Isu Kemurungan Dalam Kalangan Pelajarl

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 30

ISU KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PELAJAR

1.0 Pengenalan

Kemurungan merupakan satu fenomena yang telah lama wujud dan dialami oleh
kebanyakan manusia sama ada serius atau tidak. Kemurungan adalah masalah
psikologi yang serius tanpa mengira had usia dan memerlukan perhatian daripada
pihak tertentu. Menurut Dacey & Kenny (1997 dalam See Ching Mey dan Lee Siew
Siew, 2005), kemurungan boleh diertikan sebagai suatu perasaan, sindrom atau
penyakit klinikal. Kemurungan juga meliputi perasaan dan tingkah laku yang
menunjukkan bahawa individu tersebut putus harapan dan mengalami kesedihan
sehingga membawa kepada tingkah laku luar biasa serta keinginan membunuh diri
(Weissman dan Paaykel, 1974). Hal ini disokong oleh Ingersoll (1989 dalam See Ching
Mey dan Lee Siew Siew, 2005) yang menyatakan bahawa perasaan murung yang
serius boleh berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti
membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius. Tambahan, Diyana Rose (2009)
dalam artikelnya yang bertajuk Kemurungan Beri Kesan Kehidupan Remaja
menyatakan, Kemurungan adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu
menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan
tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri.
Oleh itu, berdasarkan definisi yang diberikan, kemurungan dapat diertikan
sebagai satu penyakit mental yang melibatkan gangguan dari segi emosi dan perasaan
negatif seperti sedih sehingga menyebabkan seseorang bertingkah laku luar biasa serta
negatif seperti membunuh diri.

1
2.0 Ulasan Isu

Kemurungan merupakan salah satu daripada gangguan emosi yang sering dihadapi
oleh pelajar sekolah. Dr. Salmi Razali, Pakar Psikiatri dan Pensyarah Perubatan Kanan
Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam artikelnya yang bertajuk
Mendalami Kesedihan Anak Remaja (2007) telah menyatakan bahawa, Dianggarkan
2% orang kanak-kanak di sekolah rendah dan 4% hingga 8% orang remaja mengalami
kemurungan. Di Malaysia, satu kajian terbaru oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti
Perubatan UiTM, dari kalangan 2,048 pelajar dari beberapa sekolah menengah di
bandar dan luar bandar di Selangor, didapati seramai 211 atau 10.3% orang pelajar
mempunyai tanda-tanda kemurungan.

Keratan akhbar bertarikh 10 Jun 2011 (Azrina Ahzan,2011) menunjukkan bahawa


masalah kemurungan dalam kalangan pelajar semakin parah dan meningkat. Dalam
artikel yang bertajuk 1,765 Pelajar Sakit Mental ini, penulis telah mengemukakan data
jumlah pelajar yang dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang
teruk. Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 orang pelajar dari enam buah
sekolah menengah telah dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental
yang teruk melalui projek perintis yang dikelolakan oleh Majlis Penasihat Promosi
Kesihatan Mental. Berikut merupakan data yang dikeluarkan melalui projek perintis
tersebut :

TAHAP KESIHATAN MENTAL JUMLAH PELAJAR PERATUS (%)


Masalah tekanan yang teruk 313 4.8
Tanda keresahan yang teruk 1,118 17.1
Tanda kemurungan yang teruk 340 5.2
JUMLAH 1771 27.1

Jadual 1 : Data Tahap Kesihatan Mental

Berdasarkan jadual di atas, jumlah pelajar yang mengalami tanda keresahan yang teruk
lebih ramai iaitu 1,118 orang atau 17.1 peratus. Pelajar yang mengalami tanda
kemurungan yang teruk pula adalah seramai 340 orang atau 5.2 peratus, manakala
pelajar yang mengalami masalah tekanan yang teruk pula adalah seramai 313 orang

2
atau 4.8 peratus. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang mengalami tanda
masalah kesihatan mental adalah seramai 1771 orang atau 27.1 peratus.

Melalui dapatan yang diperoleh daripada program perintis ini dan dapatan kajian
yang dikemukan oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan UiTM , jumlah
pelajar yang mengalami tanda-tanda kemurungan semakin meningkat dari 211 orang
pelajar ke 340 orang pelajar. Kemurungan dalam kalangan pelajar sekolah dapat
dikesan apabila melibatkan beberapa simptom utama seperti :

i. kehilangan minat dalam aktiviti pembelajaran dan harian


ii. gangguan psikomotor
iii. keletihan dan kelesuan
iv. kehilangan selera makan dan gangguan tidur
v. tingkah laku anti sosial seperti lari dari rumah, bergaduh, tidak berpuas
hati dan tingkah laku agresif yang lain
vi. perasaan dan pemikiran untuk membunuh diri
vii. kewujudan perasaan bersalah dan putus asa.
( Beck,1967 dan Reynold,1984 dalam Osman Noor, 1998)

Selain itu, simptom atau tanda-tanda kemurungan kebiasaannya terbahagi kepada


empat aspek iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Ciri utama bagi setiap
aspek dapat diterangkan dalam jadual di bawah :

ASPEK CIRI UTAMA


Afektif Sedih yang amat menyeksakan (Ramli, 1990 dalam
Norasmawati, 2003).
Kognitif cenderung kepada persepsi negatif kepada diri sendiri, orang
lain dan menganggap masa depan adalah gelap (Haji Bon,
2008 dalam Jamaludin Ramli et.al).
Tingkah laku selalu menangis, tidak bermaya, tindak balas yang berkurang,
rspon percakapan perlahan, hubungan dengan rakan sebaya
tidak ramai, dan mengasingkan diri daripada perhubungan
sosial (Oster dan Caro, 1990 dalam Jeromeh, 2006).
Fisiologi hilang selera makan sehingga menjejaskan berat badan dan
mengalami masalah sembelit atau selera makan semakin
meningkat.

3
Jadual 2 : Aspek dan ciri utama dalam simptom kemurungan

Di samping itu, terdapat individu yang mengalami kemurungan ini menunjukkan


tanda-tanda seperti merasa khuatir semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka
juga tidak berpuas hati terhadap sesuatu hubungan dan berasa tidak tenang apabila
bersama dengan orang ramai terutamanya dalam bentuk kumpulan. Ada juga individu
yang menghadapi kesukaran dalam interaksi sosial dan menjauhkan diri daripada orang
lain. Sepertimana tanda-tanda yang telah dinyatakan oleh Beck, Shafer (1980 dalam
Osman Noor, 1998) juga menyatakan bahawa walaupun tingkah laku membunuh diri
jarang berlaku dalam kalangan pelajar yang mengalami kemurungan, namun mereka ini
masih mempunyai ilham serta perasaan untuk mencederakan diri. Hal ini kerana
mereka mengalami gangguan emosi teruk dan krisis disipilin yang teruk. Dalam
rencana Utusan Online bertarikh 23 Februari 2010 ( Mohd. Shamsuriyadi Mamat, 2010)
menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih dari
sejuta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Ini membuktikan bahawa
kemurungan bukanlah isu yang ringan, akan tetapi isu yang perlu diambil berat oleh
semua pihak demi menjaga kesejahteraan negara dan melahirkan pelajar yang bukan
sahaja sihat tubuh badan tetapi cerdas minda, mental dan otaknya.

3.0 Sebab/Punca Kemurungan

Personaliti pesimik
Stress

Sosial
Punca
Kemurungan
4
Krisis Ekonomi

Fizikal
Genetik

Dianggarkan dua daripada seratus (2%) orang kanak-kanak di sekolah rendah dan
empat hingga 8 daripada seratus (4%-8%) orang remaja mengalami kemurungan .Di
Malaysia, satu kajian terbaru oleh pensyarah dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan
UiTM di kalangan 2048 pelajar dari beberapa sekolah menengah di bandar dan luar
bandar Selangor mendapati 211 (10.3%) pelajar mempunyai tanda-tanda kemurungan.
Antara punca kemurungan ialah :

3.1 Stress Tekanan merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar


kemurungan. Ini kerana mereka mengalami peristiwa kehidupan yang
traumatik seperti konflik perceraian ibu bapa, kesedihan akibat kehilangan
orang tersayang, berlaku peristiwa hitam, peperiksaan dan pelajar yang terdiri
daripada keluarga yang mempunya sosioekonomi yang rendah. Berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh Paykel, (1969; dalam Weissman dan Paykel,
1974), sebanyak 25% daripada individu murung menyatakan bahawa mereka
mengalami perpisahan atau kehilangan orang yang disayangi pada masa
lalu. Keadaan jiwa yang murung menunjukkan masalah kerunsingan,
kesedihan dan rasa diri tidak berguna. Ianya terjadi kerana pengaruh tekanan
dari luar atau kerana kemunduran pada fungsi otak (Jokosuyono, 1980).

3.2 Faktor sosial Faktor sosial dan persekitaran turut mengakibatkan


kemurungan. Pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah dan rakan-rakan akan sentiasa memencilkan diri dan
berasa tidak diterima. Pelajar menunjukkan ketidakupayaan diri mereka untuk
bertindak balas dengan persekitaran. Mereka juga sentiasa menyepikan diri
dan berfikiran negatif (Beck, 1993). Hal ini menyebabkan mereka tidak
mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran sama ada guru mahupun
rakan sebaya. Tahap tekanan yang tidak dikawal boleh membawa kepada
kesan yang lebih buruk kepada perkembangan hidup pelajar-pelajar. Ini

5
kerana dianggarkan 121 juta penduduk dunia mengalami masalah
kemurungan dan boleh menjadi penyakit kedua utama penyebab
ketidakupayaan menjelang 2020.

3.3 Personaliti Pesimik Teori Kemurungan Beck (1974), menjelaskan


kemurungan berlaku kerana munculnya sifat-sifat negatif dalam diri individu.
Pendapat ini disokong oleh pendapat Atkinson (1964), iaitu individu yang
gagal dalam sesuatu usaha biasanya akan cenderung untuk mengandaikan
dirinya tidak berupaya dan cenderung pula untuk lari daripada situasi yang
sama. Keadaan ini akan mewujudkan suatu anjakan berturutan terhadap
tingkah laku iaitu akan bersifat semakin menurun. Pelajar yang mempunyai
personaliti ini mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Mereka sentiasa
berfikiran negatif terhadap persekitaran. Contohnya, pelajar berperasaan
bahawa dirinya tidak disukai oleh semua orang dan dirinya terlalu banyak
kekurangan. Lantas menyebabkan keupayaan diri dan tahap percaya diri
yang rendah. Pelajar-pelajar seperti ini sering mengasingkan diri dan tidak
akan melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti. Pensyarah kanan Jabatan
Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet
Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan
kemurungan ini ialah untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan
diagnosis dan rawatan penyakit tersebut.
"Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana
mereka bimbang akan dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah
di sekolah dan mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap
sebagai mempunyai masalah emosi atau kurang keazaman".

3.4 Genetik Faktor genetik dan keturunan memainkan peranan dalam


mempengaruhi tahap kemurungan seseorang. Dr. Teck Hoe berkata,
mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi
berbanding lelaki dengan nisbah 2:1. "Antara sebabnya ialah perubahan
peringkat hormon yang dialami wanita. Itu sebabnya, kemurungan berlaku
ketika wanita mengalami peredaran haid. Keputusan kajian Reynolds dan
Cloud, (1981); Weismann dan Klerman, (1977) menunjukkan bahawa pelajar-

6
pelajar perempuan lebih tinggi darjah kemurungannya daripada pelajar
lelaki.Dari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan
ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin
dan noradrenalin. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam
sistem saraf pusat dan perubahan paras serotonin dalam otak boleh
mengubah mood seseorang. Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa
kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia mempunyai hubung kait
dengan faktor genetik.

3.5 Fizikal Faktor fizikal juga memainkan faktor penting. Penyakit-penyakit


yang kronik khususnya seperti sakit jantung akan mengakibatkan seseorang
itu mudah untuk berasa murung dan tertekan. Menurut Laporan Kesihatan
Sedunia 1999 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
kemurungan merupakan penyakit keempat paling ramai dihidapi di dunia
yang boleh menimbulkan ketidakupayaan individu. Faktor ini merupakan
punca yang kurang di alami oleh pelajar-pelajar kerana faktor usia yang
masih muda menyebabkan hanya segelintir pelajar yang mempunyai penyakit
kronik dan ini merupakan kes yang terpencil. Namun begitu di dalam aspek
yang berpunca daripada fizikal, terdapat juga pelajar-pelajar yang murung
akibat fizikal luaran seperti kegemukan, kebersihan, terdapat sedikit
kecacatan fizikal dan perbezaan antara individu yang menyebabkan mereka
sering dijadikan bahan ejek.

3.6 Faktor ekonomi Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck
Hoe berkata, "Kemurungan tidak mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada
kanak-kanak semuda usia lima tahun dengan simptom yang berbeza". Faktor
sosioekonomi turut meletakkan pelajar di dalam situasi kemurungan. Faktor
ekonomi yang rendah menyebabkan mereka sentiasa mengalami masalah
kewangan, keinginan dan naluri kanak-kanak tidak ditunaikan serta sering
membanding beza sisi kehidupan pelajar-pelajar lain. Menurut Ilfed, (1977;
dalam Roger, 1982) faktor penting masalah tekanan berpunca daripada
tekanan tugas harian yang terlalu berat, masalah hubungan dengan orang

7
lain dan masalah kewangan. Pelajar yang berada di dalam kesempitan hidup
akibat masalah ekonomi sering dipinggirkan dan tidak diberi perhatian. Hal ini
mempengaruhi emosi mereka sehingga menyebabkan kemurungan.

4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah Kemurungan

Mengadakan kempen dan program Peranan guru kaunseling yang


pengurusan emosi lebih proaktif

Cadangan Penyelesaian

Penglibatan dalam aktiviti sukan Hubungan institusi kekeluargaan


dan kemasyarakatan yang erat

Pemilihan rakan

Seperti yang telah dinyatakan, kemurungan dalam kalangan pelajar atau pelajar
bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan. Namun, isu kemurungan dalam
kalangan pelajar perlu diambil berat oleh semua pihak. Hal ini kerana isu ini boleh
memberi kesan negatif terhadap pelajar, guru, masyarakat dan negara. Menurut
Bachanas dan Kaslow (2001, dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005),
kemurungan yang berlaku dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi
yang baik. Namun, bukan sahaja kemurungan dalam kalangan remaja, malah
kemurungan yang dihadapi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah juga perlu
diberi perhatian dan diselesaikan secara berperingkat.

Oleh hal yang demikian, antara langkah penyelesaian yang dapat dicadangkan
untuk membantu menyelesaikan isu kemurungan dalam kalangan pelajar ialah:

i. Mengadakan kempen dan program pengurusan emosi

8
Pengurusan emosi seringkali dikaitkan dengan Kementerian Kesihatan. Oleh itu,
Kementerian Kesihatan disarankan supaya memainkan peranan mereka dalam
menggerakkan usaha dan menjalankan kempen mendidik pelajar mengurus
emosi mereka. Selain Kementerian Kesihatan, pihak sekolah juga perlu
memantapkan lagi usaha mereka dalam melaksanakan kempen mengurus
emosi. Mengurus emosi dan perasaan dengan baik sangat penting dalam
menahan kemarahan yang boleh menyebabakan pelbagai perkara buruk berlaku
seperti bergaduh, mengamuk, bertumbuk dan marah berlebihan yang tidak dapat
dikawal (Dr Aminudin Mansor).

ii. Peranan guru kaunseling yang lebih proaktif


Selain itu, guru kaunseling juga perlu lebih proaktif dalam membantu pelajar.
Guru kaunseling perlu bergerak cergas untuk pergi menemui pelajar, bukan
hanya mengharapkan kedatangan pelajar ke bilik kaunseling. Apabila seorang
guru kaunseling bertindak demikian, pelajar akan rasa lebih dekat, mesra dan
mudah meluahkan masalah yang dihadapinya. Aktiviti seperti ceramah dan
program kemasyarakatan perlu lebih kerap diadakan supaya dapat
mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah. Melalui ceramah yang
dianjurkan, pelajar belajar untuk mengurus diri dan mengelak daripada terlibat
dalam perkara yang boleh membawa kepada tekanan seperti bercinta dan
pengambilan dadah. Contoh program yang boleh diadakan ialah ceramah
pengurusan emosi dan langkah mengelakkan diri daripada gangguan emosi
serta program gotong-royong membersihkan kampung.

iii. Penglibatan dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan


Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan seperti senamrobik, merentas desa,
larian amal dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, menolong
mangsa banjir dan sebagainya dapat mengurangkan peluang pelajar terjebak
dalam masalah gangguan emosi. Hal ini kerana pelajar yang menyibukkan diri
dengan pelbagai aktiviti tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara yang
tidak berfaedah atau memikirkan sesuatu yang negatif. Contohnya, pelajar boleh
menyertai program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kelab Rakan Muda.
Kelab ini dilihat dapat membantu dalam mengurus emosi dan tekanan di

9
samping mengelak daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti seks
bebas, rempit, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

iv. Pemilihan rakan


Selain itu, pemilihan rakan juga merupakan salah satu langkah mengatasi
masalah kemurungan. Hal ini kerana rakan banyak mempengaruhi tabiat,
kegiatan dan pergaulan harian pelajar. Setiap pelajar perlu memilih rakan yang
boleh mendidik diri menjadi individu yang baik dan pandai mengurus emosi.
Pelajar perlu mengelak daripada berkawan dengan mereka yang mungkin boleh
mempengaruhi mereka dengan perkara buruk. Antara individu yang perlu dielak
ialah mereka yang mudah murung dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

v. Hubungan institusi kekeluargaan yang erat


Hubungan dalam institusi kekeluargaan juga perlu dieratkan. Ibu bapa perlu
membantu anak-anak dalam mengurus emosi mereka, bukan menambahkan
tekanan terhadap anak-anak. Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang
menggunakan pendekatan berhemah dalam mendidik dan berkawan dengan
anak-anak. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud :
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan berhikmah dan
pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa
yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-
orang yang mendapat petunjuk. (16 : 125).

Namun begitu, apa yang terjadi pada hari ini, ibu bapa lebih mementingkan dan
meninggalkan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak. Mereka
menyerahkan sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka
teruatam dalam aspek agama dan moral.

vi. Latihan bagi guru mengenal pasti dan mengendali gangguan emosi
Di samping itu juga, guru-guru perlu diberi latihan untuk mengenal pasti dan
mengendalikan emosi pelajar. Contohnya Projek Rintis Minda Sihat Menangani
Stres Dalam kalangan Pelajar Sekolah merupakan satu program yang telah
dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian

10
Pelajaran di sekolah-sekolah terpilih (Azrina Ahzan, 2011). Guru-guru di sekolah
tersebut akan menjalani latihan dan melaksanakan satu modul khas mengesan
masalah penyakit mental dalam kalangan pelajar pada peringkat awal. Sebanyak
empat buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah perintis. Projek Rintis Minda
Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Pelajar Sekolah itu dijalankan selama
enam bulan bertujuan memperkasakan pelajar bagi menangani tekanan akibat
cabaran kehidupan seharian menerusi kemahiran daya tindak. Ia juga bertujuan
memberi kemahiran kepada guru untuk mengenal pasti serta mengendalikan
pelajar yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku serta memberi
kemahiran kepada guru dan kaunselor mengesan masalah kemurungan serta
tekanan di kalangan pelajar di peringkat awal.

Berdasarkan enam langkah penyelesaian yang dicadangkan, semua pihak perlu


berganding bahu dan membantu antara satu sama lain dalam menangani masalah
kemurungan ini. Sebelum ia menjadi lebih serius, semua pihak perlu memberi perhatian
yang lebih dalam menjalankan intervensi bagi masalah ini.

5.0 Kesan Isu Kemurungan Kepada Diri Sebagai Bakal Guru

Membentukperibadi
peribadi Sentiasacakna
cakna
Membentuk Sentiasa
guruyang
yangmenghargai
menghargai denganisuisusemasa
semasa
guru dengan
potensipelajar
pelajar danteori
teoripsikologi
psikologi
potensi dan

Kesan
Kesan
kemurungan
kemurungan GuruSebagai
Sebagai
Guru
Bijak
Bijak Agen
Agen
berkomunikasi
berkomunikasi Perubahan
Perubahan

Menjadiguru
guruyang
yang
Menjadi
prihatindan
dansentiasa
sentiasa
prihatin
menjagakebajikan
kebajikan
menjaga
pelajar 11
pelajar
i) Sentiasa cakna dengan isu semasa dan teori psikologi

Bakal guru perlu medapatkan pendedahan berkenaan isu semasa yang berkaitan
dengan gangguan emosi terutamanya kemurungan samada di dalam sumber primer
mahupun sumber sekunder. Hal ini penting bagi mengelakkan diri daripada terjebak
sebagai seorang yang pemurung atau berhadapan dengan golongan pelajar-pelajar
yang menjadi pemurung. Di sekolah mahupun di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru pasti akan berhadapan dengan individu-individu yang
kemurungan. Menurut Beck (1967), 70% pelajar-pelajar yang mengalami
kemurungan di tahap kemurungan tinggi akan berasa sedih sepanjang masa, dan
sukar untuk lari daripada keadaan tersebut. Maka di dalam situasi ini sudah pasti
guru perlu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu latar belakang pelajar
tersebut. Hal ini bertujuan bagi mendapat dapatan punca sebenarnya pelajar
tersebut terganggu emosinya hingga menjadi murung. Sudah tentu, pelajar-pelajar
ini perlu dibantu agar mereka dapat merasai peluang untuk bergembira dan
membesar seperti pelajar-pelajar lain.

ii) Guru Sebagai Agen Perubahan

Guru bertindak sebagai ibu bapa kedua kerana pelajar banyak menghabiskan masa
di sekolah. Guru juga perlu sentiasa inovatif dan kreatif dalam meransang minat dan
memotivasikan pelajar. Hal ini penting bagi memastikan kelangsungan minat pelajar
agar tidak terjebak dan bijak berhadapan dengan masalah kemurungan. Guru juga
menjadi agen kepada perubahan tingkah laku dan emosi pelajar. Selingman (1975)
melaporkan kebanyakan kes yang berhubung kemurungan berkait rapat dengan
nilai motivasi diri yang rendah dan jangkaan terhadap kehidupan yang negatif.
Sebagai agen perubahan, masalah kemurungan ini menjadikan guru sentiasa
optimis dan tidak berputus asa dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran di

12
sekolah terutamanya dalam mendidik dan membentuk pelajar yang bukan sekadar
cemerlang akademik namun turut sihat emosinya.

iii) Membentuk peribadi guru yang menghargai potensi pelajar.

Kemurungan merangkumi perasaan dan tingkah laku yang meliputi perasaan putus
harapan dan kesedihan sehingga kepada tingkah laku yang luar biasa dan
keinginan membunuh diri (Weissman dan Paaykel, 1974). Banyak kesan buruk yang
akan dialami oleh pelajar -pelajar pada masa kini dan tidak mustahil penyakit ini
berterusan sehingga dewasa. Malah penyakit ini akan menjadi semakin teruk jika
tidak dirawat segera. Oleh itu, kemurungan yang berlaku dalam kalangan pelajar
boleh membentuk peribadi guru supaya lebih menghargai pelajarnya. Contohnya,
pelajar yang murung akan menunjukkan perasaan sedih dan suka mengasingkan
diri. Apabila guru menunjukkan penghargaannya kepada pelajar, pelajar akan
merasakan dirinya dihargai dan dia masih lagi penting kepada orang-orang di
sekelilingnya kerana ada orang yang menunjukkan tanda kasih sayang kepadanya.

iv) Bijak berkomunikasi

Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh bakal guru-guru
sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan
kemahiran kepada pelajar-pelajar. Komunikasi merupakan proses pengiriman
maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan
simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969).
Pelajar-pelajar yang kemurungan kurang percaya pada diri sendiri dan orang lain.
Guru yang memiliki maklumat tantang kemurungan akan bijak dalam berkomunikasi
agar dapat menawan pelajar tersebut agar melibatkan diri di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan membaik pulih sistem kepercayaan yang
terdapat di dalam dirinya. Kecekapan berinteraksi dalam menyampaikan idea dan
mesej secara berkesan berupaya mewujudkan dan memelihara hubungan mesra.

13
v) Menjadi guru yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan pelajar

Keprihatinan sangat penting bagi seorang bakal guru. Guru yang prihatin sentiasa
peka terhadap persekitaran mereka. Penyakit kemurungan bukanlah satu simptom
yang biasa bahkan ia mampu menjejaskan perkembangan kendiri seseorang
individu. Kenyataan ini disokong oleh Beck (1991) di mana menurutnya, orang yang
tertekan mempunyai pandangan yang negatif tentang diri mereka, persekitaran dan
masa depan mereka. Hal ini menyebabkan lahirnya modal insan pewaris negara
yang tidak berkualiti. Maka guru perlu sentiasa mengambil berat dan menjaga
kebajikan pelajar agar pelajar dapat dibantu dalam menangani masalah gangguan
emosi ini. Isu kemurungan berpunca daripada tekanan dan krisis di dalam
kehidupannya. Pelajar yang mengalami kemurungan dapat dikenalpasti
berdasarkan gejala-gejala yang ditonjolkan. Pendedahan maklumat tentang
kemurungan akan menjadikan guru sentiasa peka dan prihatin terhadap perubahan
emosi dan perwatakan pelajar di dalam kelas. Jika pelajar ini tidak dibantu segera,
masalah kemurungan ini akan menganggu tahap penumpuan pelajar di dalam
pelajaran. Oleh itu sikap prihatin sangat penting untuk diaplikasikan oleh bakal guru
bagi membantu pelajar-pelajar yang berhadapan dengan masalah kemurungan dan
gangguan emosi yang lain.

14
6.0 Banding Beza Kemurungan dalam Kalangan Pelajar Lelaki dan Perempuan

Setiap individu di dunia ini pernah mengalami perasaan sedih atau muram pada masa tertentu
sepanjang hayatnya (Gurian, 2001; Steinberg, 1999). Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini hanya
berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes tertentu, perasaan gangguan emosi ini berlanjutan
sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti kemurungan, membunuh diri atau penyakit
mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989). Memang tidak dapat dinafikan bahawa gangguan emosi boleh
menjejaskan pelbagai aspek hidup seseorang individu sama ada dari segi kognitif, emosi, sosial mahupun
fizikal. Berikut merupakan banding beza gangguan emosi bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan:

PERSAMAAN
PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN
- Membentuk pertumbuhan kognitif yang negatif.

- Mengakibatkan kesan buruk terhadap kehidupan pelajar.

PERBEZAAN

15
PELAJAR LELAKI ASPEK PELAJAR PEREMPUAN

Sentiasa melepaskan perasaan Tingkah laku Lemah dan tidak kuat


pada persekitaran samada berhadapan dengan tekanan.
suasana, orang dan benda-benda Lebih cenderung mengekalkan
lain secara langsung atau tidak emosi negatif dan suka
langsung. memendamkan perasaan.
Calhoun, Chenny dan
Dawes,1974(dalam Hammen &
Wan Zainab Binti Othman (1990) Padesky, 1977)

Mementingkan penilaian yang Interperson Penting untuk mengekalkan


dibuat oleh orang lain terhadap al hubungan dengan orang lain.
dirinya. Mudah tertekan jika gagal
kekalkan perhubungan.

Baggiano dan Barret (1991)


Baggiano dan Barret (1991)

Enggan mengakui kelemahan diri Sikap Pelajar perempuan menunjukkan


sikap yang lebih positif
Hemmen & Padesky (1977)
Ahmad Fauzi (2005)

Kuat, aktif, berani dan tegas Peranan Lemah lembut, bergantung pada
Sosial keluarga dan dimanjakan ibu
Baron & Perron (1986)
bapa.

Mertem & Lewinsohn(1990)

Pelajar bermasalah dalam Pencapaian Pelajar perempuan menunjukkan


memberi perhatian dan ini akademik prestasi akademik yang lebih
memberi kesan ke atas cemerlang daripada pelajar
pencapaian akademik pelajar lelaki.
(Meyerson, 1975; Adelson, 1980;

16
Dacey & Kenny, 1997; Ghuman &
Sarles, 1998).

Vandalisme, Buli, Ponteng Kesan Kemurungan, gangguan tidur,


Sekolah, pendiam, hilang selera makan.

6.1 Persamaan

Ahli psikologi, Hall (1995), mengaitkan fenomena storm and stress dengan
golongan remaja. Hall memperkenalkan konsep storm and stress yang melihat
zaman remaja sebagai tempoh masa yang penuh huru-hara, penuh cabaran,
pemberontakan terhadap autoriti orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual
dan sosial. Pendek kata storm and stress bolehlah dikatakan sebagai keadaan
yang tidak stabil dengan berbagai cabaran dan tekanan. Justeru gangguan
emosi mengakibatkan kesan buruk terhadap kehidupan pelajar. Seseorang yang
ditimpa musibah atau masalah akan menjadi resah serta gelisah sehingga
mengganggu ketenangan perasaan dan emosi. Maka, sebagai seorang pelajar
yang mengalami perasaan sedih mahupun gelisah yang keterlaluan dan tidak
terkawal akan membawa kepada tekanan mental seterusnya boleh
menyebabkan kemurungan(FitzGibbon, 2003).

Remaja perlu menjalankan kehidupan dengan baik dan seterusnya


mewujudkan zaman kegemilangan dalam proses perkembangan. Namun
terdapat juga remaja yang sering menghadapi pelbagai masalah sehingga
membawa kepada peristiwa yang tidak diingini. Hampir setiap hari, terpapar di
dalam akhbar pelbagai kes yang melibatkan golongan remaja. Pelbagai perilaku
buruk seperti memukul guru, bergaduh, memeras ugut, memukul kawan,
mencuri, merosakkan harta sekolah dan terlibat dengan pengedaran dan
penyalahgunaan dadah. Terdapat juga remaja yang menyertai

17
kumpulankumpulan samseng. Mereka juga tidak malu merokok, ponteng
sekolah, melepak dan lain-lain perbuatan yang tidak bermoral secara terbuka.
Hal ini rata-rata disebabkan keruntuhan institusi rumah tangga yang menganggu
pertumbuhan kognitif, emosi dan perkembangan diri pelajar.

6.2 Perbezaan

a) Tingkah laku : Pelajar lelaki lebih cenderung untuk melepaskan perasaan


mereka. Mereka sentiasa melepaskan perasaan pada persekitaran. Apatah
lagi jika pelajar lelaki diganggu dari sudut emosi, mereka akan melahirkan
tingkah laku disruptif yang boleh membahayakan diri mahupun orang di
sekeliling mereka. Kebiasaannya pelajar lelaki akan melepaskan kemarahan
dengan bertumbuk, merosakkan harta sekolah dan mencederakan pelajar
lain mahupun guru. Hal ini merupakan fitrah sifat seorang lelaki yang bersikap
kurang sabar. Mereka mendapat kepuasan setelah melepaskan perasaan
terhadap persekitaran. Menurut Wan Zainab Binti Othman (1990), pelajar
lelaki sentiasa melepaskan perasaan pada samada suasana, orang dan
benda -benda lain secara langsung atau tidak langsung. Pelajar lelaki kurang
terdedah dengan risiko kemurungan berbanding pelajar perempuan. Menurut
Nolen-Hoeksema dan Girgus (disebut dalam Hughes, La Greca, & Conoley,
2001), pada umur 15 tahun, remaja perempuan yang melaporkan simptom
kemurungan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki
dan perbezaan jantina ini akan berlanjutan hingga ke zaman dewasa.

Berbeza pula dengan pelajar perempuan, golongan ini merupakan


golongan yang lemah dan tidak kuat berhadapan dengan tekanan. Mereka
lebih cenderung mengekalkan emosi negatif dan suka memendamkan
perasaan. Apabila berhadapan dengan gangguan emosi, pelajar perempuan
lebih cenderung untuk berdiam diri dan tidak menceritakan permasalahan
mereka kepada ibu bapa dan guru. Sikap memendamkan perasaan ini akan
melarat dan bernanah sekiranya mereka tidak berjumpa dengan orang yang
dipercayai sehinggakan pelajar perempuan akan terjebak dalam kemurungan

18
setelah mengalami kesedihan yang melampau, kesunyian dan keletihan
apabila berhadapan dengan masalah. Menurut Calhoun, Chenny dan
Dawes,1974(dalam Hammen & Padesky, 1977) pelajar-pelajar perempuan
lebih cenderung untuk mengekalkan dirinya dalam mood yang buruk. Menurut
Gurian (2001) semasa mencapai umur 13 tahun, remaja perempuan yang
mengalami kemurungan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding
remaja lelaki. Pendapat ini membenarkan bahawa risiko pelajar perempuan
mendapat kemurungan adalah dua kali ganda berbanding lelaki.

b) Hubungan Interpersonal : Baggiano dan Barret (1991) berpendapat bahawa


perbezaan darjah kemurungan di antara pelajar lelaki dan perempuan boleh
dihuraikan melalui hubungan interpersonal. Dalam hubungan interpersonal,
pelajar lelaki lebih mementingkan penilaian yang dibuat oleh orang lain
terhadap diri mereka, sebaliknya pelajar perempuan lebih mementingkan
untuk mengekalkan perhubungan dengan orang lain. Pelajar lelaki lebih
mudah menyesuaikan diri dan menjalinkan persahabatan dengan orang yang
dianggap sealiran pendapat dan pendirian mereka. Namun begitu mereka
yang mempunyai jati diri yang lemah lebih mudah terpengaruh dengan gejala
negatif daripada pengaruh rakan sebaya.

Pelajar perempuan pula mudah tertekan apabila gagal mengekalkan


perhubungan dengan orang lain. Kegagalan dalam menyesuaikan diri dan
mengekalkan perhubungan dengan teman rapat dan individu yang dihormati
mampu memberi kesan yang buruk terhadap diri mereka. Perasaan tidak
diterima mampu mengganggu emosi dan memberi kesan yang buruk
terhadap kehidupan mereka. Tekanan yang tidak dapat diatasi menyebabkan
pelajar perempuan berterusan kesedihan dan kemurungan apatah lagi jika
mereka berperasaan tidak diterima dan disisihkan.

c) Sikap : Menurut kajian yang dilakukan oleh Ahmad Fauzi (2005), pelajar
perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif. Pelajar perempuan lebih
mudah untuk meluahkan perasaannya, mengakui dirinya terganggu emosi
dan dapat dirawat terlebih awal. Kajian oleh Brody dan Hall (1993) mengenai

19
perbezaan jantina dalam proses sosialisasi mendapati lelaki dan perempuan
mempunyai perbezaan dalam mempelajari dan memahami cara menangani
emosi masing-masing. Proses sosiolisasi yang berbeza ada kesannya iaitu,
golongan perempuan mempunyai tahap pengurusan dan pengendalian emosi
yang lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu terdapat ramai pelajar
perempuan yang lebih mudah terjebak dengan gejala kemurungan
berbanding lelaki. Menurut kajian yang dibuat oleh Schichor, Bernstein, dan
King (1994), remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih kerap mengalami
kemurungan berbanding remaja lelaki. Baron dan Perron (1986) juga
mendapati bahawa remaja perempuan mendapat skor kemurungan yang
lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Berbeza bagi pelajar lelaki yang enggan mengakui kelemahan diri dan
tidak suka dilabelkan sebagai individu murung (Hemmen & Padesky, 1977).
Pelajar yang mengalami kemurungan sentiasa menyepikan diri serta berfikir
secara negatif (Beck, 1967). Pelajar lelaki yang mempunyai jati diri yang
rendah akan rasa bersalah dan putus asa apabila mereka gagal untuk
melakukan sesuatu perkara. Keadaan dan perubahan yang dialami oleh
pelajar-pelajar ini akan mempengaruhi konsentrasi terhadap pelajaran,
pemikiran mereka menjadi lembap dan keupayaan daya ingatan mereka akan
menurun (Reynolds, 1984). Gangguan emosi menyebabkan pelajar merasa
rendah diri dan kurang bermotivasi di dalam kehidupannya. Justeru mereka
lebih gemar bermain dan terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding
belajar.

d) Peranan Sosial :

Perbezaan darjah kemurungan di antara lelaki dan perempuan juga boleh


dihuraikan dari perspektif peranan sosial yang berkaitan dengan peranan
tradisi seksual ( Baron & Perron, 1986). Pelajar lelaki lebih bersikap kuat,
aktif, berani dan tegas Baron & Perron (1986). Sejak kecil lagi, lelaki telah
dipilih supaya aktif dan tegas menghadapi kesukaran. Masyarakat Asia

20
menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga,
harapan yg tinggi.

Sebaliknya perempuan pula dilatih supaya bersifat lemah-lembut,


bergantung pada keluarga dan sering dimanjakan ibu bapa. Pendapat ini
disokong oleh Mertem & Lewinsohn(1990) menegaskan bahawa sifat
kebergantungan kepada orang lain yang ada pada perempuan akan
menyebabkan menyebabkan mereka mempunyai penghargaan diri yang
rendah dan seterusnya mempunyai darjah kemurungan yang tinggi.

e) Pencapaian akademik :

Remaja lelaki lebih memerlukan sokongan daripada perempuan dalam


peringkat remaja. Oleh kerana pertumbuhan fizikal remaja lelaki adalah pesat
dalam peringkat ini, mereka lebih beremosi dan bergantung kepada ibu bapa.
Kurangnya sokongan ibu bapa, akan timbullah rendah penghargaan kendiri,
pencapaian akademik rendah, tingkah laku impulsive, penyesuaian sosial
buruk atau mungkin anti sosial berlaku. (Peterson & Rolkins, 1987).
Gangguan emosi yang melanda pelajar lelaki mampu mendatangkan
masalah kemurungan dan menjejaskan tumpuan dan ini memberi kesan ke
atas pencapaian akademik pelajar (Meyerson, 1975; Adelson, 1980; Dacey &
Kenny, 1997; Ghuman & Sarles, 1998). Pencapaian akademik yang lemah
pula akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih murung lagi (Adelson,
1980).
Pelajar perempuan pula lebih menonjol di dalam setiap pencapaian
akademik. Di sekolah pelajar lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin,
manakala pelajar perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm
pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan jantina.
Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki
lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh. Selepas akil baligh
perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974)

21
kecergasan lisan pelajar perempuan lebih baik drp lelaki, manakala pelajar
lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

f) Kesan

Kajian oleh Usha Barahmand (2008) bertajuk Perbezaan umur dan gender di
kalangan remaja yang kebimbangan. Pelajar lelaki dilaporkan lebih kepada
orientasi masalah negatif dan sikap tidak bertoleransi terhadap ketidakpastian
sementara pelajar perempuan dilaporkan lebih positif ke arah percaya
tentang kebimbangan. Unit Disiplin, bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia (1993) telah menggariskan bahawa sebahagian besar
salah laku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah salah laku jenis ringan
seperti :
i. Datang lewat ke sekolah sebanyak 0.48%
ii. Mengganggu proses pengajaran dan penbelajaran di dalam kelas
sebanyak 0.15%
iii. Berambut panjang sebanyak 0.13%
iv. Ponteng sekolah iaitu sebanyak 0.67%.

Menurut T. Subahan Mohd Meerah(1993), di antara jenis salah laku yang


dilakukan oleh pelajar mengikut persepsi guru di beberapa buah sekolah
menengah ialah, 50% melakukan kesalahan ponteng sekolah, 40% ponteng
kelas dan 25% kerap keluar kelas. Omardin (1996)

Bagi pelajar perempuan pula kemurungan akan mengakibatkan,


kesedihan, keletihan, gangguan tidur dan kelesuan. Manakala berdasarkan
Ilyas Mohammad (2007) yang menyatakan bahawa murung, sayu, resah dan
gelisah merupakan perasaan penderitaan yang serupa serta memberikan
impak negatif kepada individu yang mengalaminya. Keadaan ini pastinya
akan memberikan tekanan kepada remaja dan kecelaruan mental dan fizikal
seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit perut (Hall

22
& Torres, 2002) serta memberi kesan secara langsung terhadap pencapaian
akademik (Pluker, 1997). Justeru, remaja perlu diajar kemahiran berdaya
tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adik
beradik, rakan dan saudara mara (Hall & Torres, 2002).

6.0 Banding Beza Kemurungan dalam Kalangan Pelajar Lelaki dan Perempuan

PERSAMAAN
PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN
Faktor : suasana alam sekitar dan kehilangan ibu bapa atau individu tersayang
Simptom emosi : cenderung untuk berasa sedih
Simptom kognitif : hilang daya tumpuan
Simptom tingkah laku : kurang bercakap dan suka mengasingkan diri
Simptom fisiologi fizikal : hilang selera makan dan berat badan menurun

PERBEZAAN
ASPEK PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN
Faktor Ibu bapa mengharapkan anak- Antara penyebab utama
penyebab anak mereka berjaya dengan kemurungan ialah perubahan
cemerlang dalam peperiksaan peringkat hormon yang dialami.
sedangkan pencapaian pelajar
lelaki biasanya rendah
berbanding perempuan.

Risiko Risiko pelajar lelaki mengalami Risiko pelajar perempuan


terdedah kemurungan adalah lebih rendah. mengalami kemurungan adalah
kepada lebih tinggi berbanding lelaki.
penyakit
kemurungan

Simptom Menunjukkan tingkah laku anti Menunjukkan tanda-tanda


atau tanda- sosial seperti penyalahgunaan keresahan seperti takut dan khuatir
tanda dadah, lepak, lari dari rumah, dan terhadap sesuatu perkara atau
gengsterisme. objek.

Akibat atau Lelaki lebih berani membunuh Hanya sekadar melakukan

23
kesan ke diri dan berjaya cubaan bunuh diri dan tidak
atas diri melakukannya. berjaya membunuh diri.
Mengganting diri, terjun dari Makan ubat secara berlebihan
pelajar
bangunan yang tinggi, dan dan mengelar pergelangan
menembak diri sendiri. tangan.

Langkah Tidak terburu-buru menyoal. Menggunakan pendekatan


mengatasi Berikan masa kerana lelaki
memujuk dengan lemah lembut
atau cenderung untuk tidak dan penuh kasih sayang semasa
rawatan mengaku tanda kemurungan ingin membantu kerana hati
yang dialaminya/ seorang perempuan lembut.

Jadual 3 : Rumusan perbandingan masalah kemurungan pelajar lelaki dan perempuan

6.1 Persamaan

1) Faktor suasana alam sekitar dan kehilangan ibu bapa individu tersayang

Kebanyakan masalah kemurungan yang berlaku dalam kalangan pelajar


adalah disebabkan faktor suasana alam sekitar dan kehilangan ibu bapa
atau individu tersayang (Jamaluddin, Azizi & et.al, n.d). Contohnya,
apabila seseorang kehilangan ibu bapanya, pelajar yang kebiasaannya
ceria akan berubah menjadi pendiam dan suka mengasingkan diri. Pelajar
ini lama-kelamaan akan menunjukkan tanda-tanda penyakit murung.

2) Simptom umum

Simptom umum yang ditunjukkan pula antara kedua-dua jantina ialah


cenderung untuk berasa sedih (simptom emosi), hilang daya tumpuan
(simptom kognitif), kurang bercakap dan suka mengasingkan diri
(simptom tingkah laku) serta hilang selera makan dan berat badan
menurun (simptom fisiologi fizikal) (Jamaluddin, Azizi & et.al, n.d). Guru

24
boleh mengenal pasti sama ada pelajarnya murung atau tidak
berdasarkan simptom biasa yang ditunjukkan oleh pesakit murung.

6.2 Perbezaan

Dari segi perbezaan masalah kemurungan antara perempuan dan lelaki pula,
kebanyakan sorotan kajian tentang hubungan kemurungan dengan perbezaan
jantina adalah sangat tidak konsisten (See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005).
Namun begitu, penulisan akademik ini cuba menghuraikan beberapa persamaan
dan perbezaan antara pelajar lelaki dengan perempuan dalam menghadapi
masalah kemurungan dalam aspek faktor penyebab, risiko terdedah kepada
masalah tersebut, simptom atau tanda-tanda, akibat atau kesan masalah ke atas
diri pelajar, dan langkah mengatasi atau rawatan. Berikut huraian tentang
perbandingan isu kemurungan antara pelajar lelaki dan perempuan :

1) Faktor penyebab

Antara faktor penyebab kemurungan dalam kalangan pelajar lelaki adalah


sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan yang menyebabkan
ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan (Lee Lam Thye, 2011). Hal ini
memberikan tekanan kepada pelajar tersebut seterusnya boleh
menyebabkan kemurungan.

Seperti mana yang kita ketahui, secara umumnya perempuan lebih


bijak dan mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi berbanding
lelaki. Kebanyakan pelajar lelaki kurang mementingkan kejayaan dalam
pembelajaran mereka, menunjukkan sikap malas belajar dan mengulang
kaji pelajaran. Sikap ini seterusnya menjejaskan keputusan peperiksaan
mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan keputusan peperiksaan awam
dari tahun 1996 hingga 2007 menunjukkan bahawa pelajar perempuan
mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir

25
semua mata pelajaran peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) (Dr. Zalizan Mohd dalam
Mohd Adha Mohd Zain, 2009)

Bagi pelajar perempuan pula, antara penyebab utama


kemurungan ialah perubahan hormon. Yen Teck Hoe, Presiden
Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) berkata satu daripada sebab wanita
lebih kerap berdepan dengan kemurungan ialah apabila berlaku
perubahan peringkat hormon yang dialami (Amirah Amaly, 2009).
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam
aspek faktor kemurungan yang berlaku dalam diri pelajar lelaki dan
perempuan.

2) Risiko terdedah kepada penyakit kemurungan


Kebiasannya, risiko terdedah kepada sesuatu penyakit atau masalah bagi
lelaki dan perempuan ada perbezaannya. Begitu juga masalah
kemurungan. Kemurungan bukan sahaja terdedah kepada orang dewasa,
malah berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Namun begitu, kadar
pendedahan masalah ini ke atas pelajar lelaki dan perempuan berbeza
antara satu sama lain.
Banyak kajian yang membuktikan bahawa perempuan lebih tinggi
risikonya terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki. Antaranya,
Haugard (dalam See Ching Mey dan Lee Siew Siew, 2005) menyatakan
bahawa perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan
berbanding lelaki. Selain itu, laporan tinjauan dan pakar psikiatri
menunjukkan kadar kemasukan ke hospital disebabkan masalah atau
penyakit kemurungan adalah lebih kerap menyerang perempuan
berbanding lelaki (Azizi dan Tan Soo Yin, 2007). Hal ini membuktikan
bahawa kemurungan lebih banyak berlaku dalam kalangan perempuan
bukan sahaja perempuan dewasa, malah remaja, kanak-kanak atau
pelajar sekolah. Dr. Nor Hamidah Mohd Salleh, Pakar Perunding Psikiatri
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur turut menyatakan bahawa perempuan
lebih mudah risau dan terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki

26
(Bintu Rasyada, 2011). Oleh itu, risiko pelajar lelaki mengalami
kemurungan lebih rendah berbanding pelajar perempuan yang lebih
berisiko dilanda masalah ini.

3) Simptom atau tanda-tanda


Dalam aspek simptom atau tanda-tanda seseorang mengalami
kemurungan, pelajar lelaki yang mengalami kemurungan akan bertingkah
laku anti-sosial dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Sebaliknya,
pelajar perempuan yang mengalami kemurungan akan menunjukkan
tanda-tanda keresahan (http://pts.com.my/modules.php?name=News&file
=print&sid=552, 26 Disember). Pelajar lelaki yang dilanda kemurungan
akan menunjukkan tingkah laku anti-sosial seperti keganasan fizikan
dan harta benda, keganasan seksual, penyalahgunaan dadah, lepak, lari
dari rumah, kongsi gelap dan gengsterisme (Mohd Yahya, 2009).
Tanda keresahan yang ditunjukkan oleh seorang perempuan
yang mengalami kemurungan pula merujuk kepada suatu perasaan
yang dialami dalam diri seseorang yang dibayangi oleh perasaan takut
serta khuatir disebabkan sesuatu perkara atau objek (Hilgard, Atkinson
dan Atkinson, 1971 dalam Wan Zarina, Azizah & et.al, 2007). Oleh itu,
walaupun simptom umum bagi masalah kemurungan terdapat pada
individu perempuan dan lelaki, namun terdapat simptom yang berbeza
yang ditunjukkan oleh kedua-dua jantina yang perlu diberi perhatian oleh
seorang guru dalam mengenal pasti masalah gangguan emosi pelajar.

4) Akibat atau kesan ke atas diri pelajar


Aspek seterusnya dalam membincangkan tentang perbezaan isu
kemurungan pelajar lelaki dan perempuan adalah aspek akibat atau
kesan ke atas diri pelajar apabila mengalami kemurungan. Bagi pelajar
lelaki, kebiasaannya mereka yang mengalami kemurungan akan terlibat
secara langsung dengan penyalahgunaan dadah
(http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=552, 26
Disember), minuman keras dan menghisap rokok dan membunuh diri
berbanding pelajar perempuan. Lelaki lebih berani dan cenderung
untuk bunuh diri serta berjaya melakukannya berbanding wanita

27
yang hanya melakukan cubaan bunuh diri yang kebanyakannya tidak
berjaya. Hal ini mungkin disebabkan lelaki lebih cenderung
menggunakan cara yang bahaya dan boleh membawa kepada kematian
dengan cepat. Antara cara tersebut ialah menggantung diri, terjun dari
bangunan tinggi, dan menembak diri sendiri. Wanita yang melakukan
cubaan bunuh diri pula lebih cenderung mengambil ubat-ubatan secara
berlebihan dan mencederakan pergelangan tangan
(http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid =552, 26
Disember).
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh National Suicide
Registry Malaysia (NSRM), seramai 731 (545 lelaki dan 186 wanita)
membunuh diri dalam tempoh tiga tahun antara 2007 hingga 2010.
Statistik itu merupakan sebahagian daripada laporan Kabinet yang
dibentangkan di Dewan Negara April 2011 (MstarOnline, 2011). Kajian
World Health Organization (WHO) juga mendapati, penyebab utama
kematian akibat bunuh diri adalahkemurungan (MstarOnline, 2011). Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa kecenderungan dan kejayaan untuk
membunuh diri bagi lelaki yang mengalami kemurungan lebih tinggi
berbanding perempuan yang mengalami kemurungan.

5) Langkah mengatasi atau rawatan


Di samping perbezaan dari aspek-aspek di atas, perbezaan dalam aspek
langkah mengatasi kemurungan atau rawatan bagi pelajar lelaki dan
perempuan yang mengalami kemurungan juga berbeza. Sebagai seorang
pendidik, guru perlu memahami perbezaan emosi dan personaliti
pelajarnya dari segi gender atau jantina. Bagi pelajar lelaki, guru yang
dapat mengenal pasti pelajar lelakinya murung tidak disarankan
mengurus emosi pelajar lelakinya dengan bersikap terburu-buru
dalam menyoal pelajar tentang masalah yang dihadapinya (Khamsiah,
n.d.). Berikan masa kepada pelajar lelaki tersebut untuk memulakan sesi
luahan perasaan kerana kebanyakan lelaki sukar mengaku mereka

28
mengalami tanda kemurungan (Angst dan Dobler- Mikola, 1984 dalam
(Azizi dan Tan Soo Yin, 2007).
Bagi pelajar perempuan yang murung pula, guru disarankan
menggunakan pendekatan memujuk dengan lemah lembut dan
penuh kasih sayang terhadap pelajar perempuannya (Khamsiah, n.d.)
supaya dapat bertanya tentang perasaan, sebab tingkah laku yang
ditunjukkan, apa yang berlaku dan sebagainya. Hal ini kerana, hati
seorang perempuan lembut dan mudah tersentuh dengan layanan yang
baik. Bertepatan dengan hadis yang dikemukan oleh Imam Al-Bukhari
(Muhammad Hanief, n.d.) yang bermaksud :
Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya
kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari,4889).

Oleh itu, wajar bagi guru untuk menggunakan pendekatan yang


lemah lembut dalam membantu pelajar perempuannya supaya pelajar
dapat mengaku tanda kemurungan yang dialaminya seterusnya
membolehkan guru tersebut mengambil tindakan susulan.

7.0 Rumusan

Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa masalah


kemurungan yang dihadapi dalam kalangan pelajar merupakan salah satu gangguan
emosi yang perlu dikesan atau dikenal pasti oleh guru dengan cepat supaya guru dapat
mengambil tindakan susulan atau membantu pelajar tersebut mendapatkan rawatan
yang sesuai. Sebagai seorang guru, masalah seperti ini tidak sepatutnya dipandang
enteng dan remeh kerana kemurungan boleh memberi kesan negatif kepada pelajar
seperti bunuh diri, terlibat dengan jenayah dan tingkah laku anti sosial, pencapaian
dalam pelajaran menurun dan sebagainya. Guru perlu peka terhadap keperluan dan
kehendak pelajar dan bijak menangani sesuatu masalah supaya masalah tersebut tidak
menular dan merebak kepada pelajar lain. Kemurungan yang dihadapi pelajar juga
perlu diatasi supaya tidak menjejaskan kesihatan mereka dan masa depan pelajar
tersebut.

29
30

You might also like