Laporan Hari Sukan Sekolah 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SJK (C) LAI MENG

JALAN 15/155C, BANDAR BUKIT JALIL,


KUALA LUMPUR.

LAPORAN
Hari sukan
sjkc lai meng
2017
S. J. K. ( C ) LAI MENG
JALAN 15/155C, BANDAR BUKIT JALIL
57000 KUALA LUMPUR.

LAPORAN PROGRAM

1.0 PENGENALAN/PRAKATA

Hari Sukan SJKC Lai Meng diadakan pada 11 November 2017 adalah bertujuan untuk
mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan terutamanya acara olahraga.
Selain itu, pihak sekolah juga ingin memupuk semangat kerjasama dan bertolak ansur
dalam kalangan murid-murid, guru dan ibu bapa.

2.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 10 November 2017


Masa : 8:00 a.m. hingga 12:50p.m.
Tempat : Dewan dan padang SJKC LAI MENG

3.0 AHLI JAWATANKUASA


(sila rujuk lampiran 1)

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk minat terhadap sukan dalam kalangan murid.
4.2 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.
4.3 Menitikberatkan penglibatan bersama atau mass participation dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
4.4.Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan warga sekolah.

5.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


Pada 10 November 2017 hari Jumaat yang lalu , sekolah telah mengadakan Hari Sukan
peringkat sekolah di padang sekolah. Hari Sukan Negara telah bermula pada pukul 8:00 pagi.
Pada 8.00 pagi, murid-murid berhimpun di padang. Selepas ketibaan para jemputan,
perarakan para peserta pun bermula. Selepas semua peserta mengambil tempat, maka
mulalah nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. Majils ditetuskan dengan ucapan
perasmian daripada Pengerusi PIBG. Kemudian, wakil perserta iaitu saudari Chan Rou Jing
membaca Ikrar Sekolah. Selepas itu, semua peserta bergerak meninggalkan padang.
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid-murid iaitu pertunjukan
pancaragam, pertunjukan cheerleading, karatedo dan pertunjukan unicycle. Pertandingan
dimulakan pada pukul 9.20 pagi. Antara pertandingan yang diadakan ialah larian pecut 80m,
lari berganti-ganti, Tarik tali dan sebagainya.
Semua acara telah berakhir padu pukul 11:00 pagi. Semua peserta berkumpul semula
untuk majlis penyampaian hadiah. Sebelum bersurai, guru-guru dan murid-murid bergotong-
royong membersihkan kawasan sekolah.

6.0 PENUTUP
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga
kepada guru-guru serta murid-murid yang telah memberi sokongan dan bantuan yang tidak
berbelah bahagi dalam menjayakan Hari Sukan SJKC Lai Meng 2017 ini. Adalah diharapkan
kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Tarikh : 13 November 2017

..
(EE HANG YONG)
SETIAUSAHA SUKAN
SJKC LAI MENG

Disahkan oleh Tarikh :

..
( )
LAMPIRAN GAMBAR

Perarakan peserta-peserta setiap rumah sukan

Persembahan-persembahan

Ucapan perasmian Pengerusi PIBG


Acara larian pecut

Acara lari berganti-ganti

Acara tarik tali (murid)


Acara tarik tali (Ibubapa dan guru)

Majlis penyampaian hadiah

You might also like