Minit Mesyuarat Pertama Pengurusan Aset Alih Kerajaan Peringkat Sekolah Bilangan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PERTAMA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

PERINGKAT SEKOLAH BILANGAN 1/2017

Hari/Tarikh : Rabu/08.03.2017

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : Encik Tuchun Anak Maling

Kehadiran :

1. Tuchun Anak Maling


2. Azyana Binti Ahmad
3. Abang Sufiandi bin Abang Suhaili
4. Nur Rahman Bin Jahar
5. Abu Seman Bin Seli
6. Andretta sendie anak Pagon
7. Azezul Bin Razaid
8. Cecilia Anak Stephen
9. Dayang Asiah Binti Awang Bana
10. Erma Marlina binti Sapiyan
11. Jacqueline Anak Jawan
12. Kenneth Jemat
13. Latipah Binti Haji Hassan
14. Lienus Anak Endam
15. Mohamad Hafezee Bin Noor
16. Mohd Ihsan Bin Faharol Razi
17. Mohd Syukri Bin Abd Hadi
18. Muhammad Ridhwan Bin Shamsudin
19. Norhaslinda Binti Kassim
20. Norlina Binti Anuar
21. Nourlieda Binti Abdullah
22. Roby Anak Brandi
23. Siti Zakiah binti Abdul Kadir
24. Su Kwong Eng
25. Vironica Wong Kin See
26. Mohd Farhan Bin Sarkawi
27. Rosilined Anak Siddy
28. Zainabah Binti Haji Zain

Agenda :

1. Ucapan aluan Guru Besar


2. Pelantikan jawatankuasa
3. Tatacara pengurusan asset
3.1 Skop tugas
3.2 Kew.Pa 1-32
4. Laporan sukuan keempat
5. Laporan tahunan pengurusan aset
6. Perkara-perkara lain

1. Ucapan aluan Guru Besar


1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan guru-guru dan ahli
kakitangan sokongan yang hadir.
1.2. Berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar untuk memantapkan
pengurusan aset sekolah.

Makluman : Semua guru dan staf

2. Pelantikan Pengurusan Aset 2017


2.1. Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih kerajaan (JKPAK) peringkat Sekolah
Kebangsaan Nanga Stras. (rujuk lampiran)
2.2. Tugas ahli jawatankuasa yang dilantik adalah merancang, mengawasi dan
menyelia semua aspek pengurusan aset alih kerajaan.
2.3. Cadangan pegawai pengurusan asset alih kerajaan di Pejabat Pendidikan
Daerah/Sekolah Menengah/Sekolah Rendah. (rujuk lampiran)
2.4. Ringkasan Sistem Pelantikan Pegawai Aset (SPPA) adalah seperti berikut;
Pelantikan Tempoh Bahagian Pelantikan
Pegawai Aset Tiada had tempoh Setiap seorang PT/Sekolah
Pegawai Pemeriksa 2 tahun Sekurang-kurangnya 2
orang
Pegawai Pelupusan 2 tahun Sekurang-kurangnya 2
orang
Lembaga Penyiasat Mengikut keperluan Sekurang-kurangnya 2
M orang
Makluman : Semua guru dan staf

3. Tatacara Pengurusan Aset


3.1. Skop Tugas
3.1.1 Bidang tugas bagi pegawai aset, pegawai pemeriksa dan pegawai
pelupusan. (rujuk lampiran)
3.1.2 Pegawai pemeriksa perlu membuat pemeriksaan stok sebelum tarikh
penghantaran laporan oleh pegawai aset. Pegawai pemeriksa perlu
menghantar dalam tempoh 2 minggu sebelum laporan aset
dipanjangkan ke PPD.
3.1.3 Ketua Panatia hendaklah memastikan pemeriksaan kad
petakdilaksanakan sewajarnya. Pemeriksaan haruslah dilakukan
sepanjang tahun bagi memudahkan pengurusan aset dilaporkan.
3.1.4 Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori haruslah dijalankan sekurang-
kurangnya 1 kali dalam setahun.
3.1.5 Pendaftaran Aset Alih Kerajaan didaftarkan oleh Pegawai Aset.
Perlabelan aset adalah seperti contoh berikut;

Kod Kementerian : Singkatan Kementerian (KPM)


Kod Jabatan : Singkatan Pendaftaran Agensi (JPNSAR) + Kod
Sekolah (YBB6317)
Kod Pengkelasan Aset : Harta Modal (H)
: Aset Bernilai Rendah (R)
Tahun Perolehan : 2017
No. Siri :1
Contoh : KPM/JPNSAR/YBB6317/H/17/1 (kew.pa 2)
: KPM/JPNSAR/YBB6317/R/17/1 (kew.pa 3)

Makluman : Semua guru dan staf


Tindakan : Pegawai Aset

3.2. Kew.Pa 1-32


3.2.1 Kad Petak untuk diisi oleh Ketua Panatia.
3.2.2 Senarai inventori setiap bilik untuk dipamerkan di dalam setiap kelas
atau bilik perlu disediakan.
3.2.3 Kew.Pa 1-32 dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu;
a. Pengurusan Pendaftaran : Kew.Pa 1-12
b. Penyelenggaraan : Kew.Pa 13-14
c. Pelupusan : Kew.Pa 15-26
d. Hapus Kira/Surcaj : Kew.Pa 27-32
3.2.4 Senarai Kew.Pa 1-32 boleh dirujuk pada lampiran yang disediakan.
(rujuk lampiran)

Tindakan : Ketua Panitia dan Pegawai Aset

4. Laporan Sukuan Keempat


4.1 Laporan Sukuan Keempat ( Oktober-November) 2016. (rujuk lampiran)

Tindakan : Pegawai Aset


5. Laporan Tahunan Pengurusan Aset
5.1 Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan mengandungi 4 jenis aset
iaitu;
a. Aset Alih
b. Stok
c. Aset Hidup - mengandungi AH-Ikan, AH-Tumbuhan, AH-Haiwan
d. Aset Tak Ketara

5.2 Laporan Tahunan bagi setiap jenis aset bagi tahun 2016. (rujuk lampiran)

Tindakan Pegawai Aset

6. Perkara-perkara lain
6.1 Ketetapan perlabelan pada objek yang diterima berdasarkan
kesesuaian objek tersebut. Tiada ketetapan bagi meletak nombor
pendaftaran pada objek yang diterima, namun perlabelan haruslah
berdasarkan nombor pendaftaran yang didaftarkan oleh pegawai aset.
6.2 Senarai inventori yang perlu disenaraikan adalah berdasarkan inventori
yang terdapat pada kelas masing-masing.
6.3 Puan Roby Anak Brandi memohon kerjasama dan penerangan tentang
tugas pegawai pemeriksa untuk membantu beliau memahami
tanggungjawab sebagai seorang pegawai pemeriksa. Semua guru dan
ahli kakitangan sokongan boleh merujuk laman sesawang 1 Pekeliling
Perbendaharaan(1PP) sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang
pengurusan aset.
6.4 Encik Farhan memohon pelupusan baharu bagi alat-alat ICT yang
usang untuk membantu sekolah memperoleh barang ICT yang baharu.
Pegawai pelupusan perlu menjalankan proses pelupusan dengan
kerjasama daripada guru besar untuk tindakan selanjutnya dengan
segera.
Tindakan : Pegawai Pelupusan
Pegawai Aset
Guru Besar

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan daripada guru besar.
b. Mesyuarat ditanggunhkan pada jam 1533 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

. ..
(NOURLIEDA ABDULLAH) (TUCHUN ANAK MALING)
Setiausaha Aset Sekolah Pengerusi Aset Sekolah

You might also like