Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Majlis Mohon Restu PT3 / 2017

Bermula 9 hingga 11 Oktober merupakan hari yang penting kerana


ianya adalah wadah atau pentas semua pelajar menzahirkan apa yang
telah dipelajari selam 3 tahun bermula dari tingkatan 1 lagi.
Berharap persediaan telah di buat dan akan di buat oleh semua pelajar.
Tiga jenis persediaan yang semua pelajar kena laksanakan.
1. Persediaan Peralatan pastikan semua kelengkapan telah siap
disediakan sebelum hari pentaksiran. Jangan sediakan pada saat-
saat terakhir.
2. Persediaan Fizikal Pastikan kesihatan dalam keadaan yang paling
baik. Jauhkan daripada perkara2 yang boleh menyebabkan
kesihatan semua pelajar terganggu. Sebaiknya semua pelajar
berada di rumah dan menelaah semua mata pelajaran. Hentikan
perbuatan yang kurang bermanfaat . Keselamatan juga harus
dijaga, elakkan diri daripada terdedah kepada kemalangan.
3. Persediaan Mental Dekatkan diri dengan Allah, banyak solat
hajat dan dekatkan diri dengan Al Quran kerana ini akan
melembutkan jiwa kita dan memberi ketenangan semasa
menjawab soalan pentaksiran nanti. Pastikan mohon restu
daripada ibu bapa sebelum hadir ke pentaksiran. Mohon ampun
dan maaf dan restu mereka. Jangan lupa mohon restu guru-guru
kerana daripada mereka lah sumber ilmu pengetahuan yang akan
dizahirkan di dalam pentaksiran. Minta maaf dan mohon halalkan
ilmu mereka kepada kamu.
Pihak sekolah yakin semua murid Tingkatan 3 akan berusaha
bersungguh-sungguh di dalam pentaksiran tingkatan 3 kerana
keputusannya akan menggambarkan kejayaan semua pihak; murid, guru
dan ibu bapa. Akhir kata Selamat Maju Jaya

You might also like