Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi
belum mencapai tahap yang membanggakan.

Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) bermula


tahun 2015 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran
yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi. Ia perlu diajar
dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat
menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

LAPORAN
Tarikh Pelaksanaan : 16-17 April 2016

Jumlah Peserta :

Jumlah Kumpulan :

Jumlah Fasilitator : 9 Orang

Bahan yang digunakan :

1. Modul

2. Kad imbasan

3. Carta huruf

KEKUATAN :

1. Murid yang terlibat merupakan murid yang lemah dalam bidang Jawi.

2. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian.

3. Fasilitator yang berpengalaman.


KELEMAHAN :

1. Ramai murid tidak hadir pada hari kedua

2. Makanan murid agak sukar didapati kerana pihak kantin sukar menyediakan jualan
makanan pada cuti sekolah.

3. Terdapat murid yang masih tidak mencapai tahap yang memuaskan selepas ujian
pon dijalankan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

1. Merancang sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan untuk menarik minat murid
menghadiri Kem Cemerlang Jawi

2. Kem ini perlu dijalankan pada hari persekolahan kerana ramai murid tidak hadir pada
hari kedua dan juga memudahkan pihak kantin untuk membuat jualan makanan pada
hari persekolahan.

3. Membahagikan murid dalam kumpulan mengikut markah yang diperoleh untuk kem
yang seterusnya bagi memudahkan guru memberi penerangan mengikut tahap
penguasaan murid dalam Jawi.
LAPORAN BERGAMBAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS

11000 BALIK PULAU

PULAU PINANG

LAPORAN

siri 2

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DI BAWAH PROGRAM j-QAF

SESI 2016

TARIKH :

15 & 16 OKTOBER 2016 (SABTU & AHAD)


PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi
murid tahun1,2,3,4,5 dan 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat
di kalangan pelajar. Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan
ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai latihan
ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid.

MATLAMAT
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun
1,2,3,4,5 dan 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam
kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan
penghayatan solat.

OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan
rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan
2. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan
betul dan lancar
3. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah
4. Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul
5. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat
yang wajib dalam kehidupan harian
6. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama
ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah

LAPORAN
Tarikh Pelaksanaan : 15-16 Oktober 2016

Jumlah Peserta : 253 orang

Jumlah Fasilitator : 9 Orang

Bahan yang digunakan : 1. Slaid

2. Carta

3. Buku rekod

4. Video

5. Pakaian solat

KEKUATAN
1. Murid yang telah mahir membantu guru membimbing murid yang masih lemah dalam
solat.

2. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian.

3. Fasilitator yang berpengalaman.

4. Video yang ditayangkan menarik minat murid untuk sama-sama menghafal bacaan
dalam solat.
KELEMAHAN
1. Terdapat murid yang masih tidak mencapai tahap yang memuaskan selepas kem
dijalankan.

2. Masa yang tidak mencukupi untuk mencapai objektif kem bagi murid yang lemah.

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
1. Merancang sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan untuk menarik minat murid bagi
memudahkan menghafal bacaan dalam solat serta perlakuan solat.

2. Membahagikan murid dalam kumpulan mengikut rekod yang dicapai untuk kem yang
seterusnya bagi memudahkan guru memberi penerangan mengikut tahap penguasaan
murid dalam solat.
Laporan
Kewangan
Bil Perkara Jumlah murid Jumlah (RM)

1 Makan dan minum 253 orang 253 orang X RM 2.30 RM 581.90

JUMLAH KESELURUHAN RM 581.90

Penutup
Program Kem Bestari Solat Siri 2 telah berjalan lancar hasil daripada kerjasama
semua guru dan murid. Melalui kem ini, murid telah didedahkan dengan lebih terperinci
mengenai perlakuan solat yang betul. Semoga melalui kem ini, dapat membentuk murid
yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Diharapkan kem ini dapat dijalankan lagi pada
tahun hadapan dengan lebih cemerlang.

Disediakan Oleh :

_____________________

( Nadia Atylia Binti Ramli )


LAPORAN BERGAMBAR

You might also like