Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

1

SULIT

Skema Pemarkahan dan Skema Jawapan Pengajian Penggal 3

Bahagian A

1 B 6 D 11 C
2 C 7 D 12 B
3 B 8 A 13 A
4 A 9 C 14 B
5 C 10 A 15 C

Bahagian B

Soalan Alih Bentuk Komunikasi

Markah penuh : 15 markah

A. Tujuan ujian

Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear
kepada bentuk linear dengan mengutip maklumat daripada data/carta.

B. Komunikasi terlibat - kefahaman


- analisis
- kebahasaan

C. Ciri-ciri jawapan

1. Idea/isi

2. Huraian dan penjelasan - isi carta/data


- fakta
- perhubungan fakta
3. Kebahasaan

4. Rumusan/kesimpulan/pendapat

D. Pemarkahan

Idea/isi (I) - 4 markah


Huraian dan penjelasan (H) - 8 markah
Kebahasaan (B) - 1 markah
Rumusan/kesimpulan/pendapat (R) - 2 markah
________
15 markah
________
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2
SULIT

* Boleh berubah mengikut skema

BAHAGIAN B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

16 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan pola eksport petroleum mentah
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2011. Terangkan kesan-kesan peningkatan eksport
petroleum kepada negara.

Malaysia: Kadar Eksport Petroleum Mentah Mengikut Negara Utama


Dari Tahun 2009 hingga Tahun 2011
Tahun (%)
Negara 2009 2010 2011
Thailand 14.6 17.3 16.3
Singapura 1.3 2.6 4.8
India 15.2 19.0 23.3
Indonesia 5.9 7.2 8.3
Korea 11.4 7.1 7.0
Australia 10.4 12.5 16.5
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia,2012)

Skema Jawapan

Pengenalan:

Jadual menunjukkan kadar eksport petroleum mentah Malaysia mengikut negara utama dari
tahun 2009 hingga tahun 2011

Bahagian A - Perubahan
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3
SULIT
BIL ISI/IDEA HURAIAN
1 Perubahan
Singapura
Pola Meningkat Berterusan Bukti:
-Singapura 2009- 1.3% meningkat kepada
-Indonesia 2011- 4.8%
-Australia Peningkatan sebanyak 3.5%
-India
Indonesia
Bukti
2009- 5.9% meningkat kepada
2011-8.3%
Peningkatan sebanyak 2.4%

Australia
Bukti
2009- 10.4% meningkat kepada
2011- 16.5%
Peningkatan sebanyak 6.1%

India
Bukti
2009- 15.2% meningkat kepada
2011- 23.3%
Peningkatan sebanyak 8.1%

Pola Menurun Berterusan Korea


-Korea Bukti
2009-11.4% menurun kepada
2011- 7.0%
Penurunan sebanyak 4.4%

Pola Tidak Konsisten Thailand


-Thailand 2009-14.6% naik kepada 17.3% dan turun kepada
16.3%(2011)

Bahagian B - PERBANDINGAN

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4
SULIT
4 Tertinggi 3 tahun berterusan India
-India 2009- 15.2%
2010- 19.0%
2011- 23.3%

Terendah 3 tahun berterusan Singapura


-Singapura 2009 - 1.3%
2010 2.6%
2011- 4.8%

*calon perlu beri data lengkap ketiga-tiga tahun


untuk pemberian markah

Bahagian C kesan peningkatan eksport petroleum

Bil Isi Huraian


1 Pertumbuhan ekonomi Memacu ekonomi negara, pendapatan negara juga
negara/sumber pendapatan meningkat maka pertumbuhan ekonomi
berkembang

2 Peningkatan peluang pekerjaan -Semakin ramai pekerja diperlukan dalam sektor


carigali petroleum,mengerudi dan kerja-kerja
pembersihan,
- mengurangkan kadar penggangguran

3 Memajukan prasarana Rangkaian jalan raya, kemudahan pelabuhan, landasan


kapal terbang( untuk membawa pekerja ke pelantar
minyak)
4 Malaysia sebaris dengan negara Pada tahun 2008, PETRONAS berada di kedudukan
pengeluar minyak dunia ke-8 syarikat paling untung di dunia
Menaja perlumbaan Formula 1
5 Berlakunya proses urbanisasi Kawasan kampung menjadi bandar perindustrian
yang lengkap, contoh Bandar Kerteh dahulunya
penempatan nelayan bertukar kepada kawasan
perindustrian

Penutup:
Peningkatan eksport petroleum mentah akan menjejaskan simpanan petroleum negara. Kerajaan
harus memastikan bekalan tenaga negara berterusan.
Nota
1. Kombinasi jawapan ialah 1A + 1B + 2C

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5
SULIT
17 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan jumlah kemasukan pekerja asing
yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen di Malaysia mengikut sektor dan negara asal pada
tahun 2008 . Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan mereka keluar dari negara asal.

Malaysia: Jumlah Pekerja Asing Berdaftar Mengikut Sektor dan Negara Asal
pada Tahun 2008
Pekerja Asing (orang)

Sektor Indonesia Bangladesh Thailand Filipina Jumlah


Pembantu 195 418 316 23 13 357 209 114
rumah
Pembuatan 314 841 101 248 4 424 4 808 425 321
Perladangan 130 279 88 592 5 056 801 224 728
Pembinaan 325 697 31 640 3 558 2 671 363 566
Perkhidmatan 21 713 56 952 3 792 1 870 84 327
Jumlah 987 948 278 748 16 853 23 507 1 307 056
(Disesuaikan daripada Laporan Kementerian Dalam Negeri,2009)
Skema jawapan:
Pendahuluan

Jadual menunjukkan jumlah pekerja asing berdaftar di Malaysia mengikut sektor dan negara asal
pada tahun 2008.

Bahagian A- Jumlah ikut sektor dan jumlah ikut negara asal

BIL ISI HURAIAN


1 Jumlah Ikut Sektor Bukti:
Seramai 425 321 orang pekerja asing daripada
Sektor pembuatan paling banyak Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 32.54%
pekerja asing

Sektor perkhidmatan paling sedikit Seramai 84 327 orang pekerja asing daripada
pekerja asing Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 6.45%

2 Jumlah Ikut Negara Bukti


Negara Indonesia paling ramai 987 948 orang daripada
Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 75.59%

Bukti
Negara Thailand paling kurang 16 853 orang daripada
Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 1.29%
Nota : Perlu ditulis sektor paling banyak dan sektor paling sedikit dalam satu idea untuk
memperoleh 1markah

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6
SULIT

Bahagian B Faktor-faktor penolak

3 Faktor Penggangguran Bilangan rakyat yang ramai di negara asasl serta tiada
peluang pekerjaan

4 Faktor Kemiskinan Kesukaran hidup di negara asal menyebabkan rakyat negara


jiran berpindah ke Malaysia
Kekurangan prasarana

5 Faktor kestabilan politik Kekacauan yang berterusan di negara asal menyebabkan


pendatang berpindah ke luar dan mencari petempatan yang
baru
Perbezaan etnik

6 Faktor bencana alam Nyawa terancam akibat tsunami, gempa bumi dan letusan
gunung berapi

Nota
Kombinasi jawapan 2A + 2B
Pemarkahan : Idea - 4m
Huraian - 8m
Bahasa - 1m
Rumusan - 2m
--------------
15 m
--------------

Penutup

Kemasukan pekerja asing mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada negara, oleh itu
kerajaan harus mengurangkan bilangan buruh asing di negara untuk menjamin kestabilan politik,
ekonomi dan sosial.

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7
SULIT

Skema Bahagian C [ 50 markah ]

Pilih dua soalan daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan

18. Selain daripada mencetuskan Konsep Zon Aman , Bebas, dan Berkecuali ( ZOPFAN ),
Malaysia memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kestabilan di rantau ini.
Bincangkan

Skema jawapan : 1 + 4

Pendahuluan :

Kestabilan serantau bergantung kepada kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dari aspek
politik mahupun ekonomi. Cetusan idea Malaysia membawa kepada termaterainya Perjanjian
Zon Aman , Bebas dan Berkecuali. Selain itu Malaysia turut memainkan peranan lain bagi
mewujudkan kestabilan rantau Asia Tenggara, ternyata peranan Malaysia mendapat
pengiktirafan antarabangsa.

Isi/ Idea

Bil Isi/ Idea Huraian


1 Mencetus konsep ZOPFAN Cetusan idea Malaysia ini melalui Deklarasi
KualaLumpur 1971 .Konsep ZOPFAN telah
dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara
ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan
dalam kalangan ahli. Bermatlamat untuk menjamin
keamanan dan kestabilan politik serantau dan
menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman.
mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara
dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan
dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau
melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan
tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini
campurtangan dalam hal-ehwal politik dan
ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia,
China dan Amerika Syarikat. Selaras dengan
konsep ini, setiap negara di rantau Asia Tenggara
harus dibenarkan menentukan nasib negaranya
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8
SULIT
sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini,
supaya kebebasan , kedaulatan terpelihara.
Situasi ini membolehkan negara anggota
menghindarkan konflik yang boleh mengheret
negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar
yang berminat dengan kawasan ini

2 Mewujudkan Zon Bebas Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear yang didukung


Senjata Nuklear Asia Tengara kuat Malaysia , membebaskan ASEAN daripada
( SEANWFZ). percaturan politik kuasa besar.
mengelakkan sebarang perlumbaan senjata nuklear,
menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas
nuklear
Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan
risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan bebas
daripada sebarang aktiviti dan penghasilan senjata
nuklear. Risiko kemusnahan besar dapat
dielakkan.

3 Mengadakan Forum Serantau ARF adalah salah satu daripada pelaksanaan


ASEAN ( ARF) ZOPFAN.
Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik
dan keamanan di kawasan Asia Pasifik .yang
dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-
rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada,
Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New
Zealand dan Amerika Syarikat.
Selain itu, negara China dan Persekutuan Russia
sebagai consultative partners dan Laos dan Papua
New Guinea sebagai pemerhati.
Di antara pendirian ARF ialah seperti
memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja
di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera
berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi
peluang menentukan nasib sendiri.

4 Rundingan Perjanjian Damai Menamatkan konflik berdarah selama 40 tahun.


di Selatan Filifina Peranan Malaysia amat besar dalam rundingan ini
kedamaian yang terbentuk menjadikn kehidupan
majoriti rakyatnya menikmati masa hadapan yang
lebih baik

5 Perunding dan penasihat Malaysia berperanan sebagai perunding dalam


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9
SULIT
dalam konflik di Aceh konflik di Aceh
Tuntutan golongan pemisah Aceh menyebabkan
ketidak tenteraman dalam kehidupan di wilayah
tersebut
Keupayaaan rundingan mempengaruhi penerimaan
kuasa autonomi yang menjalankan perundangan
syariah telah menamatkan konflik
6 Peningkatan Amalan Tan Sri Razali menjadi pegawai khas PBB ke
Demokrasi di Myanmar Myanmar bagi merundingkan peningkatan amalan
demokrasi
Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN
membantah keras sekatan yang dikenakan oleh
Amerika Syarikat dan beberapa negara lain telah
melembutkan junta tentera Myanmar untuk terus
berunding berhubung penerimaan demokrasi
Bantuan semasa tragedi taufan Nargis menjadikan
pemerintahnya lebih terbuka dalam hubungan luar.
Peranan Malaysia menjadi faktor tegaknya
demokrasi di negara berkenaan

7 Gerakan Kesederhanaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri


Global (GMM) Najib Tun Razak
cetusan pemikiran bagi mempengaruhi masyarakat
sejagat dalam mendepani konflik
idea-idea daripada gagasan ini dapat mempengaruhi
pemikiran masyarakat menolak pendekatan keras
dan ganas atau menolak perang

8 Mewujudkan Piagam ASEAN antara prinsip yang disepakati ialah melindungi


keselamatan bersama, mengekalkan dan
meningkatkan keamanan dan keselamatan
mengukuhkan demokrasi dan mempromosikan hak
asasi manusia.
bersepakat menghormati kemerdekaan , kedaulatan
dan integrasi kawasan serta identiti nasional semua
negara anggota.

Kesimpulannya, Malaysia akan terus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawabnya


ke arah mengekalkan keamanan rantau ini .

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
10
SULIT

19. Malaysia telah dijadikan negara destinasi dan transit bagi kes-kes jenayah merentasi
sempadan. Jenayah ini turut menular ke beberapa buah negara yang lain dan keadaan ini harus
ditangani dengan segera. Huraikan

Pendahuluan :

Jenayah merentasi sempadan merupakan jenayah yang boleh meruntuhkan imej dan
kredibiliti sesebuah negara. Kegiatan seperti jenayah siber, penyeludupan dadah , senjata api ,
serta pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan perlu ditangani sebelum bertambah
kronik.

Isi/Idea :

Faktor- faktor penularan jenayah

Bil. Isi/Idea Huraian


1. Percambahan organisasi jenayah Semakin berleluasa dan berkembang dengan pesat
domestik dan global dalam masa yang singkat
Aktiviti haram bergiat aktif walaupun wujud akta
dan penguatkuasaan undang-undang
Perkembangan teknologi komunikasi menggalakkan
percambahan organisasi jenayah
Didalangi oleh individu atau pihak tertentu yang
berpengaruh
Mengancam keselamatan insan dan jumlah mangsa
semakin meningkat kerana operasi organisasi
jenayah sentiasa menukar modus operandi untuk
mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa
2. Perkembangan teknologi Kesan globalisasi memudahkan urusan dan operasi
maklumat menjalankan kegiatan jenayah
Mudah mencari mangsa dari pelbagai negara,
pelbagai peringkat umur dan status sosial
Menggunakan laman web sosial dan e-dagang
sebagai kegiatan ekonomi tempelan untuk tujuan
penyamaran
Contoh : pakej pendidikan, pekerjaan dan
pelancongan
Dapat meluaskan pasaran dan urus niaga dibuat
dengan cepat dan licik
Urusan tanpa dokumen dan secara maya
menyebabkan sukar mengenal pasti identiti sebenar
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
11
SULIT

3. Perkembangan kegiatan yang tidak Penyebaran budaya antara negara membawa kepada
bermoral perubahan peri laku sosial
Kehidupan yang kompleks mendorong individu
mengubah cara hidup dan hubungan seks bebas
Individu yang berakhlak rendah mudah terpengaruh
dan berlaku pentambahan operator terutamanya
dalam urus niaga seks dan penyalahgunaan dadah.
Mangsa dan operator dibayar lumayan untuk
melaksanakan sesuatu urusniaga.
4. Memenuhi impian hidup mewah Keinginan untuk hidup mewah dengan cepat
dengan cara mudah melalui jalan mudah
Kekayaan yang dimiliki atas kesengsaraan orang
lain
Tamak, mementingkan diri sendiri dan berjaya
menikmati keseronokan dunia dengan kemewahan
yang diperolehi secara haram.
Wujud ruang dan peluang untuk mendapatkan
keuntungan atas kegiatan haram
5. Kesempitan hidup dan masalah Taraf pendidikan dan kos sara hidup yang rendah
sosial Masuk ke Malaysia secara haram dan menggunakan
pelbagai cara serta laluan
Mangsa ditipu, atau dipaksa melakukan jenayah.
6. Kawalan dan pemeriksaan di Terdapat beberapa negara destinasi dan negara
sempadan yang longgar sumber yang kurang kawalan keluar masuk
Organisasi jenayah mengambil kesempatan atas
kelemahan pengawalan dan sistem pemantauan
Wujud rasuah dan penyelewengan kuasa .
Wujud laluan atau lorong-lorong gelap (lorong
tikus) menyeberangi sempadan
7. Kewujudan banyak pangkalan Dikenali sebagai penghubung diplomatik yang
haram dan pembekal berdekatan dengan sempadan
Menjadi tumpuan aktiviti jenayah dan kemasukan
tidak sah antara negara.
Contoh : Di sempadan Malaysia- Thailand (Perak,
Kelantan dan Kedah ) terdapat 130 buah pangkalan
haram
Pembekal dikenali sebagai tentera semut yang
mengambil upah menyeludup barang keperluan dan
dadah.

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
12
SULIT

Langkah- langkah menangani

Bil. Idea/Isi Huraian


8. Mengadakan pemuafakatan Negara-negara bersempadan dan berhampiran
dan persefahaman (MOU) (Malaysia- Singapura- Indonesia dan Thailand)
mengadakan rundingan meja bulat dan mewujudkan
kerjasama serantau
Bekerjasama membanteras jenayah melibatkan
mesyuarat tentang jenayah merentasi sempadan
(SOMTC)
Wujud Jabatan Operasi Keamanan PBB(UNDPKO)
Kerjasama serantau yang melibatkan pencegahan,
penguatkuasaan dan operasi seperti ASOD untuk
membanteras penyeludupan dadah. DGICM yang
berkaitan dengan rangkaian imigresen untuk
membanteras penyeludupan manusia.
9. Menubuhkan Akademi Memperluas penerangan dan aktiviti MATOC
Jenayah Rentas Sempadan Rekrut rakan MATOC di peringkat global
antara Negara Aktif berfungsi di Britain, Kanada, Australia, China
dan ASEAN
Bersepakat untuk menangani jenayah secara
terancang dan berteknologi
10. Teknologi pengesanan identiti Mewujudkan pangkalan data warganegara atau warga
di pintu masuk keluar atau asing
sempadan Dapat mengesan identiti menggunakan sistem
biometrik
Semua rekod warga asing dan tempatan dalam
simpanan pihak berkuasa
Pemeriksaan dan kawalan ketat diperlukan untuk
mengelak penjenayah bolos atau barang dan manusia
dibawa masuk secara haram
Menggunakan teknologi moden untuk mengesan
ativiti jenayah di kawasan perairan dan sempadan
negara

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
13
SULIT
11. Penggubalan akta,
Menggubal akta antipemerdagangan, penyeludupan
penguatkuasaan, dan dadah dan senjata serta barang kawalan
pencegahan Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang
antipemerdagangan, pemantauan kawasan sempadan
dan perairan
Mengenakan hukuman yang berat terhadap kesalahan
mengeksploitasi pekerja
Mewujudkan pusat perlindungan dan kebajikan
mangsa termasuk latihan dan kaunseling
PENUTUP - Pelbagai pihak harus bekerjasama dalam usaha untuk menangani jenayah merentas
sempadan yang semakin berleluasa.
Jawapan : 2 isi + 3 isi atau 3 isi + 2 isi

20. Perubahan iklim dunia semakin ketara menyebabkan kemarau berpanjangan dan bencana
banjir besar serta kemusnahan hidupan bumi.

Jelaskan penglibatan Malaysia dalam menangani isu ini di peringkat global.

Skema jawapan : 5+0

Pengenalan :

Pemanasan global hari ini telah membawa kepada perubahan iklim yang ketara . Perubahan iklim
ini merupakan isu yang menjadi cabaran penting bukan sahaja di peringkat negara kita tetapi
cabaran dunia hari ini. Malaysia turut melibatkan diri dalam menangani isu ini.
Penglibatan Malaysia dalam menangani perubahan iklim dunia di peringkat global
Bil Isi/ Idea Huraian
1 Menghadiri Persidangan Persidangan anjuran PBB seperti Persidangan Kyoto
Antarabangsa PBB di Jepun pada tahun 1997 dan Persidangan di
Copenhagen, Denmark pada tahun 2009.
Protokol Kyoto telah disertai oleh 141 buah negara
dunia termasuk Malaysia , dimaterai untuk mengawal
pelepasan rumah hijau
Persidangan di Copenhagen pula dihadiri oleh 193
buah negara termasuk Malaysia pula merangka pelan
tindakan untuk menangani kesan perubahan iklim
dunia
2 Mengadakan Kempen Program ini dilancarkan secara rasmi semasa
Program Earth Hour Persidangan Perubahan iklim PBB di Bali pada 14
Disember 2009.
Kempen ini mengajak penduduk dunia termasuk
rakyat Malaysia untuk bergelap dengan
memadamkan semua lampu yang menggunakan
kuasa elektrik tepat pukul 8.30 malam waktu
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
14
SULIT
tempatan.
Malaysia menyokong kempen ini sebagai tanda
keprihatinan negara bagi menangani pemanasan
global.
3 Pengurusan Bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia telah diwujudkan untuk
Pusat Serantau Sains Asia memesatkan penggunaan ICT dalam kalangan negara
anggota termasuk Malaysia , khususnya dalam
pembangunan dan keselamatan serantau
Penggunaan ICT dalam pengurusan bencana ASEAN
dapat memberi maklumat yang cepat sekiranya ada
ancaman tsunami dan kejadian bencana yang lain.
Penggunaan ICT ini dapat membantu Malaysia dan
negara jiran dalam mengurangkan kemusnahan
terhadap hidupan bumi akibat bencana alam.
4 Menghadiri Mesyuarat Ketua- Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua
ketua Kerajaan Komanwel Kerajaan Komanwel berhubung dengan perubahan
iklim pada tahun 2009 di Trinidad dan Tobago
Deklarasi Port-of-Spain mengenai perubahan iklim
telah dikeluarkan untuk menuntut kesungguhan
masyarakat dunia menangani isu pemanasan global
secara mapan.

5 Persidangan Antarabangsa Sekatan dan kawalan ke atas penerokaan yang tidak


tentang isu Antartika terkawal di Antartika untuk mengambil bahan
mentah perlu segera ditangani.
Pencaiaran ais yang drastik di Antartika akan
memberi kesan banjir besar serta bencana alam yang
lain
Malaysia menyuarakan pendapat bahawa Antartika
adalah warisan bersama serta menyatakan bantahan
terhadap penerokaan Antartika dalam persidangan
PBB yang ke-37 dan Persidangan NAM ketika isu
Antartika dibincangkan pada tahun 1982.
6 Penyelidikan dengan Beberapa universiti tempatan telah menjalankan
kerjasama negara luar kajian terhadap perubahan iklim
Negara turut bekerjasama dengan pakar dari luar
negara untuk menangani isu ini
Contohnya, UITM dan USM telah menjalin
kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar negara
dalam meghasilkan kajian bagi membantu mengatasi
masalah banjir di Malaysia
7 Pameran dan persidangan Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air
peringkat antarabangsa Malaysia telah menganjurkan Persidangan dan
kerajaan Malaysia Pameran Antarabangsa yang dinamakan
International Green Technology and Ecoproducts
Exhibition and Conference Malaysia 2010pada
Oktober 2010
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
15
SULIT
Negara telah menjemput syarikat-syarikat terkemuka
dunia untuk mengambil bahagian dan mempamerkan
pelbagai jenis Teknologi Hijau
Pameran ini bertujuan mewujudkan kesedaran
tentang kepentingan Teknologi Hijau dan
mempromosikan produk mesra alam untuk kestabilan
alam sekitar dan pembangunan jangka masa panjang.

Penutup:
Manusia pada hari ini perlu sedar bahawa peningkatan suhu dunia akan mengancam nyawa dan
kehidupan bumi yang lain. Malaysia menyokong segala usul dan tindakan dalam memastikan
perubahan iklim dunia kurang memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar.

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like