Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DALAM PENYELESAIAN MASALAH

BAGI PENGHASILAN PROJEK RBT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Elemen kemahiran berfikir telah mula diterapkan dan diberi perhatian dalam pelaksaan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) melalui penerapan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dengan menjadikannya sebagai sebuah kompenen dalam
KBSR (Chew Eng Sun, 2016). KBKK yang diterapkan ke dalam KBSR memberi penekanan
kepada kemahiran berfikir bermula daripada aras rendah sehingga kemahiran berfikir aras
tinggi.

Menyedari akan perlunya pernambahbaikan kepada kurikulum pendidikan semasa,


kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah diberi penekanan dalam pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 secara
berperingkat bermula dengan Darjah 1 tahun berkenaan. Ini bertujuan memberikan
softlanding dalam sistem pendidikan sekolah bagi membolehkan KSSR dilaksanakan
secara lebih sistematik. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Pada tahun 2014, mata pelajaran Kemahiran Hidup telah dirombak dan dijenamakan
semula sebagai Reka Bentuk & Teknologi dengan memberi pendekatan KBAT dalam setiap
silibus dan kandungan. Dalam RBT, KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

ELEMEN KBAT PENERANGAN


Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi
berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk
memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan.
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi.
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan
inovatif.
Jadual 1: Penerangan KBAT dalam RBT. (sumber: DSKP RBT)

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran
dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam
bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah. Kurikulum Standard RBT digubal
dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6.
Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains
Rumah Tangga dan elemen merentas kurikulum seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran
ini.

Elemen KBAT turut dilaksanakan dalam setiap proses reka cipta dalam penghasilan
projek RBT. Terdapat penambahan elemen dalam proses reka cipta dalam RBT jika
dibandingkan dengan KH. Dalam RBT, elemen mengumpul maklumat mula diterapkan bagi
membina kemahiran inquiri dalam menyelesaikan masalah. Ini bertujuan melatih murid untuk
melakukan penerokaan terhadap maklumat-maklumat yang diperlukan bagi membantu
mereka membina idea yang sesuai dalam proses penyelesaian masalah projek eksperimental.
Dalam mata pelajaran RBT Tahun 4, murid diberi pendedahan dalam mengenal pasti
masalah, mengumpul maklumat, menghasilkan lakaran penjanaan idea dan memilih lakaran
projek eksperimental menggunakan proses reka cipta. Perbezaan proses reka cipta antara KH
dan RBT ditunjukkan seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 1.0: Proses Reka Cipta dalam Penghasilan Projek KH


Rajah 1.1: Proses Reka Cipta dalam Penghasilan Projek RBT

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian Kebolehlaksanaan TIMSS 2019 Gred 4 di Malaysia memberikan tumpuan kepada


enam bidang utama bagi mana-mana negara yang ingin menyertai TIMSS. Kajian tersebut
mendapati bahawa elemen KBAT mestilah diterapkan dalam kalangan semua murid peringkat
sekolah rendah tanpa mengira prestasi mereka (Laporan Tahunan PPPM, 2016). Justeru,
setiap sekolah dalam negara perlu menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang pencapaian antara sekolah luar bandar
dan sekolah bandar. Ini sedikit sebanyak menjadi halangan dalam pengaplikasian KBAT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ekoran kemampuan murid dalam menguasai
kandungan pembelajaran yang disampaikan. Menurut laporan yang dikeluarkan dalam Pelan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, (2013) negeri yang mempunyai populasi sekolah luar
bandar yang banyak, seperti di Sabah dan di Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi
yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit.

Ini bermaksud, murid yang berada diluar bandar menghadapi masalah dalam
menguasai KBAT dalam proses pembelajaran di sekolah secara umumnya. Untuk mencapai
kemahiran praktis dalam RBT, murid perlu didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran
terkini yang hendak dikuasai. Oleh itu, analisis terhadap halangan-halangan dalam
pelaksanaan kurikulum RBT perlu dilakukan bagi mengenal pasti masalah atau halangan
yang dihadapi dari perspektif, murid dan guru agar solusi yang terbaik dapat diwujudkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Kurikulum Standard RBT ini masih mengekalkan elemen merentas kurikulum dalam KBSR.
Selain itu, kurikulum ini juga mementingkan pemupukan nilai murni, kerja buat-sendiri, peka
terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi
melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Namun, jurang perbezaan pencapaian antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar
menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam kemampuan murid untuk menguasai
kandungan pembelajaran walaupuan elemen-elemen asas dalam KBSR masih lagi
dikekalkan, khususnya dalam mata pelajaran RBT. Ini secara tidak langsung melibatkan
pencapaian dalam penguasaan kandungan pembelajaran di sekolah. Berdasarkan laporan
yang dikeluarkan, satu kajian terhadap proses pembelajaran terutama bagi mata pelajaran
RBT perlu dilakukan di sekolah luar bandar bagi mengenal pasti kemampuan murid dalam
proses reka cipta dalam RBT.

Oleh itu, ada keperluan untuk menjalankan kajian bagi untuk mendapatkan maklumat
adakah murid dapat menguasai proses reka cipta dalam mata pelajaran RBT dengan baik serta
mengenal pasti langkah bimbingan yang sesuai diberikan terhadap mana-mana elemen proses
reka cipta yang tidak dapat dikuasai murid. Ini penting kerana masih belum ada kajian atau
laporan yang dilakukan bagi mengenal pasti isu-isu yang terdapat dalam mata pelajaran RBT.

1.4 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif kajian yang hendak dijalankan:

(1) Mengetahui tahap penguasaan murid terhadap proses reka cipta dalam RBT
(2) Mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran RBT.

You might also like