Mesyuarat Panitia Sejarah Kali 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGA,
MUAR, JOHOR

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 11 Januari 2017


Hari : Rabu
Masa : 1.20 Tengah hari
Tempat : Bilik Guru

KEHADIRAN:

1. Tn Haji Zaidi B Mohd Ghazali ( GPK 1)


2. En. Mohd Zamri bin Abdul Kadir (Pengerusi)
3. En. NorAzim bin Mohni (Setiausaha)
4. Pn Hajah Siti Mahkiah bt Hassan (AJK)

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran guru-guru
pada mesyuarat kali ini.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Perkara 5.1
Pengerusi menyatakan bahawa semua guru Sejarah telah mendapat Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan.
Tindakan: Makluman

3.2 Perkara 5.2


Pengerusi menerangkan dan menunjukkan sekali lagi cara membuat Rancangan
Pengajaran Harian dengan betul.
Tindakan: Makluman

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN


4.1 Pembentukan Jawatan kuasa bagi tahun 2017 telah dibuat. Sila rujuk lampiran yang
telah diberi. Semua guru bersetuju dengan pelantikan jawatan kuasa yang diberi.
Tindakan : Maluman

4.2 Sasaran pencapaian bagi mata pelajaran Sejarah untuk Tahun 4, 5 dan 6 adalah lulus
100%. Apa yang paling penting guru perlu memotivasikan murid supaya menarik
minat murid untuk meminati mata pelajaran Sejarah.
Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.2 Guru yang mengajar mata pelajaran bagi Tahun 2017 seperti berikut.
Tahun 4 En. NorAzim bin Mohni
Tahun 5 En. NorAzim bin Mohni
Tahun 6 En. Mohd Zamri bin Abdul Kadir
Tindakan : Makluman

4.3 Senarai buku rujukan yang digunakan dibekalkan oleh pembekal telah disediakan
pada awal November 2016. Guru-guru yang terlibat telah diberi buku rujukan
tersebut.
Tindakan : Makluman

4.4 Jumlah latihan seminggu untuk Sejarah sahaja. Semua guru bersetuju untuk memberi
5 latihan seminggu kepada murid masing-masing.
Tindakan : Makluman

4.5 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mesti ada oleh semua guru.
Semua guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah mesti memuat turun DSKP dan
RPT. Satu Salinan DSKP dan RPT mesti diserahkan kepada Ketua Panitia untuk
dimasukkan ke dalam fail panitia selewat-lewatnya sebelum 25 Januari 2017.
Tindakan : Makluman

4.6 Panitia Sejarah bersetuju akan mengadakan 2 aktiviti pada tahun 2017. Pertama
sambutan hari Kemerdekaan pada bulan Ogos dan pertandingan membuat buku
Scrap serta lawatan ke Muzium Darurat (Tahun 6). Program ini akan diadakan pada
bulan Ogos dan Oktober. Semua guru bersetuju dengan cadangan pengerusi.
Tindakan : makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Semua guru perlu menanda dan menyemak buku latihan murid. Pastikan latihan
lengkap.

Tindakan: Semua guru Sejarah

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.50 pagi dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................................... ....................................................
(MOHD ZAMRI BIN ABDUL KADIR) (HAJI ZAIDI BIN MOHD GHAZALI )
Setiauasaha mesyuarat Guru Penolong Kanan 1
Tarikh : 13 JANUARI 2017 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1

SEKOLAH KEBANGSAAN LENGA

Rujukan Kami : JBA5030/600-2/1/1/02


Tarikh : 14 JUN 2017.

Kepada,
Guru-guru Sejarah
Sekolah Kebangsaan Lenga
84040 Muar.

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 2/2017

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 20 JUN 2017


Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : En. Mohd Zamri bin Abdul Kadir

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Perutusan pengerusi


3.2 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Pembentangan isu semasa
3.5 Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasam tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

..................................
(MOHD ZAMRI BIN ABDUL KADIR)
Pengerusi Panitia Sejarah,
SK Lenga.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like