kepada bentuk
bukan formal. Corak pendidikan pada masa itu berjalan mengikut kelapangan guru dan tidak ada
sesuatu tempat khas disediakan dan pengajaran berlaku di rumah guru tersebut. Pengajaran yang
di ajar pada masa itu ialah bacaan Al-Quran, pengajaran yang menitik beratkan tingkah laku dan
Sistem Pendidikan Pondok pula dimulakan dan dikendalikan oleh ulama Islam yang
datang berdagang di tanah Melayu ketika itu dan juga penuntut ilmuwan Islam yang telah belajar
3
Menurut (Abdullah Sani Yahya, 2003: 1) , pelajar-pelajar akan menuntut di madrasah-
madrasah dan akan tinggal di pondok-pondok yang dibina di sekelilingnya. Menurut fahaman
kami, pelajar-pelajar yang datang belajar ketika itu terdiri dari pelajar yang datang dari seluruh
pelosok tanah Melayu. Untuk memudahkan pengajian, mereka telah membina pondok-pondok
Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu berlaku lebih jelas semasa zaman penjajahan
British. Pendidikan pada peringkat ini mengamalkan sistem pecah dan perintah dan ini telah
memudahkan pentadbiran British mengawal keamanan berbagai kaum ketika itu. Menurut bahan
rujukan yang kami temui sekolah-sekolah ini hanya dibuka di perkampungan yang majoritinya
dihuni oleh hanya satu kaum sahaja dan atas inisiatif mereka sendiri.
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang Free School
ditubuhkan pada tahun 1816 dan sekolah Inggeris di negeri-negeri Melayu yang lain ditubuhkan
agak lewat. Antaranya ialah King Edward VII di Taiping (1883) dan Victoria Institution di Kuala
Lumpur (1894).
bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulum sekolah Inggeris ini bercorak Grammar School of Great
4
Britain yang mana bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi
Amalan dan dasar kurikulum pendidikan pada zaman penjajah adalah sangat berbeza dan
Kerajaan British pada masa itu mengamalkan dasar laissez-faire dalam bidang pendidikan yang
telah menyebabkan wujudnya lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan British. Jenis-
jenis persekolahan tersebut ialah Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu yang diasaskan pada abad ke-19 adalah bagi
membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa-desa, mewarisi kemiskinan keluarganya dan
membantu ibu bapa mereka. Mereka sekadar diharapkan dapat menjadi petani dan nelayan yang
lebih baik daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa
Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kurikulum yang terhad. Mereka
diajar Al-Quran, membaca, menulis dan mengira serta kemahiran kerja tangan seperti
menganyam.
Dasar tertutup dan tidak campur tangan dalam hal ehwal sosial kaum pendatang oleh kerajaan
Inggeris ketika itu menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini
5
kepada tahun 1920-an. Ketika itu kurikulum mereka hanya menumpukan kebudayaan serta
identiti bangsa masyarakat Cina dan mengikut kurikulum pendidikan di negara China.
Pada tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan kerajaan Inggeris
tentang kuasa kaum Cina ketika itu yang mana telah mendominasi pendudukan kaum-kaum di
tanah Melayu ketika itu. Kerajaan Inggeris telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan
suatu undang-undang bagi mengelakkan sekolah itu daripada terasing serta dapat mengawal
Bermula pada tahun 1924, sebahagian daripada sekolah-sekolah Cina telah menerima
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar terdiri dari
keturunan India ditempatkan di situ. Pada tahun 1923, Negeri-negeri Melayu bersekutu telah
Bersekutu 1923. Suatu peruntukan dimasukkan ke dalam ordinan, iaitu majikan ladang-ladang
Dari segi pentadbiran, sekolah-sekolah Tamil ini diuruskan oleh komuniti kaum India itu
kekurangan daripada segi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan kurikulum di sekolah-
sekolah pendidikan mereka. Pendidikan ketika itu lebih berdasarkan mengikut negeri di negara
6
asal mereka, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks yang mana telah dibawa masuk
dari India. Kurikulumnya juga menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M iaitu
Pada tahun 1950 jawatankuasa Barnes telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah
kebangsaan dan sekolah yang berbilang kaum yang ada menggunakan bahasa Inggeris atau
Sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur
Jawatankuasa Barnes juga telah mengesyorkan kepada kerajaan ketika itu untuk
menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan. Antara lain, menyarankan supaya persekolahan
di peringkat rendah dijadikan sebagai asas pendidikan untuk menyatukan perpaduan dan
Berasaskan pandangan itu, Jawatankuasa Barnes telah mengeluarkan satu laporan penuh
kepada kerajaan British yang dikenali sebagai laporan Barnes pada tahun 1951.
7
Antara syor yang dikemukakan ialah:
1 . Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-
2. Memansuhkan sekolah rendah vernakular mengikut kaum dan digantikan dengan Sekolah
Kebangsaan.
3. Menubuhkan satu sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan yang dibuka kepada semua murid
daripada berbagai-bagai kaum yang mana diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan.
4 .Umur murid diseragamkan di semua sekolah mulai umur mereka enam tahun.
penentangan yang hebat oleh kumpulan-kumpulan masyarakat yang ada terutamanya masyarakat
Cina yang menganggapnya sebagai satu percubaan bagi menindas dan menghapuskan bahasa
telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pendidikan Cina pada tahun 1951 di bawah seliaan Dr.
Fenn dan Dr. Wu bagi membuat laporan mengenai pendidikan sekolah-sekolah Cina di tanah
Melayu.
8
4.8 Laporan Fenn-Wu 1951
Jawatankuasa Fenn-Wu telah membuat kajian mengenai sosial persekolahan Vernakular Cina dan
mengemukakan laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu. Menurut mereka sekolah
vernakular Cina boleh berperanan untuk membina bangsa yang bersatu padu secara berasingan.
1. Penggunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai
2. Menyokong penggubalan sistem pendidikan kebangsaan, tetapi sekolah aliran Cina perlu
tempatan.
Jawatankuasa Penasihat Pusat berkenaan pendidikan telah dibentuk bagi mengkaji pendapat-
pendapat yang bercanggah yang dicadangkan oleh kedua-dua laporan yang membangkitkan
perdebatan yang meluas serta hebat di seluruh negara. Perdebatan jawatankuasa ini yang
merupakan satu kompromi di antara pendapat-pendapat yang berlainan dan seterusnya menjadi
Ordinan pelajaran 1952 merupakan satu usaha yang unggul dibuat oleh British dalam
usaha untuk memperundangkan satu dasar pelajaran yang mempunyai bidang dan ciri-ciri
kebangsaan.
9
Dasar-dasar penting yang terdapat dalam Ordinan 1952 adalah;
Bagi memajukan suatu sekolah kebangsaan dengan pengenalan dwibahasa secara beransur-
ansur kepada sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Tamil melalui pengenalan kelas-kelas
bahasa kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan menghadapi masalah
kewangan berpunca daripada kemelesetan ekonomi yang mana wang tersebut terpaksa
dibelanjakan untuk menghadapi keadaan darurat ketika itu. Ordinan pelajaran 1952 ini tidak
mendapat sambutan yang baik, menyebabkan majlis Tertinggi Persekutuan sekali lagi melantik
Jawatankuasa Khas untuk mencari penyelesaian bagi melaksanakan dasar yang tercatat dalam
Ordinan 1952.
Kesimpulan awal yang boleh dibuat mengenai sistem pendidikan kurikulum di Tanah Melayu
pada awalnya lebih menumpukan kepada kestabilan sosial masyarakat yang mana telah
menggunakan pendidikan sebagai agen menyatupadukan berbagai-bagai kaum yang ada di tanah
Melayu.
10
6. Sejarah Asas Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
Sebaik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha ditumpukan untuk mewujudkan
satu sistem pelajaran kebangsaan selaras untuk mengatasi masalah perkauman yang telah
dibiarkan meluas pada zaman penjajahan Inggeris. Tugas utama kerajaan ketika itu ialah untuk
Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak
(1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960.
Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan
serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Permasalahan bahasa telah wujud ketika itu kerana bahasa rasmi kerajaan Malaya ketika
itu ialah bahasa Inggeris. Bahasa itu juga telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah
dasar dan sekolah menegah Inggeris. Sesudahnya merdeka, kehendak-kehendak kerajaan ketika
itu supaya bahasa penjajah ini digantikan dengan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu yang mana
Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini mengenai kurikulum sebelum merdeka,
tidak ada satu pun dasar kurikulum yang menekankan pembelajaran melalui bahasa Melayu.
Bahasa Melayu hanya diajar pada peringkat dasar sahaja dan tidak diangkat untuk berkembang
11
Dasar kerajaan ketika sengaja mengabaikan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, usul
yang dibuat oleh Laporan Razak tentang bahasa Melayu telah mengukuhkan kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara apabila mencapai kemerdekaan. Laporan Razak telah
disemak oleh penyemak mata pelajaran 1960 dan usul itu kemudiannya termaktub dalam akta
pelajaran 1961 berhubung taraf kedudukan Bahasa Kebangsaan. Antara usul laporan pelajaran
1960 ialah bahawa semua peperiksaan umum hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi negara
Kami dengan sebulat suara berpendapat bahawa segala peperiksaan awam hendaklah
diadakan dalam bahasa rasmi negara.... Untuk menyatupadukan negara, matlamat pendidikan
kebangsaan sekolah bantuan penuh dan menjamin supaya murid-murid daripada berbagai-
bagai keturunan menghadiri Sekolah Menengah Kebangsaan dan jenis Kebangsaan. Satu
keperluan bagi dasar ini ialah bahawa segala peperiksaan awam di peringkat menengah
diadakan dalam bahasa rasmi negara.( Report of Education Review Committee, 1960: op. cit.,
m.s. 46)
Dalam hal ini jawatankuasa penyemak mata pelajaran telah mengusulkan supaya kelas-
bertujuan untuk menyediakan murid-murid mengambil peperiksaan dalam satu bahasa rasmi
negara iaitu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Untuk pelajar kelas pemulihan ini, murid yang
dipilih ialah dalam kalangan murid yang belajar di sekolah aliran Cina yang mana ingin
menyambung ke sekolah menengah aliran Melayu. Mereka yang memasuki kelas pemulihan ini
diberikan tempoh masa selama setahun dan pelajaran yang diajar di kelas pemulihan lebih
12
Antara lain perkara yang diusulkan oleh jawatankuasa penyemak pelajaran 1960
mengenai usul Laporan Razak ialah mengenai sebilangan kanak-kanak akan tamat secara
rasminya apabila mereka mencapai umur 12 atau 13 tahun. Setelah mendapat pandangan
daripada jawatankuasa Penasihat Am, Ikhtisas dan Kewangan (Professional and the Finance
umur berhenti sekolah dinaikkan kepada umur 15 tahun. Pada ketika itu, Sekolah Pelajaran
Lanjutan telah diwujudkan dan sekolah ini menyediakan tiga tahun pendidikan yang mana
menitikberatkan pendidikan vokasional bagi murid yang tidak mendapat tempat di sekolah
menengah akademik.
Lanjutan dari usul ini juga pada tahun 1962, kerajaan telah menubuhkan Sekolah
Pelajaran Lanjutan yang memberikan kursus tiga tahun dengan menitikberatkan pendidikan
vokasional manakala bagi pendidikan dasar pula, kelas diambil selama enam tahun dan proses
naik turun darjah adalah secara automatik. Berdasarkan keputusan peperiksaan, hanya 30%
Apabila Akta Pelajaran 1961 dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara,
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Pengenalan sistem ini telah
13
Antara mata pelajaran yang diajar ketika itu ialah;
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan,
Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan
Jasmani.
Permasalahan dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah ialah isi kandungan pelajaran
kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran
yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini telah menyebabkan
kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran
melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman
behaviorism . Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian
yang sewajarnya.
Dalam aspek peperiksaan pula, semua murid-murid haruslah lulus dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam. Selain dari itu juga, mata pelajaran KLSR lebih
kepada pembasmian buta huruf. Peperiksaan LCE telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP
Peperiksaan Umum yang wujud pada masa itu ialah Peperiksaan Malayan Secondary
School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah
14
Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga
dan pada tahun 1973, Ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983
susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai dasar
Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan Sistem KLSR kepada KBSR;
1. Isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara
satu sama lain. Ini telah menyebabkan murid cepat menjadi bosan dan susah untuk
2. Sukatan Pelajaran KLSR terlalu banyak dan mengambil banyak masa untuk guru
4. Pengajaran dan pembelajaran hanya bertumpu kepada buku teks yang dibekalkan
15
5. Aktiviti kokurikulum dijalankan secara berasingan dan tiada kaitan dengan
Pada asasnya, percubaan KBSR telah dimulakan di 305 sekolah di seluruh Malaysia
merangkumi sekolah yang berada di dalam dan di luar bandar pada tahun 1982.
Menurut sumber hasil daripada maklumat guru-guru yang sudah bersara, mereka
menyatakan bahawa pada tahun 1982, guru-guru ketika itu telah dihantar berkursus secara
Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukarkan nama kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pada asasnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini
masih sama dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kandungan Kurikulumnya masih sama
seperti sebelumnya.
Antara objektif penting pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah murid
perlu menguasai serta mengetahui dengan baik dan memuaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
16
ditekankan iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain dari itu juga, murid yang lemah
Selain dari itu fokus terhadap perkembangan individu secara menyeluruh telah diberi
penekanan iaitu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembaharuan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini amat berfaedah kepada murid-murid terutamanya
dalam mencapai matlamat pembentukan sahsiah diri dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara.
Selain dari itu juga, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini juga telah menyemai
perpaduan kaum serta memperkukuhkan lagi kesepaduan integrasi nasional melalui sistem
pendidikan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah diwujudkan atas dasar ucapan Perdana Menteri ketika itu
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam
Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006. Dalam dasar ucapannya, beliau telah menuntut
supaya pendidikan lebih menekankan kepada pembangunan modal insan, melahirkan pelajar
yang lebih cerdik mindanya dan pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran
17
Dalam hal ini, matlamat beliau ialah untuk membangunkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta boleh menghayati nilai-nilai murni. Selain dari itu,
beliau juga berhasrat untuk memastikan anak bangsa Malaysia dapat memupuk semangat
cintakan ilmu pengetahuan, kemahiran serta boleh menerapkan nilai dalam setiap aspek
kehidupan.
Atas dasar ucapannya itu, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikan
kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan
Proses dalam pembentukan KSSR ini telah mengalami bentuk perubahan yang holistik
kepada organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
dihantar ke setiap negara maju untuk mengkaji sistem pendidikan di negara-negara tersebut. Atas
dapatan laporan yang diterima, mesyuarat di peringkat atasan telah memutuskan supaya sistem
kurikulum diubah mengikut tahap kebolehan murid semenjak dari awal pra persekolahan.
Bermula dari tahun 2009, perkara utama yang ditekankan ialah mewujudkan sebanyak
awal boleh dimulakan di peringkat sekolah rendah. Penekanan utama mengikut tahap
18
1. Pra-sekolah: Penekanan terhadap sosio-emosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah
serta perkara asas persediaan murid untuk ke sekolah rendah yang mana memberi
Dalam masa yang sama juga, pakar-pakar pendidik telah dijemput bersama-sama dengan
bahagian peperiksaan untuk berbincang serta menggubal isi mata pelajaran supaya bersesuaian
dengan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan dikelolakan oleh bahagian
Putrajaya.
sistem Penilaian Peperiksaan yang mana kini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah
19
Hasil dari perbincangan tersebut, satu laporan telah dibuat dan diserahkan kepada
Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Seterusnya Tan Sri
Muhyidin Yassin telah mengumumkan penukaran kurikulum baru dari Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010.
Kurikulum KSSR ini telah dijalankan secara berperingkat dan mula diperkenalkan
kepada murid-murid tahun1. Program ini terus dilaksanakan dari tahun ke tahun semasa dan
tahun ini merupakan tahun ke dua dilaksanakan. Pendedahan mengenai KSSR disebarkan
kepada guru-guru yang telah dibuat secara berperingkat mengikut mata pelajaran mulai Januari
2011. Penyebaran maklumat ini dilakukan secara besar-besaran ke seluruh negeri termasuk
semua daerah.
Dari masa ke semasa, penambahbaikan KSSR telah dilaksanakan dari segi mata pelajaran
dan juga isi kandungan buku teks mengikut kesesuaian persekitaran pelajar sehinggalah ke hari
ini.
penglibatan, tahap penguasaan, pencapaian serta kematangan mereka. Suatu skala standard untuk
pengukuran pencapaian telah disediakan dan semua murid dikehendaki melepasi standard yang
telah ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai murid hendaklah diukur dengan jelas, adil
dan telus supaya boleh mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran.
20
11. Kesimpulan
Berdasarkan kepada sumber-sumber yang telah kami dapati melalui bahan rujukan, pendapat,
perbincangan serta isu-isu semasa dapatlah kami simpulkan bahawa sistem pendidikan di
Malaysia telah melalui beberapa fasa transformasi. Apa yang jelas transformasi ini telah
membawa banyak perubahan positif yang membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan di
negara kita.
warganegara yang lebih relevan dengan cabaran yang semakin mencabar ke abad 21 seiring
dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana telah menyatakan bahawa
pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Proses ini akan membantu negara untuk
membentuk modal insan yang seimbang di samping menitikberatkan soal agama, nilai-nilai
dan pembelajaran. Kurikulum juga boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam
pengajaran dan pengajaran berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun
Negara. Kandungan kurikulum telah banyak membantu guru dalam membina perancangan
pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.
21
Perubahan kurikulum yang sentiasa berlaku dari semasa menunjukkan telah berkalu
pemanbahbaikan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun begitu kita
harus jelas bahawa segala perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah
pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et
al. 1999).
Justeru itu, sebagai warga pendidik kita harus sentiasa peka dan mengikuti
perkembangan kurikulum di negara kita terutama yang berkaitan dengan penambahbaikan hal-
hal yang berkaitan dengan pendidikan. Konsep kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus
kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan
pengurusan kurikulum ibu bapa serta juga pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan
dan negara.
22
12. RUJUKAN
1)Azimah A. Samah, Zailani Yaacob. (2009). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM
2) Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
8) Razali Arof (1991). Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
23