Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Pertandingan Hoki Tertutup Institut Pendidikan Guru

Kampus Darulaman anjuran Gerko Hoki PDPLI KDC Ambilan Jun 2017

Pada 6 Disember 2017 yang lepas, gerko Hoki PDPLI KDC ambilan Jun 2017

telah menganjurkan satu pertandingan Hoki tertutup peringkat IPG Kampus Darulaman.

Pertandingan ini telah disertai 10 pasukan hoki yang bakal berentap iaitu 6 pasukan

lelaki dan 4 pasukan wanita.

Selaku ahli jawatankuasa publisiti, seawal pukul 1.00 petang lagi kami telah

bergerak ke kawasan perlawanan iaitu di kawasan letak kereta. Sementara menunggu

para peserta datang, kami telah bersama-sama mengatur perkara yang perlu diatur

pada pagi tersebut. Contohnya menyediakan kerusi dan meja untuk pengadil,

menyusun kayu hoki dan sebagainya. Tepat jam 1.30 petang, semua peserta

mendaftarkan diri mereka dan sedikit taklimat telah diberikan oleh saudara Aziz Bin

Polai dan saudari Azianna Jowinis tentang peraturan permainan.

Kelihatan para peserta ada yang tidak sabar untuk berentap dan ada juga yang

gementar. Kemudian, 10 minit masa diberikan kepada para peserta untuk membuat

aktiviti memanaskan badan. Pada jam 1.45 petang, perlawanan pun bermula yang

menemukan antara pasukan penganjur hoki perempuan iatu HP dan pasukan

penganjur kejohanan Bola Baling (PKBB).

Perlawanan kedua pula diteruskan lagi antara pasukan penganjur Hoki lelaki iatu

HP dan PKBB (L). Begitulah perlawanan seterusnya yang menemukan semua pasukan.

Perlawanan yang diadakan begitu sengit sehingga ada markah pasukan yang agak

jauh ketinggalan dengan pasukan lawan dan ada yang mendapat markah seri.
Perlawanan terakhir menemukan antara pasukan HL dan Mak Jij FC.

Perlawanan antara 2 kumpulan tersebut begitu sengit sehingga mendapat 2 kali markah

seri. Penonton juga turut gementar apabila melihat aksi-aksi yang begitu mendebarkan

jiwa raga mereka. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan HL. Selesai sahaja

perlawanan, acara diteruskan dengan sesi majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

Keputusan akhir bagi perlawanan hoki bagi kategori perempuan ialah tempat

keempat disandang oleh pasukan PKMP, tempat ketiga pasukan PKBB(P), tempat

kedua pasukan HP dan juara pula ialah pasukan Energizer. Manakal pagi kategori lelaki

pula, tempat ketiga disandang oleh pasukan PKBB(L), tempat kedua Mak Jij FC dan

juara pula disandang oleh pasukan HL. Selepas penyampaian hadiah kepada para

pemenang, sesi penyampaian cenderahati diteruskan untuk pengadil yang telah

mengadili perlawanan hoki iatu Encik Danaraja, saudari Azianna Jowinis, saudari

Genysier Umam, saudara Muhammad Nuaim dan saudara Aziz bin Polai.

Selesai majlis penutupan, kesemua ahli gerko Hoki bekerjasama mengemas

barang dan menghantar peralatan yang dipinjam ke stor. Walaupun penat, kami

bersyukur kerana berjaya menganjur pertandingan ini dengan jayanya. Diharapkan

penganjuran seperti ini akan diteruskan supaya guru pelatih dapat menimba

pengalaman secara langsung tentang cara menganjurkan sesebuah pertandingan

kelak.
Dilaporkan Oleh 7 DISEMBER 2017

..

(NUR SHAHIRAH BINTI AHMAD)


AJK
PERTANDINGAN HOKI TERTUTUP
IPG KAMPUS DARULAMAN

You might also like