Forum Pengujian & Pentaksiran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Forum 5

Definisi Evidens

Evidens adalah respon atau bukti tahap penguasaan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens
murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat
secara lisan atau perlakuan. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses
seperti laporan, grafik, foto, artifak dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu mahupun
berkumpulan.

Ciri-Ciri Evidens

Ciri-Ciri Keterangan
Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan dapat
Sah menggambarkan penguasaan atau pencapaian standard yang
telah ditetapkan.
Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip atau
Autentik
dihasilkan adalah hasil kerja murid sendiri.
Evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan
Kecukupan
kemampuan murid.
Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan
Semasa
mengikut piawaian semasa.
Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan
Tekal perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh
pentaksir yang berlainan.

Jenis-Jenis Evidens

1. Penulisan
2. Bahan Cetakan
3. Persembahan
4. Foto
5. Grafik
6. Laporan
7. Artifak
8. Model
9. Produk
10. Rakaman
11. Bahan ICT
12. Proses

Rujukan:

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Informasi Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan


Sekolah. Lembaga Peperiksaan Malaysia.

You might also like