Peraturan Pinjaman Dan Pemulangan Buku

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

*Semua warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Stesyen Paloh

dibenarkan meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan.

*Masa proses peminjaman dan pemulangan bagi pelajar adalah pada


waktu rehat dan waktu p & p, manakala bagi guru dan staf sokongan
adalah sepanjang masa waktu perkhidmatan perpustakaan.

*Semua buku yang bertanda merah adalah untuk rujukan dalam


perpustakaan sahaja dan tidak dibenarkan pinjam.

*Semua proses peminjaman atau pemulangan mestilah melalui


pembantu perpustakaan atau pustakawan yang bertugas pada waktu
tersebut.

*Jumlah buku dibenarkan pinjam pada satu-satu masa ialah 3 buah


bagi pelajar dan 5 buah bagi guru.

*Tempoh pinjaman bagi pelajar ialah tidak melebihi daripada 7 hari dari
tarikh peminjaman, manakala bagi guru tidak melebihi 14 hari.

*Peminjam yang gagal memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan


akan
dikenakan bayaran denda RM 0.20 sehari.

*Peminjam dikehendaki menunjukkan buku yang dipinjam kepada


petugas di kaunter sebelum meninggalkan perpustakaan.

*Pelajar bertanggungjawab menjaga buku yang dipinjam dengan baik.

*Buku yang rosak tidak akan diterima sehingga dibuat pemulihan oleh
peminjam atau membayar denda untuk proses penjilidan semula.
*Buku yang hilang wajib diganti dengan buku yang sama.

*Sekiranya tidak dapat mengganti dengan buku yang sama, peminjam


wajib
membayar mengikut harga buku yang hilang tersebut.

*Sijil berhenti sekolah akan ditahan sehingga peminjam memulangkan


semula atau membayar nilai harga buku yang gagal dipulangkan kepada
perpustakaan.

You might also like