Karangan Pelajar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kini, lambakan barangan tiruan di pasaran seolah-olah sukar dikawal.

Huraikan kesan lambakan barangan tiruan kepada masyarakat dan negara.


Kemukakan cadangan anda untuk mengatasi.

Dewasa ini , kita dapat lihat isu lambakan barangan tiruan banyak memberi masalah
kepada masyarakat dan negara. Isu ini juga sukar dikawal dan semakin berleluasa di
pasaran. Hal ini demikian kerana pihak berkuasa kurang memberikan penekanan
terhadap barangan tiruan. Oleh itu terdapat beberapa kesan dan cadangan untuk
mengatasi masalah lambakan barangan tiruan.

Antara kesan lambakan barangan tiruan kepada masyarakat dan negara ialah
menjejaskan pendapatan pengeluar barang tulen. Misal, kebanyakkan masyarakat kini
lebih suka menggunakan barangan tiruan kerana harga barangan tiruan ini lebih
murah berbanding dengan barangan tulen. Selain itu, barangan tiruan juga mudah
didapati di pasaran. Tambahan lagi, kebanyakkan barangan tiruan ini dijual di pasar
minggu seperti Pasar Karat di Johor. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan
pendapatan pengeluar barangan tulen

Selain itu, kesan lain lambakan barangan tiruan ialah penggunaan barangan tiruan
boleh menyebabkan kemalangan dan kematian. Hal ini demikian kerana barangan
tiruan tidak berkualiti dan tidak tahan lama. Kebanyakkan barangan tiruan ini
digunakan dalam alatan elektronik seperti kenderaan, telefon bimbit dan perkakasan
dapur. Sebagai contoh,penggunaan barangan tiruan dalam telefon bimbit seperti bateri.
Bateri tiruan ini akan cepat habis dan cepat panas. Jika bateri tiruan terus digunakan
akan menyebabkan bateri tersebut meletup. Seterusnya, akan memberikan kesan yan
panjang dan mendalam. Oleh itu kita perlulah mengurangkan penggunaan barangan
tiruan dalam hidupan harian kita.

Antara cadangan untuk mengatasi isu lambakan barangan tiruan ialah


menguatkuasakan undang-undang terhadap barang tiruan. Hal ini demikian supaya
barangan tiruan ini tidak terus berleluasa di pasaran dan menjejas pendapatan para
pemjual sertamenjatuhkan nilai barangan tulen. Selain itu, pihak berkuasa
menubuhkan beberapa akta yang berkaitan dengan barangan tiruan. Akta ini dibuat
bagi menyedarkan masyarakat bahawa penjualan barangan tiruan adalah salah disisi
undang-undang. Selain itu, mengenakan denda yang berpatutan atau dipenjarakan
untuk beberapa tahun untuk memberi keinsafan kepada pesalah.

Tambahan lagi, cadangan lain untuk mengatasi isu lambakan barangan tiruan ialah
mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya penggunaan barangan tiruan
dalam kehidupan harian kita. Kempen ini diadakan bagi menceritakan kesan-kesan
penggunaan barangan tiruan, cara-cara untuk mengenali barang tiruan dan sebagainya.
Kempen ini boleh di adakan di sekolah, pejabat dan melalui media massa seperti surat
khabar, televisyen dan sebagainya. Kempen ini juga boleh diberikan kepada semua
peringkat umur agar semua masyarakat boleh membezakan barangan tiruan dan
barangan tulen serta kebaikan dan keburukan dalam penggunaaannya.

Akhir sekali, mengawal harga barangan tulen. Hal ini demikian supaya semua
masyarakat mampu memiliki barangan tulen. Jika barangan tulen dijual dengan harga
yang berpatutan, maka ramai masyarakat akan membeli barangan tulen berbanding
barangan tiruan. Selain itu, hal ini kan menyebabkan ekonomi negara meningkat. Hal
ini demikian kerana penjualan barangan tiruan tiada cukai dan menyebabkan kerugian
kepada negara. Oleh itu, semua pihak dan masyarakat perlulah saling bekerjasama
antara satu sama lain untuk mengatasi isu lambakan barangan tiruan agar tidak terus
berleluasa.

You might also like