Contoh Laporan Sukan Tahunan Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LUBA, LIMBANG 2017

Pada hari Khamis, 09 November 2017 yang lepas, SK Bukit Luba telah mengadakan Kejohanan Sukan
Tahunan Sekolah di padang SK Bukit Luba. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Luba,
Encik Awg. Bakeri Bin Matusin. Sebanyak 4 jenis acara balapan yang dipertandingkan iaitu acara 100 meter,
200 meter, 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter dan setiap acara dipecahkan kepada 6 kategori mengikut jantina
iaitu lelaki A, lelaki B, lelaki C, perempuan A, perempuan B dan perempuan C. Acara sukaneka bagi pra
sekolah, murid tahap satu dan murid tahap dua turut diadakan pada hari yang sama. Selain itu, pertandingan
perbarisan lintas hormat antara rumah-rumah sukan turut diadakan. Kejohanan ini disertai oleh 3 buah rumah
sukan sahaja iaitu rumah sukan Hijau, rumah sukan Biru, dan rumah sukan Merah. Latihan rumah sukan dan
raptai perbarisan telah diadakan pada hari-hari sebelumnya.
Pada hari kejohanan, guru-guru dan peserta telah berkumpul dan bersedia di padang sekolah seawal
jam 7:30 pagi. Pada jam 8:15 pagi, kejohanan telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen
rumah sukan yang segak bergaya dengan kostum rumah sukan masing-masing. Semua peserta perbarisan
berkumpul di padang setelah selesai melakukan lintas hormat dan acara diteruskan dengan nyanyian lagu
Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Kemudian, bacaan doa telah dipimpin oleh adik Mohamad Syamzulhaimi Bin
Mohamad Syuib Firdaus dan diikuti taklimat acara yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokuriku-
lum iaitu Encik Mohd Azmi Bin Ismail. Selepas itu bacaan ikrar kejohanan telah dilafazkan oleh adik Mohd
Azziq Zaqwan Bin Ajis sebagai tanda semangat kesukanan dan kesungguhan dalam menyertai pertandingan.
Setelah selesai acara perasmian dan perbarisan lintas hormat, maka bermulalah kejohanan sukan tahunan
sekolah.
Pada Jam 9:15 pagi, acara dimulakan dengan sukaneka pra sekolah dan diikuti dengan acara balapan
iaitu acara 100 meter mengikut kategori. Acara penyampaian pingat kepada pemenang diadakan setelah selesai
setiap acara. Kemudian acara 200 meter terus dijalankan setelah selesai acara 100 meter. Bagi acara lari ber-
ganti-ganti 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter, acara ini dijalankan selepas rehat pada waktu pagi. Acara balapan
pada tahun ini mendapat tumpuan daripada ibu bapa dan juga peserta kerana saingan yang diberikan sangat
sengit. Acara sukaneka bagi murid tahap satu dan tahap dua diteruskan selepas selesai sahaja acara balapan.
Pada jam 1:30 tengahari, upacara penangguhan rasmi kejohanan sukan tahunan sekolah telah disam-
paikan oleh Guru Besar iaitu Encik Awg. Bakeri Bin Matusin. Kejohanan sukan tahunan sekolah pada tahun
ini telah dimenangi oleh rumah sukan Biru sebagai Johan keseluruhan diikuti rumah sukan Merah sebagai
Naib Johan dan rumah sukan Hijau di tempat ketiga. Secara keseluruhannya, semua murid telah melibatkan
diri secara aktif dalam sukan tahunan yang telah diadakan dan ini memudahkan guru sukan sekolah untuk
memilih pelapis dan atlet bagi mewakili sekolah dalam sukan olahraga pada tahun 2018. Diharap kejohanan
sukan tahunan sekolah ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan acara-acara yang lebih menarik.

Disediakan oleh,
-
(FRANKLIN HARISSON ANAK SAMPAI)
Guru Sukan,
SK Bukit Luba, Limbang.

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN

RUMAH JUMLAH
OLAHRAGA SUKANEKA PERBARISAN PENCAPAIAN
SUKAN KESELURUHAN
BIRU 106 35 6 147 JOHAN

MERAH 92 43 5 140 NAIB JOHAN

HIJAU 90 42 7 139 KE-3

LAPORAN BERGAMBAR

You might also like