Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

http://gunabmsjkt.blogspot.

com/

Sambutan Hari Kebangsaan -Catatan

Pada bulan Ogas yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari
Kebangsaan peringkat sekolah. Berbagai-bagai acara diadakan pada hari tersebut.
Sambutan Hari Kebangsaan ini bertujuan untuk menanamkan semangat patriotik dalam
kalangan murid sekolah ini.

8.00 hingga 8.30pagi


Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu, perutusan daripada Menteri
Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini.
Seterusnya, Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan diikuti dengan laungan
MERDEKA sebanyak tujuh kali.

8.30 hingga 9.30pagi


Seorang tokoh tempatan telah dijemput untuk bercerita tentang kisah perjuangan
nenek moyangnya menuntut kemerdekaan. Kisah yang diceritakan oleh tokoh tersebut
sangat menarik. Semua murid terpengun mendengar ceritanya.

9.30 hingga 11.00pagi


Selepas rehat, murid-murid mengadakan persembahan. Antara persembahan yang
diadakan adalah mendeklamasikan sajak, berpantun dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Mereka mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyanyi.

11.00 hingga 11.30pagi


Majlis sambutan Hari Kebangsaan tamat pada pukul 11.00pagi. Semua orang
membersihkan kawasan sekolah. Semua orang berasa bangga dan bersyukur menjadi
rakyat negara ini.

You might also like