Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan

1 Nyatakan tiga kebaikan pelaksanaan percukaian barangan dan perkhidmatan (GST). [3]

(a)

(b)

(c)

2 Berdasarkan Rukun Negara, nyatakan empat cita-cita Malaysia. [4]

(a)

(b)

(c)

(d) ...

3 Berikan empat langkah strategik untuk mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya
saing berasaskan Model Ekonomi Baru. [4]

(a) .

(b) .

(c) .

(d) .........................

4 Senaraikan empat dasar awam yang memupuk nilai-nilai murni demi kesejahteraan
negara. [4]

(a)

(b) ...

(c) ...

(d) ...
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan pengusaha produk industri asas tani mengikut kategori
produk dan pola jumlah jualan produk industri asas tani di Malaysia dari tahun 2010 hingga
tahun 2014.

Industri asas tani merupakan satu daripada program utama Jabatan Pertanian di bawah
Program Transformasi Ekonomi. Program ini berjaya melahirkan ramai pengusaha produk
industri asas tani dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pada tahun 2010, bilangan pengusaha makanan tradisi ialah sebanyak 1190 orang.
Walau bagaimanapun, peningkatan pengetahuan dan kemahiran tentang produk makanan
tradisi, seperti pembuatan baulu, dodol, halwa, dan wajik berjaya melonjakkan bilangan
pengusaha produk ini kepada 2947 orang pada tahun 2012. Bilangan ini merupakan
peningkatan sebanyak 423 orang berbanding dengan tahun sebelumnya. Bilangan pengusaha
produk makanan tradisi pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 masing-masing ialah 2800
orang.

Bilangan pengusaha produk makanan sejuk beku, seperti cucur badak, karipap, samosa,
dan pau di bawah bimbingan Jabatan Pertanian hanya berjumlah 460 orang pada tahun 2010,
dan mengalami peningkatan sebanyak 1040 orang empat tahun berikutnya. Bilangan
pengusaha produk makanan sejuk beku ini ialah sebanyak 1434 orang pada tahun 2013, iaitu
merosot sebanyak empat orang berbanding dengan tahun 2012. Pada tahun 2011, pengusaha
yang melibatkan diri dalam penghasilan makanan sejuk beku ialah sebanyak 1245 orang.

Strategi Jabatan Pertanian berjaya meningkatkan jualan produk industri asas tani
sebanyak RM339.3 juta kepada RM750.50 juta pada tahun 2014 berbanding dengan jualan
pada tahun 2010. Pada tahun 2011, jumlah jualan produk industri asas tani ialah sebanyak
RM513.93 juta, iaitu kurang sebanyak RM 198.57 juta berbanding dengan tahun 2012. Pada
tahun 2013, jualan produk ini berjumlah RM698.59 juta.

(Disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan 2014,


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, April 2015)
6 Berdasarkan petikan dibawah, sediakan carta yang menunjukkan perbezaan antara
pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang mengikuti bidang Pengajian Sains dan
Teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2012.

Bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki di Institusi Pengajian


Tinggi Awam dan Swasta di negara kita merupakan satu fenomena biasa. Keadaan ini
dibuktikan dengan jumlah pelajar perempuan yang mengikuti bidang Sains dan Teknologi di
IPTA pada tahun 2012 ialah sebanyak 28 139 orang. Jumlah ini melebihi sebanyak 5592
orang berbanding dengan jumlah pelajar lelaki yang mengikuti bidang yang sama pada tahun
2012.

Bilangan pelajar lelaki yang mengikuti bidang Sains Matematik dan Komputer ialah
sebanyak 5474 orang. Pelajar perempuan pula sebanyak 10 280 orang, iaitu melebihi 4806
orang berbanding dengan pelajar lelaki. Keadaan sebaliknya berlaku dalam bidang
Kejuruteraan, Pembuatan, dan Pembinaan. Pelajar lelaki masih kekal mengatasi pelajar
perempuan. Bilangan pelajar lelaki ialah sebanyak 14 079 orang, iaitu melebihi pelajar
perempuan sebanyak 2511 orang.

Bidang Pertanian dan Veterinar masih diminati oleh pelajar perempuan. Bilangan pelajar
perempuan yang mengikuti bidang ini misalnya di Universiti Putra Malaysia ialah sebanyak
1728 orang atau 6.14 peratus daripada jumlah keseluruhan. Pelajar lelaki hanya sebanyak
1305 orang atau sebanyak 5.79 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar lelaki. Bidang
Kesihatan dan Kebajikan juga diminati oleh pelajar perempuan. Bilangan pelajar perempuan
ialah sebanyak 4563 orang, pelajar lelaki pula hanya 1689 orang, iaitu kurang sebanyak 2874
orang jika dibandingkan dengan pelajar perempuan.

Kerajaan telah berusaha untuk menyeimbangkan bilangan pelajar lelaki dan perempuan
di IPTA.

(Disesuaikan daripada Indikator Pengajian Tinggi Malaysia 2011-2012,


Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bahagian C [25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

7 Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik dan industri menjadi isu hangat
di negara kita. Isu ini memberikan impak yang ketara kepada pengguna berkenaan. Huraikan.

8 Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat


Malaysia yang berbilang kaum. Huraikan.

You might also like