Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BORANG PERSETUJUAN MENGIKUTI

PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) MEGA 2017

PENTING : SEBELUM MENANDATANGANI BORANG PERSETUJUAN INI, SILA BACA KESELURUHAN ISI
KANDUNGAN BORANG DENGAN TELITI DAN PASTIKAN ANDA MEMAHAMI SERTA BERSETUJU
DENGAN PERKARA-PERKARA DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN.

Kepada:
Sekretariat Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) MEGA 2017
Bahagian Pembangunan Perniagaan Bumiputera
SME Corporation Malaysia

Saya...........................................................................................................................................
(No.K/P:....................................) bersetuju untuk menyertai dan mengikuti program serta
semua aktiviti berkaitan Program TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) Mega 2017 anjuran
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation Malaysia), agensi di bawah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

2. Saya akan memberi KOMITMEN PENUH terhadap keseluruhan aktiviti Program TUBE MEGA 2017 dan
akan mematuhi arahan serta peraturan-peraturan berkaitan yang telah ditetapkan sepanjang pelaksanaan
Program TUBE Mega 2017 ini. Saya juga memahami bahawa SME Corporation Malaysia akan melaksanakan
penilaian sebelum boleh meluluskan sebarang bentuk pemberian dana kepada saya di bawah Program TUBE
MEGA 2017 ini;

3. Saya faham dan percaya bahawa segala langkah keselamatan yang perlu telah diambil oleh pihak
penganjur untuk menjamin keselamatan peserta. Sehubungan itu, saya tidak akan mengambil tindakan undang-
undang dan/atau membuat sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur sekiranya berlaku apa-apa kecederaan
atau kemalangan ke atas saya. Saya juga mengizinkan diri saya untuk diberi rawatan perubatan/pembedahan
jika keadaan memerlukan tindakan segera untuk bertindak demikian. Saya juga telah mengemukakan maklumat-
maklumat berkaitan diri saya serta waris yang boleh digunakan untuk sebarang tujuan penting atau hal-hal
kecemasan;

4. Saya bersetuju bahawa sebarang maklumat diri dan/atau berkaitan perniagaan saya yang dikemukakan
(termasuk sebarang bentuk data, lisan, pernyataan, kertas kerja, laporan serta gambar-gambar berkaitan) boleh
digunakan oleh SME Corporation Malaysia dan rakan-rakan strategiknya yang disahkan untuk tujuan
mengumpul, mencatat, menyimpan, mengguna dan/atau menjalankan sebarang operasi dan aktiviti termasuklah
1/3

Borang Persetujuan Mengikuti Program TUBE MEGA 2017


untuk tujuan penambahbaikan serta pembangunan Program TUBE (termasuk menguruskan, merujuk dan/atau
mendedahkan) berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010;

5. Saya turut mengesahkan bahawa saya memenuhi semua kriteria kelayakan Program TUBE Mega 2017
seperti berikut, iaitu :-

Sila
Bil. Kriteria Kelayakan Peserta Program TUBE Mega 2017 Tandakan
()
Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh
i.
tutup permohonan atas talian Program TUBE mega 2017 (15 Jun 2017)

ii. Mempunyai sijil kemahiran dari institusi atau pusat kemahiran tempatan (jika berkenaan)
Belum memulakan perniagaan atau telah menjalankan perniagaan dan ianya adalah kurang 12
iii. bulan berdaftar dengan SSM pada tarikh tutup permohonan dalam talian Program TUBE Mega
2017 (15 Jun 2017) kecuali graduan institusi pengajian.
Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian
iv. rasmi mestilah kurang dari 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan. Surat pengesahan
tamat pengajian daripada institusi pengajian adalah disertakan (jika berkenaan)
Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak (aktiviti ala
v.
ketenteraan)
Tidak mempunyai masalah alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya
vi.
mengikuti aktiviti lasak di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) / kawasan hutan)
Tidak menjalani apa-apa pembedahan dan / atau mengalami kecederaan serius dalam tempoh
vii. enam (6) bulan pada tarikh permohonan dalam talian Program TUBE Mega 2017 (15 Jun 2017)
dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program (01 hingga 21 Oktober 2017)
viii. Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis

ix. Tidak dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah

Bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corporation


x.
Malaysia (Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan dan anak-anak kakitangan)
Tidak mempunyai suami / isteri dan / atau adik-beradik yang turut menyertai Fasa 1 & 2
xi. Program TUBE Mega 2017. (Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri /
adik-beradik untuk setiap pengambilan)
xii. Tidak bekerja di dalam sektor awam atau sektor swasta

Tidak pernah mengikuti mana-mana kumpulan pengambilan Program TUBE sebelum ini
xiii.
(TUBE 1.0 / TUBE 2.0 / TUBE 3.0)
[Peserta Wanita Sahaja]
Tidak disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin)
xiv.
sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian Program TUBE Mega 2017 (15 Jun 2017) dan
/ atau sewaktu Fasa 1 & 2 Program (01 hingga 21 Oktober 2017)
[Peserta OKU Sahaja]
xv. Surat perakuan dan pelepasan Pegawai Perubatan yang bertauliah untuk mengikuti aktiviti
fizikal dan lasak adalah disertakan.
2/3

Borang Persetujuan Mengikuti Program TUBE MEGA 2017


6. Saya tidak akan memuat naik atau berkongsi / mendedahkan maklumat, pautan, gambar, video, status
(pernyataan) berkaitan mana-mana individu / sebarang perkara berkaitan dengan Program TUBE di media sosial
atau aplikasi komunikasi yang boleh memberi IMPLIKASI NEGATIF, memburuk dan / atau menjatuhkan imej
SME Corporation Malaysia dan badan / institusi rakan strategik berkaitan Program TUBE;

7. Saya bersetuju bahawa sebarang maklumat yang dikemukakan (termasuk sebarang bentuk data, lisan,
pernyataan, kertas kerja, laporan serta gambar-gambar berkaitan) boleh digunakan oleh SME Corporation
Malaysia dan rakan-rakan strategiknya yang disahkan untuk tujuan mengumpul, mencatat, menyimpan,
mengguna dan / atau menjalankan sebarang operasi dan aktiviti termasuklah untuk tujuan penambahbaikan
serta pembangunan Program TUBE (termasuk menguruskan, merujuk dan / atau mendedahkan) berdasarkan
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

8. Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberi adalah TEPAT dan BETUL. Saya juga faham jika
mana-mana keterangan yang diberikan di atas didapati palsu dan/atau saya tidak memenuhi mana-mana syarat
Program TUBE MEGA 2017, pihak SME Corporation Malaysia pada bila-bila masa berhak untuk tidak
mempertimbangkan serta menolak permohonan / penyertaan / pemberian dana; dan

9. Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corporation Malaysia berhak untuk
meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat Program TUBE Mega 2017 pada
bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

(..................................................................)
Tandatangan

Nama : ...................................................................................

No. Kad Pengenalan : ...................................................................................

Tarikh : ...................................................................................

3/3

Borang Persetujuan Mengikuti Program TUBE MEGA 2017

You might also like