Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Sekolah 1 2014

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

ANDREW,
PETI SURAT 11, JALAN HASHIM,
84000 MUAR, JOHOR.
http://skandrew.webs.com
Tel. : 06-9512996 Fax : 06-9537102
E-Mail : skstandrew@gmail.com

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET SEKOLAH
KALI PERTAMA TAHUN 2014

TARIKH: 17 Januari 2013


HARI : Khamis
MASA : 12.40 tengah hari
TEMPAT : Perpustakaan SK St. Andrew, Muar
PENGERUSI : Tn. Hj. Johari Bin Rahmat
Guru Besar, SK St. Andrew, Muar

KEHADIRAN :

1. Tn. Hj. Johari Bin Rahmat 13. En. Suahadah Bin Mohamed Elias
2. Pn. Hjh. Safiah Binti Md. Don 14. Pn. Asiah Binti Aban
3. Pn. Tan Choon Gee 15. En. Aziz Bin Hassan
4. En. Ismail Bin Aspan 16. Cik Soh Geok Ling
5. En. Nazaruddin Bin Rahmat 17. Pn. Fazura Binti Hasan
6. Pn. Siti Erma Binti Abu Bakar 18. Pn. Nurul Afida Binti Khasbullah
7. Cik Norhaliza Binti Hussin 19. Pn. Nor Fazidah Binti Abu Talip
8. En. Ab. Rahim Bin Kedi 20. Pn. Normilah Binti Nordin
9. En. Jerome Matthew Thompson 21. Cik Khairunnisa Binti Ali Arashid
10. Pn. Sabrina Binti Suhaimi 22. En. Seah Cheun Kok
11. En. Tahir Bin Karon 23. Pn. Kan Soon Yee
12. Pn. Zarifah Binti Sarpan 24. Pn. Noryati Binti Alwi
AGENDA MESYUARAT :

1.0 UCAPAN GURU BESAR, TN. HJ. JOHARI BIN RAHMAT

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru dan kakitangan
untuk hadir ke mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Pengurusan Aset SK St.
Andrew, Muar tahun 2013.

1.2 Guru Besar memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
melantik ahli jawatankuasa aset sekolah bagi tahun 2013 yang akan
bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset sekolah dilaksanakan
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

2.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH


TAHUN 2013

2.1 Guru Besar membentangkan senarai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Sekolah
Tahun 2013.

Pegawai Aset : Pn. Hjh. Safiah Binti Md. Don


Pegawai Pemeriksa Harta Modal Dan Inventori :
1. Pn. Tan Choon Gee
2. En. Suahadah Bin Mohamed Elias
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset :
1. Pn. Siti Erma Binti Abu Bakar
2. En. Nazaruddin Bin Rahmat

2.2 Guru Besar mengucapkan tahniah dan berharap agar AJK yang dilantik dapat
memberi komitmen penuh terhadap tugas masing-masing.

PIPP : Teras 6
Makluman : Semua

2.3 Guru Besar juga berharap agar semua guru dapat berkerja bersama sebagai satu
pasukan kerana kerjasama yang baik akan membantu semua pihak menjalankan
tugas mereka dengan lebih tepat, mudah dan cepat.

3.0 UCAPAN PEGAWAI ASET, PN. HJH. SAFIAH BINTI MD. DON

3.1 Pn. Hjh. Safiah mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan
memaklumkan bahawa semua guru telah banyak membantu dalam pengurusan
aset sekolah pada tahun lepas dan berharap agar budaya kerja yang baik ini akan
dapat diteruskan.
3.2 Beliau memohon kerjasama semua guru untuk menyenaraikan aset alih yang
terdapat di bilik-bilik khas di bawah jagaan dan tanggungjawab mereka. Bilik-bilik
tersebut ialah :

1. Semua bilik darjah 10. Pejabat


2. Bilik Pemulihan 11. Stor Sukan
3. Bilik JQAF 12. Stor Perabot
4. Bilik Sains 13. Stor Peralatan Pejabat
5. Bilik Kemahiran Hidup 14. Bilik Cetak
6. Bilik Muzik 15. Kantin
7. Bilik SPBT 16. Surau
8. Bilik Guru 17. Tandas
9. Perpustakaan

Senarai aset hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 31 Januari 2013.

PIPP : Teras 6
Tindakan : Semua

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tn. Hj. Johari memaklumkan bahawa semua aset sekolah yang disenaraikan perlu
dilabel dengan betul. Guru-guru bolehlah berhubung terus dengan pembantu
tadbir bagi mendapatkan contoh label.
PIPP : Teras 6
Tindakan : Semua

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................ ................................................

You might also like