Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN.

HAZMAN BIN ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN: 2008-2009

Saya HAZMAN BIN ALI


mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( 9 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
LOT 818 NO 74B, PN.CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA
PENGKALAN BAHARU, BINTI ABDULLAH
34900 PANTAI REMIS, PERAK.

Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Tandatangan : ...................................................................
Nama Penyelia : PN. CHRISTINA ANDIN @ NUR QISTINA
BINTI ABDULLAH
Tarikh : ...................................................................
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN.

HAZMAN BIN ALI

Laporan Projek Ini Dikemukakan


Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009
ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : HAZMAN BIN ALI
Tarikh : ........................................................
iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,


Ali Bin Talib dan Habsah @ Hasmah Binti Idris
serta
Bapa dan ibu mertuaku,
Md Sarif Bin Ahmad dan Hamidah Binti Hasan

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu


diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang
maha mengetahui dan membalasnya .

Istimewa buat
Isteri yang dicintai Hanita binti Md Sarif
Pengorbanan dan keiklasanmu yang menanti kejayaan dan kepulanganku
Serta
Untuk anak-anak yang dikasihi
Nur Hanis, Nur Afiqah, Muhammad Afiq
Nurul Amni dan Nurul Amalin
Semoga dengan kejayaan Ayahanda ini menjadi pendorong buat kalian

Seterusnya
Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar
Pn. Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah

Akhirnya
Rakan-rakan seperjuangan PKPG
Yang sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khasnya kepada, Pn. Christina
Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, saranan-
saranan yang bernas, sokongan yang berterusan serta kesediaan beliau meluangkan
masa menyemak laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini disiapkan.

Kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia,Jabatan Pelajaran


Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, Pusat Kegiatan Guru Pantai Remis
serta guru besar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Pantai Remis, Sekolah
Kebangsaan Sungai Batu, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu, Sekolah
Kebangsaan Beruas, Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah dan Sekolah Kebangsaan
Gangga amatlah saya hargai dan ribuan terima kasih diucapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan


akademik Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-
rakan seperjuangan, 4 SPH PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran,


sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai
Remis Beruas. Sampel kajian seramai 120 orang yang mewakili keseluruhan
populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data prima yang dikumpul dengan
menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan
perisian Statistical Package of the Sosial Sciences (SPSS). Analisis dibuat secara
kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil daripada
penyelidikan ini menunjukkan tahap pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak
tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di
kalangan guru-guru pula adalah rendah. Guru juga mempunyai sikap yang positif
dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian
menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan
ICT dalam pengajaran mereka. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran
sekolah khususnya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia
khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan
komputer.
vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the level of knowledge, skills, attitude
and the problems faced by the teachers in the usage of Information and
Communication Technology (ICT) from six schools in the Pantai Remis Zone,
Manjung District. The research samples are 120 teachers representing the overall
population for the research. The primal data has been collected using questionnaires
and analyzing the data using Statistical Package Of The Social Sciences (SPSS).
Analyzing has been done using descriptive statistics in the form of frequency and
percentage. The finding of the experiment shown that the ICT knowledge among the
teachers are high but the skills of ICT are low. Teachers also have a positive attitude
in the field of ICT during the teaching and learning process. The finding also shows
that the teachers do not face a serious problem in the usage of ICT in their teachings.
This is very important for the School Administration especially The Parents and
Teachers Association, District Education Office, State Education Department and
The Education Ministry in particular to plan strategic plans in the aspect of human
development especially in training and the schools infrastructure including
computers facilities.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
viii

1.8 Definasi Istilah 11


1.8.1 Pengetahuan ICT 11
1.8.2 Kemahiran ICT 12
1.8.3 Sikap 13
1.8.4 Penggunaan ICT 13
1.8.5 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 14
1.8.6 Pembestarian Sekolah 14
1.8.7 Guru-Guru 15
1.8.8 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 15
1.8.9 Sekolah 15
1.9 Kesimpulan 16

2 SOROTAN PENULISAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 18
2.3 Pengetahuan dan Kemahiran ICT 19
2.4 Aplikasi ICT Dalam Pendidikan 21
2.4.1 Penggunaan Literasi Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran. 21
2.4.2 Penggunaan Bahan CD Multimedia 22
2.4.3 Penggunaan Internet Dalam Pendidikan 23
2.4.4 Penggunaan Komputer Conferencing 23
2.5 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan 25
2.6 Peranan ICT Dalam Pendidikan 26
2.7 Tahap Penggunaan ICT Dalam Pendidikan 27
2.8 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 30
2.9 ICT Memudahkan Tugas Guru 31
2.10 Masalah Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru 32
2.11 Peranan Guru 34
2.12 Kesimpulan 35
ix

3 METODOLOGI KAJIAN 36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Prosedur Kajian 37
3.4 Populasi Kajian 38
3.5 Sampel Kajian 39
3.6 Instrumen Kajian 40
3.6.1 Bahagian A 41
3.6.2 Bahagian B 42
3.6.3 Bahagian C 42
3.6.4 Bahagian D 42
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Analisis Data 44
3.9 Kesimpulan 46

4 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN 47


4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Data 47
4.2.1 Bahagian A 49
4.2.1.1 Jantina 49
4.2.1.2 Pemilikan Komputer 49
4.2.1.3 Bilangan Kursus ICT Yang Dihadiri 50
4.2.1.4 Penggunan Makmal Komputer 50
4.2.1.5 Pengalaman Mengajar 51
4.2.2 Bahagian B 51
4.2.2.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian
Pertama 52
4.2.3 Bahagian C 54
4.2.3.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian
Kedua 55
x

4.2.4 Bahagian D 57
4.2.4.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian
Ketiga 57
4.2.4.2 Analisis Dapatan Persoalan Kajian
Keempat 59
4.3 Kesimpulan 62

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 63


5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan Kajian 64
5.2.1: Latarbelakang Guru 64
5.2.2: Pengetahuan Guru-Guru Terhadap
Penggunaan ICT Dalam P&P 66
5.2.3 Kemahiran Guru-Guru Terhadap
Penggunaan ICT Dalam P&P 69
5.2.4 Sikap Guru-Guru Terhadap
Penggunaan ICT Dalam P&P 71
5.2.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-
Guru Terhadap Penggunaan ICT Dalam P&P 73
5.3 Ringkasan 75
5.4 Cadangan 76
5.4.1 Guru 76
5.4.2 Pihak Sekolah 76
5.4.3 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 77
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.6 Penutup 78
xi

RUJUKAN 80

Lampiran A E 88
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan responden 38


3.2 Bilangan sampel 39
3.3 Pembahagian dan taburan bilangan soal selidik 40
3.4 Skala pemeringkatan likert 43
3.5 Skala pemeringkatan likert diterbitkan 44
3.6 Tahap skala dan markah ujian 45
3.7 Pengredan UTM ( Polisi dan Kod Amalan P&P UTM 2007) 45
3.8 Tahap skala dan kemahiran ICT 46
4.1 Taburan responden mengikut jantina 49
4.2 Taburan responden mengikut pemilikan komputer 49
4.3 Taburan responden mengikut bilangan kursus
ICT yang dihadiri 50
4.4 Taburan responden mengikut penggunaan makmal
komputer 50
4.5 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar 51
4.6 Tahap skala markah ujian 51
4.7 Pengetahuan sedia ada guru-guru terhadap penggunaan
ICT dalam proses P&P. 52
4.8 Keputusan keseluruhan ujian 53
4.9 Tahap skala dan tahap kemahiran 54
4.10 Kemahiran sedia ada guru-guru terhadap penggunaan
ICT dalam proses P&P. 54
4.11 Keputusan keseluruhan tahap kemahiran 56
xiii

4.12 Skala Likert 57


4.13 Sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam
Proses P&P 57
4.14 Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru
terhadap penggunaan ICT dalam proses P&P 59
xiv

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi


KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
IT Teknologi Maklumat
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
MS Microsoft
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
PKG Pusat Kegiatan Guru
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
STS Sangat Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
SS Sangat Setuju
STT Saya Tidak Tahu Caranya
SPP Saya Tahu Tapi Perlu Pertolongan
ST Saya Tahu Buat Sendiri
SBM Saya Boleh Mengajar Orang Lain
B Betul
S Salah
SPSS Statistical Package for Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
f Frekuensi
% Peratus
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang soal selidik. 88


B Analisis SPSS Alpha Kajian rintis 95
C Pengesahan item soal selidik 96
D Surat dari KPM 97
E Surat dari JPN Perak 98
F Surat kebenaran mendapatkan maklumat 99
G Jadual penentuan sampel oleh Krejeie R.V and Morgan 100
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang


amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya
pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid
menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan
kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat,
ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT)
mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah
bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan
penggunaan ICT dalam pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan
matapelajaran Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa
program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer
pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan
komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995
2

telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah
untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program-
program ICT yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada
tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan
pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan
dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT
dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan
berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-
langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah
memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan
ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan
penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan
infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer
riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih
guru berkaitan ICT.

Perkembangan dalam ICT pula menjanjikan potensi besar dalam merubah


cara seseorang pelajar belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan
setiap maklumat dan sebagainya. Boleh dikatakan ICT merupakan satu inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar dan guru-guru akan
berpeluang menimba ilmu dan bertukar-tukar maklumat melalui komputer diantara
satu sama lain.

ICT juga menyediakan pelbagai peluang kepada pendidik mengaplikasikan


pelbagai teknik pembelajaran dan pelajar pula diberi peluang meneroka dan
mengawal sesuatu sesi pembelajaran. Sumber maklumat serta rujukan tidak lagi
terikat dengan buku teks atau buku rujukan semata-mata tetapi lebih luas dari itu.
Dengan adanya ICT menerusi internet akan menambahkan lagi kemampuan
3

pencapaian maklumat, di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan


pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.

Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai
pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi
menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para
pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam
penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi
ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai penganti
buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.

1.2 Latarbelakang Masalah

Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era teknologi maklumat


dan globalisasi ini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang diguna
pakai bagi beberapa dekad yang lalu. Dewasa ini, ICT telah pun diterapkan ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua matapelajaran, baik di peringkat
universiti, kolej, sekolah menengah mahupun sekolah rendah secara berperingkat-
peringkat. Para pendidik di semua peringkat cuba sedaya upaya untuk menggunakan
ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan input yang
terbaik kepada pelajar-pelajar mereka.

Oleh itu, guru-guru hendaklah mempunyai inisiatif untuk melengkapkan diri


serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT dan dapat
mengaplikasikannya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun
dikatakan masih agak ramai lagi golongan guru yang tidak menyedari kepentingan
ICT dan multimedia dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya kajian Juriah, Nik Rahimi et.al (2001) terhadap 110 orang guru Bahasa
4

Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang mengajar di Sekolah Bestari di
Selangor, Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan tentang kesediaan guru-guru
bahasa menggunakan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran mendapati
guru-guru masih kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Begitu juga kajian Mazyla dan Nor Fadila (2004) mendapati guru teknikal
tidak menggunakan ICT dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
walaupun mereka diberi kemudahan yang cukup. Ini menunjukan bahawa ada
golongan guru tidak menggunakan sepenuhnya kelebihan dan keupayaan ICT di
sekolah masing-masing, walaupun kerajaan telah membekalkan peralatan dan
keperluan ICT yang secukupnya. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor yang mendorong guru-guru tersebut tidak menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, Ting Kuang Shiung dan Woo Yoke Ling
(2005) menyatakan terdapat cabaran dan masalah dalam penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu sikap negatif guru terhadap penggunan
ICT dan guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini disokong oleh Yuszalina (2005) dalam kajiannya mendapati tahap


pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru kemahiran hidup dalam penggunaan
ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah berada di tahap rendah. Ini
menunjukkan ada sebahagian guru-guru masih belum bersedia memperlengkapkan
diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT untuk kegunaan diri
sendiri atau semasa pengajaran dan pembelajaran. Jika sikap guru seperti ini yang
tidak mahu meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang ICT untuk kegunaan
pengajaran dan pembelajaran mereka, maka matlamat kerajaan untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan dan membestarikan sekolah tidak akan tercapai.
Mengapa perkara ini terjadi? Adakah sikap guru dipersalahkan atau kementerian
yang tidak memberi input pengetahuan ICT yang secukupnya kepada guru-guru di
sekolah?
5

Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad ada mengingatkan para
guru bahawa kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur
teknologi di sekolah dan para guru hendaklah menggunakan teknologi yang
disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang.
(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001). Untuk menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi, guru perlu mempunyai kemahiran ICT yang secukupnya. Guru perlu
tahu bagaimana menyediakan persembahan menggunakan komputer, melayari
internet, melayari e-mel, menggunakan perinsip multimedia dalam pengajaran dan
tahu menginovasikan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ekhwan (2004), menyatakan kebanyakan guru masih lemah dalam


kemahiran komputer, iaitu sebanyak 68% guru tidak mempunyai kemahiran
pengendalian komputer. Ini disokong oleh Norizan (2005) dalam kajiannya
mendapati majoriti guru tidak mempunyai kemahiran komputer yang baik, iaitu
pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Word, Microsoft Excel dan
Microsoft Powerpoint jelas menunjukkan guru masih memerlukan tunjuk ajar.
Manakala tentang kemahiran dalam penggunaan Microsoft Access dan perisian
multimedia seperti Paint dan Photoshop dan peralatan multimedia seperti pengimbas,
kamera digital dan video digital amat rendah. Begitu juga dengan kemahiran
melakukan aktiviti perhubungan secara elektronik seperti e-mel, chat, dan kumpulan
perbincangan, serta penerokaan untuk mendapatkan maklumat menggunakan CD-
ROMs dan internet juga berada pada tahap kemahiran rendah. Kemahiran
menggunakan perisian-perisian dan peralatan-peralatan ICT sangat penting untuk
membolehkan seseorang guru menghasilkan pelbagai dokumen-dokumen seperti
soalan ujian, surat-surat, nota rujukan, mencipta persembahan, membina graf dan
carta, menerima dan mengirim maklumat dan sebagainya telah tidak dikuasai dengan
baik oleh guru. Oleh itu, masalah berkaitan dengan kemahiran komputer guru-guru
adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
6

Kajian Kleiman (2000) telah mendapati bahawa guru-guru kurang kompeten


dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer kerana kurangnya
pengetahuan, contohnya pencarian maklumat menggunakan internet akan menjadi
lebih lama atau tidak boleh dijalankan kerana guru tidak mempunyai pengetahuan
tentang pencarian di internet.

Menurut Mona (2006) pula, seseorang guru perlu menguasai beberapa


kategori kemahiran yang penting untuk diiktirafkannya sebagai guru yang cekap
dalam amalan dan penggunaan ICT. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh
guru ialah:

Pemprosesan perkataan dan penerbitan desktop


Persembahan slaid
Hamparan elektronik
Pengkalan data
Menyemak laman web
Merekabentuk laman web
Mengurus e-mel
Kamera digital
Pengetahuan jaringan komputer sekolah
Pengurusan fail dan perisian windows
Muat turun perisian dari web
Menginstal perisian komputer
Peranti storan berhubung komputer
Pengetahuan hak cipta pendidikan
Pengetahuan sekuriti komputer

Untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran ICT di atas, guru perlu


mempunyai sikap yang positif dalam diri mereka untuk mempelajari, menguasai dan
seterusnya menggunakan ilmu-ilmu ini dalam mendidik pelajar-pelajar mereka.
Walau bagaimanapun Ting Kuang Shiung dan Woo Yoke Ling (2005) dalam kajian
7

mereka mendapati terdapat masalah dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana sikap negatif guru terhadap penggunan ICT untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu matlamat KPM dalam PPIP untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan dalam bidang ICT tidak akan tercapai jika sikap
guru yang negatif terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Salah satu sikap yang biasa ditemui dikalangan guru adalah sikap negatif
yang tidak mahu mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan.
Kebanyakan guru agar sukar untuk mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran
mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam
pengajaran. (Zainuddin, 2008)

Selain daripada sikap guru yang negatif terhadap penggunaan ICT, terdapat
beberapa masalah lain yang menyekat penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ting Kuang Shiung dan Woo Yoke Ling (2005),
menyatakan terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru, ini termasuklah kekangan
menghabiskan sukatan mata pelajaran dalam masa yang singkat. Oleh itu adakah
guru berpeluang mengaplikasikan segala kemahiran dan pengetahuannya dalam
bidang ICT semasa pengajaran dan pembelajaran jika guru dibebani dengan pelbagai
kerenah pengkeranian dan bebanan pencapaian akademik yang baik sebagai kayu
ukuran kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Ini ditambah pula dengan
konsep sistem pendidikan kita yang masih lagi mengejar sukatan yang perlu
dihabiskan dalam masa yang singkat dan ditambah pula dengan pelbagai beban tugas
yang tidak sepatutnya dibebani oleh seorang guru.

Oleh itu, persoalan yang timbul ialah adakah para guru khususnya guru
sekolah kebangsaan telah mempunyai tahap kemahiran yang baik dalam penggunaan
ICT, sejauh manakah guru-guru dapat menguasai kemahiran tersebut dan apakah
persepsi guru terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan. Pengetahuan dan
8

kemahiran guru terhadap ICT dalam pendidikan sangat penting kerana merekalah
orang yang mencorak dan membentuk generasi muda ke arah persediaan
menghadapi ledakan teknologi maklumat. Terdapat guru yang mungkin
beranggapan penggunaan komputer dan ICT dalam pengajaran akan menambahkan
tugas sedia ada guru kerana penggunaan ICT memerlukan kemahiran baru serta
perancangan pengajaran yang rapi. Pengetahuan yang sedikit dalam penggunaan
ICT akan menimbulkan banyak masalah dalam melaksanakan tanggungjawab
tersebut. Keadaan ini menyukarkan guru kerana mereka terpaksa mempelajari
kemahiran baru. Ketidaksediaan guru dalam meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran menggunakan ICT akan menimbulkan masalah dan menyebabkan
wawasan negara tidak tercapai. Oleh itu, untuk intergrasikan penggunaan ICT dalam
pendidikan, pemahaman dan penguasaan guru-guru tentang ICT amat penting supaya
guru dapat mengeksploitasi maklumat yang diperolehi. Oleh yang demikian, kajian
perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan dalam
bidang ICT dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan dan mendapat maklumat
tentang sikap dan masalah-masalah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini penting sebagai langkah awal meninjau ke arah persediaan
guru menghadapi perubahan penggunaan ICT sepenuhnya dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.3 Pernyataan masalah

Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran


ICT dalam kalangan guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan juga
dilakukan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalah-
masalah penggunaan ICT yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini dilakukan di sekolah kebangsaan zon Pantai Remis di Negeri Perak.
Sebanyak enam buah sekolah kebangsaan yang terlibat dalam kajian ini.
9

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan


terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan


terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Untuk mengetahui sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.

4. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru


terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah:

1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap


penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

2. Apakah tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan


ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

3. Apakah sikap guru-guru sekolah kebangsaan tentang penggunaan ICT


semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan


ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

You might also like