Notis Jawatan Kosong Disember 2017

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

NOTIS JAWATAN KOSONG

RUJUKAN : STIDC.7.HR(PER).06.1
TARIKH : Disember 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan


untuk mengisi beberapa jawatan kosong seperti berikut di Perbadanan Kemajuan
Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

1. Jurutera, Gred J41 – 1 kekosongan


2. Pegawai Tadbir, Gred N41 – 2 kekosongan
3. Pemelihara Hutan, Gred G41 – 1 kekosongan
4. Pegawai Ehwal Ekonomi, Gred E41 – 1 kekosongan
5. Pembantu Akauntan, Gred W19 – 1 kekosongan
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 – 2 kekosongan
7. Pembantu Operasi, Gred N11 – 1 kekosongan
8. Pembantu Awam, Gred H11 – 1 kekosongan
9. Pengawal Keselamatan, Gred KP11 – 1 kekosongan
10. Pemandu Kenderaan, Gred H11 – 1 kekosongan

1. (a) Jawatan : Jurutera


Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM2,529.00 – RM9,643.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf


oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J41:


RM2,529.00) dan

ii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab dalam merancang, mengkaji, melaksana dan memantau


urusan berkaitan pembangunan industri perkayuan di Sarawak serta memberi
khidmat nasihat teknikal.

2. (a) Jawatan : Pegawai Tadbir


Kekosongan : Dua (2) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM2,080.00 - RM9,546.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh


Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:


RM2,080.00);

ii. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh


Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktriaf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:


RM2,283.43); dan

iii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengurus serta


memantau kerja-kerja berkaitan pengurusan sumber manusia, perolehan
peralatan pejabat, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem dan
proses-proses berkaitan serta bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan
berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada.
3. (a) Jawatan : Pemelihara Hutan
Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM2,084.00 - RM9,551.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang


diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred G41:


RM2,390.37);

ii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab merancang, menyelia, mengurus dan mengawal


sumber hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip
pengurusan hutan secara berkekalan termasuk melindungi alam sekitar
dan memelihara kepelbagaian hayat, menguatkuasakan peraturan-
peraturan yang berkaitan, menyedia dan menyelaras projek
perancangan dan pembangunan hutan, menjalankan penyelidikan dan
kajian-kajian ekonomi perhutanan serta mengendalikan latihan dan kursus
jabatan.

4. (a) Jawatan : Pegawai Ehwal Ekonomi


Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM2,083.00 - RM9,549.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -
i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:


RM2,083.00); atau

ii. ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang


berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:


RM2,286.57); atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf


oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:


RM2,490.99); atau

iv. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf


oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:


RM2,797.62); atau

v. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan


yang diiktiraf oleh Kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:


RM2,797.62); atau
vi. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-
badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:


RM2,899.83); atau

vii. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia


(Gaji permulaan ialah pada Gred E41:
RM3,002.03); dan

viii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab merancang dan membantu dalam urusan


pemantauan ke atas aktiviti - aktiviti berkaitan pengurusan industri
perkayuan serta urusan Penyelikan dan Pembangunan.

5. (a) Jawatan : Pembantu Akauntan


Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM1,353.00 - RM4,005.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip
Perakaunan pada peringkat peperiksaan
tersebut.;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:


RM1,353.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:


RM1,409.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:


RM1,409.40); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi
(Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:


RM1,465.80); atau

v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:


RM1,465.80); dan

vi. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab dalam bidang pengutipan hasil/dan atau pengurusan


kewangan dan perakaunan.

6. (a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)


Kekosongan : Dua (2) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM1,352.00 - RM4,003.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:
RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:


RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang


diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:


RM1,464.80); dan

iv. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang


berkebolehan mengendalikan komputer)

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di


peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan
operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran
am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan,
pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan
perhubungan/komunikasi).

7. (a) Jawatan : Pembantu Operasi


Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM1,216.00 - RM2,983.00
(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah
memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah


Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11:


RM1,216.00); atau

ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah


Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen
memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
[kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)];

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11:


RM1,262.15); dan

iii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
( c) Skop Tugas:

Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan


urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan
pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.

8. (a) Jawatan : Pembantu Awam


Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM1,218.00 - RM2,989.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah


Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11:
RM1,218.00); atau

ii. (Syarat tambahan: Bagi tugas menyelamat,


calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta
berkebolehan berenang dan bagi tugas
memandu enjin sangkut/ motobot, calon perlu
memiliki perakuan kekompetenan berkaitan
daripada Jabatan Laut Malaysia)

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11:


RM1,264.15); dan

iii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang


memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan
tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang
kerja.

9. (a) Jawatan : Pengawal Keselamatan


Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM1,205.00 - RM2,939.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah


Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11:


RM1,205.00); atau

ii. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-


kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan
atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan
telah disahkan dalam jawatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11:


RM1,205.00);

Syarat Lantikan Tambahan: Mempunyai syarat-


syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut:

a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki


dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi


lelaki dan 46kg bagi wanita;

c) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI)


di antara julat 19 hingga 26;

d) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm


ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa
menarik nafas (lelaki sahaja);

e) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri


dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
f) pengecaman warna dan pendengaran yang
tidak cacat; dan

g) diperiksa dan diperakui sihat untuk


berkhidmat oleh pengamal perubatan yang
berdaftar.

iii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset


kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di
bangunan dan premis kerajaan, termasuk kawasan-kawasan yang
diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah
Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
10. (a) Jawatan : Pemandu Kenderaan
Kekosongan : Satu (1) jawatan
Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM
RM1,218.00 - RM2,939.00

(b) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah


memiliki kelayakan seperti berikut: -

i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah


Rendah (PMR) dan Lesen dan Pengalaman;

Syarat Lantikan Tambahan: Memiliki lesen


memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh
percubaan (P)]; dan;

Berkebolehan memandu, mengendali dan


menyenggara kenderaan berkenaan yang
diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut


Kelas Lesen Memandu:

Lesen Kelas D H11: RM1,264.15


Lesen Kelas E/E1/E2 H11: RM1,310.30
Lesen Kelas F/H H11: RM1,356.45
Lesen Kelas G/I H11: RM1,402.60

ii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)


dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

( c) Skop Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas pemanduan kenderaan yang


memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan
serta menjaga kenderaan dibawah kelolaannya supaya sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
Calon hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari
18 tahun pada tarikh tutup notis jawatan.

Cara Memohon

a) Borang Permohonan : STIDC.7.HR(PER).06.1 boleh dimuat turun melalui Laman Web


www.sarawaktimber.gov.my dan borang ini juga boleh diperolehi di alamat berikut:

Kuching Bandar Baru Tanjung Manis


Blok Podium, Wisma Sumber Alam Shoplot No.17, Kawasan Terminal
Jalan Stadium, Petra Jaya, Express, Bandar Baru Tanjung Manis
93050 Kuching 96400 Mukah
Tel: 082-473000 Tel: 084-613991

Sibu Pejabat Perhubungan PUSAKA, Mukah


Lot 114-117, Blok 5 Tingkat 1, Sublot No.82, Jalan Orang
Jalan Ding Lik Kwong, Sibu Kaya Setia Raja, Mukah New Township,
Tel: 084-335059 96400 Mukah

Miri Pejabat Bahagian PUSAKA, Limbang


Lot 2055, Tingkat 4 & 5 Lot 2226, Jalan Sungai Bangkita, 98700
Jalan MS 1/1 Marina Square 1 Limbang.
Marina Parkcity CDT No.68 Tel: 085-215693
90009 Miri
Tel: 085-325113/325114

Bintulu Pos Kawalan Imigresen ICQS PUSAKA


Tingkat 1, Shoplot 177, Lot 1018 Merapok
Kemena Commercial Complex 98850 Lawas
Tanjung Batu, 97000 Bintulu Tel: 087-811368
Tel: 086-334054

b. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran passport,


salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan sijil tamat
persekolahan yang telah disahkan, (satu Borang untuk satu jawatan).

c. Permohonan daripada pegawai-pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan


Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Permohonan hendaklah dikemukakan bersama penyata Perkhidmatan dan laporan
Sulit daripada Majikan.

d. Semua permohonan hendaklah ditulis Nombor Rujukan Iklan Jawatan Kosong


dimuka sampul surat dan hendaklah dialamatkan kepada alamat seperti di bawah;
PENGURUS BESAR
PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA)
BLOK PODIUM, WISMA SUMBER ALAM, JALAN STADIUM, PETRA JAYA
PETI SURAT 194, 93702 KUCHING, SARAWAK

[U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRM)]

e. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

f. Hanya permohonan yang lengkap serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan
akan disenarai pendek dan pemohon yang dipilih untuk sesi temuduga sahaja akan
dihubungi. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3)
bulan dari tarikh iklan ini ditutup, maka anggaplah permohonan tersebut tidak
berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Disember 2017

You might also like