Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada


pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang
tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di
alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk
mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini
didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian
kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat
resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa
dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad
ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan
bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli
bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan
wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat


majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54),
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding
bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan
interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya
terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas
garis-garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh
sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan
satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan
sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu
kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat
bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai
bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan
sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau

1 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat


dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa
kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam
masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang
mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori
masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini
mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara
umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan
etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas
untuk memahami sifat hubungan ras.

2 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

2.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.1 INSTITUSI BERAJA

Unsur pemerintahan beraja ini dapat memupuk keharmonian etnik di Malaysia


apabila ia dibuktikan dengan Raja adalah payung yang melindungi rakyat sejagat di
Malaysia. Hal ini kerana di Malaysia terdapat kepelbagaian kaum atau etnik yang pelbagai
jenis menunjukkan Negara Malaysia sebuah Negara yang unik. Lebih 70 kumpulan etnik
dan sekiranya ditambah dengan kelompok yang mewakili subjek, kumpulan bahasa
dan dialek, jumlahnya melebih 200 kumpulan, ini menunjukkan Malaysia mempunyai
keunikan dari segi etnik dan bahasa yang membuatkan Malaysia terkenal dengan
kepelbagaian etnik yang tidak ada pada Negara-negara lain. Ini dikuatkan lagi apabila
adanya pemerintahan beraja dalam perlembagaan Malaysia yang mampu
menyatupadukan lagi semua kaum yang ada di Malaysia. Kewujudan Raja pasti dapat
memberikan kebaikan kepada Negara itu sendiri. Apabila kita mengimbas kembali
zaman kegemilangan pemerintahan raja di zaman Melaka jelas menunjukkan rajanya
tidak mengabaikan kaum-kaum yang terdapat di zaman pemerintahannya malahan
dilayan seperti rakyatnya yang asli. Sebagai contoh, raja Melaka tidak menolak kedatangan
para pedagang dari negara asing seperti Arab, India, Cina dan parsi , malahan mereka di
layan dengan baik ole Raja Melaka bagi menghormati kedatangan mereka ke Melaka pada
ketika itu. Tambahan lagi kedatangan mereka ke tanah Melaka membuatkan mereka
diberikan perkampungan istimewa untuk mereka dalam sebuah kerajaan Melaka.

Ini menunjukkan keyakinan dan kewibawaan sebuah kedudukan institusi beraja di


Malaysia mampu memberikan keamanan dan kesaksamaan dalam memerintah Negara
dengan adil terhadap kaum-kaum yang ada di Malaysia. Ini dapat dibuktikan lagi apabila
Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan , sumber keadilan, teras perpaduan malahan
payung penyatuan kepada rakyat sejagat di Malaysia. Institusi raja perlembagaan di
Malaysia juga mampu menjamin keselamatan kepada rakyat dalam menjalani hidup yang
harmoni. Hal ini kerana peranan raja di Malaysia adalah menjaga keamanan negaranya
daripada sebarang kekacauan dan ketidaksefahaman. Raja di Malaysia juga
mempunyai kewibawaan dalam menjaga keselamatan rakyat malahan raja juga
merupakan seorang yang bijak dalam mengambil keputusan mengikut budi bicara raja. Ini

3 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

dapat dilihat apabila berlaku satu krisis di negara ini, raja merupakan antara sumber
rujukan pertama yang dimana Duli-Duli Baginda hendaklah memberikan pandangan
secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih dan dalam perkara ini Raja perlu
bertindak atas budi bicara, Duli-Duli Baginda hendaklah menyempurnakannya
dengan hikmah dan kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat arif, adil lagi
saksama, sebagai penimbang tara yang bebas kepada cabang-cabang legislatif 1
,
eksekutif dan kehakiman, sekali gus memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang,
demi menjamin berlangsungnya tadbir urus negara yang baik. Institusi Raja yang berjaya
mencerminkan sifat-sifat kearifan dan keadilan pastinya akan menjadi sumber rujukan
pilihan apabila tercetusnya sesuatu krisis.

Oleh itu, institusi raja berpelembagaan adalah sangat penting dalam memelihara
keamanan dan keselamatan negara dalam melindungi kesejahteraan rakyat yang pelbagai
etnik dan negara bersama. Kestabilan dan kemakmuran negara terwujud apabila sistem
raja berpelembagaan yang telah diamalkan negara sejak merdeka. Hal in kerana institusi
beraja merupakan teras asas yang mendasari sistem tersebut sejak negara mencapai
kemerdekaan lebih 50 tahun lalu. Peranan raja yang berada di atas politik kepartian telah
menyumbang secara tuntas ke arah proses penyatupaduan rakyat yang majmuk atau
rakyat yang mempunyai kepelbagaian kaum dalam negara Malaysia dan pembinaan
sebuah negara bangsa Malaysia yang Berjaya.

Kewujudan institusi harus dibanggakan oleh rakyat Malaysia itu sendiri kerana institusi
beraja di Malaysia terus berfungsi sebagai payung kepada rakyat apabila terdapat banyak
negara yang tidak mengekalkan kedaulatan raja pada arus kemodenan ini. Peranan Yang
di-Pertuan Agong sebagai tonggak utama negara sentiasa dikagumi oleh masyarakat
seantaro dunia. Sistem pemerintahaan raja yang sedia ada juga membantu pembangunan
secara terancang dan tersusun dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat ke arah
satu tingkat sosial yang lebih tinggi dan maju malahan Institusi beraja ini mampu
memupuk keharmonian di Malaysia.

Selain itu, peranan raja-raja dalam memelihara dan melindungi kedaulatan bangsa
melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang ada di Malaysia wajar dijadikan aspirasi

1
2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

bagi rakyat Malaysia. Oleh itu, institusi raja dalam perlembagaan ini mempunyai sejarah
yang baik yang harus diketahui oleh masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini agar
hidup lebih aman dan saling menghormati antara satu sama lain.

Natijahnya, institusi Raja mesti dihormati dan dipertahankan. Ia mempunyai


kepentingan sama ada dari segi nilai kenegaraan dan sejarah. Dari segi kenegaraan,
institusi Raja Berperlembagaan penting kerana ia menjadi payung kedaulatan negara,
menaungi seluruh rakyat dan kepercayaan agama. Institusi ini penting dalam menjamin
kestabilan negara. Justeru, prinsip kedua rukun negara meletakkan Raja perlu ditaati.
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara seperti termaktub dalam
Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan. Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah
dan warisan negara dan kewujudannya menjadi sebahagian identiti negara serta
dilindungi perlembagaan. Justeru, institusi Raja sewajarnya menjadi mauduk dan subjek
Istimewa dalam minda dan jiwa rakyat negara ini kerana pada institusi inilah akan
tersematnya kesetiaan kepada negara.

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur tradisi yang sangat penting dalam Malaysia.
Sepertimana yang kita tahu, Raja-raja memainkan peranan dalam menjaga dan
mengekalkan adat dan sistem pemerintahan yang tertua di negara kita. Pemerintahan
beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak
berabad-abad lamanya2. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam
setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar
yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British3. Sultan merupakan pemerintah yang
berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun berada dalam
jajahan British4. Namun semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja mula terhad iaitu
raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat
istiadat dan agama islam. Hal yang sama juga berlaku apabila British memperkenalkan
Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas Malayan

2
Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. 2007. Hlm 109
3
Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. 2007. Hlm 109
4
Dayu Sansalu, Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring. Eksplorasi Hubungan
Etnik. 2015. Hlm 85

5 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Union mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-raja Melayu
dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan5.

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi beraja terus
dikekalkan di bawah konsep raja berpelembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang
diamalkan di Malaysia. Menurut konsep Raja Berpelembagaan ini, raja menerima nasihat
daripada menteri dan bertindak menurut nasihat menteri tersebut 6 . Di peringkat
persekutuan pula iaitu kerajaan pusat, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugasnya
berdasarkan nasihat cabinet. Manakala di peringkat negeri pula, Yang di-Pertuan Agong
bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pemerintahan beraja yang menjalankan
pemerintahan yang adil ini telah menyebabkan kewujudan masyarakat plural yang dapat
hidup dengan aman dan damai 7 . Misalnya, pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan islam mampu memberi keadilan kepada
masyarakat Plural Melaka pada waktu itu.

Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai ketua negara oleh Raja-raja Melayu dan
secara langsung akan menjadi pemerintah tertinggi angkatan tentera Persekutuan8. YDPA
mempunyai kuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan hukuman yang disabitkan
oleh Mahkamah Tentera dan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur9. Selain itu, YDPA bertanggungjawab melantik semua hakim
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri. Pelantikan
Juruaudit negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam akan dilantik setelah perkenan Yang di-Pertuan Agong. Selaku
tonggak kehormatan, YDPA berkuasa memberi penghormatan, pingat dan bintang kepada
pihak yang telah memberikan khidmat cemerlang kepada negara tanpa mengira etnik.

YDPA telah menjadi lambang perpaduan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia


kerana perlembagaan telah memperuntukkan bahawa YDPA bertanggungjawab

5
Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. 2007. Hlm 109
6
Dayu Sansalu, Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring. Eksplorasi Hubungan
Etnik. 2015. Hlm 85
7
Dayu Sansalu, Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring. Eksplorasi Hubungan
Etnik. 2015. Hlm 38
8
Dayu Sansalu, Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring. Eksplorasi Hubungan
Etnik. 2015. Hlm 85
9
Dayu Sansalu, Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring. Eksplorasi Hubungan
Etnik. 2015. Hlm 85

6 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta
kepentingan sah kaum lain. Tambahan pula, raja bertanggunjawab sebagai ketua dalam
agama Islam. Sebarang pindaan berkaitan dengan agama Islam perlu melalui perkenan
Raja-raja terlebih dahulu. Institusi Beraja dilindungi oleh perlembagaan melalui Perkara 38
(4). Hal ini bermaksud, tiada sebarang pindaan terhadap peruntukan berhubungan dengan
Majlis Raja-raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja di
negeri masing-masing dan undang-undang yang secara langsung menyentuh
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran mereka tanpa persetujuan Majlis
Raja-raja.

Setelah menelusuri unsur pemerintahan beraja tersebut, kita dapat lihat bahawa
YDPA dan Majlis Raja-raja amat penting sebagai lambang perpaduan di Malaysia kerana
tidak dipilih melalui politik dan terkecuali daripada pengaruh politik10. Hal ini menyebabkan
mereka boleh memainkan peranan penting tanpa syarat yang ditetapkan oleh parti politik.
Secara tidak langsung, lambang perpaduan ini dapat memastikan keharmonian etnik dapat
dicapai di Malaysia. YDPA ialah satu institusi perlembagaan yang bersifat Melayu dan
Islam. Perkara ini amat penting sebagai ketua negara kerana Perdana Menteri, Kabinet dan
Parlimen tidak semestinya orang Melayu11. YDPA bertindak sebagai pemegang autoriti dan
kuasa yang diserahkan oleh negeri-negeri Melayu kepada orang Melayu.

Rentetan sejarah telah membuktikan bahawa pentingnya pemerintahan beraja


terutama bagi penduduk yang berbangsa Melayu. Penjajahan British telah membuktikan
bahawa mereka secara halus telah menghilangkan kuasa raja pada ketika itu.
Ketidakadilan berlaku di mana kuasa raja hanya terletak pada adat istiadat serta hal
agama. Jika perkara ini berlaku, keharmonian etnik di negara kita tidak dapat dijamin.

2.2 AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

10
Dayu Sansalu, Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring. Eksplorasi Hubungan
Etnik. 2015. Hlm 86
11
Dayu Sansalu, Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring. Eksplorasi Hubungan
Etnik. 2015. Hlm 86

7 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Islam dalam perlembagaan adalah satu isu yang penting kerana isu ini berkait rapat
dengan kepercayaan dan pegangan majoriti penduduk Malaysia. Isu ini juga
merupakan isu yang sensitif kerana orang Melayu merasakan bahawa agama tidak
dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian mereka. Walaupun soal kepercayaan
dan keimanan adalah urusan seseorang, namun dalam konteks Malaysia, perkara ini
boleh memberi kesan kepada ketenteraman awam k hususnya yang melibatkan
ketegangan antara kaum seperti dalam 12
kes Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah
pada tahun 1998. Perkara ini diakui oleh 13
Syed Muhammad Naqiub al-Attas (1972)
yang mengatakan Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam sejarah dan
kebudayaan Melayu. Keadaan ini menjelaskan tentang sebab Islam tidak termasuk dalam
rangka perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan pihak British yang bermula dengan
Perjanjian Pangkor 1874 yang memberi kuasa kepada British dalam sistem
pemerintahan di Tanah Melayu ketika itu. Namun begitu, memang inilah tujuan
British untuk mengecilkan peranan Islam dalam sistem pentadbiran negara yang
menyebabkan kedudukan Islam itu dalam bidang tertentu sahaja iaitu tidak
bersifat menyeluruh. Dalam hal ini, menurut 14
Ahmad Ibrahim (1997), perkataan
agama Islam telah diberi tafsiran yang sempit dan agama itu dianggap sama seperti
dalam agama Kristian.

Definisi tentang Islam dalam perlembagaan boleh dirujuk dari dua sudut iaitu
menurut tafsiran pihak mahkamah dan pandangan sarjana. Pertama, definisi yang
diberikan oleh pihak mahkamah dalam kes 15
Che Omar bin Che Soh v. Public Prosecutor
[1988] 2 MLJ 55 seperti yang diputuskan oleh Ketua Hakim Negara iaitu Islam dalam
perlembagaan hanya terbatas kepada soal-soal upacara dan seumpamanya. Sebelum dari
kes ini, dalam 16
kes Wong Ah Fook v. State of Johore [1937] MLJ 128 telah memberi
tafsiran kepada Perkara 57 Perlembagaan Johor iaitu Islam adalah agama rasmi negeri

12
Nazri Muslim. 2011. Islam dan Orang Melayu menurut perlembagaan dalam konteks hubungan etnik:
Kajian ke atas pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. PhD thesis diss. Universiti Malaya.
13
Syed Muhammad Naqiub al-Attas. 1972. Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
14
Ahmad Ibrahim. 1997. Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia
15
Che Omar Bin Che Soh v. Public Prosecutor, [1988] 2 Malayan Law Journal 55.
16
Wong Ah Fook v. State of Johore, [1937] Malayan Law Journal 128.

8 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Johor. Namun begitu, mahkamah telah menolak dakwaan pihak pembela yang mendakwa
negeri johor adalah diperintah menurut undang-undang Islam 17
(Abdul Monir Yaacob
1996). Dalam 18
kes Meor Atiqurahman bin Ishak v. Fatimah bte Shihi [2000] 5 MLJ 375
pula, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kedudukan Islam adalah tinggi dan
mengatasi agama-agama lain. Akan tetapi, keputusan ini ditolak oleh Hakim Mahkamah
Rayuan yang tidak bersetuju tentang apa yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
Namun begitu, Hakim Mahkamah Rayuan tidak menyentuh tentang kedudukan Islam dan
perkara ini boleh dihujahkan bahawa ketinggian kedudukan Islam yang diputuskan oleh
Hakim Mahkamah Tinggi itu masih kekal. Dalam hal ini, mahkamah sebenarnya tidak
memberi definisi Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan, sebaliknya
mahkamah hanya memutuskan bahawa Islam yang dimaksudkan oleh perlembagaan ialah
Islam sebagai upacara dan bukannya sebagai sistem hidup yang lengkap.

19
Mohd Salleh Abas (1985) Peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
termaktub dalam tujuh perkara berikut: Pertama, peruntukan di bawah Perkara 3 ini
menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan pada masa yang sama juga
memberikan hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan
aman dan damai di Malaysia. Selain itu, Perkara 3 juga menjelaskan kedudukan Raja-Raja
sebagai ketua agama di negeri-negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai raja.
Manakala bagi sesuatu perkara yang meliputi seluruh persekutuan yang berkaitan dengan
Islam, maka Yang di Pertuan Agong akan mewakili Raja-Raja setelah dipersetujui oleh
Majlis Raja-Raja. Di samping kedudukan Raja-Raja, Perkara 3 juga menyentuh tentang
Yang di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak. Seterusnya, Perkara 3 menyatakan bahawa bagi Wilayah
Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan hal ehwal Islam dan
menubuhkan Majlis bagi menasihati Yang di Pertuan Agong berkenaan hal ehwal agama

17
Abdul Monir Yaacob. 1996. Kedudukan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di Malaysia. In
Tinjauan kepada perundangan Islam. eds. Abdul Monir Yaacob and Sarina Othman. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
18
Meor Atiqurahman bin Ishak v. Fatimah bte Shihi, [2000] 5 Malayan Law Journal 375.
19
Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

9 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Islam. Selaras dengan Perkara 3 ini, semua negeri dalam persekutuan kecuali Sarawak
juga telah menjadikan Islam sebagai agama negeri.

Peranan Yang di-Pertuan Agong juga boleh dimasukkan dalam ruang lingkup Islam
dalam perlembagaan. Walaupun perlembagaan tidak menetapkan baginda sebagai ketua
agama bagi seluruh persekutuan, perlembagaan menetapkan tanggungjawab ke atas
baginda supaya menjaga Islam. Perkara ini dinyatakan dalam sumpah jawatan berkenaan
yakni Yang di-Pertuan Agong diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk memelihara
pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman
di dalam negeri. Walaupun baginda tidak diletakkan sebagai ketua agama bagi seluruh
persekutuan, baginda mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan memastikan agar
kedudukan Islam tidak tercemar. Tanggungjawab ini relevan memandangkan kerajaan
persekutuan tidak semestinya diketuai oleh seorang Melayu dan Islam, seperti yang
terdapat dalam perlembagaan negeri-negeri Melayu. Baginda juga adalah ketua agama
Islam bagi negeri yang tidak beraja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan 20
(Abdul Aziz Bari 2005). Keadaan ini berlaku kerana Gabenor
mungkin terdiri dari orang bukan Islam.

20
Abdul Aziz Bari, 2005. Islam dalam Perlembagaan Malaysia: Petaling Jaya, Intel Multimedia and
Publication, 81.

10 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

2.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

2.3.1 Pengenalan Bahasa Melayu

Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan, ianya telah mengalami proses


perkembangan yang begitu pesat. Sejak Merdeka, bahasa melayu telah dinaikan
martabat sebagai bahasa kebangsaan yang mengantikan bahsa inglish yang ketika itu
menjadi bahasa tunggal negara dan menjadi bahasa penghantar utama di sekolah
kebangsaan dari peringkat rendah hingga peringkat menengah tinggi sampai ke
peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa melayu menjadi pendukung dan peranan
sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di malaysia.

Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas penting bagi perkembangan bahasa


melayu di malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan
adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi, langkah - langkah berikutnya barulah dilakukan iaitu propaganda, pembinaan
dan peluasan penggunaan bahasa pilihan itu. Dasar bahasa di malaysia meletakkan
kedudukan kedudukan bahasa melayu sabagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
dalam Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Proses penentuan dasar melibatkan aspek perancangan bahasa secara


berperingkat - peringkat. Disebabkan negara kita mempunyai pelbagai bangsa yang
menutur dalam pelbagai bahasa kita perlu memilih satu bahasa sebagai bahasa
kebangsaan. Soal bahasa yang mana satu harus dipilih adalah satu isu lain, namum,
dalam hal ini bahasa melayu telah dipersetujui oleh pihak - pihak yang
bertanggungjawab sepeti UMNO, MCA dan MIC yang mencapai kata sepakat dalam
pemilihan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah bahasa melayu juga
pada ketika itu merupahkan bahasa penghantar yang digunakan oleh ramai peduduk.

2.3.2 Definisi Bahasa Melayu mengikut Kamus Dewan.

Berdasarkan Kamus Dewan, bahasa berbawa maksud sistem lambing bunyi


suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia untuk
melahirkan perasaan atau fikiran21. Manakalah didefinisikan sebagai nama asal bangsa
yang mendiami seluruh daerah nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun

21
Kamus Dewan, 1998, Hlm 37.

11 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

nama suku bangsa terutama ekali di Semenanjung Tanah Melayu22. Oleh itu, boleh
disimpulkan bahawa bahasa Melayu adalah kata - kata yang disusun menurut
tatabahasa dan digunakan oleh seorang dalam percakapan atau tulisan yang diterima
dan digunapakai oleh rakyat sesebuah negara dan menjadi bahasa kebangsaan
negara.

2.3.3 Mengikut perlembagaan Persekutuan.

Perkara 152, perlembagaan malaysia 23 menguatkuasakan Bahasa Melayu


sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuaan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi
bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi
ditakrifkan oleh perkara 152 dengan makna apa - apa jua maksud kerajaan sama ada
kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuk apa - apa maksud sesuatu
pihak berrkuasa awam. Maka dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa peruntuhkan
yang terkandung dalam perlembagaan itulah yang menjadi dasar bagi perkembangan
bahasa melayu seterusnya malaysia.

Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi bahasa - bahasa lain dan


seterusnya memperuntuhkan bahawa bahasa - bahasa lain juga boleh digunakan dan
mempelajari atau membelajari tanpa ada laragan. Kewujudan perkara 152 tidak boleh
dipadam kerana perkara 159 (5)24 menetapkan bahawa pindaan perkara ini tidak boleh
diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja - Raja. Perkara 15225 bahasa kebangsaan
memperuntuhkan :

(1) Bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntuhkan melalui undang - undang oleh perlimen. Dengan syarat bahawa:

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
bahasa lain atau daripada mengajar atau belajar bahasa apa - apa bahasa.

(b) Tiada apa - apa jua yang boleh menjejaskan hak mana - mana kerajaan negeri
untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dalam pengajian bahasa mana - mana
kaum lain dalam Persekutuan.

22
Kamus Dewan, 1998, Hlm 440
23
Profesor Datuk Shamsul Amir baharudin, Modul hubungan etnik, 2007, Hlm 106
24
http://m.wikisource.org
25
Pmr.penerangan.gov.my

12 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

(2) walau apa pun dalam fasal (1), Selama tempoh sepuluh tahun selepas
kemerdekaan, dan selepas Hari Kemerdekaan, dan selepas itu sehingga dieruntuhkan
selainnya oleh Parlimen, di dalam kedua - dua Maajlis Parlimen, di dalam Dewan
Undangan tiap - tiap Negeri dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntuhkan fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Kemerdekaan, dan selepas itu sehingga diperunuhkan selainnya oleh parliment teks
sahih;

(a) segala Rang Undang - Undang yang hendl dibawa oleh pindaan kepadanya
yanh hendak dicadangkan di dalam mana - mana satu Majlis Parlimen; dan

(b) Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidari yang dikeluarkan
Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa inglish.

(4) walau apa pun dalam fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Kemerdekaan sehinggahlah diperuntuhkan selain oleh Parlimen, segala prosding di
dalam Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hedaklah dalam bahasa inglish.
Sekiranya keterangan diambil dalam bahasa yang digunakan saksi tidaj perlu
diterjemahkan kedalam atau direkodkan dalam bahasa inggeris.

(5) walau apa pun dalam fasal (1), sehinggah diperuntuhkan selainnya oleh Parlimen,
segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan,
hedaklah dalam bahasa inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, maksud rasmi ertinya apa - apa maksud kerajaan, sama ada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuk apa - apa maksud sesuatu
pihak berkuasa awam.

Seterusnya, perkara - perkara lain menyentuh perkara mengenai bahasa melayu


sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan ialah perkara 150 (6A), Perkara 10
(4) dan Perkara 160 (B)26,

Perkara 150 (A) , Menyatakan bahawa hal - hal yang berkaitan dengan keadaan
darurat, di mana yang di-Pertuan Agong boleh meluluskan apa - apa juga undang -
undang setelah di istiharkan darurat. Tetapi dalam Perkara 150 (6A), Menyatakan
bahawa terdapat enam perkara yang tidak boleh digugat walaupun negara dalam

26
DR. Dayu sansalu, DR. Mohd Sohaimi Esa, DR. Lisa Yip Shukye, Budi Anto Mohd.Tarming, Eksplorasi
Hubungan Etnik, 2015, Hlm 88

13 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

keadaan darurat iaitu berkaitan hak undang - undang islam, adat melayu, kebebasan
beragama, hak kewarganegaraan, undang undang adat sabah dan sarawak, serta
berkaitan dengan bahasa. Perkara ini penting dinyatakan disebabkan pengistiharan
darurat memberi kesan penggantunggan sebahagian besar penggantungan
peruntuhkan perlembagaan.

Selain itu, Perkara 10 (1)(a) memperuntuhkan setiap warganegara


mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara. Warganegara mempunyai kebebasan
mengeluarkan pendapat dan buah fikiran mereka setakat mereka tidak menyentuh
pada isu - isu sensitif yang telah dikenalpasti oleh parlimen dalam perkara 10(4),
Kebebabsan bersuara dalam negara tidak menjamin secara mutlak dan hanya terbatas
kepada warganegara sahaja27. Bahasa melayu adalah perkara sensitif dan dilarang
daripada berbahas di tempat awan ataupun tempat terbuka untk tujuan keselamatan,
ketenteraman serta keharmonian di tempat awam. Antara isi - isu sensitif adalah
bahasa kebangsaan, agama, undang - undang islam, kedudukan istimewa orang
melayu serta udang - undang adat resam sabah dan sarawak.

Perkara sensitif bukan sahaja tidak boleh di pertikatakan di tempat awam secara
terbuka tetapi juga tidak boleh di pindah kecuali mendapat sokongan 2/3 dewan dan
perkenan Majlis Raja - Raja melalui Perkara 159 (5). Setiap perkara yang melibatkan
negara malaysia haruslah menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi kecuali
atas sebab yang dibenarkan oleh undang - undang seperti yang dinyatakan dalam
seksyen 4, Akta Bahasa Kebagsaan28.

Bahasa kebangsaan juga ada di perruntuhkan dalam Perkara 160 (B) yang
mentarifkan, sekiranya terdapat percanggahan dalam perterjemaan teks dalam bahasa
melayu kepada bahasa english. Maka, teks kebangsaan di gunakan dalam sebagai teks
yang betul untuk mengatasi masalah dalam teks bahasa inglish.

2.3.4 sejarah bahasa melayu sebelum Merdeka.

Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status bahsa malayu
sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa melayu pramerdeka bermula dengan

27
Tun Mohamed Suffian Bin Hashim, Mengenali Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1984, Hlm 305.
28
DR. Dayu sansalu, DR. Mohd Sohaimi Esa, DR. Lisa Yip Shukye, Budi Anto Mohd.Tarming, Eksplorasi
Hubungan Etnik, 2015, Hlm 89

14 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

bertubuhan ASAS 5029 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 hingga kepada kemerdekaan
1957. Pasa zaman ini asas perjuangan melalui sistem politik. Kewujudan bahasa
melayu pasa era ni lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa kebangsaan negara
melalui kuasa politik.

Kongres bahasa dan persuratan Melayu pertama yang di adakan pada 16 hingga
21 september 1956 di Johor Baharu dan Sinaggapura dihadiri kurang 500 orang
perwakilan dan pemerhati di sebuah bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan,Johor
Baharu, Johor. Pada september 1959 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan
taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa
Pelajar 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupahkan tiitk tolak penting
dalam perjuangan bahasa melayu sebelum merdeka dengan jelas memperakukan
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bahasa melayu juga digunakan secara meluas dalam urusan rasmi padan zaman
sebelum perang ke - 2 lgi untuk memudahkan sisem pentadbiran dijalankan. Pegawai
eropah juga mesti mempelajari dan menduduki ujian bahasa melayu untuk berkhidmat
di Persekutuan Tanah Melayu. Pada zaman british juga, bahasa melayu digunakan
sebagai bahasa kebangsaan.

Jelas kita lihat dimana bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
diperjuangkan sejak zaman sebelum merdeka lagi. Bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang menjadi unsur tradisi telah digunakan zaman dahulu lagi
sehinggakan memperuntuhkan dalam perlembagaan malaysia perkara 152 dimana
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pemilihan dan penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa penghantar adalah sangat penting untuk menyatukan
masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

Oleh itu, sebagai generasi baharu atau dikenali sebagai generasi Y, kita harus terus
mempertabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebaangsaan serta memelihara
keharmonian bahasa kebangsaan itu sendiri. Dengan slogan yang diperkenalkan
bahasa jiwa bangsa.

29
http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/ogos/06_08_1950_2002.htm 20 januari2008

15 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

3.0 HAK ISITIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN


SARAWAK

Hak dan keisimewaan orang Melayu bukanlah satu perkara yang baru. Hal ini
telah termaktub dalam 30
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu( 1948).
i
Perlembagaan ini diisytiharkan pada 1 Februari dan meliputi negeri-negeri Melayu
kecuali Singapura. Peruntukan ini diwujudkan bagi melindungi hak serta menjaga hak
istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal Negara Malaysia. Melalui Peruntukan ini
juga, kemajuan orang Melayu yang agak ketinggalan dapat ditingkatkan agar setaraf
dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Namun,sebelum kewujudan Peruntukan
ini,pihak British telah memperkenalkan Malayan Union yang telah menyebabkan kuasa
Raja-Raja Melayu dihapuskan, melenyapkan agama Islam dan adat isitidat Melayu
serta penyerahan kerakyatan secara jus soli kepada kaum bukan Melayu. Disebabkan
hal ini, orang Melayu mula melakukan penentangan secara meluas. Akibat penentangn
yang hebat daripada orang Melayu, pihak British telah menggantikan Malayan Union
dengan Perlembaggan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sejarah awal mengenai hak-hak keistimewaan orrang Melayu adalah bermula


apabila terdapat rungutan serta desakan daripada raja Melayu pada sidang durbar
yang bermula pada tahun 1897 di Kuala Kangsar. Pelbagai enakmen untuk melindungi
tanah orang Melayu mula dioerkenalkan dan diluluskan. Walaupun.Suruhanjaya Reid
tidak bersetuju dengan cadangan UMNO dan perikatan supaya kedudukan ini
dikenalkan namun parti pemerintah menganggap padangan itu tidak relevan dan tidak
dapat diterima. Pada tahu 1971, peruntukan ini dipinda dan diperluaskan bagi
memastikan kedudukan Sabah dan Sarawak juga diberi perhatian. Disebabkan hal
yang demikain, pihak Suruhanjaya Reid diarahkan untuk melakukan tinjauan dan
kajian terhadap penduduk Sabah dan Sarawak pada tahun 1956. Hasil daripada
tinjaun yang dilakukan, akhirnya Perlembagaan itu berkuatkuasa apabila Negara telah
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Menurut kandungan Perlembagaan
Malaysia,terdapat beberapa faktor yang diambil kira sebagai orang Melayu iaitu
bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat
Melayu. Berbeza dengan masyarakat Sabah dan Sarawak,mereka dikatgorikan sebagai

30
Dayu Sansalu,Mohd. Sohaimi Esa, Yusten Karulus, Budi Anto Mohd. Tamring, Eksplorasi Hubungan
Etnik

16 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

masyarakat Bumiputera setrusnya layak dalam meneirma hak isitimewa sama seperti
yang termaktub dalam Perembagaan.

Salah satu perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia ialah Perkara
153 dimana ianya bertujuan untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu tanpa
menafikan kepentingan kaum lain. Rasional tertubuhnya Perkara 153 ialah untuk
mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan sedia
berkorban dalam kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu semasa
penggubalan perlembagaan dilaksanakan. Selain itu, ianya berkait rapat dengan
intipati kontrak social yang sebelum ini pernah dilaksanakan. Perkara 153 dalam
31
Perlembagaan Malysia iimemberikan tanggungjawab kepada Yang dipertuan Agong
untuk menjaga keisitimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang dirujuk
sebagai Bumiputera. Dalam Perkara 153 juga, Perlembagaan telah menyenaraikan
perkara-perkara ataupun keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak yang mengambil kira jawatan di dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan ,perniagaan, dan kemudahan khas lain yang diperlukan. Walaupun begitu,
ianya dilaksanakan secara adil dan tidak mengabaikan ataupun berlakunya penindasan
terhadap kaum lain. Sebagai contoh, sekiranya terdapat kaum lain yang mempunyai
kelayakan yang lebih ketara dalam menerima biasiswa,ianya tetap akan diberikan
meskipun hak keistimewaan tersebut sepatutnya diberikan kepada orang Melayu.
Selain itu, tidak akan berlaku penarikan biasiswa terhadap kaum yang berlainan
walaupun terdapat orang Melayu memeohon untuk mendapatkan biasiswa tersebut.

Dari aspek perkhidamatan awam pula, penentuan rezab oleh Yang di-Pertuan
Agong juga bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dilakukan dengan
memperuntukkan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan tersebut yang
difikirkannnya perlu. Walaupun demikian, layanan sama rata tetap diberikan kepada
setiap kaum. Layanan isitimewa yang dimaksudakan termasuklah dari segi kenaikan
pangkat, gaji, serta kebajikan lain. Hal ini merupakan satu tindakan yang dianggap
rasional disebabkan pada zaman penjajahan,orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak hanya diberikan peluang yang sedikit untuk terlibat ataupun menganggotai
perkhidamatan awam. Melalui kaedah ini,semua kaum dapat disatu bersama dalam
satu bumbung srta mampu bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan
kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi. Justeru itu, dengan terbentuknya

31
http:// documents.tops/documents/ Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak

17 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Perkara 153 ini, hak orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak akan terbela
dengan mengimbangi jumlah pekerja daripada pelbagai kaum. Keseimbangan ekonomi
antara orang Melayu dengan bukan Melayu juga dapat diperbetulkan dengan
tertubuhnya Perlembagaan Malaysia. Hal ini kerana, semasa penjajahan British,
sumber ekonomi lebih berpihak ataupun dieksploitasi oleh kaum Cina dan kaum Melayu
pada masa itu hanya dijadikan sebagai buruh-buruh yang bekerja sebagai petani dan
nelayan. Oleh itu, melalui Perkara 153 ini, kebajikan orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak dapat dijaga serta peluang dalam memajukan diri dalam pelbagai
aspek dapat dikembangkan. Hal ini kerana, sekiranya orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak membuat permohonan pinjaman bank ianya perlu melalui proses
terlebih dahulu. Sungguhpun begitu, permohonan kaum lain juga tidak akan diabaikan
sekiranya memenuhi kriteria yang dikehendaki. Melalui perkara ini, jurang antara orang
Melayu,bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kaum lain yang wujud dapat
dirapatkan sterusnya melahirkan masyarakat majmuk yang murni dan sejahtera.

Dalam sistem pendidikan pula, keistimewaan yang tersendiri untuk orang


Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak juga disediakan. Hal ini bagi melahirkan
masyarakat yang berfikiran maju dan berkualiti. Ini disebabkan oleh zaman pejajahan
yang mengabaikan pendidikan dlam kalangan orang Melayu dan bumiputera Sabah
dan Sarawak sehingga berlaku keciciran. Dengan tertubuhnya Perlembagaan Malaysia,
hak-hak orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak terbela. Perkara ini jelas
terbukti apabila kouta kemasukan ke asrama penuh lebih daripada orang Melayu dan
bumiputera adalah dalam jumlah yang ramai berbanding kaum lain. Sekalipun begitu,
kepentingan kaum lain turut menjadi keutamaan dan tidak diabaikan. Buktinya,
sekolah Cina dan Tamil tidak dihapuskan kerana peluang yang sama diberikan kepada
mereka untuk meneruskan pengajian. Toleransi antara kaum juga menyebabkan
pemberian bantuan pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai kos pendidikan. Oleh itu,
rasa tidak berpuas hati sepatutnya tidak wujud dalam kalangan rakyat Malaysia masa
kini.

Kesimpulannya, pelbagai car telah dilakukan dan dilaksanakan oleh pihak


kerajaan bagi membentuk masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dan sehati
sejiwa.oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia kita eharusnya mempunyai
kesedaran dalam menjayakan pelbagai program yang telah dirancangkan dan
bertnggungawab bagi memastikan Negara terus aman dan damai tanpa pergolakan.

18 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

4.0 PENUTUP

19 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun
berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini
negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan
pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi
kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat
Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai
semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi
orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar
Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat
besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini
meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk
meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan
etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan
2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan
etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada
semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat


perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang
kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan
ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan
yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang.
Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk
menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat
perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih
dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu
dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat
perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah
negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara
berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

20 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

21 UW00102 HUBUNGAN ETNIK SEKSYEN 8

You might also like