SIRI 1 (Menukar Niat Haji Kepada Umrah)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

BAYAN LI AL HAJ SIRI 1

Menukar Niat Haji Kepada Umrah

Muqaddimah :
Ibadat haji merupakan kemuncak daripada rukun Islam yang lima. Dengan
berniat melakukannya di miqat makani dan dalam miqat zamani, maka
terhasillah niat haji seperti ifrad. Persoalannya bolehkah ditukar niat haji
ifrad kepada umrah kerana hari wuquf masih lama lagi.

Jawapan :-
Dikemukakan di sini beberapa noktah :-

Pertama : Niat seperti kata Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Tolibin 1/224
ialah qasad atau tujuan ia dihadirkannya dalam hati dan sunat berlafaz dalam
menunaikan ibadat haji atau umrah kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Kedua : Imam al-Nawawi dalam al-Idhah hal 152 157 berkata : Niat ihram
samada dengan ifrad, qiran, tamattu dan mutlak. Berkenaan dengan niat haji
ifrad semata-mata haji sahaja tanpa umrah. Selesai haji, barulah dilakukan
umrah.

Ketiga : Menukarkan niat haji kepada umrah, mengikut jumhur ahli ilmu, juga
mazhab Syafie, Maliki, dan Hanafi hukumnya TIDAK HARUS, bahkan dihukum
HARAM. Ini kerana keharusannya telah dimansuhkan, khusus kepada sahabat
Rasulullah sahaja dan hadith-hadith berkaitan fasakh haji kepada umrah adalah
bertentangan dan khilaf. Atas alasan ini kami berpendapat inilah qaul yang rajih
dan kuat yang perlu diikuti. Lihat al-Mughni hal 107-109.

Keempat : Saranan dan nasihat. Dalam isu seperti ini sayugia yang melakukan
niat haji ifrad meneruskan ibadat haji dengan penuh ketaqwaan kepada Allah.
Yakin dan percaya bahawa ganjaran Allah amat besar kepada yang sentiasa
dalam ibadat disamping menghadapi banyak ujian dan cabarannya seperti dalam
kaedah banyaknya masyaqqah membawa kepada banyaknya pahala.

Penutup :
Semoga Allah tambahkan azam dan tekad kita dalam menunaikan ibadat haji
yang dianggap Rasulullah SAW sebagai jihad bagi golongan yang lemah dan
wanita. Harapan kami semoga kemabruran haji itu menjadi milik kita semua
dengan memelihara adab-adab haji. Amin.

Pakar Rujuk :
Datuk Haji Hassan bin Ahmad
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Datin Dr. Siti Zalikhah binti Md Nor 11 November 2009

You might also like